Anda di halaman 1dari 37

SMKSAS Mengamalkan SPSK

“ Sekolah Bebas Dadah “

12.0 LAMPIRAN
SMKSAS Mengamalkan SPSK
“ Sekolah Bebas Dadah “

LAMPIRAN 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ABDUL SAMAD


JALAN LANDASAN, BUKIT KUDA 41300 KLANG

PANDUAN AM UNTUK STAF SEKOLAH

1. Arahan Am

1.1 Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat
dalam Perintah Am Kerajaan.
Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan mematuhi Perintah Am
tersebut.

1.2 Guru dan staf sokongan seklolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan
boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan
Perkhidmatan lain.

1.3 Guru menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai


profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata.

1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-
prinsip Perkhidmatan Cemerlang.

1.5 Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati falsafah dan matlamat pendidikan
negara.

1.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam
menjalankan tugas.

1.7 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di


sekolah dan menjaga harta benda sekolah.

1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap
menjalankan tugas.

2. Kedatangan

2.1 Jadual waktu belajar hendaklah dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah.

2.2 Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah sekurang-kurangnya 5 minit


sebelum waktu sekolah dan mengetik kad perakam waktu. Semua guru diwajibkan
mengetik kad perakam waktu sebelum pulang pada setiap hari. Guru hanya
dibenarkan mengetik untuk diri sendiri sahaja dan menjadi kesalahan
jika melakukan untuk pihak lain.
SMKSAS Mengamalkan SPSK
“ Sekolah Bebas Dadah “

2.3 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberi
kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah
secepat mungkin.

2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam
keadaan kecemasan.

3. Keluar Waktu Mengajar

3.1 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar
kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atas arahan Jabatan
Pelajaran / Pejabat Pelajaran Daerah dengan syarat mendapat kebenaran
daripada Pengetua.

3.2 Guru dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan ditulis dalam buku rekod
keluar. Dapatkan tandatangan Pengetua sebelum keluar.

3.3 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta mengisi Borang PB1 dan PB2 dan
meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar melalui Guru Penolong Kanan / Guru
Kanan Bidang.

4. Cut

4.1 Cut Rehat / Cut Penggal

Mengikut Pekeliling Kementerian Pelajaran KP(PP) 0046.SJ/A/(30) bertarikh 24


Disember 1993 guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk
menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh pengetua
tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan
tugas- tugas selain daripada tugas mengajar.

4.2 Cut Sakit

4.2.1 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari
berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

4.2.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak melebihi 14 hari dalam
setahun.

4.2.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-
putus akan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian
Pelajaran untuk menentukan pembayaran gaji.

4.2.4 Sila catatkan nombor sijil sakit di dalam buku kehadiran guru.
SMKSAS Mengamalkan SPSK
“ Sekolah Bebas Dadah “

4.3 Cut Tanpa Gaji

4.3.1 Mengikut Perintah Am Bab C Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab-
sebab persendirian yang mustahak.

4.3.2 Cuti Tanpa gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas
habis semua cuti rehatnya.

4.3.3 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun
perkhidmatan tetapi tidak melebihi180 hari.

4.3.4 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan ke luar negara hanya boleh diambil sekali
dalam masa 4 tahun.

4.3.5 Kelulusan Cuti Tanpa gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah
diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari
diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Borang
permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri 10
minggu sebelum tarikh mula bercuti.

4.4 Cut Rehat Khas

4.4.1 Cuti Rehat Khas ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.

4.4.2 Cuti ini boleh diluluskan oleh Pengetua hanya atas sebab-sebab kecemasan
dan upacara agama bagi tempoh 7 hari dalam setahun.

4.4.3 Permohonan Cuti Rehat Khas hendaklah disertai dengan dokumen


sokongan.

4.5 Cut Ke Luar Negara

4.5.1 Semua guru yang hendak bercuti ke luar negara mesti mendapat kelulusan
dari Jabatan. Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat
selewat- lewatnya 5 minggu sebelum tarikh.

4.6 Cut Urusan Kematan Ahli Keluarga Terdekat

4.6.1 Kemudahan ini boleh diberi selama tiga hari sebagai cuti tanpa rekod kepada
anggota Perkhidmatan Awam.

4.6.2 Ahli keluarga terdekat bermaksud suami atau isteri, anak-anak serta ibu dan
bapa kandung kepada anggota berkenaan.

4.6.3 Cuti ini hendaklah bermula pada tarikh kematian ahli keluarga terdekat atau
pada hari berikutnya jika ahli keluarga berkenaan meninggal selepas
waktu pejabat.
SMKSAS Mengamalkan SPSK
“ Sekolah Bebas Dadah “

4.6.4 Tempoh cuti ini termasuk semua hari rehat dan hari kelepasan am.

4.6.5 Anggota yang menggunakan kemudahan ini hendaklah mengemukakan


salinan pengesahan kematian ahli keluarga terdekat kepada Ketua
Jabatan untuk tujuan rekod.

4.7 Cut Isteri Bersalin

4.7.1 Kemudahan ini diberi selama tujuh hari sebagai cuti tanpa rekod, kepada
anggota perkhidmatan awam untuk membantu urusan ketika isterinya
bersalin.

4.7.2 Cuti ini hendaklah bermula pada tarikh isteri anggota bersalin atau pada hari
berikutnya jika isterinya bersalin selepas waktu pejabat.

4.7.3 Tempoh cuti ini termasuk semua hari rehat dan hari kelepasan am.

4.7.4 Kemudahan ini dihadkan kepada lima kali sepanjang tempoh perkhidmatan.

4.7.5 Anggota yang menggunakan kemudahan ini hendaklah mengemukakan


salinan perakuan bersalin isterinya kepada Ketua Jabatan.

5. Buku Rekod Perkhidmatan

5.1 Guru digalakkan menyemak / mengemaskini Buku Rekod Perkhidmatan (BRP) di


Pejabat Pelajaran Daerah dari dsemasa ke semasa.

6. Pakaian

6.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion dan masyarakat timur
dalam semua urusan rasmi (mesyuarat, kursus, taklimat)

6.2 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru
perempuan.

6.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang
sesuai.

6.4 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang
sesuai.

6.4.1 Guru perempuan – seluar trek / panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja
sukan, baju trek, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.
6.4.2 Guru lelaki – seluar trek / seuar panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja
sukan, baju trek atau jersi,kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.
SMKSAS Mengamalkan SPSK
“ Sekolah Bebas Dadah “

7. Perhubungan Sesama Guru

7.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat
sesama guru dan staf sokongan serta sentiasa dapat mengawal tutur kata
mereka. Juga diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan.

7.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman /


pendapat / kepercayaan kepada guru atau pun pelajar atau staf sokongan
sekolah lain.

7.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status
sosial, sosio ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama
sekali wujud di sekolah.

8. Bilik Guru

8.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggung jawab semua guru.
Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru.

8.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini
hendaklah dianggap sebagai ‘ non-teaching period’ dan bukannya ‘free period’.
Oleh itu, guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-
perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.

8.3 Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru.

8.4 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab


memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-
mana pihak.

8.5 Guru yang terakhir meninggalkan bilik guru hendaklah memastikan semua suis
dipadamkan.

8.6 AJK Kelab Guru dipertanggungjawabkan memantau kebersihan dan keselamatan


bilik guru.

9. Perjawatan Dan Pengajaran

9.1 Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh
berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Pengetua.

9.2 Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan
Ketua Panitia, Guru Kanan Mata Pelajaran dan Penolong Kanan.
SMKSAS Mengamalkan SPSK
“ Sekolah Bebas Dadah “

10. Tugas

10.1 Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum dan pentadbiran.
Mereka mestilah melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan
bertanggungjawab.

10.2 Apabila diarahkan untuk melakukan sesuatu tugas arahan misalnya menghadiri
kursus, mesyuarat, pergi Jabatan Pelajaran atau ke sekolah lain, guru hendaklah
mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh
mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Pengetua. Jika tugas
itu terpaksa dijalankan oleh pihak lain atas persetujuan sesama sendiri, maka
ia mestilah sampai ke pengetahuan Pengetua.

10.3 Sekembali guru-guru dari menjalankan tugas luar seperti berkursus, mesyuarat,
mengiringi pelajar ke sesuatu pertandingan dan lain-lain hendaklah mengisi
borang laporan (minit curai) yang boleh diperolehi daripada Guru Kanan Bidang
masing- masing atau dari kaunter pejabat dan hantar kepada pengetua.

11. Buku Rekod Mengajar

11.1 Setiap guru akan diberi sebuah Buku Rekod Mengajar dan bertanggungjawab
terhadap keselamatan buku tersebut. Semua butiran hendaklah disempurnakan
dengan teliti, kemas dan lengkap. Buku ini hendaklah diserahkan ke pejabat
pada hari Jumaat atau hari terakhir bekerja setiap minggu untuk disemak dan
ditandatangani oleh Pengetua/Penolong Kanan Penyelia Petang/ Guru
Kanan Bidang. Guru-guru hendaklah merekodkan dalam buku khas sebagai
tanda penghantaran.

11.2 Hendaklah dinomborkan mengikut senarai nama rasmi di bahagian tepi bagi
memudahkan semakan.

11.3 Jika seseorang guru bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong
Kanan/ Penyelia Petang.

11.4 Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun
persekolahan.

