Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN

Dewasa ini, masalah obesiti bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat negara
kita. Dalam senario rakyat Malaysia, kajian telah menyatakan bahawa masalah obesiti ini
meningkat dari masa ke semasa. Menurut keratan akhbar Utusan Malaysia pada 13 Mac
2018 kadar obesiti masyarakat Malaysia adalah sebanyak 16.8 juta orang. Masalah obesiti
adalah merupakan satu masalah kesihatan yang sangat serius dalam kalangan kanak-kanak
Malaysia. Kajadian masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak adalah sangat
membimbangkan ibu bapa dan masyarakat untuk tempoh sedekad. Kajian menunjukkan di
seluruh dunia terdapat seramai 23 juta kanak-kanak di bawah umur 5 tahun mengalami berat
badan yang berlebihan.

Pada masa kini, masalah kesihatan kanak-kanak di seluruh dunia agak


membimbangkan. Jika dahulunya kebanyakan masayarakat mengalami masalah kekurangan
zat galian dan vitamin dalam makanan tetapi perkara ini berubah di mana masyarakat banyak
mengalami masalah kesihatan disebabkan terlebih makan dan seterusnya berlanjutan kepada
masalah lebihan kolestrol, lebihan gula dan kegemukan. Selain itu, masalah berat badan yang
berlebihan juga seringkali terjadi pada kanak-kanak di bawah umur 3 tahun adalah tidak
dijangka akan berlakunya masalah obesiti tersebut. Kebiasaannya masalah obesiti ini berlaku
terhadap golongan dewasa melainkan salah seorang daripada ibu atau bapa mereka yang
mengalami masalah obesiti itu. Disamping itu, corak aktiviti fizikal kanak-kanak juga
dipengaruhi oleh amalan atau gaya hidup ibu bapa dan persekitaran keluarga mereka.

Peningkatan berat badan dalam kalangan kanak-kanak merupakan satu masalah


kesihatan awam yang sangat serius di Malaysia yang perlu ditangani dengan segera.
Tambahan pula, tabiat pemakanan yang dibentuk pada peringkat awal kanak-kanak akan
mempengaruhi status pemakanan dan kesihatan mereka dewasa kelak, seterusnya tabiat
pemakanan yang tidak seimbang akan meningkatkan risiko penyakit yang berkaitan dengan
obesiti. Pendidikan pemakanan seharusnya diterapkan sejak kecil lagi dengan menggunakan
teknik dan pendekatan yang sesuai. Pendekatan ini mampu meningkatkan pengetahuan, sikap
dan amalan pemakanan seseorang seterusnya mampu memperbaiki taraf kesihatan dan
pemakanan kanak-kanak.

Pemangku Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Jabatan Kesihatan Wilayah Per-


sekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Dr.Wan Mansor Hamzah berkata, peningkatan kanak-

1
kanak obes perlu dikawal dengan segera kerana mereka berisiko untuk menghidap penyakit
tidak berjangkit.

“Tiga puluh tahun dahulu kita didedahkan dengan masalah kekurangan zat melibatkan
kanak-kanak sehingga mereka terlampau kurus. Kini kanak-kanak yang masih kecil sudah
mempunyai masalah berat badan berlebihan dan antara punca yang dikenal pasti adalah
pengambilan makanan yang tidak sihat.

“Pengambilan makanan segera boleh membahayakan kesihatan dan mereka harus


menukar cara pemakanan. Amalkan pengambilan makanan yang sihat dan pastikan jumlah
tenaga yang diguna seimbang dengan makanan yang diambil.

Jelasnya, apabila gaya hidup tidak sihat diamalkan pelbagai penyakit tidak berjangkit
boleh berlaku tanpa mengira usia seseorang, malah ada remaja menghidap penyakit kencing
manis dan darah tinggi.

“Bagi mengatasi masalah obesiti yang melibatkan kanak-kanak, pejabat kesihatan


sering mengadakan pelbagai aktiviti di sekolah, antaranya melaksanakan program Doktor
Muda. Menerusi program tersebut pelajar akan didedahkan dengan risiko yang akan dihadapi
sekiranya mereka tidak menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

“Program Siswa Sihat (Prosis) pula diadakan di pusat pengajian tinggi bagi memberi
pendedahan kepada belia menjalani gaya hidup sihat. Tiada alasan untuk mereka tidak
bersenam, malah dengan berjalan kaki sahaja sudah memadai.

