Anda di halaman 1dari 18

SEJAUHMANAKAH ERA ROMANTIK DAPAT MEMBERIKAN SUMBANGANNYA

TERHADAP PERKEMBANGAN ILMU SEJARAH? IZZAIDAH IHWAN


NADIA NAZRI
UKM 2018

1.0 PENGENALAN

Falsafah sejarah moden lahir melalui proses yang berkesinambungan, dimulai


dengan kemunculan zaman kesedaran. Zaman moden memperlihatkan pelbagai
penemuan baru terutama dalam bidang ilmu atau falsafah sejarah. Falsafah merupakan
satu usaha pemikiran untuk mendapatkan kebenaran. Kombinasi dua perkataan Greek
merungkaikan tentang falsafah iaitu philien sophia ; philien bermaksud mencintai
manakala Sophia pula ilmu, kebenaran atau hikmah. Oleh itu, ia bererti mencintai
ilmu.1 Konsep falsafah ini menurut Sidi Gazalba, berfikir secara mendalam, sistematik
dan radikal dalam mencari kebenaran manakala Plato pula berpandangan bahawa
falsafah berkaitan dengan pengetahuan tentang segala yang ada.

Menurut R.G Collingwood, falsafah sejarah itu proses penyelidikan terhadap


ciri sejarah yang mengandungi ilmu pengetahuan yang berbentuk objektif.2 Dalam
masa yang sama, tidak dapat dinafikan bahawa falsafah sejarah itu sebagai sejarah
yang hanya berperanan dalam menghurai peristiwa atau membuktikan kebenaran.3
Sedangkan sejarah itu sendiri mempunyai makna dan pengertian yang luas serta
kompleks. Hakikatnya, ilmu sejarah telah melalui fasa pembentukan dan pengukuhan
sejak zaman klasik sehingga zaman moden berpandukan kepada ruang dan waktu.

Jika ditelusuri semua zaman, dari epistemologinya zaman klasik meletakkan


ilmu dan agama itu sebagai kesatuan dan sumber ketuhanan. Oleh itu, ilmu telah
bergerak seiring dengan agama dan mitos pada zaman klasik Namun, pemahaman
tokoh dan ahli pemikir tentang sejarah itu terbatas dan tiada kesedaran sebenar
terhadap sejarah pada zaman ini. Pada abad ke lima pula, zaman pertengahan muncul
dengan penguasaan dan kongkongan agama Kristian. Agama Kristian fahaman katolik
mengawal nilai, amalan dan kehidupan masyarakat. Justeru itu, perkembangan ilmu
pengetahuan dan asasnya dikuasai oleh institusi kegerejaan. Berlaku perubahan dalam
zaman pembaharuan di mana muncul idea-idea yang berkonsepkan humanisme. Jadi,
apakah itu zaman romantik? Adakah zaman ini turut menyumbang terhadap
perkembangan ilmu sejarah?
1
Abdullah Ishak, Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1995, Hlm. 1
2
R.G. Collingwood, Idea Sejarah; terjemahan Muhd. Yusof Ibrahim, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1985, Hlm. 1
3
Muhd Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah Pengertian Kaedah dan Pensejarahan (edisi kedua),
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 2016. Hlm.75

1
SEJAUHMANAKAH ERA ROMANTIK DAPAT MEMBERIKAN SUMBANGANNYA
TERHADAP PERKEMBANGAN ILMU SEJARAH? IZZAIDAH IHWAN
NADIA NAZRI
UKM 2018

Zaman romantik berlaku pada sekitar akhir abad ke 18 dan awal abad ke 19 di
Barat atau lebih tepat lagi pada tahun 1770-1830. Gerakan romantik ini didorong oleh
perasaan marah dan simpati terhadap peperangan berbentuk keagamaan dan perang
saudara di negara Eropah. Antara negaranya ialah England, Jerman dan Perancis.
Zaman romantik menerima penyerapan daripada zaman kesedaran berkaitan dengan
agama dan mula melakukan tentangan terhadap teologikal.4 Seiring dengan itu,
Revolusi Perancis dan Revolusi Industri juga dikatakan mempengaruhi kemunculan
zaman romantik. Walau bagaimanapun, tiada definisi yang khusus untuk mentakrifkan
tentang zaman romantik ini namun zaman ini juga memperlihatkan kecenderungan
kepada pernyataan emosi, aksi yang kelihatan bebas dan spontan. Merupakan sebuah
reaksi masyarakat terhadap alam, seni dan kesusasteraan. Di samping itu,
memperlihatkan revolusi dalam melawan golongan bangsawan, aspek politik dan
sosial. Golongan romantik mempunyai sifat sentimental terhadap kehidupan masa
lalu.

