Anda di halaman 1dari 9

ASSIGNMENT

MAY 2018 SEMESTER

SUBJECT CODE : ESE 633

SUBJECT TITLE : STATISTIC IN EDUCATION

LEVEL : MASTER OF EDUCATION

STUDENT’S NAME : JAYASHRI SELVENDRAN A/L J.THANAPAL

MATRIC NO. : E 60109170068

PROGRAMME : MASTER OF EDUCATION

ACADEMIC : MR. SUPRAMANIAM A/L T.ARJUNAN


FASILITATOR

LEARNING CENTRE : VKOM TEMERLOH


Soalan 1 (4 markah)

a) Apakah prosedur statistik yang akan anda gunakan untuk meramalkan panjang melompat
menggunakan ketinggian? Beri alasan.
Pertamanya, pemboleh ubah perlulah dikenalpasti iaitu ketinggian pelajar dan juga
ketinggian melompat. Seterusnya, penyusunan dan meringkaskan data perlulah dilakukan
untuk memudahkan penganalisisan data. Akhirnya, menggunakan teknik-teknik statistik
yang sesuai untuk memerihal data untuk membuat kesimpulan kajian.

b) Terangkan dengan jelas dua andaian yang harus dipenuhi dalam menjalankan ujian yang
telah anda kenal pasti dalam soalan 1 (a). Mengapakah penting andaian ini dipenuhi?
Antara andaiannya ialah data bersifat interval dan taburan data adalah normal. Selain itu,
cerapan yang dilakukan adalah bebas dan mempunayai kehomogenan varians . Andaian-
andaian tersebut penting kerana perbezaan min yang besar mempengaruhi nilai untuk
menolak atau menerima hipotesis. Jika mempunyai saiz sampel yang besar, maka nilai t
adalah besar iaitu peluang menolak hipotesis turut besar. Manakala varians yang besar,
menyebabkan t akan menjadi kecil dan kemungkinan menolak hipotesis adalah sangat
rendah.

Soalan 2 (9 Markah)

a) Apakah ujian statistik yang digunakan?


Ujian-t

b) Menyatakan andaian yang perlu dipenuhi untuk menggunakan ujian statistik di atas.
Antara andaian-andaian yang perlu dipenuhi ialah mempunyai populasi bertaburan
normal. Seterusnya, kumpulan yang digunakan untuk membuat perbandingan adalah
nominal dan data interval serta nisbah adalah digunakan untuk membuat perbandingan.
Selain itu, setiap kes adalah independen dengan kes lain dan set data yang digunakan
untuk membuat perbandingan adalah terbentuk taburan normal. Data yang diperolehi
adalah interval atau nisbah serta set skor varians, sisihan piawai kuasa dua telah
diketahui.
c) Menyatakan hipotesis null.
H0 - Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap dan minat pelajar terhadap
Bahasa Inggeris dengan penggunaan surat khabar dalam pendidikan.

d) Menyatakan hipotesis alternatif.


H1 - Terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap dan minat pelajar terhadap
Bahasa Inggeris dengan penggunaan surat khabar dalam pendidikan.

e) Apakah kesimpulan daripada jadual.


Hipotesis null ditolak. Terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap dan minat pelajar
terhadap Bahasa Inggeris dengan penggunaan surat khabar dalam pendidikan.

Soalan 3 (7 markah)

a) Apakah ujian statistik digunakan?


ANOVA

b) Cadangkan satu hipotesis null.


H0 = Tidak terdapat pebezaan skor yang signifikan dari segi keupayaan penakulan
logistik pelajar berdasarkan jantina.

c) Apakah kesimpulan?
Hipotesis null ditolak. Terdapat perbezaan skor yang signifikan dari segi keupayaan
penakulan logistik pelajar berdasarkan jantina. Pelajar perempuan mempunyai keupayaan
penakulan logik yang tinggi berbanding pelajar lelaki.

Soalan 4 (5 markah)

a) Apakah tujuan ujian statistik?


Ujian statistik bertujuan untuk menentukan sama ada untuk menolak atau menerima
hipotesis null.
b) Terangkan perbezaan di antara „Kolmogorov-Smirnov‟ dan „Shapiro-Wilk‟
Kolmogorov-Smirnov adalah untuk min dan varians telah ditentukan sementara Shapiro-
Wilk adalah untuk normal, dengan min dan varians yang tidak ditentukan. Ujian Shapiro-
Wilk adalah ujian khusus untuk menentukan normaliti, sedangkan kaedah yang
digunakan oleh ujian Kolmogorov-Smirnov lebih umum. „Kolmogorov-Smirnov‟ adalah
lebih sesuai untuk data yang lebih daripada 50 sampel manakala „Shapiro-Wilk‟ sesuai
untuk data yang kurang daripada 50 sampel.

c) Apakah kesimpulan?
Nilai signifikan bagi kedua-dua ujian ini hendaklah menunjukkan signifikan di mana
nilainya mesti kurang daripada 0.05. Oleh sebab itu, data kajian ini tertabur secara tidak
normal memandangkan kedua-dua nilai nya adalah kurang daripada 0.05 iaitu 0.012 dan
0.016.