Dari hasil Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS), Putrajaya dikesan
sebagai bandar yang mempunyai peratusan tertinggi bagi masalah obesiti dan merupakan
sesuatu yang membimbangkan kerana ia merupakan pusat pentadbiran kerajaan.

Masalah ini sekiranya tidak diselesaikan akan menyebabkan produktiviti kerja mereka
terjejas. Oleh itu program Kospen turut diadakan di tempat kerja bagi mengawal pekerja yang
menghadapi masalah berat badan.

Faktor pemakanan dilihat penyumbang utama masalah obesiti ini dengan


pengambilan diet yang tidak seimbang serta kurangnya aktiviti fizikal.

2
Pemakanan memerlukan keseimbangan. Obesiti sering dikaitkan dengan tabiat makan
yang disemai sejak kecil, di mana kanak-kanak yang mempunyai berat berlebihan biasanya
akan menjadi obes atau gemuk ketika dewasa. Faktor budaya juga menjadi salah satu sebab
yang menyumbang kepada peningkatan masalah obesiti di Malaysia. Ini kerana kebanyakan
makanan popular di Malaysia adalah seperti snek yang digoreng dan hidangan yang memiliki
kandungan lemak tinggi, selain tidak ada banyak kepelbagaian dalam makanan mereka.

Menurut Penasihat Pemasaran Ayam Brand, Nathan Deverre berkata pengambilan diet
seimbang penting untuk perkembangan kanak-kanak. Katanya, kanak-kanak amat
memerlukan Omega-3, iaitu sejenis asid lemak penting untuk perkembangan otak dan mata
yang tidak dihasilkan oleh tubuh manusia. “Ibu bapa dan penjaga boleh menambah makanan
yang kaya dengan kandungan Omega-3 yang boleh didapati dari sardin, mackerel dan tuna
dalam diet anak-anak

“Ramai rakyat Malaysia yang membuat pilihan makanan tanpa memikirkan tentang
kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan mereka. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan
yang baik, memberi pemahaman serta menjadikan pengambilan makanan berkhasiat dan
seimbang sebagai amalan sejak anak-anak masih kecil.

Kempen kebajikan pada tahun ini bertujuan memperkasakan kanak-kanak untuk


membuat pilihan makanan mereka sendiri menerusi aktiviti-aktiviti yang interaktif. Aktiviti
ini dapat membantu mereka mengenal pasti kumpulan makanan yang penting, memahami
jumlah makanan dan membuat keputusan bijak tentang makanan berkhasiat dan membentuk
tubuh secara positif.

3
DEFINISI

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2007), “obesiti berlaku
akibat daripada pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian tubuh badan sehingga
menyebabkan pertambahan berat badan yang tidak normal untuk sesuatu peringkat umur,
jantina dan ketinggian”. Kadar pengumpulan lemak ini diukur mengikut tahap umur dan BMI
seseorang itu.

Pelbagai kajian telah dilakukan tentang obesiti. Dalam kajian Larsen pada tahun 2001
yang bertajuk Obesity-Related Knowledge, Attitudes and Behaviors in Obese and Non-obese
Urban Philadelphia Female Adolescents, beliau mendapati bahawa aktiviti fizikal, tidak
aktif dan juga pandangan tentang fizikal badan yang menarik adalah faktor penting dalam
penyumbang kepada obesiti. Kajian yang dijalankan ini berobjektif untuk mengukur
hubungkait antara faktor pengetahuan, sikap dan kelakuan dengan obesiti dan untuk
menentukan bagaimana faktor-faktor ini mempengaruhi status obesiti di kalangan remaja
wanita. Kajian ini menggunakan sampel remaja perempuan African American berusia
lingkungan 11 hingga 15 tahun yang mengalami masalah obesiti dan tidak. Semua remaja ini
dibandingkan ukuran dari segi aktiviti fizikal, tidak aktif, amalan diet, amalan pemakanan,
pengetahuan tentang amalan kesihatan, pandangan mengenai keadaan fizikal badan dan juga
keyakinan diri. Remaja obes memiliki tahap yang rendah dalam aktiviti fizikal, kurang aktif
yang tinggi dan mempunyai pandangan yang lebih luas dalam pandangan mengenai fizikal
badan berbanding remaja tidak obes. Kajian ini mencadangkan agar kajian seterusnya akan
lebih fokus kepada aktiviti fizikal, tidak aktif dan juga pandangan tentang fizikal badan.