4
Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,
2006, Hlm. 83

2
SEJAUHMANAKAH ERA ROMANTIK DAPAT MEMBERIKAN SUMBANGANNYA
TERHADAP PERKEMBANGAN ILMU SEJARAH? IZZAIDAH IHWAN
NADIA NAZRI
UKM 2018

2.0 LATAR BELAKANG ZAMAN ROMANTIK

Zaman romantik sering dikaitkan sebagai reaksi kepada Zaman Kesedaran dan
Revolusi Perancis yang berlaku pada tahun 1789 di Perancis.5 Revolusi Perancis yang
berlaku dalam tempoh singkat iaitu antara tahun 1789 sehingga tahun 1799 berlaku
ketika pemerintahan Raja Louis XVI. Revolusi Perancis merupakan cerminan kepada
kebangkitan masyarakat terhadap sistem pemerintahan yang memberi kuasa penuh
kepada raja yang berperanan sebagai ketua dalam kerajaan. Namun, sistem ini seolah-
olah memberi keistimewaan kepada golongan bangsawan dan golongan gereja.
Perkara ini telah menindas kehidupan masyarakat kelas ketiga pada ketika itu. Kelas
bawahan ini terdiri daripada kaum petani, buruh dan kaum borjuis. Golongan
pemerintah bukan sahaja mengawal aspek politik namun mengawal keseluruhan
ekonomi dan sosial. Masyarakat tidak mempunyai kebebasan dan setiap aktiviti
mereka tersekat.

Dalam tempoh masa yang singkat ini, berlaku perubahan dalam sistem
politik dan pemerintahan Perancis. Prinsip kesedaran telah mula diketengahkan dan
menyingkirkan kerajaan Perancis yang mengamalkan sistem monarki dan feudal. Pada
tahun 1793, Raja Louis XVI dijatuhkan hukuman pancung dengan Guillotine.
Hukuman ini juga diterima oleh permaisurinya, Marie Antoinette. Dengan hukuman
itu, maka golongan yang revolusioner beranggapan bahawa kuasa pemerintahan
adalah milik mereka lalu pembela revolusi ini mewujudkan sistem pemerintahan yang
bersifat demokratik. Pembaharuan yang dilakukan oleh gerakan revolusi ini tidaklah
seperti yang diharapkan kerana lebih kepada zaman keganasan. 6 Namun, sistem
pemerintahan tersebut tidak kekal lama kerana telah tumpas di tangan seorang jeneral.
Para revolusioner yang memperkenal sistem politik itu telah lenyap.

Jeneral Napoleon Bonaparte yang merupakan seorang diktator telah


memusnahkan sistem yang diperkenal kumpulan Jacobin itu. Napoleon Bonaparte
merupakan seorang jeneral perang yang amat digeruni di Eropah. Beliau lahir dalam

5
Muhd Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah Pengertian Kaedah dan Pensejarahan (edisi kedua),
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 2016. Hlm.78
6
Muhd Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah Pengertian Kaedah dan Pensejarahan (edisi kedua),
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 2016. Hlm.60
6

3
SEJAUHMANAKAH ERA ROMANTIK DAPAT MEMBERIKAN SUMBANGANNYA
TERHADAP PERKEMBANGAN ILMU SEJARAH? IZZAIDAH IHWAN
NADIA NAZRI
UKM 2018

keluarga pemberontak namun bangkit menjadi ketua yang unggul dalam memberi
perlindungan dan kebebasan kepada masyarakat.7 Beliau telah mengambil alih
Perancis dan melakukan pemulihan.

Faktor - faktor yang menyebabkan berlakunya Revolusi Perancis ini dapat


dilihat melalui kelemahan Raja Louis XVI dalam memainkan peranan sebagai
pemerintah dan pentadbir Perancis. Selain itu, Raja Louis XVI dikatakan kurang
berwibawa dalam menguruskan hal ehwal pentadbiran negara. Raja Louis XVI dan
juga Marie Antoinette telah melakukan banyak pembaziran, boros dan hidup dalam
kemewahan yang menyebabkan negara terpaksa menanggung bebanan hutang yang
besar. Para pejuang gerakan romantik menggunakan slogan “Persamaan, Kebebasan
dan Persaudaraan”.

