Anda di halaman 1dari 11

RIANG RIA MERDEKA

Lari dan berlari.. Adik-adikku..


Kanak-kanak berlari mengejar rakan Mengertikah engkau maksud kemerdekaan?
Riang bermain di senja hari Di sebalik bermain perang menentang musuh
Membawa senjata palsu melawan musuh Apakah engkau mengerti apa itu
Kononnya berperang menuntut merdeka pengorbanan?
Adakah mereka kenal erti merdeka? Setelah puas ketawa, bersorak dan gembira..

Wahai adik-adikku..
Sorak dan tawa.. Hayatilah erti kemerdekaan
Mereka gembira menawan musuh Ingatilah perwira-perwira negara menuntut
Mendapat bendera tanda mereka menang kemerdekaan
Bersorak-sorak Kelak engkau akan faham
Melompat-lompat bertepuk tangan Mengapa merdeka perlu dipertahankan
Mengapa bendera dikibarkan
Mengibar bendera menjadi tugu negara Mengapa tugu negara dibina
Bangga berjaya mengalahkan musuh Mengapa Malaysia harus cemerlang, gemilang
Mereka menjerit mentertawakan yang tewas dan terbilang
Mentari melabuhkan tirainya
Kibarkanlah jalur gemilang
Tabikla perwira-perwira negara
Malam menyusul bersama bulan dan bintang Jadila rakyat yang mengerti apa itu
Keheningan malam membangkitkan suasana kemerdekaan
Penat bermain di siang hari
Kini lena diulit mimpi Adik-adikku..
Bergembirala
Bersorakla
Bila engkau tahu apa itu kemerdekaan
Kerana engkau akan mengerti apa
tanggungjawabmu.

Nurkilan Md.Rz @ Mohd Rozaimie..Ogos07


NEGARAKU BEBAS MERDEKA

Kini.. Kini..
tiada lagi tangisan insan terseksa 50 tahun sudah merdeka..
terkapai-kapai lemas mencari daratan negaraku cemerlang, gemilang dan terbilang
berkorban jiwa pertahan negara burung berkicau bebas berterbangan
penjajah durjana merampas segala menjadi tanda negaraku aman daman

50 tahun dahaulu.. Maju berteknologi


stadium merdeka menjadi saksi kearah mencapai wawasan 2020.
negaraku merdeka kugenggam erat amanah pejuang tanah air
rakyatku tidak lagi sengsara pertahanlah kemerdekaan
menangis gembira mendapat cahaya teruskanlah kemajuan disebalik tirai
kemerdekaan
Merdeka.. sematkanlah semangat jiwa bangsa dilubuk
tiada lagi penjajahan.. hati
tiada lagi penderitaan.. semoga kekal selamanya
tiada lagi jeritan penyiksaan.. merdeka tetap merdeka..
tanah air ditadbir insan bijak bestari..
memimpin negara mengukir nama.. Nurkilan Md.Rz..July07
HUJAN MERDEKA

Di langit Ogos

awan gembira mengkhabarkan

hujan merdeka turun lagi

untuk kesekian kalinya

membasahi bumi keramat ini

dinginnya merangkul perasaan nusa

syahdunya menyelimuti hati pembela

damainya bertakhta di tiap jiwa anak-anak bangsa.

Telah kutemui mutiara yang tersembunyi

dalam denai-denai usia yang menjanjikan kebahagiaan

kukecapi aroma pembangunan

kukucupi wangian pembebasan

dan telah kuwarnai kanvas jati diri

mengikut lakaran budaya dan potret bangsaku.

Hujan merdeka turun lagi

titisnya menjelajahi hati srikandi

pertiwi tersenyum menerimamu

memeluk janji yang termetarai

harapan yang terkota

teguh mengepung cinta.

Terima kasih, hujan merdeka

walau langit Ogos berlalu

titisnya membasahi sepanjang musim.

"ZULKIFLI MOHD TOP"

"Universiti Malaya"
MENYAMBUT MERDEKA

Sambutannya berulang lagi

saban tahun ia kembali

keranamu Malaysia aku di sini

menabur bakti ibu pertiwi.