12. Jadual Waktu

12.1 Guru tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan
dalam kelas sendiri.

12.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa
kebenaran.
SMKSAS Mengamalkan SPSK
“ Sekolah Bebas Dadah “

13. Jadual kedatangan Pelajar

13.1 Setiap guru tingkatan akan diberikan sebuah buku kedatangan pelajar. Guru
bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan
hendaklah memahami dan mematuhi kehendak-kehendak mengenainya yang
tercetak di bahagian dalam kulit hadapan.

13.2Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada
setiap hari oleh guru tingkatan pada waktu perhimpunan / waktu pertama
(sekiranya hujan). Penyelaras Tingkatan / Penyelaras Jadual Kedatangan
bertanggungjawab menandanya sekiranya guru tingkatan tidak hadir.

13.3 Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat (seperti garis panduan yang telah
ditetapkan).

13.4 Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang-seli dalam satu
minggu, ibu bapa /penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis atau melalui
telefon pada hari berikutnya.

13.5 Analisa mesti dibuat setiap akhir bulan dan disemak oleh guru yang
bertanggungjawab.

13.6 Guru tidak dibenarkan membawa pulang Buku Jadual Kedatangan Pelajar.

13.7 Hanya guru sahaja yang boleh mengambil dan memulangkan Buku Jadual
Kedatangan Pelajar ke pejabat.

14. Keselamatan Harta Benda Sekolah

14.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga


keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah
sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan
sekolah dengan mengisi borang penyelenggaraan.

14.2 Ketua Panitia / Guru Kanan Bidang hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan
mengenai penggunaan alat-alat bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan
lain- lain.

15. Kebersihan

15.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas
pelajar hendaklah digunakan dengan rapi dan digunakan dengan selamat.

15.2 Guru Kanan Bidang / Ketua Panitia dan guru-guru lain yang mempunyai bilik khas/
tempat khas (bengkel, bilik kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab
untuk menjaga bilik tersebut.
SMKSAS Mengamalkan SPSK
“ Sekolah Bebas Dadah “

15.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan
pelajar.

16. Surat-menyurat

16.1 Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui Pengetua untuk disampaikan
kepada pihak tertentu.

17. Surat Yang Diterima

17.1 Ada surat yang diterima oleh pihak sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk
diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera
terhadap surat-surat tersebut.

17.2 Jika surat itu ditujukan kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada
Pengetua, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan.

17.3 Jika surat itu ditujukan keada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk
tindakan guru yang berkenaan, maka guru hendaklah:

17.3.1 Mengambil fail yang berkenaan di pejabat jika fail itu tidak ada dalam
simpanannya. (Dengan kebenaran staf pejabat dan merekodkan dalam buku
yang dikhaskan.

17.3.2 Mengambil tindakan yang diperlukan.

17.3.3 Memulangkan semula fail itu ke pejabat.

18. Pergi ke Jabatan Pelajaran / Pejabat Pelajaran Daerah

18.1 Guru-guru tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat
Pelajaran Daerah untuk urusan peribadi pada waktu persekolahan.

19. Pelawat

19.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua / Penolong Kanan /


Penyelia Petang terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan
wakil- wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Pegetua atau
wakilnya. Pastikan pelawat yang ingin menemui guru-guru ada membawa surat
kebenaran daripada pentadbir.

20. Membeli Barang

20.1 Guru yng hendak membeli barang mestilah memohon kebenaran dengan
menggunakan borang pesanan dalaman yang diperolehi daripada Guru Kanan
Mata Pelajaran atau pejabat.
SMKSAS Mengamalkan SPSK
“ Sekolah Bebas Dadah “

20.2 Borang itu mestilah mendapat pengesahan daripada Guru Kanan Bidang sebelum
diluluskan oleh pengetua.

20.3 Semua pesanan mestilah dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan. Hanya
Pengetua yang dibenarkan menandatangani Borang Pesanan Tempatan.

20.4 Segala invois mestilah ditandatangani oleh guru yang membuat pesanan / Guru
Kanan Bidang dan rekodkan dalam buku stok dengan kemas oleh guru yang
berkenaan.

20.5 Guru-guru yang membuat pesanan hendaklah menandatangani dan melengkapkan


butir-butir dalam ruangan ‘Akuan Penerima’ di dalam Borang Pesanan
Tempatan.

21. Kegiatan Kokurikulum

21.1 Semua guru yang ditugaskan sebagai penasihat kegiatan kokurikulum hendaklah
menjalankan tugas dengan cekap dan teratur. Segala kegiatan hendaklah dijalankan
mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

21.2 Guru-guru penasihat diminta mencatatkan kehadiran dan aktiviti –aktiviti yang
dijalankan di dalam buku khas di pejabat.

22. Perhimpunan Rasmi Sekolah

22.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa-masa dan
hari-hari yang ditetapkan.

22.2 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang.

22.3 Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan
Lagu Sekolah.

23. Mesyuarat Guru

23.1 Dari semasa ke semasa Pengetua akan memanggil mesyuarat guru. Kedatangan
semua guru ke mesyuarat ini adalah diwajibkan. Pakaian semasa mesyuarat
adalah rasmi.

23.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Kanan Bidang /
Ketua Panitia / Guru Penasihat. Guru diwajibkan menghadiri Mesyuarat
Kurikulum.HEM dan Kokurikulum 4 kali setahun.

23.3 Minit mesyuarat hendaklah dihantar kepada Pengetua dalam tempoh seminggu
selepas mesyuarat.
SMKSAS Mengamalkan SPSK
“ Sekolah Bebas Dadah “

24. Buku Stok / Inventori

24.1 Guru Kanan Bidang atau Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok /
inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak
dari semasa ke semasa oleh Pengetua / Penolong Kanan / Setiausaha Stok dan
Inventori.

25. Tanda Nama

25.1 Semua guru hendaklah sentiasa memakai tanda nama pada hari persekolahan,
majlis rasmi di sekolah atau di luar sekolah.

26. Keahlian Kelab Warga / PIBG

26.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab Warga Samad dan PIBG sekolah.

26.2 Jumlah yuran kelab ini tertakluk kepada keputusan mesyuarat.

27. Penggunaan Alat-alat

27.1 Penggunaan alat-alat hendaklah betul dan mengikut peraturan.

27.2 Mesti mendapat kebenaran daripada ketua-ketua bahagian atau penjaga stok.

27.3 Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali


dengan segera dalam keadaan baik.

27.4 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta-merta dan menggantikannya


sekiranya hilang.

28. Arahan dan Pekeliling

28.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh pengetua hendaklah dibaca
dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas dibaca.

28.2 Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpan di dalam
fail khas.

28.3 Sekiranya pekeliling itu dari Kementerian, Jabatan Pelajaran atau Pejabat Pelajaran
Daerah, guru hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat setelah
tindakan diambil.

29. Telefon

29.1 Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru hendaklah
menggunakan telefon persendirian untuk urusan peribadi.
SMKSAS Mengamalkan SPSK
“ Sekolah Bebas Dadah “

30. Mesin Fotostat

30.1 Penggunaannya hanyalah untuk tujuan rasmi dan direkodkan dalam buku catatan.

30.2 Dokumen untuk urusan peribadi hendaklah difotostat di kedai luar.

31. Komputer di Pejabat

31.1 Guru-guru tidak dibenarkan menggunakan komputer kewangan dan komputer


perkhidmatan di pejabat.

31.2 Bagaimana pun guru-guru dibenarkan menggunakan komputer di bilik Penolong


Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan HEM setelah meminta kebenaran mereka.

32. Kunci

32.1 Semua kunci mesti ada salinan yang disimpan di pejabat.

32.2 Guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu, mestilah mkebenaran
daripada Pengetua. Guru bertanggungjawab terhadap bilik tersebut sepenuhnya
dan memulangkan kunci berkenaan ke pejabat pada akhir tahun.

32.3 Guru-guru yang ingin menggunakan bilik-bilik khas, sila dapatkan kunci daripada
guru yang dipertanggungjawabkan.

33. Acara atau Majlis Sekolah

33.1 Semua guru diwajibkan hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah termasuk
yang dijalankan pada hari Sabtu, Ahad atau pada waktu malam. Semua aktiviti
sekolah yang melibatkan hari Sabtu dijalankan pada Sabtu minggu ke 2 dan 4. Tiada
aktiviti, program atau mesyuarat boleh dijalankan pada hari Sabtu minggu pertama ,
ke 4 dan ke 5.(SPI bil.8/2005)

34. Disiplin

34.1 Rujuk pada pekeliling KP(BS 8591/Jld. XVII/(10)

Kerjasama tuan/puan amat dihargai dan “SELAMAT MENJALANKAN TUGAS”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

....................................................
(HJH SITI RAHIMAH BT TORMODI )
PENGETUA
SMKSAS Mengamalkan SPSK
“ Sekolah Bebas Dadah “

SMK SULTAN ABDUL SAMAD, KLANG


LAMPIRAN 2

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM) 2013-2025


TRANFORMASI PENDIDIKAN DALAM TEMPOH 13 TAHUN
PENGENALAN :
Pelan Pembangunan Pendidikan ini telah dirangka bagi menghadapi cabaran abad ke-21 berasaskan
dasar dan laporan terdahulu yang sangat besar pengaruhnya.
Pelan ini berfokuskan kepada cara membangunkan dan meneruskan perkembangan, serta menambah
baik sistem pendidikan secara berterusan. Bagi tujuan itu, Pelan Pembangunan Pendidikan dirangka
berasaskan tiga objektif yang khusus seperti berikut:
1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambah
baikan akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang
pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan
keberkesanan sistem.

