Anda di halaman 1dari 11

PENDAHULUAN

 
Kelas Pemulihan ini ditubuhkan pada 2001.  Pada peringkat awal penubuhan kelas ini murid
pemulihan adalah seramai 60 orang yang terdiri daripada tahap 1 dan 2.Tidak semua insan
dilahirkan ke dunia ini sama sahaja...ada yang pandai dan ada yang lemah. Penguasaan 3M
(membaca, menulis, mengira) perlulah dikuasai oleh setiap pelajar di peringkat awal. Ini
adalah bertujuan supaya pelajar-pelajar ini dapat berkomunikasi dan menimba ilmu
pengetahuan dengan lebih berkesan lagi. Jika penguasaan 3M ini tidak diberi perhatian
maka masalah ini akan bertambah sulit lagi pada peringkat perkembangan pelajar-pelajar di
Tahap 2 kelak. Ianya akan menjadi kronik jika usaha-usaha awal tidak diambil dengan
segera. Di sinilah Program Pemulihan Khas ini memainkan peranan yang penting - satu
program untuk cuba menyelesaikan masalah seawal mungkin. Bukan satu tugas yang
mudah. Kesungguhan dan Kesabaran amatlah perlu.

DIFINISI PROGRAM PEMULIHAN

Adalah rancangan pembelajaran yang disediakan untuk membantu murid -murid


menghadapi masalah atau kesukaran pembelajaran  dalam menguasai sesuatu kemahiran.

MATLAMAT
1.  Mengoptimumkan peranan guru pemulihan khas bagi meningkatkan
     kualiti program pemulihan khas.
     
2.  Memantapkan pengetahuan guru tentang program pemulihan khas
     bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.

 
3.  Menyedia dan menyebar modul serta bahan-bahan sokongan P & P
     pendidikan pemulihan.

OBJEKTIF

1.  Memantapkan pengetahuan guru tentang program pemulihan khas       bagi


meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.

2.  Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran     


berasaskan konsep kiosk.

ISU DAN MASALAH

1. MURID

  * Masalah yang menghalang pembelajaran murid-murid ini


     termasuklah :
 
i)    Peribadi
  *  Kekurangan diri
  *  Selalu ponteng sekolah
 
ii)   Psikologi
  *  Konsep kendiri yang rendah dan kurang keyakinan diri
  *  Gangguan emosi – krisis keluarga
  *  Tiada keyakinan diri untuk berjaya dalam pelajaran
 
iii)  Kecerdasan
  *  Lambat berfikir dan bertindak
  *  Mudah lupa
  *  Sukar memahami dan lemah pengamatan
 
iv)  Sikap
  *  Tidak minat belajar
  *  Pasif dan mudah putus asa
  *  Pendiam, pemalu dan sukar bertindak
 
 
2. GURU
 
i)    Guru Mata Pelajaran
  *  Guru melabelkan murid yang dianggap lemah.
  *  Bahan pengajaran yang berasingan tidak disediakan untuk murid yang lemah.
  *  Guru menganggap masalah murid yang lemah dalam menguasai  kemahiran 3M adalah
tugas Guru Pemulihan Khas sahaja.
 
ii)   Guru Pemulihan Khas
  *  Tidak ada panduan khas yang sistematik dalam mengoptimumkan peranannya.
  *  Kurang mendapat pendedahan dalam P & P yang berkaitan.
 
3.   Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah.
  *  Pihak pentadbiran sekolah memberikan sepenuh tumpuan kepada  
      pencapaian cemerlang dalam keputusan peperiksaan UPSR/PKSR.
  *  Kurang program berkesan yang dirancang untuk menangani  
      masalah penguasaan kemahiran 3M .
  *  Peruntukan yang terhad membataskan pelaksanaan program yang dirancang
 
 
4.    Kemudahan
i)    Fizikal
  *  Tiada peruntukan kelas khas untuk melaksanakan program 
      Pemulihan Khas.
ii)   Kewangan
  *  Tiada peruntukan khusus dalam melaksanakan Program    
      Pemulihan Khas.
iii)  Bahan-bahan rujukan.
  *  Bahan rujukan yang sesuai untuk guru dan murid amat  
      berkurangan.
iv)  Buku Teks.
  *  Tiada buku teks yang khusus untuk murid pemulihan khas.
 
