Anda di halaman 1dari 3

PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM PERNIAGAAN DAN

KEUSAHAWANAN PERINGKAT SEKOLAH RENDAH

BAB 1 PENGENALAN

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memasukkan pengajaran keusahawanan


dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) sejak awal tahun 1990-anSalah satu
objektif Kbsr adalah menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif
terhadap keusahawanan dan produktiviti. Struktur KBSR terdiri daripada tiga bidang iaitu
bidang komunikasi, bidang manusia dan alam kelilingnya dan bidang perkembangan diri
individu. Tiga bidang tersebut dibahagi kepada enam komponen yang menjadi teras
kepada struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut ialah kemahiran asas, manusia
dengan persekitaran, keseniaan dan kesihatan, kerohanian, nilai dan sikap, kemahiran
hidup dan kokurikulum. Mata pelajaran yang mengandungi topik- topik yang berkait terus
dengan keusahawanan ialah Kemahiran Hidup Sekolah Rendah iaitu bagi bidang
perkembangan diri individu.

Kemahiran Hidup merupakan satu mata pelajaran bercorak amali yang diajar
dalam Tahap II Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Mata pelajaran ini digubal untuk
mengembangkan keupayaan dalam bidang reka bentuk dan teknologi serta perniagaan
dan keusahawanan. Pembelajaran topik-topik keusahawanan dalam matapelajaran
kemahiran hidup merangkumi kurikulum yang bersifat linear iaitu disampaikan mengikut
turutan misalnya bermula daripada kandungan, hasil pembelajaran dan seterusnya
cadangan dan aktiviti pembelajaran.
Bidang ini dapat dikuasai melalui penguasaan kemahiran praktis, pengetahuan
serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan. Mata
pelajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah bertujuan membolehkan murid memperoleh
kemahiran praktis asas dan pengetahuan berasaskan teknologi keusahawanan, dan
aspek pengurusan diri supaya mereka dapat menjalankan kerja buat-sendiri serta
cenderung berusahaniaga dan mereka cipta. Ia juga membolehkan murid memperolehi
kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan, Dalam
mata pelajaran ini tumpuan utama adalah kepada penguasaan kemahiran dalam Bidang
Reka Bentuk dan Teknologi serta Perniagaan dan Keusahawanan. Bidang Perniagaan
dan Keusahawanan menitikberatkan unsur-unsur keusahawanan semasa menjalankan
aktiviti jual-beli. Aktiviti ini juga memberi peluang kepada murid mengamalkan sikap
pengguna yang bijak. Dari segi perkembangan individu, KHSR dapat membantu murid
berpeluang menjalankan aktiviti jual beli. Melalui mata pelajaran ini juga sikap yang positif
di kalangan murid dapat dipupuk. Selain itu KHSR juga dapat memberikan murid ruang
untuk mengembangkan imaginasi dan daya kreativiti di samping mendedahkan dan
menggalakkan mereka ke arah keusahawanan. Mata pelajaran ini juga memberi murid
kesedaran tentang perlunya menjaga alam sekitar dan penghargaan terhadap kerja
dalam bidang kejuruteraan, reka bentuk dan perniagaan.
Kurikulum pendidikan KH KBSR yang digubal semula mendukung hasrat mulia negara
bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan
datang. Dalam usaha memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran satu
semakan semula telah dijalankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pelajaran Malaysia. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan,
memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan warga
Malaysia menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21. Kandungan mata pelajaran
kemahiran hidup sekolah rendah ini telah diolah berdasarkan dua bidang pembelajaran
iaitu Reka Bentuk dan Teknologi serta Perniagaan dan Keusahawanan. Bidang
pembelajaran pula terdiri daripada beberapa unit pembelajaran yang mengandungi tajuk
berasaskan kemahiran dan pengetahuan. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992)
Reka Bentuk dan Teknologi Bidang pembelajaran ini bertujuan untuk membolehkan
murid mereka bentuk dan menghasilkan produk berasaskan kepada idea-idea yang
kreatif. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992). Pembentukan minda yang kreatif
dijalankan melalui aktiviti mengenal bentuk-bentuk asas, melakar, memahami fungsi
serta mereka bentuk produk mengikut kesesuaiannya. Pengetahuan tentang teknologi,
bahan binaan dan komponen elektrik dan elektronik juga diterapkan bagi memantap serta
membentuk minda yang kreatif dan inovatif. Murid juga melakukan aktiviti menyenggara
dan membaiki kerosakan kecil pada alatan dan mesin mudah di samping menjalankan
kerja-buat-sendiri. Murid juga didedahkan kepada amalan penanaman tanaman hiasan
dan sayuran serta pemeliharaan ikan hiasan. Murid diberi cara membaiki pakaian dan
menghasilkan artikel jahitan. Amalan keselamatan di tempat kerja dan pengurusan
bengkel juga diserapkan semasa melakukan aktiviti ini.

Anda mungkin juga menyukai