2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun
yang seterusnya sehingga tahun 2025; dan

3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan, termasuk


perubahan utama dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, yang membolehkan sistem ini
memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi
perkhidmatan awam.

Pelan Pembangunan Pendidikan merupakan hasil daripada analisis yang mendalam, temu bual,
kumpulan fokus, kaji selidik, dan penyelidikan yang dijalankan dengan bantuan pakar Malaysia dan
antarabangsa, pegawai Kementerian, guru, pengetua , dan guru besar serta ibu bapa di seluruh negara.
PERKARA TERKANDUNG DALAM PPPM :
(a) ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA DAN MURID

1: Aspirasi Sistem Pendidikan


Lima keberhasilan yang ingin dicapai dalam sistem pendidikan Malaysia:-
AKSES 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga
menengah atas menjelang tahun 2020
KUALITI Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti
TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun
EKUITI 50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar bandar, sosioekonomi,
gender) menjelang tahun 2020
PERPADUAN Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada
kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian
KECEKAPAN Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukkan sedia ada
SMKSAS Mengamalkan SPSK
“ Sekolah Bebas Dadah “

2: Aspirasi Murid
Enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing di peringkat global:

PENGETAHUAN Murid menguasai kemahiran literasi dan numerasi, matapelajaran teras seperti
Matematik dan Sains serta pengetahuan am tentang Malaysia, Asia dan dunia dan
digalakkan mengembangkan pengetahuan dalam bidang seni,muzik dan sukan
KEMAHIRAN Murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan
BERFIKIR pemikiran kreatif, kritis serta inovatif supaya dapat mengaplilkasikan ilmu
pengetahuan diluar konteks akademik.
KEMAHIRAN Membentuk potensi murid yang mengamalkan ciri kepimpinan. Ciri kepimpinan dalam
MEMIMPIN empat dimensi iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi dan kemahiran
berkomunikasi secara berkesan.
KEMAHIRAN Murid menguasai Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris
DWIBAHASA sebagai bahasa komunikasi antarabangsa sekurang-kurangnya pada tahap minima agar
berupaya menggunakan dwibahasa dalam persekitaran kerja.
ETIKA DAN Memupuk etika dan kerohanian dalam diri murid agar mereka dapat mendepani
KEROHANIAN cabaran dalam kehidupan dewasa supaya dapat mengatasi konflik secara harmoni dan
bijak bagi melahirkan kesejahteraan komuniti dan negara.
IDENTITI Membentuk identiti nasional yang kukuh dalam diri murid melalui penghayatan
NASIONAL prinsip Rukun Negara dan berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira
etnik,agama atau status sosioekonomi.

(b) SEBELAS ANJAKAN UNTUK TRANFORMASI SISTEM

Kementerian telah mengenalpasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi mentranformasikan sistem
pendidikan negara.

 Menanda aras pembelajaran bahasa, Matematik dan Sains dengan


Menyediakan standard antarabangsa
Kesamarataan Akses  Melancarkan KSSM dan KSSB yang disemak semula pada 2017
kepada Pendidikan  Merombak peperiksaan kebangsaan dan PBS bagi meningkatan
Berkualit Bertaraf peratusan soalan yang mentaksir kemahiran berfikir aras tinggi pada
Antarabangsa 2016
 Meningkatkan kualiti pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan
Matematik
 Memperluaskan akses dan meningkatkan kualiti laluan pendidikan
bermula dengan pendidikan vokasional
 Meningkatkan kualiti prasekolah dan menggalakkan enrolmen sejagat
menjelang 2020
 Melanjutkan pendidikan wajib daripada 6 tahun kepada 11 tahun
 Melaksanakan KSSR Bahasa Malaysia untuk Sekolah Jenis Kebangsaan
Memastkan Setap dengan sokongan pemulihan pada murid yang memerlukan
Murid Menguasai  Memperluas program LINUS supaya meliputi literasi bahasa Inggeris
Kemahiran Dalam  Meningkatkan kemahiran guru bahasa Inggeris
Bahasa Malaysia dan
SMKSAS Mengamalkan SPSK
“ Sekolah Bebas Dadah “

Bahasa Inggeris dan  Menjadikan kertas mata pelajaran Bahasa Inggeris wajib lulus
digalakkan peringkat SPM
Mempelajari Bahasa  Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang
Tambahan 2025

Melahirkan Rakyat  Mengukuhkan pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral dengan
yang Menghayat Nilai lebih tumpuan kepada perpaduandan memupuk persefahaman erat
antara murid.
 Membangunkan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan
penyertaan murid dalam 1Sukan, 1Kelab dan 1Badan Beruniform
 Mengukuhkan RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi
antara sekolah
Mentranformasikan  Mengetatkan syarat kemasukan guru mulai 2013 supaya terdiri
Profesion Perguruan daripada graduan 30% teratas
Menjadi Profesion  Merombak IPG setanding standard bertaraf dunia menjelang 2020
Pilihan  Meningkatkan kualiti program Pembangunan Profesional Berterusan
(CPD)
 Memastikan guru memberi tumpuan kpd fungsi teras pengajaran
mulai 2013
 Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi
menjelang 2016
 Memperluaskan laluan guru untuk kepimpinan, pakar pengajaran dan
pakar bidang khusus menjelang 2016
 Membudayakan kecemerlangan berasaskan teladan rakan setugas dan
proses pensijilan mulai 2025
Memastkan  Memperkukuh kriteria pemilihan dan proses perancangan penggantian
Kepimpinan pengetua/guru besar mulai 2013
Berprestasi Tinggi  Melaksanakan Pakej Kerjaya Pengetua/Guru Besar yang baharu secara
ditempatkan di Setap berperingkat dengan lebih sokongan dan kebertanggungjawaban yang
Sekolah tinggi bagi meningkatkan keberhasilan murid
Mengupaya JPN, PPD  Mempercepat penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang
dan Sekolah untuk sistematik dan dipimpin oleh PPD di semua negeri menjelang 2014
Menyediakan  Memberi lebih kuasa melalui pengurusan berasaskan sekolah dan
Penyelesaian Khusus autonomi kepada sekolah yang memenuhi kriteria prestasi minimum
Berasaskan Keperluan  Memastikan 100% sekolah memenuhi infrastruktur asas menjelang
2015
 Memastikan sekolah bantuan kerajaan menerima kewangan yang
saksama
Memanfaatkan ICT  Menyediakan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya
bagi Meningkatkan melalui 1Bestari Net
Kualit Pembelajaran  Menambahkan kandungan dalam talian untuk perkongsian amalan
di Malaysia terbaik bermula dengan perpustakaan video guru terbaik
 Memaksimumkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarakjauh dan
pembelajaran kendiri untuk memperluas akses kepada pengajaran
berkualiti tinggi tanpa mengira lokasi atau tahap kemahiran murid
Mentranformasikan  Sekurang-kurangnya 2500 personel drpd Kementerian dan JPN
Kebolehan dan
SMKSAS Mengamalkan SPSK
“ Sekolah Bebas Dadah “

keupayaan ditempatkan di PPD untuk memberi lebih sokongan kepada sekolah


Penyampaian menjelang 2014
Kementerian  Memperkukuh kebolehupayaan kepimpinan bagi 150-200 jawatan
kepimpinan utama mulai 2013
 Merangka fungsi dan struktur baharu Kementerian menjelang 2013
dan pelaksanaan mulai 2016

Bekerjasama dengan  Melengkapkan setiap ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak
Ibubapa, Komunit mereka melalui sarana penglibatan ibu bapa dan akses dalam talian
dan Sektor Swasta kepada kemajuan anak di sekolah
Secara Meluas  Mendapat maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan
kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016
 Menambah bilangan model Sekolah Amanah kepada 500 menjelang
2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan NGO yang berpotensi
sebagai penaja
Memaksimumkan  Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas dan
Keberhasilan Murid merasional program berimpak rendah pada setiap tahun
bagi Setap Ringgit  Memanfaatkan peluang kecekapan dengan mengagihkan peruntukkan
kepada bidang yang penting seperti peningkatan kemahiran dan
latihan guru

Meningkatkan  Menerbitkan laporan tahunan awam tentang kemajuan sasaran dan


Ketelusan untuk inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia mulai 2013
Kebertanggung-  Melaksanakan semakan komprehensif pada 2015, 2020 dan 2020
jawaban Awam
Secara Langsung

(c) URUTAN ANJAKAN TRANFORMASI

Berdasarkan keperluan membina kebolehan dan keupayaan sistem pendidikan negara, kementerian
telah menyusun tranformasi yang akan dilaksanakan dalam tiga gelombang.

Gelombang 1 (2013-2015)
Mengubah sistem dengan menyokong guru dan memberikan tumpuan
kepada kemahiran utama

 Meningkatkan standard pengajaran melalui bimbingan guru secara khusus terutamanya dalam mata
pelajaran teras (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains)

 Mereka bentuk semula soalan peperiksaan supaya lebih menjurus kepada soalan kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT)

 Mengukuhkan kualiti pendidikan STEM melalui pengukuhan kurikulum, pengujian dan latihan guru,
dan penggunaan model pembelajaran pelbagai mod (blended learning)
SMKSAS Mengamalkan SPSK
“ Sekolah Bebas Dadah “

 Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Bahasa Malaysia SJK yang direka bentuk
untuk murid yang bahasa ibundanya bukan bahasa Malaysia.