Menurut pandangan Edmund Burke, Revolusi Perancis yang berlaku pada


1789 ini telah menghancurkan segala-galanya. Ahli falsafah konservatif itu turut
mentafsirkan bahawa sejarah dan tradisi negara Perancis telah lenyap dan musnah.8
Tokoh lain turut menjelaskan bahawa Revolusi Perancis ini tidak mempunyai
penamatnya dan adalah sia-sia. Voltaire dan beberapa tokoh lain muncul dengan
pandangan bahawa akal fikiran merupakan sumber kebenaran sehingga perkara yang
tidak masuk akan ini tidak benar. Falsafah ini adalah kesan daripada fahaman
humanisme yang menentang autoriti kegerejaan. Sejarah dan juga kebudayaan Eropah
telah tergugat disebabkan revolusi ini dan gerakan romantik menyifatkan idea
kemajuan juga sebagai puncanya. Tetapi beberapa tokoh seperti J.M Thompson
percaya bahawa ia disebabkan kegagalan aspek politik dan ekonomi Eropah.

Seiring dengan itu, Revolusi Industri juga dikatakan mempengaruhi


kemunculan zaman romantik. Revolusi Industri yang berlaku sekitar akhir abad ke 18
ini di Britain. Pengaruh revolusi ini telah merebak ke negara Eropah dan Amerika
Syarikat. Berlaku perubahan besar daripada aspek ekonomi, industri pembuatan dan
pengangkutan. Revolusi ini telah menggunakan teknologi moden dan telah mengorak
langkah baru dalam sosiobudaya Eropah . Disimpulkan bahawa revolusi di Britain ini
disebabkan oleh berakhirnya sistem feudalism dan perubahan landskap sosial. Maka,

7
Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,
2006, Hlm. 83
8
Ibid., Hlm. 59

4
SEJAUHMANAKAH ERA ROMANTIK DAPAT MEMBERIKAN SUMBANGANNYA
TERHADAP PERKEMBANGAN ILMU SEJARAH? IZZAIDAH IHWAN
NADIA NAZRI
UKM 2018

kedua-dua revolusi ini dianggap menjadi faktor utama dalam gerakan romantik kerana
masyarakat mempunyai sifat emosi dan perasaan yang mendalam, cintakan keluarga
dan alam semulajadi dan mempunyai imaginasi. Pemikiran tokoh Jean Jacques
Rousseau iaitu du contract social mempengaruhi revolusi ini.

Menurut lovejoy pula, zaman ini menekankan konsep kemajuan,


melambangkan penentangan dan masyarakat mula kembali kepada agama Kristian
dan kemanusiaan. Tidak dinafikan mereka menolak falsafah keagaamaan (teologi).
Dalam karya Muhd Yusof Ibrahim, Stromberg mengatakan bahawa zaman romantik
ini telah memberikan impak positif dan negatif.9 Positifnya, zaman romantik ini
menunjukkan perkembangan. Terdapat usaha-usaha yang dijalankan untuk mengatasi
keadaan manusia dan psikologi dan masyarakat. Para ahli falsafah mula
membandingkan beberapa aspek seperti manusia, masyarakat dan budaya dengan
zaman sebelumnya. Maka, tidak hairanlah jika tokoh zaman romantik dikatakan telah
membina falsafah sejarah moden yang lebih unggul daripada zaman sebelumnya.
Gejala negatif dapat dilihat melalui reaksi atau tindakan masyarakat terhadap zaman
kesedaran. Mereka memandang idea zaman kesedaran sebagai sia-sia dan tidak
memberikan sebarang manfaat ke atas Eropah. Masyarakat Eropah telah menolak
konsep taakul dan rasionalisme, ilmu klasik yang dibawa zaman kesedaran.

Zaman romantik cenderung kepada ilmu pengetahuan iaitu kesusasteraan.


Zaman ini juga merupakan zaman yang kaya dengan karya seni seperti muzik, seni
lukisan dan seni masyarakat.. Victor Marie Hugo merupakan antara tokoh aliran
romantik yang tekah menghasilkan banyak puisi yang menyentuh aspek politik dan
sosial. Beliau juga cenderung terhadap bidang kesenian dan sastera Perancis. Antara
karya puisinya yang terkenal ialah La Legende Dessiecles dan Les Contemplations. Di
Jerman, gerakan aliran Romantik ini dipelopori oleh Fredrich Von Schlegel, seorang
intelektual dan penulisan yang terkemuka. Beliau yang mendapat pendidikan dalam
bidang undang-undang telah menghasilkan karya sastera mengenai zaman romantik.