5.   Keluarga
  *  Ada dikalangan keluarga/ibu bapa/penjaga yang buta huruf.
  *  Latar belakang keluarga yang bermasalah.
  *  Latar belakang sosio ekonomi yang rendah.
 
6. Kurikulum
  *  Program Pemulihan Khas tidak menjadi agenda utama dalam
      Mesyuarat Panitia/Kurikulum sekolah ( perbincangan ringkas
      sahaja mengenai pemulihan ).
  *  Pengetua dan Guru Besar diharap mengambil inisiatif utama 
      untuk memperbaiki kurikulum di sekolahnya dengan
      memasukkan agenda pemulihan seperti juga pentingnya
      agenda-agenda yang lain.
  *  Beri perhatian kepada Tahun 1, 2 dan 3. Sekiranya perkara ini 
      diambil perhatian khusus oleh sekolah itu sendiri maka
      mudahlah murid sebegini ditangani maka pembelajaran
      seterusnya di tahun - tahun yang berikutnya tidak menjadi
      masalah lagi. 
PENGGUNAAN KIOSK DALAM KELAS PEMULIHAN
 
*   Pembinaan kiosk ini adalah berdasarkan Teori Multiple Intelligence.
*   Teori ini menyatakan bahawa manusia
     mempunyai  kecerdasan .
*   Kecerdasan ini merangkumi  pelbagai kebolehan,   
     keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud dalam
     diri seseorang individu.
 
 

KIOSK - KIOSK PEMBELAJARAN


KIOSK RUANG /VISUAL KIOSK MATEMATIK
   
mengajar menggunakan persepsi Kiosk matematik ialah ruang
tentang alam sekitar, peta-peta, belajar-mengajar yang
carta, menggunakan kebolehan
gambar rajah dan gambar- mena’akul, menyelesaikan
gambar masalah kompleks / matematik

KIOSK INTERPERSONAL
 
Ruang belajar – mengajar  yang
menggunakan interaksi dan
bekerjasama dengan orang lain.
Bagi murid yang suka bertutur.

KIOSK BAHASA
 
Kiosk Bahasa ialah ruang belajar –
mengajar yang menggunakan
pergerakan badan dalam menjalankan
aktiviti P & P.
KIOSK KINESTATIK
 
Kiosk kinestatik ialah  ruang belajar
-mengajar yang menggunakan
pergerakan badan dalam menjalankan
aktiviti P & P.

KIOSK MUZIK.
 
Kiosk Muzik ialah ruang belajar –
mengajar yang menggunakan alat serta
bahan-bahan muzik,lagu sebagai
pengantara P & P  yang dijalankan.
KIOSK ALAM SEKITAR
 
  Kiosk Alam Sekitar ialah ruang belajar
– mengajar yang menggunakan
persekitaran semula jadi sebagai 
bahan dalam menjalankan P & P.

 
KIOSK INTRAPERSONAL
 
Enter content here Kiosk Intrapersonal ialah ruang belajar-
mengajar secara individu.

Enter content here


KIA2M
 
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Kelas Intervensi Asas Membaca Dan Menulis
 
 
01. Pendahuluan
 
Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M)
bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai
kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada
tahun satu.
 
Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat
atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis.
Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas
tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan
dalam kelas.
 
Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak
digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu
murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera
yang boleh.
 
 
02. Fokus Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
 
Strategi pengajaran dan pembelajaran Kelas Intervensi Asas
Membaca dan Menulis (KIA2M)  melibatkan beberapa langkah
berikut:
 

percalonan
ujian penapisan
perancangan
pengajaran
penilaian
tindakan susulan

                        Carta alir Intervensi Asas Membaca dan Menulis


(KIA2M)
Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M)
Setelah melalui proses pencalonan dan ujian tapisan
kemasukan, maka guru-guru yang telah dipilih untuk
mengendalikan kelas ini perlulah merancang proses pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai berdasarkan modul pengajaran
yang telah disediakan.
 