 Mengukuhkan penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris melalui pengujian dan latihan semula
guru, memperluas LINUS, dan menyediakan sokongan pemulihan serta model pembelajaran pelbagai
mod (blended learning)

 Melaksanakan 1BestariNet ke semua sekolah untuk mengintegrasi ICT dalam pembelajaran harian.

 Melaksana Program Transformasi Daerah dengan tumpuan kepada sekolah berprestasi rendah
termasuk murid berkeperluan khusus untuk memacu prestasi sekolah.

 Merombak IPG dan latihan praperkhidmatan dan meningkatkan standard kemasukan bagi guru
baharu.

 Mewujudkan pembimbing pengetua/guru besar yang berdedikasi untuk sekolah Band 5,6 & 7 dan
mengukuhkan kriteria pemilihan untuk pemimpin sekolah bagi meningkatkan kualiti kepimpinan
sekolah.

 Mentransformasi Kementerian dengan meletakkan pemimpin terbaik untuk menerajui jawatan


penting di JPN dan PPD bagi meningkatkan prestasi sistem penyampaian.

 Meningkatkan enrolmen prasekolah dan sekolah menengah melalui kempen galakan enrolmen, lebih
penglibatan ibu bapa, dan program vokasional yang lebih baik.

 Mengukuhkan praktikum dalam program vokasional melalui peningkatan kerjasama dengan sektor
swasta.

Gelombang 2 (2016-2020)

Memacu peningkatan sistem

▪ Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) semakan semula bagi meningkatkan standard kandungan dan pembelajaran setanding
dengan standard antarabangsa.
▪ Menarik minat dan kesedaran masyarakat dalam STEM melalui kempen dan kerjasama.
▪ Merintis pilihan program untuk meningkatkan pendedahan kepada bahasa Inggeris, dan
mengukuhkan penyediaan bahasa tambahan dalam usaha menambah baik penguasaan kemahiran
bahasa secara menyeluruh.
▪ Mengukuhkan program untuk kumpulan berkeperluan khusus seperti kumpulan peribumi dan
kumpulan minoriti lain, pintar cerdas, dan berkeperluan khas.
▪ Memacu inovasi ICT khususnya untuk pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran terarah Kendiri
SMKSAS Mengamalkan SPSK
“ Sekolah Bebas Dadah “

▪ Meningkatkan bimbingan dan sokongan kepada guru bagi penambahbaikan penyampaian


pengetahuan, kemahiran, dan nilai merentasi semua aspek kurikulum dan kokurikulum.
▪ Meningkatkan kompetensi dan kemajuan berdasarkan prestasi serta memantapkan laluan kerjaya
guru untuk mencergaskan semula profesion keguruan.
▪ Mengukuhkan bahagian utama Kementerian, menyusun semula peranan Kementerian, JPN dan PPD
untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan pelaksanaan.
▪ Memperoleh akreditasi antarabangsa dan memantapkan kurikulum program matrikulasi sebagai
persediaan murid ke universiti.
▪ Memperluas pilihan pendidikan vokasional melalui perjanjian pelaksanaan dengan pembekal
pendidikan vokasional swasta.

Gelombang 3 (2021-2025)
Menganjak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan keluwesan operasi

▪ Meningkatkan inovasi dan pilihan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran dalam bahasa Malaysia
dan bahasa Inggeris secara berterusan dan menyediakan lebih banyak pilihan untuk mempelajari
bahasa tambahan.
▪ Melaksanakan program dan inovasi ICT bagi kumpulan berkeperluan khusus di seluruh negara untuk
meningkatkan standard pembelajaran secara berterusan.
▪ Memupuk budaya kecemerlangan profesional keteladanan rakan setugas, iaitu guru dan pemimpin
sekolah saling membimbing, berkongsi amalan terbaik, dan memastikan rakan setugas mempunyai
kebertanggungjawaban memenuhi standard professional.
▪ Mempertingkat pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi dari segi pelaksanaan kurikulum dan
pengurusan kewangan bagi kebanyakan sekolah yang layak, sekiranya tidak kepada semua sekolah.
▪ Memperkasa Kementerian dan menginstitusikan transformasi melalui pengukuhan kemajuan kerjaya
pegawai Kementerian.
▪ Mengkaji semula penstrukturan sekolah untuk menentukan sekiranya wujud keperluan untuk
mengoptimumkan laluan dan pilihan persekolahan.

(d) KEBERHASILAN UTAMA

▪ 100% murid celik Bahasa Malaysia dan menguasai kemahiran numerasi selepas 3 tahun
persekolahan; sasaran untuk celik Bahasa Inggerisakan ditentukan selepas garis asas diperoleh.
▪ Enrolmen untuk prasekolah pada 92%, rendah pada 98% dan menengah pada 95%
▪ Pengurangan 25% jurang antara bandar dan luar bandar.
▪ Prestasi Malaysia berada pada purata antarabangsa dalam kitaran TIMSS dan PISA seterusnya
▪ Enrolmen prasekolah hingga menengah pada 100%
SMKSAS Mengamalkan SPSK
“ Sekolah Bebas Dadah “

▪ Pengurangan 50% jurang bandar / luar bandar; pengurangan 25% dalam jurang sosioekonomi
dan gender.
▪ Pencapaian Malaysia pada kedudukan sepertiga teratas dalam TIMSS dan PISA.
▪ Mengekalkan atau meningkatkan enrolmen.
▪ Mengekalkan atau mengurangkan jurang bandar dan luar bandar; pengurangan 50% jurang sosio
ekonomi dan gender.

DASAR PENDIDIKAN & ISU LAMPIRAN 3

Bil. Perkara Huraian


1. Pelan strategik KPM “Setiap murid berpotensi untuk berjaya” menjadi matlamat kepada
2011-2020 perancangan KPM dengan keyakinan bahawa semua murid mempunyai
SMKSAS Mengamalkan SPSK
“ Sekolah Bebas Dadah “

peluang dan potensi untuk berjaya.


Bagi memastikan matlamat ini dapat dicapai, dua (2) pendekatan utama
dalam Pelan Strategik telah dikenal pasti, iaitu:
 Pemantapan pengupaya inisiatif sedia ada untuk memacu
perubahan dalam sistem pendidikan
 Pembaharuan dan lonjakan dimensi baru bagi mencapai
kecemerlangan dan pendidikan yang berkualiti

Pelan 1nsane111 KPM 2011-2020 merangkumi 14 inisiatif 1nsane111


atau teras 1nsane111 untuk mencapai visi dan misi KPM.
Transformasi sistem pendidikan seperti penstrukturan semula
persekolahan, kurikulum dan pentaksiran serta mengarusperdanakan
pendidikan vokasional merupakan inisiatif yang diberi keutamaan.

2. Kurikulum Standard Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula


Sekolah Rendah dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan
(KSSR) transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan
pengetahuan, kemahiran, dan nilai yang relevan dengan keperluan
semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21.

KSSR berhasrat untuk melahirkan 167nsane yang seimbang, berfikiran


kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang komunikasi, sains dan
teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri,
kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.

Prinsip KSSR:
KSSR masih mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip ini dikekalkan
kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan modal insan yang
seimbang dan berdaya saing.

Fokus KSSR:
KSSR memastikan selepas enam(6) tahun persekolahan murid mencapai
standard pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap
tahap. KSSR memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca,
menulis, mengira dan menaakul.

Pada tahap 1, pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan


asas 4M. Penekanan juga diberikan untuk literasi dan numerasi bagi
membolehkan murid menguasai kemahiran tersebut. Penekanan juga
diberikan kepada kemahiran nilai tambah iaitu kreativiti dan inovasi,
keusahawanan dan TMK (Teknologi Kemahiran Maklumat dan
Komunikasi).

Pada tahap 2, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi


kemahiran 4M di samping menguasai kemahiran TMK, penguasaan
kemahiran yang lebih kompleks, pemerolehan pengetahuan, dan
perkembangan sahsiah.
SMKSAS Mengamalkan SPSK
“ Sekolah Bebas Dadah “

3. Kurikulum Standard Mulai 2014 Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan Kurikulum


Sekolah Menengah Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang mula diguna pakai pelajar
(KSSM) Tingkatan Satu.

Adalah dimaklumkan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian


Pelajaran Malaysia sedang dalam usaha untuk melaksanakan tinjauan
terhadap kandungan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah sebagai
persediaan menggubal Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
yang akan dilaksanakan mulai tahun 2014.

MatlamatKajian:
Matlamat tinjauan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah ini adalah
untuk mendapatkan input dari masyarakat tentang aspek-aspek yang
terkandung dalam kurikulum Sejarah Sekolah Menengah, di samping
cadangan-cadangan penambahbaikan terhadap kurikulum mata
pelajaran Sejarah.

Objektf:
• Mendapatkan cadangan-cadangan penambahbaikan terhadap
kurikulum Sejarah Sekolah Menengah
• Mendapatkan input tentang aspek-aspek skop kandungan kurikulum
Sejarah Sekolah Menengah

4. Pentaksiran Konsep:
Berasaskan Sekolah PBS merupakan satu pendekatan pentaksiran bersifat holistik yang
(PBS) menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan
psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) dan KSSR.