Hegel dan Edmund Burke telah memperjuangkan konsep sosiopolitik, dimana


kedua-dua tokoh ini menekankan kesinambungan sejarah dalam perkembangan
kemajuan masyarakat. Gerakan ini juga telah memberi impak kepada golongan

9
Muhd. Yusof Ibrahim, Falsafah Sejarah, Pusat Pengajian Jarak Jauh, Ukm, Bangi, 2001, Hlm.76

5
SEJAUHMANAKAH ERA ROMANTIK DAPAT MEMBERIKAN SUMBANGANNYA
TERHADAP PERKEMBANGAN ILMU SEJARAH? IZZAIDAH IHWAN
NADIA NAZRI
UKM 2018

falsafah dan intelektual. Mereka mula sedar dan memahami apa yang menjadi
persoalan selama iaitu konsep dan makna sejarah.

3.0 TOKOH DAN PEMIKIRAN

Johann Gottfried Herder

Johann Gottfried Herder (1744-1803) merupakan salah seorang tokoh terawal


yang membincangkan tentang falsafah sejarah pada zaman Romantik. Beliau memiliki
kepakaran ilmu dalam bidang penulisan tentang pelbagai perkara seperti bahasa,
sastera, sejarah dan teologi. Malahan Idea-idea Falsafah Sejarah Manusia (Ideas on a
Philosophy of the History of Man) adalah hasil karya terbesar beliau yang terpenting
dalam membahaskan tentang falsafah sejarah.10 Melalui hasil tulisan ini, Herder telah
menerima penghormatan daripada tokoh yang bernama Walsh malah beliau telah
menyatakan di dalam bukunya bahawa “ adalah wajar untuk menekankan bahawa
falsafah sejarah hanya mula diiktiraf sebagai satu bidang ilmu yang tersendiri pada
zaman yang bermula dengan penerbitan bahagian pertama penulisan Herder yang
berjudul Ideas of Philosophy of Mankind pada tahun 1784. 11

Selain karya agung Ideas of Philosophy of Mankind, Yet Another Philosophy


of History adalah karya Herder yang lebih awal dan beliau telah menampakkan
penentangan awalnya iaitu terhadap anggapan oleh Voltaire terhadap falsafah sejarah
St. Augustine. Pada awalnya, beliau seolah-olah kelihatan ingin menyebelahi atau
membela “falsafah sejarah” keagamaan St. Augustine, namun itu hanyalah merupakan
nukilan awalan sahaja sedangkan beliau tidak berpuas hati hanya dengan semata-mata
menuliskan semula konsepsi pergerakan sejarah manusia seperti yang terkandung
dalam penulisan St. Augustine serta pengikut-pengikutnya. Hal ini telah membawa
kepada proses mengemukakan idea sejarah yang baru dan berbeza daripada apa yang
12
telah dihasilkan pada zaman-zaman yang terdahulu. Herder juga tidak dapat lari
daripada melihat sejarah itu sebagai suatu proses kemajuan. Hal ini telah
menyebabkan Herder berpendapat bahawa realiti sejarah itu bukanlah sesuatu yang

10
Muhd. Yusof Ibrahim, Falsafah Sejarah, hlm. 79-80.
11
Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian, Kaedah dan Pensejarahan, hlm 75.
12
Muhd. Yusof Ibrahim, Aspek dan Perkembangan Falsafah Sejarah Dunia Barat, hlm 126.

6
SEJAUHMANAKAH ERA ROMANTIK DAPAT MEMBERIKAN SUMBANGANNYA
TERHADAP PERKEMBANGAN ILMU SEJARAH? IZZAIDAH IHWAN
NADIA NAZRI
UKM 2018

berasaskan kepada konsep keseragaman. Tetapi ianya adalah sesuatu yang berbentuk
kepelbagaian iaitu mengikut tempat, keadaan dan zaman atau waktu masing-masing.
Oleh hal yang demikian, sejarah itu bergerak secara berterusan mengikut landasan
masing-masing menuju ke peringkat yang semakin menyenangkan atau baik atau
dalam erti kata lain semakin menuju kepada kemajuan.