Soalan 5 (10 markah)

i. Nyatakan satu soalan penyelidikan untuk kajian.


Adakah terdapat perbezaan yang signifikan skor min terhadap kemahiran menguasai
Bahasa Inggeris mengikut taraf prestasi pelajar?

ii. Mengapakah Oneway-ANOVA digunakan?


Oneway-ANOVA digunakan untuk membandingkan min antara tiga atau lebih kumpulan
yang dikaji untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan min yang signifikan antara
satu dengan lain secara serentak.

iii. Apakah yang boleh membuat kesimpulan daripada jadual di atas?


Jadual ANOVA diatas menunjukkan nilai signifikan 0.021 adalah lebih kecil daripada
0.05. Keputusan ujian ini menunjukkan hipotesis null iaitu tidak wujud perbezaan min
masa antara kumpulan perlu ditolak. Selain itu, keputusan ujian juga menunjukkan wujud
perbezaan min masa yang diambil untuk menyelesaikan masalah yang diberi sekurang-
kurangnya antara dua kaedah berlainan.
iv. Menyatakan andaian kerana menggunakan One-way ANOVA.
Hal ini disebabkan data ialah data berangka iaitu aras selang atau nusbah yang mewakili
sampel daripada populasi bertaburan normal. Tambahan pula, saiza kumpulan adalah
sama dan setiap kumpulan adalah tidak bersandar. Selain itu, varians adalah homogen
antara kumpulan yang bebas.

v. Apakah kesimpulan daripada jadual di atas?


Terdapat perbezaan yang signifikan skor min terhadap kemahiran menguasai Bahasa
Inggeris mengikut taraf prestasi pelajar.

vi. Apakah sisihan piawai memberitahu anda tentang keputusan?


Sisihan piawai menunjukkan sisihan daripada purata bagi sesuatu skor. Saiz sisihan
piawai menunjukkan luas atau jarak daripada min dalam sesuatu taburan skor yang sama.
Selain itu, sisihan piawai juga berguna untuk mengetahui pencapaian keseluruhan pelajar
dalam sesuatu ujian sama ada merupakan homogeny atau heterogen, iaitu sama ada
pencapaian mereka berkelompok di sesuatu markah atau disebarkan secara luas.

vii. Terangkan maksud “95% selang keyakinan bagi min”?


Selang keyakinan memberi lebih banyak maklumat daripada anggaran titik. Jika sampel
berulang diambil dan interval keyakinan 95% dikira bagi setiap sampel, 95% selang akan
mengandungi min populasi. Sememangnya, 5% daripada selang masa tidak akan
mengandungi min populasi. Adalah semulajadi untuk mentafsirkan selang keyakinan
95% sebagai selang dengan kebarangkalian 0.95 yang mengandungi min populasi.

viii. Apa yang dimaksudkan dengan “pelbagai perbandingan”?


Pelbagai perbandingan adalah kaedah untuk membandingkan lebih daripada pelbagai
kaedah atau faktor pada masa yang sama. Ujian pelbagai perbandingan direka untuk
mengambil kira kemungkinan perbandingan antara pasangan cara rawatan dalam analisis
varians.
ix. Apakah kesimpulan dari Jadual 3?
Pada tahap α = 0.01, terdapat bukti yang cukup untuk membuat kesimpulan bahawa
terdapat perbezaan dalam masa min untuk menjalankan kursus kemahiran Bahasa
Inggeris terhadap tiga kategori pelajar di mana semua nilai min melebihitahap 0.01.

x. Jawab soalan penyelidikan dinyatakan dalam (i)?


Terdapat perbezaan yang signifikan skor min terhadap kemahiran menguasai Bahasa
Inggeris mengikut taraf prestasi pelajar.

Soalan 6 (5 markah)

a) Nyatakan TIGA soalan penyelidikan.


i. Adakah ingatan mempengaruhi penakulan spatial pelajar berumur 16 tahun?
ii. Apakah hubungan antara penakulan spatial, ingatan, metakognisi, keupayaan
matematik dan penakulan verbal dengan pelajar berumur 16 tahun?
iii. Adakah terdapat perkaitan signifikan antara penakulan spatial, ingatan,
metakognisi, keupayaan matematik dan penakulan verbal dengan jantina pelajar
berumur 16 tahun?

b) Membincangkan hasil kajian.