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah


secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya
dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

Komponen PBS:
Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran
Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan
Pentaksiran Psikometrik.
SMKSAS Mengamalkan SPSK
“ Sekolah Bebas Dadah “

Penambahbaikan PBS mulai April 2014


-DSP diganti menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid
(PPPM)
-Fail Perkembangan Murid, Fail Showcase dan Rekod Transit tidak perlu
disediakan. Rekod PPPM dilakukan mengikut keperluan dan kesesuaian.
-Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)- data
direkod dan dilakukan secara offline
-PMR digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Hal
inibermakna tiadapeperiksaan berpusat untuk murid tingkatan 3 mulai
tahun 2014.
-PT3 merupakan pentaksiran sumatif di peringkat pendidikan
menengah rendah bagi melihat pencapaian akademik murid. PT3 akan
ditadbir oleh pihak sekolah mengikut panduan yang disediakan oleh
Lembaga Peperiksaan.

5. Program Asas Transformasi Pendidikan Vokasional


Vokasional (PAV) Pengumuman sistem baru pendidikan vokasional oleh Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini telah
melonjakkan kedudukan aliran tersebut dalam sistem pendidikan
negara. Transformasi ini telah menjanjikan kelulusan hingga ke
peringkat diploma secara jalan pintas melalui pewujudan Kolej
Vokasional (KV) selepas tingkatan tiga.

Transformasi pendidikan vokasional yang bermula pada tahun 2013


nanti memberi penekanan kepada amalan industri atau amali teknikal
dan akan mengurangkan komposisi akademik. Apa yang menariknya
Pendidikan Asas Vokasional (PAV) akan diperkenalkan kepada pelajar
mulai tingkatan satu.

PAV akan menggantikan mata pelajaran vokasional (MPV) yang sedang


diajar di sekolah harian dan ia adalah sejajar dengan proses
transformasi pengajian teknik dan vokasional.

Visi :
Pendidikan Vokasional laluan terunggul untuk kecemerlangan kerjaya

Misi :
Menyediakan pendidikan dan latihan vokasional yang inovatif untuk
memenuhi keperluan individu, masyarakat, industri dan Negara

Matlamat:
Diharapkan dengan memartabatkan pendidikan vokasional ini akan
mempercepatkan lagi usaha untuk menyediakan tenaga kerja yang
berkebolehan, berkemahiran dan berpendapatan tinggi bagi
menjadikan Malaysia negara maju dalam tahun 2020
SMKSAS Mengamalkan SPSK
“ Sekolah Bebas Dadah “

Pelaksanaan PAV :
Pendidikan Asas Vokasional akan dilaksanakan di 15 buah Sekolah
Harian terpilih sebagai sekolah rintis mulai 2013.

Pelajar-pelajar terpilih yang mengikuti program ini juga dibenarkan


mengambil peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pada tahap satu
iaitu semasa berada di tingkatan dua dan SKM tahap dua semasa
berada di tingkatan tiga. Para pelajar yang lulus dalam PAV akan
menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II apabila tamat.

Sementara itu pelajar yang mengikuti aliran vokasional ini selepas


tingkatan tiga akan diberi peluang mengikuti pendidikan selama empat
tahun sehingga peringkat diploma iaitu SKM tahap empat.

Kurikulum:
Kurikulumnya merujuk kepada Piawaian Kemahiran Guna Tenaga
Kebangsaan (NOSS), SKM dan lain-lain bentuk pensijilan yang diiktiraf
oleh pihak industri.

Mengikut Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi,


antara kaedah yang akan digunakan kementerian untuk memilih pelajar
di sekolah rendah khususnya Tahun 6 bagi mengikuti PAV di peringkat
menengah adalah menggunakan penilaian psikometrik tersendiri,
bukan dengan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

6. Program Guru KPM melancarkan pelaksanaan Guru Penyayang sempena Sambutan


Penyayang Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012. Pelaksanaan Guru Penyayang
adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih
sayang di sekolah.

Konsep:
Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian
(concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya
(every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang,
bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati,
sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Membudayakan amalan penyayang
merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan
murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan


budaya guru. Ia akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek
dan jangka panjang secara berfasa. Bagi fasa pertama pelaksanaannya,
guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut;
 Mengalu-alukan kehadiran murid
 Pelaksanaan Program Mentor Mentee
 Memberi penghargaan kepada murid
SMKSAS Mengamalkan SPSK
“ Sekolah Bebas Dadah “

Objektf:
Objektif pelancaran pelaksanaan Guru Penyayang adalah;
 agar guru menjiwai bahawa amalan penyayang adalah budaya
guru,
 agar guru menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan
rahmat kepada sekolah,
 agar guru menyedari bahawa setiap murid adalah 171set
kepada sekolah, dan
 agar guru menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti
dan masyarakat kepada sekolah.

7. Melindungi Masa -Masa instruksional didefinisikan sebagai masa yang sebenarnya


Instruksional (MMI) digunakan untuk aktiviti pembelajaran tanpa gangguan.
-Melindungi masa instruksional bermaksud untuk mengurangkan
gangguan bagi mengelakkan kelas tidak berlangsung seperti yang
dirancang dan memastikan kualiti masa instruksional yang menjamin
pembelajaran bermakna/pembelajaran berkesan dalam kalangan murid
yang dilaksanakan oleh guru.
-Melindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen fungsi
pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara
berkesan di sekolah. Melindungi masa instruksional perlu diberi
perhatian dalam memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran
murid ke arah membangunkan modal insan yang kritis, kreatif dan
inovatif. Malah, kejayaan melaksanakan fungsi ini dapat menyediakan
murid-murid untuk menghadapi semua peringkat peperiksaan dengan
lebih sempurna.
Fokus Pendidikan:
3 fungsi utama pendidikan adalah murid, guru dan pentadbir
 Semua Pengarah JPN diminta untuk memberi fokus terhadap
perkara-perkara berikut:
i. Tumpuan kepada disiplin murid.
ii. Program Guru Penyayang.
iii. Memastikan guru berada dalam kelas semasa proses
pengajaran dan pembelajaran bagi melindungi waktu
pembelajaran murid.
iv. Memastikan pentadbir berada di sekolah.
 Bahagian-Bahagian terlibat yang kerap memanggil guru-guru
keluar, perlu membuat perancangan secara serius dan hanya
memanggil guru sekiranya perlu sahaja.
 Bilangan guru yang dipanggil keluar perlu diminimakan dan surat
panggilan dikeluarkan hendaklah melalui authority.

Antara langkah dan cara para guru dapat melindungi masa


instruksional:
1. Melaksanakan perancangan tahunan, mingguan dan harian
berdasarkan tugasan yang diberi.
SMKSAS Mengamalkan SPSK
“ Sekolah Bebas Dadah “

2. Menjalankan pdp mengikut waktu yang ditetapkan.


3. Menjalankan pdp seperti yang dirancang.
4. Mengutamakan kekesanan pdp di dalam bilik darjah.
5. Mengoptimumkan masa instruksional di dalam bilik darjah.
6. Berusaha meningkatkan peluang murid-murid untuk belajar.
7. Berusaha mendisiplinkan murid-murid supaya mereka hadir ke
sekolah serta masuk ke dalam bilik darjah mengikut ketetapan
waktu.

8. Persekitaran Visi program ini adalah bagi mengubah platform pendidikan di Malaysia
Pembelajaran Maya serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan
Frog (VLE Frog) luar bandar dengan menyediakan pendidikan berteras Internet yang
berkualiti kepada semua rakyat Malaysia. Inisiatif kerajaan ini bakal
menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang dilengkapi akses
Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh
Malaysia. Ianya satu program yang melibatkan pihak sekolah dan juga
ibu bapa.

Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah


secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah
mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui Frog VLE. Ibu
bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir
sekolah boleh menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis
melalui Internet.

Penyelesaian Bersepadu
Di bawah 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan
penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran,
kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di Internet menerusi
Virtual Learning Environment (Frog VLE), yang boleh diakses di sekolah
atau dimana-mana sahaja yang mempunyai capaian Internet.

Mempertngkatkan pengajaran dan pembelajaran

Menjimatkan masa dan usaha:Frog memberikan guru alatan yang


mudah untuk melaksanakan tugas seperti merancang pengajaran,
menandakan tugasan dan menguruskan kalendar akademik.

Hubung dan kolaborasi: Frog VLE juga menghubungkan para pendidik di


seluruh negara bagi membolehkan mereka berkolaborasi serta
berkongsi sumber dan idea.

Belajar di luar sempadan: Oleh kerana Frog adalah berasaskan


awan (cloud-based),pembelajaran boleh dilaksanakan pada bila-bila
masa, di mana jua. Malah, disebabkan pelajar boleh melakukan
penyimpanan awan, beg sekolah yang berat bakal menjadi sejarah.
SMKSAS Mengamalkan SPSK
“ Sekolah Bebas Dadah “

Menarik dan menambat perhatian: Sistem Frog yang mudah digunakan


membolehkan guru dan pelajar mencari kandungan pendidikan di
internet (video, imej, sumber pendidikan) dan menjadikannya sebagai
satu laman web, tanpa perlunya kepakaran teknikal. Ini membolehkan
guru menghasilkan sumber-sumber pengajaran yang menarik dan
menambat perhatian bagi memenuhi gaya pembelajaran berbeza,
dengan hanya beberapa klik mudah.