Kajian seterusnya adalah kajian yang bertajuk Overweight and Physical Inactivity
among Rural Children Aged 10-17 : A national and state potrait. Kajian ini telah dijalankan
oleh Jihang Liu, et al May 2003. Dalam kajian ini ada menyatakan bahawa kajian terbaru
mendapati bahawa kanak-kanak obesiti meningkat pada masyarakat pendalaman. Kajian ini
sebenarnya mengkaji lebihan berat badan dan juga obesiti pada kanak-kanak bandar dan luar
bandar, berdasarkan data yang diperolehi hasil pemerhatian yang terbaru dari 2003 National
Survey of Children’s Health (NSCH). Kajian ini menggunakan carta 2000 CDC BMI sebagai
rujukan. Kanak-kanak yang mempunyai lebih atau 95% lebih daripada BMI biasa dikelaskan
sebagai obes dan bagi BMI pada atau 85% dikelaskan sebagai lebihan berat badan ataupun
obes. Hasil daripada kajian ini, 30.6% kanak berumur 10-17 tahun adalah lebih berat badan,
14.8% adalah obes. Kanak-kanak yang tinggal di pedalaman mengalami obes (16.5%) lebih
4
daripada kanak-kanak bandar (14.4%). Manakala kanak-kanak yang tinggal di kawasan
pedalaman tetapi hampir dengan bandar 16.7% lebih obes daripada kanak-kanak yang tinggal
pada kawasan yang betul-betul pedalaman 14.3%. Kanak-kanak di pedalaman (25.4%) gagal
untuk menyenaraikan aktiviti fizikal yang sering dilakukan berbanding kanak-kanak di
bandar (29.3%). Selain itu, lebih kurang separuh daripada kanak-kanak iaitu 48.0%
pedalaman dan 47% bandar menghabiskan sekurang-kurangnya 2 jam sehari bersama dengan
alatan hiburan elektronik seperti komputer dan televisyen.

Menurut Sizer dalam buku yang ditulisnya yang bertajuk “Nutrition Concepts and
Controversies” (2006), pada tahun 2000, 64% orang dewasa di Amerika Syarikat mengalami
masalah lebihan berat badan dan lebih kurang 30% mangalami masalah obesiti. Tambahan
lagi, seorang daripada tujuh kanak-kanak dan remaja di sana mengalami lebihan berat badan.
Objektif The Dietry Guidelines 2005 dan Healthy People 2010 adalah termasuk untuk
mengurangkan jumlah obesiti dan lebihan berat badan dan Food and Drug Administration
(FDA) telah mengambil langkah untuk berdepan dengan masalah dunia ini.

Menurut Blair (2000), “obesiti adalah keadaan di mana tenaga-tenaga di dalam badan
yang di simpan, dibiarkan berkumpul dalam tisu-tisu lemak di dalam badan sehingga
melebihi tahap kesihatan”(hlm.84). Pengumpulan lemak yang berlebihan ini akan
mengakibatkan risiko kesihatan untuk mendapat penyakit berbahaya selain obesiti.

Selain itu, Menurut Nurulhuda Che Soh Universiti Sains Islam Malaysia (2015) di
Malaysia sendiri, obesiti menjadi kebimbangan banyak pihak. Menurut kajian peningkatan
berdasarkan laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015, kira-kira 5.6 juta
orang dewasa berusia 18 tahun ke atas di negara ini mempunyai masalah berat badan
berlebihan manakala 3.3 juta individu lagi disahkan obes. Lebih membimbangkan, masalah
obesiti di Malaysia kian meningkat dari hari ke hari. Hal ini terjadi kerana banyak makanan
rakyat negara ini yang digoreng menggunakan minyak masak dan mengandungi santan,
sekali gus menyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan. Jumlah penghidap obesiti
di Malaysia begitu besar jumlahnya dan setanding dengan Amerika Syarikat (AS). Puncanya
sikap sesetengah ibu bapa yang gemar membekalkan anak-anak mereka dengan makanan
segera seperti sosej, nuget dan burger.