Berdasarkan modul berkenaan juga guru-guru boleh
menyesuaikan aktiviti dan latihan yang dicadangkan mengikut
tahap keupayaan murid masing-masing. Strategi berikut boleh
digunakan mengikut kesesuaian.
 
a. Berpusatkan Guru
 
Guru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan
murid akan belajar berdasarkan apa yang disampaikan dan
diarahkan oleh guru sahaja.
 
b. Berpusatkan Murid
 
Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti yang dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan
kecil ataupun kelas.
 
c. Berpusatkan Bahan
 
Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun,
sesuai dengan perancangan yang dibuat. Murid diberi
penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan
dijalankan.
 
03. Pendekatan
 
Dalam pelaksanaan Kelas Intervensi Asas Membaca dan
Menulis (KIA2M), pendekatan secara kelas, kumpulan dan juga 
individu perlu digunakan mengikut kesesuaian dari segi
kebolehan murid, aktiviti yang dirancang dan juga kemahiran
yang hendak diajar.
 
a. Pendekatan secara kelas
 
Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya
murid dapat melibatkan diri dan meningkatkan keyakinan diri
dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar. Aktiviti ini lebih
sesuai dijalankan di awal dan di akhir waktu belajar.
 
b. Pendekatan secara berkumpulan
 
Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan
berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang
berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan murid
 
Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid yang
menghadapi masalah yang sama atau hampir sama dibentuk.
Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul
pengajaran yang disediakan.
 
c. Pendekatan secara individu
 
Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu
bagi membantu membimbing untuk mengatasi masalah yang
dihadapinya. Selain itu bantuan daripada rakan sebaya juga
boleh digunakan jika perlu.
 
 
04. Teknik
 
Pengendalian suatu perancangan untuk menyampaikan bahan-
bahan pengajaran yang telah dipilih untuk mencapai sesuatu
objektif.
 
Tujuan menggunakan pelbagai teknik adalah untuk menarik
minat, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin
tahu murid untuk mencapai objektif pengajaran guru.
 
Antara teknik pengajaran bahasa yang dicadangkan ialah:
           
teknik bercerita
            teknik latih tubi
            teknik tunjuk cara
            teknik bersoal jawab
            teknik main peranan
            teknik menyanyi
            teknik lakonan
teknik kuiz
 
Rancangan Pengajaran Secara Kumpulan
 

kumpula cepat sederhana lambat


n
langkah 1 interaksi secara kelas
guru
kerja interaksi secara kumpulan
langkah 2
bertulis guru kecil
kerja interaksi guru
langkah 3 pengukuhan
bertulis secara individu
 
05. Bahasa Melayu Merentas Kurikulum
 
Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid
menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. Oleh
itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum
mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi
penggabungjalinan.
 
Subjek-subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik
dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan kemahiran-
kemahiran dalam Bahasa Melayu.
 
Pendidikan Jasmani Kesihatan:
 
1. Pergerakan menggunakan abjad, suku kata dan perkataan.
2. Permainan dalaman - dam abjad, suku kata, perkataan.
3. Lambung dan sambut pundi kacang/ bola  berabjad/ suku kata.
 
Pendidikan Muzik:
 
1. Nyanyi Lagu - lagu abjad, mengeja, kanak-kanak.
2. Pergerakan berirama
3. Bunyi-bunyian berirama
 
Pendidikan Seni:
 
1. Binaan - menggunakan "play dough', plastesin dsb.
membentuk abjad.
2. Catan - melukis  bentuk-bentuk abjad, suku kata.
3. Capan - mengecap bentuk.
4. Tampalan - menampal bentuk abjad dan kolaj.
 
 
06. Kesimpulan
 
Penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis akan lebih
berkesan jika murid mendapat  peluang yang luas dan pelbagai
untuk membolehkannya memahami sesuatu konsep.
 
Oleh itu adalah menjadi tugas dan tanggungjawab para guru
untuk merancang pelbagai pendekatan, teknik, media pengajaran
dan aktiviti agar murid dapat memahami apa yng disampaikan
dengan lebih baik.
 
 

Anda mungkin juga menyukai