Anda di halaman 1dari 2

Fail Buku Rekod Mengajar kini digunakan secara meluas oleh kebanyakan sekolah, boleh

dikatakan juga ia ‘diminati’ oleh guru-guru kerana ia lebih cepat dan kemas berbanding
menggunakan Buku RPH. Penggunaan fail untuk ringkasan mengajar sebenarnya dibenarkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan surat pekeliling ikhtisas bil 3/1999.
Dalam SPI tersebut ada menyebut:
Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi 2 unsur sahaja iaitu:
 Rancangan Pelajaran Tahunan RPT
Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.
 Rancangan Pelajaran Harian
Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang
mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai
objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.
Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang
munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan sempurna dan
dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.
Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan
Rancangan Pelajaran Harian juga perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan
serta merta apabila dikehendaki oleh pihk yang diberi kuasa.
Istilah yang digunakan di dalam pekeliling ini mungkin tidak sesuai dengan era abad 21 ini,
namun ayat yang menyatakan ‘bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah’
masih lagi relevan.
Selain menggunakan buku dan fail, ada juga yang menggunakan RPH secara atas talian
‘online’ eRPH, namun mungkin tidak ramai lagi yang menggunakannya. Walaubagaimanapun ia
tetap dibenarkan, selaras dengan penggunaan teknologi semasa serta mengurangkan
penggunaaan kertas dalam kehidupan seharian.
Kini terdapat banyak contoh Fail Ringkasan Mengajar atau BRM yang dihasilkan oleh guru-
guru, ada pelbagai jenis dan warna yang cantik dan menarik. Namun secara umumnya Fail
RPH itu mengandungi perkara berikut:
 Muka Depan: Nama, No Kad Pengenalan, Nama Sekolah, Tahun
 Isi Kandungan
 Rukun Negara
 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
 Visi dan Misi KPM
 Surat Pekeliling Ikhtisas:

PEKELILING TAJUK

Bil 6/1985 Peraturan Pakaian Guru di Sekolah

Bil 4/1986 Panitia Mata Pelajaran


Penyeliaan Pengajaran – Pembelajaran di Dalam Kelas Oleh Pengetua/Guru Besar
Bil 3/1987
Sekolah

Bil 3/1999 Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran

Bil 7/2001 Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas di Sekolah

 Biodata Guru
 Tugas dan Tanggungjawab: Kurikulum, Hal Ehwal Murid, Kokurikulum
 Jadual Waktu Persendirian
 Jadual Waktu Kelas
 Takwim KPM
 Takwim Sekolah
 Hari Kelepasan Am dan Negeri
 Senarai Buku Teks dan Buku Rujukan Guru
 Rancangan Pelajaran Tahunan
 Rancangan Pengajaran Harian
 Penyeliaan / Pertemuan / Perbincangan Profesional / PLC
 Seminar / Kursus / Mesyuarat
 Headcount TOV
 Senarai Nama Murid
 Rekod Prestasi Murid
 Catatan
Setiap RPH juga mengandungi pembahagi ‘devider’ untuk memebezakan rancangan harian
mengikut minggu supaya ia nampak lebih kemas dan tersusun.

ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI

Fail yang digunakan kebiasaanya yang berwarna putih dan bersaiz besar, kerana ia lebih
nampak bersih dan mempunyai cukup ruang untuk dimasukkan kertas setiap minggu.
Namun begitu, apabila tiba hari untuk penghantaran RPH, tidak perlu dihantar 1 fail, cukup
sekadar hantar isi pada minggu tersebut sahaja. Penghantaran 1 fail lengkap mungkin boleh
dibuat 1 kali sahaja unutk semakan dan penyeliaan.
Isi kandungan yang ada di senaraikan tadi, mungkin berbeza bagi setiap sekolah, anda boleh
tambah atau buang mengikut keperluan yang telah ditetapkan oleh Sekolah / PPD atau JPN
masing-masing.
Di sini juga admin ingin kongsikan beberapa Contoh Fail Rekod Pengajaran Harian yang telah
dihasilkan oleh guru-guru kita untuk penggunaan 2018 nanti:

Anda mungkin juga menyukai