Selain itu, Herder juga berpendapat bahawa proses sejarah bukan hanya
sesuatu yang melambangkan keadaan serta perkembangan psikologi manusia semata-
mata khususnya dari segi ketaakulan dan kerasionalan seperti yang dinyatakan oleh
Voltaire. Tetapi bagi beliau kemajuan itu wujud pada setiap tahap perkembangan
sejarah dan tidak pada tahap tertentu sahaja khasnya pada peringkat apabila manusia
dan masyarakat dikatakan telah mencapai ketaakulan dan kerasionalannya. Malahan
beliau juga berpendapat bahawa adalah tidak adil jika menganggap manusia dan
masyarakat yang belum lagi mencapai peringkat tersebut adalah manusia dan
masyarakat yang belum mencapai kemajuan. 13

Sesuai dengan pengertian yang baru terhadap manusia, Herder telah


mengemukakan suatu bentuk falsafah sejarah yang baru. Beliau melihat sejarah itu
sebagai suatu proses kesinambungan. Hal ini membawa maksud bahawa sejarah
bergerak secara terus-menerus daripada tahap permulaannya sehinggalah mencapai
atau sampai ke satu peringkat yang mereka anggap paling ideal. Bagi mendapatkan
gambaran yang lebih jelas tentang proses kesinambungan sejarah, proses pergerakan
ini telah dipaparkan dari sudut yang lebih luas iaitu secara makro. Seterusnya, cara
pemaparan yang ditonjolkan adalah dengan membahagikan proses
perkembangannya.14 Dalam menerangkan perkembangan sejarah sebagai proses yang
berterusan, Herder telah membuat satu analogi perbandingan iaitu dengan melihat
pertumbuhan sebatang pokok. Melalui pertumbuhan pokok ini, batangnya membesar
dari Timur ke Rumawi dan daripada batang itu, tumbuhlah dahan-dahan serta ranting-
ranting. Selain itu, Herder juga beranggapan bahawa setiap tahap atau zaman dalam
sejarah itu mempunyai kepentingan yang tersendiri dan tidak seharusnya mempunyai
unsur-unsur diketepikan, dianggap tidak penting atau tidak perlu diketahui. 15

13
Muhd. Yusof Ibrahim, Aspek dan Perkembangan Falsafah Sejarah, hlm 127.
14
Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian, Kaedah dan Pensejarahan, hlm 78.
15
Muhd. Yusof Ibrahim, Falsafah Sejarah, hlm. 81.

7
SEJAUHMANAKAH ERA ROMANTIK DAPAT MEMBERIKAN SUMBANGANNYA
TERHADAP PERKEMBANGAN ILMU SEJARAH? IZZAIDAH IHWAN
NADIA NAZRI
UKM 2018

Seiring dengan konsep kesinambungan sejarah, Herder beranggapan bahawa


konsep kemajuan juga berlaku dari satu tahap perkembangan sejarah ke satu tahap
yang lain. Herder turut berpendapat bahawa setiap tahap dalam sejarah itu mempunyai
kemajuan serta ciri-ciri yang tersendiri berdasarkan kepada unsur dan sumbangan
yang baik atau postif. Keunikan ini penting bagi menunjukkan proses penerusan,
perkembangan dan kemajuan budaya serta tamadun masyarakat supaya dihargai oleh
generasi pada masa hadapan.16 Di samping itu, Herder telah membuat pemerhatian
dari sudut ketuhanan dan beliau mempercayai bahawa Tuhan memainkan peranan
dalam pergerakan sejarah manusia. Walaubagaimanapun, penerimaan beliau terhadap
konsep ketuhanan tersebut tidak bererti penerimaan beliau terhadap teori atau falsafah
sejarah keagamaan Kristian seperti yang dikemukakan oleh St. Augustina. Bagi
Herder, walaupun kuasa Tuhan mempunyai kaitan dalam pergerakan sejarah manusia,
namun tidak menuju suatu matlamat yang muktamad. Sebaliknya, menuju suatu
matlamat yang terbuka iaitu kemajuan manusia yang berkesinambungan dan tidak
17
putus-putus. walaupun Herder membuat penelitian terhadap falsafah keagamaan
Augustine, namun beliau tidak menafikan juga tentang kepentingan sains dan
empirikal. Beliau menjelaskan bahawa manusia sebagai agen utama sejarah dan bukan
hanya terletak kepada pemikiran rasional dan taakulan sahaja, malah turut memiliki
“hati”, kemesraan, darah, kemanusiaan dan kehidupan. 18