Jalur gemilang berkibar megah

sana sini mencipta indah

namun segelintir tiada endah

satukan hati bukannya mudah.

Hanya Malaysia negara tercinta

pejuang bersusah untuk merdeka

jangan siakan apa yang ada

sayangilah tumpah darah kita.

ZAINAL ABIDIN AHMAD

BTP
POKOK BANGSA

Pokok Bangsa Itu Adalah Kita

Anak merdeka alaf baru!

antara bunga mimpi dan tragedi

dalam membina generasi globalisasi

bukanlah semudah mencipta

cerita kosong di kedai kopi

atau membiarkan bangsa kita dijajah lagi.

Anak merdeka alaf baru!

tanamlah, semailah, bajailah

anak pribumi agar tumbuh menjulang tinggi

demi generasi dan agama

mentafsir wawasan membina jati diri

meraih akar dalam tunjang diri

menegak pepohon yang merendangkan

dedaun semangat.

Anak merdeka alaf baru

siramkanlah falsafah minda

jangan biarkan kering dan mati

kerana pokok bangsa itu adalah serumpun

kerana pokok bangsa itu

adalah kita yang merdeka.

AMYLIA HUSSAIN

Jambatan Merdeka, Sg. Petani


RUMAH USANG

Kata orang negara itu tanah, air, angin, Air mata dan derita.
gunung, hutan, sungai dan lautan;
Kata orang, melayu mudah lupa,
Tapi sebenarnya,
Tapi sebenarnya,
Negara itu rumah,
Melayu, Cina India,
Dan rakyat ahli keluarganya…
Kita semua memang mudah lupa.
Mungkin rumah kita ini sudah usang,

49 tahun usianya, dan ada yang bertanya

Apa perlunya diagungkan rumah yang usang?

Barangkali kita lupa,

Zaman kita dibodohkan oleh british,

Kata-kata manis, taburan janji,

kita dihina di tanah sendiri.

Mungkin juga kita lupa,

Pada kemarau yang dibawa

Dari terik matahari jepun.

Kita menjadi abdi ditanah sendiri,

Betapa peritnya bila difikirkan kembali.

Dan kita terlupa,

Setelah terbenam si matahari,

13 malam kita lalui,

Gelap gelita semuanya,

Yang kelihatan, hanya 3 butir bintang,

Dari sinaran itu, Seribu derita seribu bencana


kita merasa,

Hanya dari 3 butir bintang…

Mungkin benar, rumah kita sudah usang,

Tapi dirumah usang inilah segala mimpi


menjadi nyata,

jangan kita lupa,

Rumah usang ini dibina dari darah keringat,


SUMPAH ANAK MERDEKA

Aku anak merdeka

Bangkit dari persada luka

Berdiri megah di pentas wira

Inginku tebus maruah bangsa

Aku anak merdeka

Terjaga dari ranjang kecewa

Berpaksi gagah di panggung perkasa

Ingin ku bela nasib bangsa

Aku anak merdeka

Harapan nusa dan bangsa

Akan kutentang petualang negara

Yang tegar membuat angkara

Aku anak merdeka

Di hati semangat waja

Di dada penuh satria

Ini Tuah akan membela

Untuk kubalut luka lama

Serunai Faqir

Wangsa Maju
NEGERI BERTUAH INI

Negeri bertuah ini Negeri bertuah ini

Tanah air tercinta Rakyat belajar berdikari

Di sini kita dilahirkan Hutan diteroka menjadi ladang

Di sini kita dibesarkan Desa dibangunkan

Di sini taat setia dicurahkan. Bandar dimodenkan

Rakyat bersama mengecap pembangunan

Negeri bertuah ini

Warisan nenek moyang Negeri bertuah ini

Kaya dengan budaya Tanah air tercinta

Kaya dengan adat dan suku Pesan nenek moyang

Air setitik menjadi tasik Di mana bumi dipijak

Tanah sekepal menjadi gunung Di situ jejak bertapak

Rakyat dididik hidup muafakat Di mana tempat bernaung

Bijak dijadikan panglima Di situ taat dijunjung

Alim dijadikan imam. Di mana darah tumpah

Di situ kasih dicurah.