Hasil kajian menunjukkan bahawa pemboleh ubah iaitu penaakulan verbal dan keupayaan
matematik mempunyai nilai pekali yang tinggi iaitu 0.70 di mana ia membuktikan
bahawa kekuatan korelasi antara pemboleh ubah adalah sangat tinggi. Pemboleh ubah
iaitu metakognisi dengan keupayaan matematik mempunyai nilai pekali 0.59. Ini
menunjukkan bahawa terdapat korelasi yang tinggi antara pemboleh ubah. Selain itu,
nilai pekali 0.34 antara pemboleh ubah penaakulan spatial dengan penaakulan verbal
menunjukkan bahawa ia mempunyai kekuatan korelasi yang sederhana.
Soalan 7 (6 markah)

Senaraikan tiga mungkin objektif kajian.

1. Untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kecerdasan emosi dalam

kalangan pelajar yang berusia 16 tahun.

2. Untuk menentukan hubungan di antara keyakinan diri dengan kecerdasan emosi pelajar

berusia 16 tahun.

3. Untuk menentukan hubungan di antara stress tolerance dengan kecerdasan emosi pelajar

berusia 16 tahun.

4. Untuk menentukan hubungan di antara kesedaran emosi sendiri dengan kecerdasan emosi

pelajar berusia 16 tahun.

Soalan 8 (5 markah)

Menyatakan hipotesis setiap kecerdasan emosi menggunakan sebagai pembolehubah bersandar


(seperti ditakrifkan oleh faktor-faktor toleransi stress, keyakinan diri dan kesedaran emosi) untuk
perkara berikut:

i. Tidak ada hubungan yang signifikan antara toleransi stres, keyakinan diri dan kesedaran

emosi dengan jantina pelajar berusia 16 tahun.

ii. Tidak ada perbezaan yang signifikan antara toleransi stres, keyakinan diri dan kesedaran

emosi dengan taraf sosioekonomi pelajar berusia 16 tahun.

iii. Tidak ada perbezaan yang signifikan antara toleransi stres, keyakinan diri dan kesedaran

emosi dengan jenis-jenis sekolah pelajar berusia 16 tahun.


Soalan 9 (3 markah)

Nyatakan ujian satatistik yang sesuai untuk mengkaji tiga hipotesis disenaraikan dalam soalan 8.

Ujian statistik khi-kuasa dua sesuai digunakan. Ini disebabkan ujian ini digunakan untuk
membandingkan peristiwa yang diperhatikan dengan peristiwa yang dijangkakan dalam
hipotesis. Ujian ini memfokuskan kajian atas frequensi data deskriptif di bawah situasi yang
mana tidak dapat dikawal untuk menentukan bagaimana data dapat dibentuk, misalnya mengkaji
sikap, kepercayaan atau idea terhadap sesuatu isu dengan membuat perbandingan antara
kumpulan.

Soalan 10 (5 markah)

Nyatakan andaian yang diperlukan untuk ujian statistik yang digunakan dalam soalan 8.

Andaian-andaian yang diperlukan untuk ujian statistik ialah data adalah taburan normal. Selain
itu, frequensi-frequensi yang serupa hanya mengandungi beberapa faktor sahaja. Tambahan pula,
terdapat banyak nilai ordinal dan persampelan secara rawak. Ia juga mengandungi data-data yang
diskrit.
Rujukan:

Mok Soon Sang. (2010). Literatur dan Kedah Penyelidikan.


Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Azizi Yahaya. Shahrin Hashim. Jamaludin Ramli. Yusof Boon. Abdul Rahim Hamdan. (2007).
Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Selangor: BS Print Sdn.Bhd.

Azizi Yahaya. Peter Voo. Ismail Maakip. Mohd Dahlan A.Malik. (2017). Kaedah Penyelidikan
Dalam Pendidikan. Perak: Nur Niaga Sdn.Bhd.

Fauzi Hussin. Jamal Ali. Mohd Saifoul Zamzuri. (2015). Kaedah Penyelidikan dan Analisis Data
SPSS. Sintok: UUM Press.

Sulaiman Ngah Razali. (1996). Analisis Data Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chua Yan Piaw. (2013). Analisis Statistik Dalam Penyelidikan. Mc Graw:


Hill Education (Malaysia) Sdn.Bhd.

Sabitha Marican. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya: Pearson
Malaysia Sdn.Bhd.