Oleh hal yang demikian, berdasarkan kepada falsafah baru yang dikemukakan
oleh Herder menunjukkan bahawa beliau merupakan tokoh yang paling ketara dan
yang pertama mencuba untuk membina suatu bentuk falsafah sejarah Zaman
Romantik dengan melihat sejarah sebagai sesuatu dinamik yang bergerak terus
menuju matlamat. Idea yang dibawa oleh Herder menjadi salah satu pembentukan
falsafah baru terhadap perkembangan sejarah sekaligus mewujudkan perkembangan
pemikiran baru. Setelah itu, pembinaan sistem falsafah sejarah ini diteruskan pula oleh
seorang lagi tokoh Zaman Romantik iaitu George Wilhelm Friedrick Hegel atau Hegel
yang terkenal dengan teori dialektik idealisme.

16
Arbaiyah, Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, hlm. 85.
17
Muhd. Yusof Ibrahim, Falsafah Sejarah, hlm 81.
18
Arbaiyah, Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, hlm 86.

8
SEJAUHMANAKAH ERA ROMANTIK DAPAT MEMBERIKAN SUMBANGANNYA
TERHADAP PERKEMBANGAN ILMU SEJARAH? IZZAIDAH IHWAN
NADIA NAZRI
UKM 2018

George Wilhelm Friedrich Hegel

George Wilhelm Friedrick Hegel dilahirkan pada 27 August 1770 di Stuffgart.


Beliau merupakan anak pertama kepada seorang pegawai protestan iaitu George
Ludwig Hegel dan Maria Magdalena Louisa Hegel.19 Pada tahun 1788 sehingga tahun
1793, Hegel melanjutkan pengajiannya di Universiti Tubingen. Sepanjang riwayatnya,
beliau banyak memberikan khidmat dalam menyampaikan ilmu pendidikan kepada
masyarakat dengan menjadi pensyarah di Switzerland, Universiti Heidelberg dan
Universiti Berlin. Antara karya unggul yang dihasilkan oleh Hegel ialah Philosophy of
Religion, History of Philosophy, Aesthetics, Philosophy of Right, Phenomenology of
20
spirit dan Science of logic. Karya-karya Hegel dijadikan panduan dan rujukan
serata dunia. Beliau merupakan tokoh falsafah Jerman dan penggerak idealism.
Falsafah dan idea beliau telah mempengaruhi masyarakat dan tokoh-tokoh seterusnya
serta mendapat pengiktirafan pada zaman itu. Pelbagai peristiwa yang dilalui oleh
Hegel sepanjang kehidupannya seperti Revolusi Perancis, Revolusi Industri dan
Perang Napoleon. Kesemua peristiwa yang beliau hadapi telah meninggalkan impak
besar dan memberi idea bagi falsafah pemikiran Hegel.

Hegel telah membina sistem-sistem untuk membentuk sejarah sejagat.


Menjelaskan pergerakan sejarah manusia dan negara. Falsafah sejarahnya merupakan
falsafah yang menyokong atau membicarakan tentang teori falsafah tokoh-tokoh
terdahulu seperti Rouseeau dan Herder.21 Herder merupakan salah seorang pelopor
yang telah membina satu sistem falsafah sejarah zaman romantik dan pendukung
gerakan romantik. Zaman romantik merupakan zaman permulaan bagi sejarah moden
yang mana menekankan fahaman sekular. Jika Herder menentang idea-idea
rasionalisme zaman pembaharuan, Hegel pula menekankan aspek kebebasan dalam
hidup. Hegel ada mengatakan bahawa “World history is the process of the
consciousness of freedom- a process whose necessity it is our business to

19
Terry Pinkard, Hegel : A Biography, Cambridge University Press, United Kingdom, 2000, Hlm. 2
20
Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, Penerbit Bersama (Dewan Bahasa dan
Pustaka dan Pusat Pendidikan Jarak Jauh USIM), Kuala Lumpur, 2003, Hlm. 150
21
Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,
2006, Hlm. 88

9
SEJAUHMANAKAH ERA ROMANTIK DAPAT MEMBERIKAN SUMBANGANNYA
TERHADAP PERKEMBANGAN ILMU SEJARAH? IZZAIDAH IHWAN
NADIA NAZRI
UKM 2018

comprehend”.22 Maka jelaslah bahawa Hegel menyifatkan sejarah dalam falsafah dan
teorinya adalah sebuah sejarah kebebasan.