5
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI OBESITI

Obesiti merupakan satu masalah kesihatan yang amat membimbangkan. Ia berpunca


daripada pengumpulan lemak yang berlebihan dalam badan seseorang dan menyebabkan
kenaikan berat badan secara tidak sihat. Mempunyai berat yang berlebihan ataupun obesiti
dapat memberi kesan yang kurang baik terhadap fizikal dan mental seseorang. Obesiti
.meningkatkan risiko untuk menghidap pelbagai penyakit seperti penyakit jantung, diabetes
dan lain-lain. Dalam usaha untuk menangani masalah obesiti dalam kalangan individu di
negara ini pihak-pihak yang tertentu telah mengambil pelbagai tindakan melalui kempen,
ceramah, kursus, dan sebagainya untuk mengurangkan masalah obesiti ini. Di antaranya
ialah:

PEMAKANAN YANG SESUAI DAN SEIMBANG

Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat perlu diterapkan dalam diri individu
terutamanya kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, makanan yang berkhasiat seperti buah-
buahan, sayur-sayuran, tenusu dan bijirin dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh
badan kanak-kanak. Ibu bapa perlulah mengetahui info berkenaan bahan yang digunakan
apabila menyediakan makanan untuk anak-anak. Makanan yang bergoreng dan mempunyai
kandungan gula dan garam yang tinggi, perlulah dikurangkan dalam usaha menangani
masalah obesiti ini. Justeru itu, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh yang baik dalam
mendidik dan menerapkan amalan memakan makan yang seimbang dan berkhasiat dalam diri
anak-anak. Hal ini kerana, kanak-kanak akan memerhati setiap tingkah laku ibu bapa. Ibu
bapa bertanggungjawab menerapkan amalan ini dalam kalangan kanak-kanak.

Sistem penghadaman bertanggungjawab terhadap sistem pencernaan makanan,


imunisasi badan dan mengawal-selia hormon. Sistem penghadaman organ yang bergantung
kepada keseimbangan bakteria baik dan bakteria tidak baik. Manusia mewarisi kultur dari
keluarga sejak lahir, iaitu bakteria baik yang mempunyai banyak manfaat, namun
memerlukan keseimbangan. Imbangan tertentu antara bakteria baik dan bakteria tidak baik
dalam sistem penghadaman berubah menerusi pemakanan. Jadi masyarakat disarankan
mengamalkan pemakanan yang baik untuk sistem penghadaman. Antaranya,
mempelbagaikan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia menyihatkan kerana kaya
dengan sumber serat, vitamin, mineral dan antioksidan. Pemakanan seimbang memupuk
bakteria baik untuk sistem penghadaman yang sihat.

6
Begitu juga tabiat pemakanan zaman sekarang dikaitkan dengan pembinasaan flora
dalam sistem penghadaman. Justeru, kita disarankan menambah baik sistem penghadaman
dengan mengambil makanan yang mengandungi probiotik. Salah satu kaedahnya ialah
mengelak pemgambilan makanan yang diproses dalam diet anda di samping meningkatkan
pengambilan bakteria baik seperti yang terkandung dalam VITAGEN. Dengan pengambilan
makanan yang kaya dengan probiotik, sistem penghadaman akan menjadi seimbang.

Masyarakat juga disarankan mempraktikkan gaya hidup sihat walaupun sibuk dengan
tugas seharian. Langkah mudah ialah nikmati sebotol VITAGEN. Minuman susu kultur ini
yang mengandungi Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus casei. Gabungan dua kuasa
ini membantu sistem penghadaman dan memelihara imbangan tubuh yang penting untuk
sistem imunisasi yang lebih kuat. Ini cara paling mudah menjaga kesihatan sistem
penghadaman anda pada tahap optimum.