9. i-THINK i-THINK membawa maksud innovative THINKing (Pemikiran Inovatif).


Murid perlu dibekalkan dengan kemahiran berfikir. Program ini untuk
menpertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam
kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis
serta inovatif.

Tujuan :
 Melahirkan modul insan masa hadapan yang empunyai pemikiran
kreatif, kritis dan inovatif.
 Memupuk kemahiran pemikiran aras tinggi dan mampu berdaya
saing.

Apa yang diharapkan daripada program I-Think?


 Dengan menggunakan alat berfikir (Thinking tools) murid lebih
fokus dan berkeyakinan di dalam kelas.
 Aktiviti berpusatkan murid.
 Prestasi murid meningkat setelah menggunakan alat berfikir dalam
pengajaran dan pembelajaran.
 Hubungan guru dan murid semakin rapat kerana guru berperanan
sebagai fasilitator.

Peta Pemikiran :
Di dalam program i-THINK, Peta pemikiran diperkenalkan dimana peta
ini mengandungi 8 peta pemikiran. Setiap peta pemikiran mempunyai
proses pemikiran yang disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran.
i. Circle Map (Peta Bulatan)
ii. Bubble Map (Peta Buih)
iii. Flow Map (Peta Alir)
iv. Brace Map (peta Dakap)
v. Tree Map (Peta Pokok)
vi. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
vii. Multi-Flow Map (Peta Pelbagai Alir)
viii. Bridge Map (Peta Titi)

10. Sarana Ibu Bapa Pengenalan :


SMKSAS Mengamalkan SPSK
“ Sekolah Bebas Dadah “

Merupakan satu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan


ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah
demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tecinta : MALAYSIA.

Sarana ini ditujukan khas kepada ibu bapa (IB) dan boleh dikongsikan
bersama-sama ahli keluarga yang lain. Tujuan asasnya ialah untuk
membantu IB melaksanakan tugas pertama dan paling penting,
mendidik anak-anak mereka. Sarana ini mengandungi soal selidik untuk
IB dan boleh dianalisis sendiri untuk menentukan tahap penglibatan
dalam pembelajaran anak.

Kenapa ibu bapa patut terlibat dalam pembelajaran anak?


Faedah kepada anak: Faedah kepada ibu bapa:
 Mendapat markah dan  Boleh belajar bagalmana
gred ujian yang lebih baik. untuk membantu anak
 Mempunyai nilai kendiri menyelesaikan kerja rumah
dan motivasi yang lebih  Ibu bapa dapat mengetahui
tinggi. prosedur dan kaedah
 Kehadiran ke sekolah lebih membantu anak di sekolah
bagus.  Dapat berkongsi ilmu
 Kadar pelanggaran dislplin kelbubapaan bersama ahli
sekolah berkurangan. PIBG yang lain.
 Keciciran persekolahan  Anda akan dapati lebih
dapat dielakkan. mudah untuk menyediakan
suasana rumah yang sihat

Peranan ibu bapa/penjaga :


i. Jurulatih :Menyediakan peluang dan ruang belajar yang seluas-
Iuasnya untuk anak belajar di sekolah dan di rumah dengan
memberi fokus kepada bimbingan kemahiran latihan
pembelajaran.
ii. Mentor : Menasihat, membimbing, mengajar, menyokong,
menjaga, menggalakkan, menunjuk cara dll
iii. Penyokong : Menyokong, mempertahankan, menyakinkan anak
iv. Sentiasa bermaklumat : Terkini dengan apa yang berlaku di
sekolah
v. Menjadualkan kehidupan : Mengaturkan kehidupan supaya
tenteram, tenang dan bahagia
vi. Sahabat kepada anak remaja : Mendampingi anak remaja sebagai
sahabat

Hasil yang diharapkan :


IB boleh menggunakan analisis kendiri bagi mendapatkan profil
keterlibatan dalam pembelajaran anak dan merancang program
peningkatan kendiri. Sekolah dan Persatuan Ibu Sapa Dan Guru (PIBG)
boleh merancang program bagi meningkatkan penglibatan IB dalam
SMKSAS Mengamalkan SPSK
“ Sekolah Bebas Dadah “

pembelajaran anak bertujuan menghasilkan suatu persekitaran


pembelajaran yang berkesinambungan dari sekolah ke rumah dan
komunlti.

11. Penilaian Bersepadu PBPPP diilhamkan berasaskan Makmal GTP 2.0 dan Pelan
Pegawai Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. PBPPP dibangunkan
Perkhidmatan berasaskan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT), Kriteria Kecemerlangan,
Pendidikan (PBPPP) Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM), Penilaian Kompetensi dan
Prestasi (PROSPEK), Standard Guru Malaysia (SGM), Standard
Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM), Instrumen
Kompetensi Pemimpin Sekolah (KOMPAS), Instrumen Penilaian
Kepimpinan Instruktional, Penilaian, Guru Cemerlang dan Penilaian
Pengetua dan Guru Besar Cemerlang.

Matlamat :
membuat penilaian menyeluruh yang menggabungjalinkan kompetensi
dan keberhasilan PPP dalam usaha meningkatkan kecekapan dan
komitmen bagi melahirkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
berprestasi tinggi untuk mendukung aspirasi ke arah pendidikan
berkualiti tinggi serta negara maju.

Objektf :
i. Menilai kompetensi PPP
ii. Menilai keberhasilan yang merupakan hasil kerja PPP.
iii. Mengenalpasti jurang kompetensi PPP untuk diberikan
pembangunan profesional berterusan(CPD).
iv. Mengenalpasti keperluan latihan PPP untuk pembangunan kerjaya.

Komponen :
PBPPP diasaskan daripada Standard Prestasi yang merupakan dokumen
piawai kompetensi teras dan profesional yang perlu dicapai oleh PPP
mengikut bidang/tugas berdasarkan satu penanda aras yang
ditetapkan. Komponen PBPPP terbahagi kepada dua iaitu Penilaian
Kompetensi dan Keberhasilan. Penilaian kompetensi terdiri daripada 4
dimensi iaitu Nilai Profesional, Pengurusan Aktiviti, Sumbangan dan
Kemahiran serta digabungkan dengan keberhasilan bagi melibatkan
dimensi keberhasilan sahaja.

Standard Prestasi :
Standard prestasi merupakan satu piawai yang perlu dicapai oleh PPP
dalam sesuatu bidang/tugas berdasarkan satu penanda aras yang
ditetapkan.

Standard prestasi dapat memandu penilai dalam melaksanakan aktiviti


penilaian prestasi secara objektif, adil dan telus. Selain daripada itu
standard prestasi juga dapat membantu Pegawai Yang Dinilai (PYD)
SMKSAS Mengamalkan SPSK
“ Sekolah Bebas Dadah “

mengenalpasti tahap pencapaian yang diharapkan kepadanya dan


berusaha untuk meningkatkan kompetensi melalui pelbagai kaedah
peningkatan profesionalisme secara berterusan.

Dimensi PBPPP :
Instrumen penilaian ini mengandungi empat dimensi penilaian
kompetensi dan keberhasilan iaitu Nilai professional, Pengurusan
aktiviti / hubungan luar, Sumbangan dan Kemahiran.

Tempoh Penilaian :
Fleksibiliti diberi kepada organisasi untuk melaksanakan penilaian
dalam tempoh satu (1) tahun penilaian. Namun, BPPK akan
menetapkan tarikh akhir melengkapkan penilaian dan penghantaran
skor penilaian bagi semua PYD dalam organisasi masing-masing.

12. Kemahiran Berfikir Definisi :


Aras Tinggi (KBAT) KBAT menurut definisi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah
keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai
dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
KBAT mengambil cara pemikiran yang diilhamkan dalam Taksonomi
Bloom iaitu apilkasi, analisis, menilai dan mencipta. Proses KBAT ini
memerlukan pemikiran yang meluas dan mendalam.

Ciri-ciri KBAT :
 Skop yang luas : pengetahuan asas sebagai keperluan.
 Fakta : tidak spesifik dan merentasi mata pelajaran.
 Bermakna : boleh ditafsir dan mencabar.
 Stimulus : situasi baru yang bukan laizm bagi murid. Guru perlu
memberi maklumat secukupnya kepada pelajar.
 Respon murid : perlu ada kepelbagaian di mana ia boleh melibatkan
lebih dari satu jawapan.