Jika sebelum ini pada awal abad ke lapan belas, kita dapat melihat tokoh-tokoh
terdahulu seperti Rousseau dan Herder telah menghasilkan teori untuk membebaskan
sejarah daripada belenggu agama yang menjadi pemikiran St. Augustine. Namun,
mereka ingin keluar daripada falsafah sejarah yang berbentuk keagamaan itu dan
memfokuskan kepada fahaman sekular dan rasional menurut Hans Meyerhoff, dalam
karya The Philosophy of History our Times. Mereka berpendapat falsafah sejarah
berasaskan agama tidak jelas dan bukan suatu pergerakan waktu. 23 Hegel pula percaya
bahawa kemajuan dan perubahan amat penting. Beliau juga berpendapat bahawa
sejarah itu proses yang dinamik yang sentiasa bergerak untuk mencapai matlamat.24
Oleh sebab itu, masyarakat Eropah mula mengenetepikan aspek keagamaan dan mula
menerima amalan dan teori yang diperkenalkan pada zaman romantik.

Hegel memperkenalkan teori falsafah sejarah baru yang dikenali sebagai


dialektik atau triad. Dialektika merupakan pengetahuan tentang hukum yang mengatur
perkembangan alam, masyarakat dan pemikiran. Ini merupakan kaedah penghujahan
untuk mencari kebenaran dan menyelesaikan persoalan dan masalah. Teori yang
diperkenalkan dalam karyanya ini mempunyai tiga peringkat perkembangan dan
merupakan satu sistem logik yang baru. Dalam masa yang sama, falsafah ini
membincangkan tentang kesatuan dalam pergerakan kehidupan manusia.25 Dialektik
ini merupakan langkah Hegel dalam memahami realiti hidup menuju kepada
kesempurnaan. Jika dikaitkan tesis sebagai peristiwa sejarah iaitu peringkat permulaan
atau pergerakan, diikuti dengan antitesis iaitu peringkat pertentangan dan peringkat
perdamaian yang dikenali sebagai sintesis. Sintesis merupakan peringkat yang paling
unggul dan tinggi dalam perkembangan sejarah.26

Dalam konsep triad ini, bagi menjelaskannya, Hegel memberi contoh bahawa
peringkat tesis seperti golongan manusia yang hidup dalam pemerintahan raja mutlak.

22
Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, Penerbit Bersama (Dewan Bahasa dan
Pustaka dan Pusat Pendidikan Jarak Jauh USIM), Kuala Lumpur, 2003, Hlm 150
23
Muhd. Yusof Ibrahim, Falsafah Sejarah, Pusat Pengajian Jarak Jauh, Ukm, Bangi, 2001, Hlm. 79
24
Ibid, Hlm.85
25
Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,
2006, Hlm. 89
26
Muhd. Yusof Ibrahim, Falsafah Sejarah, Pusat Pengajian Jarak Jauh, Ukm, Bangi, 2001, Hlm. 85

10
SEJAUHMANAKAH ERA ROMANTIK DAPAT MEMBERIKAN SUMBANGANNYA
TERHADAP PERKEMBANGAN ILMU SEJARAH? IZZAIDAH IHWAN
NADIA NAZRI
UKM 2018

Raja tersebut adalah seorang ketua yang zalim dan kejam. Rakyatnya hidup ditindas
dan tidak mempunyai kebebasan dalam pergerakan. Dalam masa yang sama, mereka
hanya patuh terhadap perintah raja dan mereka tidak mempunyai kelas masyarakat.27
Kemunculan antithesis pula dikaitkan dengan zaman Yunani dan Rumawi. Zaman
Yunani yang memperlihatkan kegemilangannya apabila Raja Alexander menaiki
takhta. Dalam zaman ini masyarakat hidup dalam keadaan yang lebih baik dan selesa
namun terdapat segelintir yang disisihkan. Manakala dalam zaman Rumawi, dapat
dilihat bahawa wujud sistem kelas dan terbahagi kepada dua golongan. Masyarakat
menentang pemerintah kerana mereka tidak mendapat kebebasan mutlak.28 Hal ini
kerana keinginan untuk hidup bebas dan bersosial dalam masyarakat amat membuak-
buak sehinggalah terhasilnya karya-karya pada zaman romantik.

Pada tahap terakhir iaitu sintesis merupakan gabungan daripada tesis dan
antitesis. Hegel menyifatkan situasi ini adalah proses perdamaian seperti mana yang
diinginkan oleh masyarakat. Masyarakat dapat hidup dengan aman dan bebas.
Hubungan antara pemerintah dan rakyat baik dan tidak mempunyai jurang yang besar.
Akhirnya, sejarah itu akan benar-benar mencapai tahap terbaik sekiranya melalui
ketiga-tiga peringkat ini bagi mencapai perkembangan sejarah kehidupan manusia.