AMALAN SENAMAN

Ssenaman juga memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan masalah


obesiti. Ia dapat menyihatkan badan sekaligus dapat mengatasi masalah obesiti dalam
kalangan kanak-kanak. Aktiviti senaman ini turut diakui oleh pakar perubatan kerana
mempunyai banyak faedah antaranya ialah membina kekuatan otot, jantung dapat bekerja
dengan baik, membantu mengawal lipid darah yang tidak normal dan menguatkan tulang
serta meningkatkan imbangan. Aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan
seseorang lebih ceria dan sihat. Kanak-kanak patut dilibatkan dengan aktiviti fizikal yang
menyeronokkan seperti senaman berpasukan, yoga, berenang, berbasikal, menari ataupun
berjalan-jalan pada waktu petang dan selepas makan malam. Senaman yang dilakukan tidak
7
semestinya senaman yang terlalu berat ataupun memenatkan. Senaman yang baik ialah
senaman yang melibatkan pergerakan sendi dan penggunaan otot untuk menggalakkan
pembinaan otot. Kanak-kanak yang masih kecil pula perlu digalakkan dengan bermain di
taman permainan atau melakukan aktiviti di luar rumah. Dalam konteks ini, sekiranya amalan
bersenam diamalkan oleh kanak-kanak, masalah obesiti dapat dikurangkan sekaligus dapat
mengelakkan diri kanak-kanak daripada penyakit berbahaya.

Amalan senaman ini berkesan untuk mengawal berat badan dan mengurangkan risiko
penyakit, di samping meningkatkan kekuatan otot. Kanak-kanak patut terlibat dalam pelbagai
aktiviti fizikal yang menyenorokkan seperti senaman berpasukan, berenang, yoga, berbasikal,
menari, atau berjalan-jalan pada waktu petang selepas makan malam. Senaman yang
dilakukan tidak semestinya terlalu berat atau terlalu memenatkan. Senaman yang baik
sepatutnya melibatkan pergerakan sendi dan penggunaan otot untuk menggalakkan
pembinaan otot. Untuk kanak-kanak pra sekolah, permainan di taman permainan atau aktiviti
diluar rumah perlu digalakkan.

Senaman yang kerap membantu menurunkan lebihan lemak berat badan yang
merupakan faktor risiko untuk beberapa penyakit degeneratif kronik terutama jantung.
Senaman yang kerap membantu melegakan sembelit, menyelaraskan pergerakan usus dan
mencegah kembung perut. Senaman meningkatkan penghadaman dan meningkatkan
penyerapan optimum nutrient dan juga membantu meningkatkan ambang kesakitan, sekali
gus membantu menangani dengan lebih baik daripada rasa sakit dan meningkatkan
keupayaan kerja maksimum. Senaman juga meningkatkan fungsi endokrin yang
menggalakkan fungsi mengoptimum pelbagai sistem fisiologi sekali gus meningkatkan tahap
kesihatan dan kecergasan.

Disamping itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang
dijalani oleh seseorang itulebih sihat dan menceriakan. Aktiviti senaman turut diakui oleh
pakar perubatan, ia mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta
menjadikan system imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya
memiiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang
bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap
kesihatan seseorang itu kerana minda yang

8
Cerdas datangnya daripada badan yang cergas. Oleh yang demikian, kita mestilah
menggalakkan kanak-kanak di sekolah melakukan aktiviti riadah pada setiap hari.

REAKREASI

Sesungguhnya, aktivit rekreasi dan riadah yang boleh didefinsikan sebagai segala
kegiatan yang dilakukan pada waktu lapang untuk menyihatkan tubuh badan dan fikiran
merupakan elemen yang penting dalam menjayakan segala aktiviti dalam kehidupan seharian
kita. Oleh itu, kita perlu mempunyai kesedaran terhadap kepentingan mengamalkan aktiviti
riadah dan rekreasi sebelum nasi menjadi bubur.