13. MBMMBI MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2011


(Memartabatkan bagi menggantikan PPSMI secara ‘soft-landing’.
Bahasa Malaysia &
Memperkukuh MBM:
Bahasa Inggeris) Strategi memartabatkan BM melibatkan penggunaan BM sebagai
bahasa pengantar sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan
sekolah menengah serta penambahbaikan terhadap pendekatan
pengajaran dan pembelajaran (p&p) BM.
 Transformasi Kurikulum BM
 Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P BM
 Meningkatkan kapasiti guru BM (dalam perkhidmatan dan pra
perkhidmatan)
 Meningkatkan aktiviti bahasa di luar bilik darjah
SMKSAS Mengamalkan SPSK
“ Sekolah Bebas Dadah “

MBI:
Strategi memperkukuh penguasaan BI melibatkan penambahbaikan
kurikulum BI serta penyediaan guru dan bahan yang mencukupi dan
berkualiti bagi melaksanakan kurikulum tersebut.
 Transformasi Kurikulum BI
 Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P BI
 Meningkatkan kapasiti guru BM (dalam perkhidmatan dan pra
perkhidmatan)
 Menggunakan perkhidmatan penutur jati BI sebagai mentor
dan Training Fellows
 Menggunakan perkhidmatan guru bersara BI sebagai guru
kontrak BI
 Penempatan semula guru BI
 Meningkatkan aktiviti bahasa di luar bilik darjah

14. 1M1S Konsep:


(1 Murid 1 Sukan)  Dasar 1M1S adalah program pembangunan sukan di sekolah
yang mewajibkan setiap murid dari Tahap 2 di sekolah rendah
hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah mengikuti sekurang-
kurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan secara
terancang dan sistematik.
 Dasar 1M1S dapat memberi peluang secara menyeluruh
kepada semua murid melibatkan diri dalam sukan secara lebih
terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau
penekanan dalam melahirkan modal insan secara holistik dan
pembinaan masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi.
Matlamat:
Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan modal
insan melalui penyertaan menyeluruh dari kalangan murid dalam
kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan di
kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang
mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi.

15. Sekolah Selamat Program Sekolah Selamat merupakan salah satu kaedah KPM untuk
mendedahkan tatacara kepada murid, ibu bapa, guru dan individu yang
mempunyai hubungan dengan sekolah, mengenai keselamatan murid
dari aspek fizikal dan bangunan,
aktiviti murid, bencana alam, sosial dan persekitaran atau lokasi.

Konsep:
Sekolah Selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang
selamat di mana warga sekolah merasa selamat tanpa gangguan
daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam ataupun luar sekolah.

Elemen Sekolah Selamat:


 Keselamatan pelajar pergi balik sekolah.
 Keselamatan warga sekolah.
SMKSAS Mengamalkan SPSK
“ Sekolah Bebas Dadah “

Matlamat:
Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara
berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat. Usaha
ini akan menjadikan semua sekolah di negara ini sentiasa berada
ditahap selamat yang tinggi dan menyakinkan kepada semua pihak.

16. Sekolah Dalam Latar Belakang:


Hospital (SDH)  Sekolah dalam hospital merupakan inisiatif bersama KPM, KKM
& Yayasan Nurul Yakeen terhadap keperluan pendidikan kepada
murid yang berada di wad hospital.
 Berorientasikan didik hibur & fleksibel dalam persekitaran
kondusif berlandaskan model Australia.
 Jawatankuasa projek hati nurani di bwah naungan YBhg. Puan
Sri Noorainee bt. Abd Rahman, isteri Timbalan Perdana
Menteri.

Objektf:
 Menyediakan pendidikan tanpa batasan tempat dan keadaan
 Pendidikan berterusan

17. Program 1Sekolah Latar Belakang :


1Silat  Program 1Sekolah 1Silat (1S1S) adalah merupakan sebuah
program daripada Kementerian Pendidikan dalam usaha
mengembangkan silat ke seluruh Negara.
 Program ini dijalankan dengan kerjasama Persekutuan Silat
Kebangsaan (PESAKA).
 Program ini merupakan kesinambungan daripada program
Kurikulum Seni Silat Malaysia 2002 di antara Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Kementerian
Pendidikan Malaysia dan PESAKA Malaysia.

Objektf :
 Menyebarkan dan menggalakkan pelajar terlibat dalam seni
silat.
 Mengawalselia program kejurulatihan silat di seluruh Negara
agar tiada unsur tahyul, khurafat dan keganasan yang
diterapkan.

18. Dialog Prestasi Dialog prestasi kini adalah satu langkah intervensi bagi menggerakkan
secara optimum kecemerlangan sekolah. Dialog Prestasi akan menjadi
agenda utama pertemuan PPD dengan guru-guru yang mana kaedah
Taklimat dan Mesyuarat dikurangkan. Diaolog lebih bersifat dua hala
dan berfokus serta praktikal dalam mengatasi masalah dan
melaksanakan aktiviti bersumberkan data.

Definisi :
SMKSAS Mengamalkan SPSK
“ Sekolah Bebas Dadah “

Forum untuk menyemak prestasi berdasarkan data dan fakta, dan


mengakhirinya dengan satu set konkrit tindakan seterusnya untuk
dilaksanakan oleh JPN/PPD/Sekolah.

Kementerian, JPN, PPD, pemimpin sekolah, dan guru akan mengadakan


sesi dialog prestasi secara berkala bagi memastikan sekolah, daerah dan
negeri berada pada landasan yang betul untuk mencapai sasaran yang
ditetapkan. Dialog ini bercirikan penggunaan data prestasi terperinci
bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan, diikuti dengan semakan
semula pelan pelaksanaan dengan segera bagi memastikan isu
diselesaikan. Dialog prestasi ini dijangka diadakan sekurang-kurangnya
dua kali setahun.

Objektf :
 Fokus dan akuantabiliti : memastikan organsasi focus kepada
penyampaian dan memastikan akauntabiliti
 Memantau prestasi : memastikan sistem berada pada landasan
betul untuk mencapai aspirasi
 Mengenal pasti masalah : mengemukakan isu-isu yang menghalang
kemjuan dan menganalisis data untuk menentukan punca
 Penyelesaian masalah dan sokongan : menyediakan forum untuk
membincangkan cara untuk mengatasi cabaran dan berkongsi
amalan terbaik
 Memajukan isu : memajukan isu-isu yang perlu diselesaikan kepada
pihak pengurusan atasan yang lebih tinggi

LAMPIRAN
PEKELILING KEMENTERIAN PENDIDIKAN 4

Bil Surat Perkara Tarikh Kategori


1 Surat Pekeliling Iktisas Garis Panduan Penglibatan Pihak 28.6.2011 Pekeliling
Bilangan 10 Tahun 2011 Sekolah Dalam Program Atau Aktiviti Ikhtisas
Anjuran Pihak Luar Selain Daripada
Agensi Di Bawah Kementerian Pelajaran
SMKSAS Mengamalkan SPSK
“ Sekolah Bebas Dadah “

Malaysia
3 Surat Pekeliling Ikhtisas Kelas Ganti Pada Hari Sabtu 7.10.2009 Pekeliling
Bil.1/1990 Ikhtisas

4 Surat Pekeliling Ikhtisas Garis Panduan Penggunaan Telefon 23.12.2005 Pekeliling


Bil.11/2005 Bimbit Oleh Murid Sekolah Ikhtisas

5 Surat Pekeliling Ikhtisas Penyelarasan Waktu Mengajar Bagi 18.7.2005 Pekeliling


Bil.3/2005 Guru Penyelaras Bestari Serta Guru Ikhtisas
Perpustakaan Dan Media Sekolah (Guru
Penyelaras Pusat Sumber Sekolah)

6 Surat Pekeliling Ikhtisas Semua Guru Adalah Guru Disiplin 24.9.2001 Pekeliling
Bil.10/2001 Ikhtisas

7 Surat Pekeliling Ikhtisas Usaha Menanam Semangat Patriotisme 12.9.1994 Pekeliling


Bil.6/1994 Di Kalangan Pelajar Dan Senaman Ikhtisas
Ringkas Dalam Bilik Darjah

8 Surat Pekeliling Ikhtisas Tugas-Tugas Guru Dalam Cuti Penggal 6.7.1977 Pekeliling
Bil.5/1977 Sekolah Ikhtisas

9 Surat Pekeliling Ikhtisas Perubahan Sistem Penggredan Sijil 1.10.2009 Pekeliling


Bil.4/2009 Pelajaran Malaysia (Spm) Mulai Tahun Ikhtisas
2009

10 Surat Pekeliling Ikhtisas Pelaksanaan Pembelajaran Luar Bilik 31.12.2004 Pekeliling


Bil.11/2004 Darjah (PLBD) Ikhtisas

11 Surat Pekeliling Ikhtisas Dasar Penggunaan Media Dan 28.7.2003 Pekeliling


Bil.6/2003 Teknologi Dalam Pengajaran Dan Ikhtisas
Pembelajaran

12 Surat Pekeliling Ikhtisas Standard Kecergasan Fizikal 9.7.2008 Pekeliling


Bil.4/2008 Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Ikhtisas
Malaysia (Segak)

13 Surat Pekeliling Ikhtisas Panduan Perbelanjaan Peruntukan 28.8. 2007 Pekeliling


Bil.7/2006 Kokurikulum Sekolah Ikhtisas

14 Surat Pekeliling Ikhtisas Garis Panduan Pemakaian Pakaian 10.7.2007 Pekeliling


Bil.8/2007 Kokurikulum Di Hari Persekolahan Dan Ikhtisas
Perhimpunan Bulanan Kokurikulum

15 Surat Pekeliling Ikhtisas (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling 2.1.1985 Pekeliling
Bil.1/1985 Ikhtisas Bil. 1/1985) Ikhtisas
Penyertaan semua guru adalah wajib
bagi gerak kerja kokurikulum di sekolah

16 Surat Pekeliling Ikhtisas Pelaksanaan Program Pelalian Human 15.4.2010 Pekeliling


Bil.6/2010 Papilloma Virus (HPV) Kebangsaan Ikhtisas
Untuk Murid Perempuan Tingkatan 1 Di
SMKSAS Mengamalkan SPSK
“ Sekolah Bebas Dadah “