Negeri bertuah ini

Pernah terjajah dan dijajah Negeri bertuah ini

Demi maruah bangsa dan tanah air tercinta Negeri kita

Rakyat bangun menentang Mari kita bangunkan

Darah tumpah merata. Mari kita makmurkan

Mari kita pertahankan.

Negeri bertuah ini

Sudah merdeka A. Latip Talib

Yang gagah tidak lagi mengunus senjata Negeri Sembilan.

Yang berani tidak lagi bermaharajalela

Rakyat bangun berjuang

Melawan kemiskinan

Membasmi kejahilan.
BAPA KEBEBASAN 31 Ogos tanggal keramat

Dialah yang memugar rimba sejarah dia meletak tapak kebebasan di bumi warisan

dan meletakkan batu tanda bertatah indah tahun demi tahun kita kenang dalam insaf

dialah yang membina sempadan gagah betapa hidup terjajah berbaur seribu masalah.

antara musim terjajah

dan gerbang waktu melepas gundah. Dialah bapa !

yang telah mewariskan pada kita

Dialah yang bergelar bapa sebuah kemerdekaan

mewariskan sebidang tanah menganjur, yang perlu dipertahankan.

dengan bukit-bukau hijau mengimbau

disuburi jernih air sungai masyhur Ghazali Lateh

bumi subur warisan leluhur. Banting, 11 Jun 2000

Dalam lembut bicara semanis kata-kata,

dia menolak cengkam tajam

dari kuku-kuku hitam yang kejam

mengikis karat musibat

dengan minda yang padat berkat

lalu dia kembali melepaskan merpati

melayah di mega pelangi.

Dia yang meletakkan makna merdeka

dalam kamus peradaban bangsa

lalu kita meluaskan aksara

mencanai istilah bertuah

sehingga anak-anak warisanmu

berdiri di persada mercu restu

menjamah madu syahdu

dari embun di rumput baldu


DI PENTAS KEBEBASAN

Kamu membakar hutan bandar Orang tua itu berbisik sedih

kedai dan kereta disambar api kemarahan aku membina kamu meruntuhkan.

semarak darah generasi abad dua

puluh satu

siapa yang ditentang juga jelas KHADIJAH HASHIM

menegakkan keadilan dengan tangan kasar Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

meja rundingan pun turut dibakar.

Seorang tua termanggu melihat kejadian

peristiwa yang tidak terlintas di fikiran

apakah yang dicari wahai anak muda?

Aku yang membina tiang kemerdekaan

kau bersorak bangga mematahkan.

Aku yang mengecat tugu sejarah

putih bersih sedap mata memandang

kau conteng dengan niat hitam.

Jari terketar tak mampu menampar

tangannya letih hendak menangani

mereka yang bingung di pentas kebebasan

tercari-cari nama negeri bumi yang dipijak

sedangkan ladang sudah dibajak

benih sudah dipilih untuk disemai.


31 OGOS TIBA LAGI

Setiap kali tibamu Ogos Terima kasih pejuang tanah merdeka

mengerling monumen yang lusuh dan tugu terima kasih aduhai tanah airku Malaysia!
berdarah

dalam matang akal fikir

semangat dan kudrat masih berbaki


WAN ZAHARI WAN ALI,
merisik khabar pejuang yang jauh
SMK Saujana, Setiu, Terengganu.
dalam lipatan darmawisata merdeka

mahalnya nostalgia.

Manis dan comelmu Ogos ini tiba jua

menyentak lolong makrifat membiak musim

ceriteranya berderai plotnya berkecai

mengirai skrip duga yang tak sudah

atas aspal fatamorgana bumi bertuah.

Ogos yang sujud di kaki merdeka

tanggal tiga puluh satumu tidak pernah hilang

tetap menyimpul senyum

meskipun termateri kenangan pahit

yang mahal dan cantik.

Hari ini mentari 31 Ogos memancar lagi

bersama gemersik angin di bumi bertuah

mendewasakan ukhuwah dan ummah

siap siaga warga berdaulat memahat sejarah

dalam tamadun bangsa yang gah.

Anda mungkin juga menyukai