Pertama, aktiviti riadah dan rekreasi boleh menyihatkan tubuh badan kita. Hal ini
demikian kerana apabila kita beriadah, kadar lemak yang terkumpul di dalam badan manusia
boleh dikurangkan. Contohnya, kita boleh berjoging pada waktu lapang, terlibat dalam
aktiviti senamrobik atau berkayak dan sebagainya. Tambahan lagi, jantung dapat mengepam
darah dengan lancar. Secara tidak langsung, pelbagai penyakit seperti penyakit jantung,
kencing manis dan darah tinggi dapat dihindarkan secara keseluruhan.

Selain itu, ia mampu menjadi pemangkin untuk mengurangkan tekanan dalam


diri seseorang. Bayangkan jika individu terbabit perlu bekerja selama 60 jam dalam 5 hari ,
bukankah mereka akan mula mengalami tertekan? Kepenatan, keletihan dan beban kerja yang
memberatkan akan menyebabkan mereka menunjukkan simptom-simptom tekanan seperti
mudah marah, letih, lesu dan tidak bersemangat. Dengan aktiviti riadah, hal ini akan
membolehkan kita melakukan aktiviti yang kita gemar. Hal ini menjadi cara yang efektif
untuk menghiburkan kita. Kita dapat melupakan beban yang ditanggung dan menjadi lebih
bersemangat untuk meneruskan kehidupan.

9
Seterusnya, aktiviti rekreasi juga mampu memberi ketenangan jiwa kepada samada
anggota masyarakat ataupun kanak-kanak. Hal ini demikian kerana melalui aktiviti riadah,
masyarakat dapat menghayati keindahan alam sekitar yang saujana mata memandang.
Contohnya, melalui aktiviti senaman seperti berjoging, masyarakat akan dapat menghirup dan
menikmati angin sepoi-sepoi bahasa yang segar, seterusnya mampu memberi kedamaian
jiwa. Oleh hal yang demikian, aktiviti rekreasi dilihat mampu menjadi landasan utama
masyarakat bagi melapangkan fikiran.

Di samping itu, amalan rekreasi amat signifikan bagi menyihatkan badan. Amalan
yang menyihatkan seperti berjoging, berkhemah mahupun sukan ekstrem seperti aktiviti
terjunan udara mampu meningkatkan kadar kecergasan dan mengelakkan pelbagai penyakit
koronari. Contohnya, melalui aktiviti terutamanya sukan ekstrem yang menjadi kegilaan
pemuda pemudi, anggota masyarakat dapat meningkatkan kadar metabolisme yang baik
untuk tubuh. Sudah terang lagi bersuluh, amalan rekreasi mampu menyihatkan badan bagi
menjayakan visi Malaysia Cergas.

Akhir sekali, aktiviti rekreasi dan riadah mempunyai banyak kepentingan tertentu
yang dapat dimanfaatkan oleh bukan sahaja setiap anggota masyarakat malahan kanak-kanak
juga . Oleh hal yang demikian, kita perlulah mengutamakan dan mengamalkan aktiviti riadah
dalam kehidupan seharian kerana secara tidak langsung kita boleh menyelesaikan maslah
obesiti dalam kalangan masyarakat dan kanak-kanak di negara kita.

KESIMPULAN

Obesiti bukanlah satu masalah yang boleh dianggap ringan. Obesiti membawa kesusahan dan
mengancam kesihatan kita. Memandangkan kesan akibat obesiti adalah bahaya mereka yang
terlibat perlu mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menjaga kesihatan tubuh
badan mereka kerana kesihatan diri adalah tanggungjawab diri masing-masing.

10
RUJUKAN

Norlaila Hamima Jamaluddin. (2007). Ubat penenang. Harian Metro Online.

Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah (2007). Kawal kegemukan cara mudah dan murah. Utusan
Malaysia Online.

Metra Syahril Mohamaed. (2007). Tumpu akademik punca obesiti. Utusan Malaysia Online.

Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Spencer, A. (1998). Physical educator: Role model or role the ball out? Journal of Physical
Education, Recreation, and Dance, 69(6), 58-63.

www.academia.eduu/10976038/OBESITI_DALAM_KALANGAN_PELAJAR

www.academia.edu/24598447/TAJUK_MASALAH_OBESITI_DALAM_KALANGAN_KA
NAK-_KANAK_DI_MALAYSIA

11