Anda di halaman 1dari 2

Nik Siti Asma binti Nik Ghazali

Pengaruh Sosial Dapat Melahirkan Negara yang Maju

Pengaruh sosial terhadap pencapaian negara dapat melahirkan sebuah negara yang maju. Hal
ini demikian kerana pengaruh sosial dapat mengekalkan kesejahteraan dan kemakmuran
sesebuah negara sekali gus memajukan negara dalam bidang ekonomi mahupun pendidikan.
Persoalannya, bagaimanakah pengaruh sosial ini dpaat melahirkan sebuah negara yang maju.

Pertama, sebagai rakyat dalam sesebuah negara, kita perlulah menjaga dan mengukuhkan
perpaduan dalam negara itu. Hal ini kerana rakyat di Malaysia ini terdiri daripada pelbagai
kaum, antaranya Melayu, Cina, India, Kadazandusun dan sebagainya. Di peringkat sekolah,
para pelajar hendaklah diterapkan dengan nila-nilai murni yang dapat mengeratkan hubungan
silaturrahim dalam pelbagai kaum agar tiada berlaku rusuhan kaum di negara seperti peristiwa
13 Mei 1969.

Pengaruh sosial ini penting untuk mengukuhkan semangat cinta akan tanah air sendiri. Dengan
adanya semangat cintakan negara yang berkobar dalam jiwa seseorang sejak di bangku sekolah,
maka negara dapat melahirkan generasi yang setia kepada negara. Hal ini dapat mengelakkan
mana-mana pihak untuk menjalinkan hubungan dan bekerjasama dengan mana-mana kuasa
asing untuk menjatuhkan negara yang tercinta ini. Jadi, kemerdekaan sesebuah negara itu
dapat dikekalkan supaya tiada penceroboh yang berani untuk menceroboh sempadan negara.
Sebagai contoh, Malaysia perlu mengelakkan peristiwa pencerobohan sempadan berulang
seperti peristiwa pencerobohan Lahad Datu, Sabah. Oleh yang demikian, pengaruh sosial
memainkan peranan dalam menmpertahankan negara dan mengelak campur tangan kuasa asing
ke atas sesebuah negara.

Seterusnya, pengaruh sosial memainkan peranan dalam mengajak rakyat dalam sesebuah
negara untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai bidang.
Hal ini untuk menyedarkan rakyat supaya menyumbangkan tenaga mahir yang mereka ada
demi untuk pembangunan dan kepesatan sesebuah negara. Contohnya, pengaruh sosial dapat
mengajak ramai rakyat Malaysia untuk menceburi bidang ICT dan teknolgi seiring dengan
kecanggihan teknologi yang ada pada abad ini. Selain itu, hal ini dapat menyahut seruan
pemimipin negara Malaysia untuk melahirkan modal insan kelas pertama yang mampu
bersaing dengan rakyat dari luar negara seterusnya merealisasikan wawasan 2020.
Nik Siti Asma binti Nik Ghazali

Oleh itu, pengaruh sosial mamainkan peranan dalam memajukan sesebuah negara kerana
pengaruh sosial dapat mengajak rakyat sesebiah negara untuk menjaga dan mengukuhkan
perpaduan sesama kaum, menyematkan perasaan cintakan negara dalam diri seseorang
individu untuk mengekalkan kesejahteraan negara serta untuk melahirkan rakyat yang tinggi
pengetahuan untuk memajukan pelbagai industri di negara ini.

Anda mungkin juga menyukai