Sekolah Kerajaan, Sekolah Swasta Dan


Sekolah Antarabangsa Seluruh Negara

17 Surat Pekeliling Ikhtisas Kuasa Guru Merotan Murid 29.10.2003 Pekeliling


Bil.7/2003 Ikhtisas

18 Surat Pekeliling Ikhtisas Pelaksanaan Program Sekolah Selamat 14.6.2002 Pekeliling


Bil.4/2002 Ikhtisas

19 Surat Pekeliling Ikhtisas Sekolah Sebagai Kawasan Larangan 22.5.1997 Pekeliling


Bil.5/1997 Merokok Ikhtisas

20 Surat Siaran Kementerian Program Pengukuhan Integriti Pegawai 4.10.2013 Surat Siaran
Pendidikan Malaysia Perkhidmatan Pendidikan (PPP) KPM
Bil.20/2013 Kementerian Pendidikan Malaysia

21 Surat Siaran Kementerian Pemakaian Uniform Kadet Remaja 4.10.2013 Surat Siaran
Pendidikan Malaysia Sekolah Bagi Pengarah Bahagian, KPM
Bil.19/2013 Pengarah Pendidikan Negeri, Pegawai-
Pegawai Bahagian , Jabatan Pendidikan
Negeri Dan Pejabat Pendidikan Daerah
Serta Pengetua, Guru Besar Dan Guru-
Guru Yang Berkenaan

22 Surat Siaran Kementerian Pelaksanaan Aplikasi Pangkalan Data 10.1.2013 Surat Siaran
Pendidikan Malaysia Murid (APDM) KPM
Bil.38/2013

23 Surat Siaran Lembaga Gred Purata Nasional (GPN) Dan Gred 10.1.2013 Surat Siaran
Peperiksaan Bil.1/2013 Purata Sekolah (GPS) Peperiksaan LPM
Awam

24 Surat Pekeliling Lembaga Penambahbaikan Pentaksiran 31.03.2014 Pekeliling LPM


Peperiksaan Bil 1/2014 Berasaskan Sekolah (PBS)

25 Surat Siaran Lembaga Pelaksanaan Peperiksaan Pusat Amali 10.06.2014 Surat Siaran
Peperiksaan Bil 1/2014 Sains Matapelajaran Physics, LPM
Chemistry, Biology dan Additional
Science bagi Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) Mulai Tahun 2015

26 Pekeliling Perkhidmatan Penggunaan Sistem Pengurusan Latihan 7.11.2014 Pekeliling


Kementerian Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Perkhidmatan
Malaysia Bil 4/2014
27 Surat Pekeliling Ikhtisas Kemudahan Pinjaman Netbook 4.6.2015 Surat Siaran
Kementerian Pendidikan 1Malaysia Untuk Guru Sekolah KPM
Malaysia Bilangan 8/2015 Kementerian Pendidikan Malaysia

28 Surat Pekeliling Ikhtisas Pelaksanaan Kurikulum Standard 2.11.2016 Surat Siaran


KPM Bil 9.2016 Sekolah Menengah Secara Berperingkat KPM
–peringkat Mulai Tahun 2017
SMKSAS Mengamalkan SPSK
“ Sekolah Bebas Dadah “

29 Surat Pekeliling Ikhtisas Cuti Pada Hari – Hari Peperiksaan 1.9.2016 Surat Siaran
KPM Bil 6/2016 Awam / Pentaksiran Pusat KPM

30 Surat pekeliling Ikhtisas Panduan Keselamatan Semasa 24.8.2016 Surat Siaran


KPM Bil 5/2016 Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan KPM
Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum
dan Sukan Di Dalam dan Di Luar
Kawasan Sekolah

31 Surat Pekeliling Ikhtisas Pelaksanaan Highly Immersive 20.6.2016 Surat Siaran


KPM Bil 4/2016 Programme (HIP) Bahasa Inggeris Di KPM
Semua Institusi Pendidikan Di Bawah
KPM Mulai Tahun 2016

32 Surat Pekeliling Ikhtisas Standard Kecergasan Fizikal 23.2.2016 Surat Siaran


KPM Bil 2/2016 Kebangsaan (SEGAK) Untuk Murid KPM
Sekolah Malaysia

33 Surat Pekeliling Kewangan Bantuan Pakaian Seragam (BPS) 31.12.2014 Pekeliling


Bilangan 4/2014 Pasukan Badan Berunifom (PBB) Kewangan
kepada Murid Di Sekolah

34 Operasi Wabak Bil 1/2009 Persediaan Menghadapi Wabak 19.11.2009 Pekeliling


Penyakit Yang Mengancam Perjalanan Jabatan
Peperiksaan

35 Operasi Payung Bil 6/2008 Persediaan Menghadapi Banjir Yang 20.8.2008 Pekeliling
Mengancam Perjalanan Peperiksaan Jabatan

36 Pekeliling Perkhidmatan Dasar Latihan Sumber Manusia 15.8.2016 Pekeliling


KPM Bil 4/2016 Kementerian Pendidikan Malaysia Perkhidmatan

37 Pekeliling Perkhidmatan Pelaksanaan Pemberian Cuti Rehat 27.3.2015 Pekeliling


KPM Bil 1/2015 Khas Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan
Perkhidmatan Bil 3/2005

38 Surat Siaran KPM Bil Kemasukan Murid Sekolah Jenis 20.10.2016 Surat Siaran
15/2016 Kebangsaan (Cina)(SJK(C)) Ke Sekolah KPM
Menengah Kebangsaan Tanpa Melalui
Kelas Peralihan Bagi Sesi Persekolahan
Tahun 2017

39 Surat Siaran KPM Bil Langkah – Langkah Pencegahan Awal 30.9.2016 Surat Siaran
14/2016 Bagi Menjamin Kesihatan Dan KPM
Keselamatan Murid Daripada Jangkitan
ZIKA di Sekolah KPM

40 Surat Siaran KPM Bil Garis Panduan Pengurusan Acara/Majlis 28.9.2016 Surat Siaran
13/2016 Dan Pengurangan Amalan Protokol Dan KPM
Sambutan Di Bahagian /Jabatan /
SMKSAS Mengamalkan SPSK
“ Sekolah Bebas Dadah “

Institusi Pendidikan Di Bawah KPM

41 Surat Siaran KPM Bil 8/2016 Garis Panduan Pengurusan Pengajaran 25.7.2016 Surat Siaran
Dan Pembelajaran Akibat Bencana KPM

42 Surat Siaran KPM Bil 5/2016 Persediaan Sekolah Berhubung 28.4.2016 Surat Siaran
Penjagaan Kebajikan, Kesihatan dan KPM
Keselamatan Murid semasa
panas dan Kering yang berpanjangan

43 Surat Siaran KPM Bil 2/2016 Peringatan Pelaksanaan Bekerja 5 Hari 28.3.2016 Surat Siaran
Seminggu KPM
44 Surat Siaran KPM Bil Larangan Penggunaan Rokok Elektronik 11.12.2016 Surat Siaran
17/2015 Atau Vape Di Sekolah KPM
45 Surat Siaran KPM Bil Pelaksanaan Rintis Program Dwibahasa 17.12.2016 Surat Siaran
18/2015 Atau Dual Language Programme (DLP) KPM
di Sekolah Pada Tahun 2016
46 Surat Siaran KPM Bil Kaedah Penerimaan Sijil Sakit Swasta 16.11.2015 Surat Siaran
13/2015 Untuk Tujuan Kemudahan Cuti Sakit Di KPM
Bawah Peruntukan Pekeliling
Perkhidmatan Bil 2/2006
47 Surat Siaran KPM Bil 2/2015 Kriteria Kemasukan Murid Tingkatan 4 9.1.2015 Surat Siaran
Aliran Sains Mulai Tahun 2015 KPM
Berdasarkan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah Peringkat Menengah Rendah
48 Surat Siaran KPM Bil 1/2015 Pelaksanaan Penggunaan Pelantar 9.1.2015 Surat Siaran
Persekitaran Pembelajaran Maya KPM
1BestariNet Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM)
49 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil Penyediaan Rekod Pengajaran Dan 9.3.1999 SPI KPM
3/1999 Pembelajaran
50 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil Panitia Mata Pelajaran 13.3.1986 SPI KPM
4/1986
51 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil Pengurusan Keselamatan Murid Di 28.6.2011 SPI KPM
8/2011 Sekolah
52 Pekeliing Perkhidmatan Bil Pakaian Semasa Bekerja dan Semasa Pekeliling
2/1985 Menghadiri Upacara Rasmi Pegawai – Perkhidmatan
Pegawai Awam Pakaian – Pakaian Yang
DiTetapkan Masa Bekerja
Pekeliling lain berkaitan etika
pemakaian :
1. Etika Pakaian semasa bekerja 18/2/1985
- Pekeliling Perkhidmatan Bil
2/1985
2. Fesyen Pakaian Alternatif 23/12/2005
SMKSAS Mengamalkan SPSK
“ Sekolah Bebas Dadah “

- SPI Bil 1/2006


3. Pemakaian Batik Malaysia 15/1/2008
- SPI Bil 1/2008
4. Peraturan Pemakaian PPP Di 9/5/1985
Sekolah/ Maktab/ PPD/ JPN/
Bahagian KPM
- SPI Bil 6/1985
5. Pemakaian Tanda Nama 14/10/1983
- SPA Bil 8/1983

Anda mungkin juga menyukai