Maka, jelaslah bahawa Hegel juga mempunyai pandangan seperti tokoh-tokoh


lain dengan menganalisis sejarah itu melalui satu proses. Sejarah moden yang bermula
pada zaman kesedaran sehingga zaman romantik menunjukkan proses yang berterusan
dan mempunyai kesinambungan, iaitu berturutan.29 Perkembangan ini saling berkait
antara satu zaman ke zaman yang lain. Perkembangan sejarah ini menampilkan
semangat rasionalisme dan taakul. Daripada falsafah Hegel ini, dapat dikatakan
bahawa zaman romantik telah mewujudkan kedudukan sejarah itu di posisi yang
sebenar melalui proses evolusi dan dialektik. Falsafah Hegel ini telah diterima umum
terutamanya di kawasan Eropah dan dijadikan panduan oleh tokoh seterusnya seperti
Immanuel Kant, Karl Marx dan Schelling.

27
Muhd Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah Pengertian Kaedah dan Pensejarahan (edisi kedua),
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 2016. Hlm. 88
28
Muhd. Yusof Ibrahim, Falsafah Sejarah, Pusat Pengajian Jarak Jauh, Ukm, Bangi, 2001, Hlm.89
29
Muhd Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah Pengertian Kaedah dan Pensejarahan (edisi kedua),
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 2016. Hlm. 83

11
SEJAUHMANAKAH ERA ROMANTIK DAPAT MEMBERIKAN SUMBANGANNYA
TERHADAP PERKEMBANGAN ILMU SEJARAH? IZZAIDAH IHWAN
NADIA NAZRI
UKM 2018

Karl Marx

Karl Heinrich Marx atau lebih dikenali dengan gelaran Karl Marx merupakan
anak sulung kepada pasangan Heinrich dan Henrietta Marx. Beliau dilahirkan pada 5
Mei 1818 di Trier, Rhineland di mana ayahnya merupakan seorang peguam di
kawasan tersebut. Menyelusuri dengan lebih lanjut, Marx dan rakannya iaitu
Fredericht Engels adalah merupakan anak murid kepada Hegel. Karl Marx juga
dikatakan sebagai orang buangan hampir sepanjang kehidupannya di Britain kerana
termasuk dalam golongan ‘berhaluan kiri Hegel’ atau sayap kiri kaum Hegelian.
Selain itu, setelah dibuang keluar dari Prusia, Marx dikatakan menetap di Paris,
Brussel dan London. Semasa berada di tempat-tempat tersebut, beliau telah berusaha
untuk mencari tentang ilmu berdasarkan ilmiah-falsafah dan sosial-politik sehingga
berjaya menemukan teori-teori baru.30 Malahan, dari awal lagi beliau telah memegang
pandangan yang dilahirkan dalam slogan ‘Kritikan mengenai agama adalah permulaan
semua kritikan’ sejak dari awal lagi. Marx berpendapat bahawa slogan yang
dinyatakan itu berjaya dicapai oleh Feurbach, kecuali jika melihat slogan itu
31
mempunyai kaitan dengan tema Marx juga terpengaruh dengan sudut pandangan
dialektik Hegel. Oleh hal yang demikian, ramuan baru yang dicampurkannya antara
Feubarch dan Hegel melahirkan analisis ekonomi.

Dalam pada itu, Marx telah mengemukakan sebuah teori yang dinamakan
sebagai teori dialektik materialisme atau kebendaan. Selain itu, teori proses
pergerakan sejarah dan juga evolusi masyarakat yang dikemukakan Marx memang
jelas dipengaruhi oleh dialektik triad Hegel. Malahan, pada peringkat awal
32
perkembangan inteleknya, Marx memandang tinggi teori falsafah Hegel. Sidi
Gazalba juga menyatakan di dalam buku beliau yang berjudul Sistematika Filsafat
pada bab Dialektika bahawa Marx mengambil alih dan berpegang kepada teori
dialektik Hegel.33 Oleh hal yang demikian, melalui teori dialektik idealisme yang
dikemukakan oleh Hegel menjadi salah satu faktor pembentukan teori dialektik
materialisme oleh Marx. Walaubagaimanapun, beliau telah menafikan bahawa

30
Bernad Delfgaauw, Sejarah Ringkas Filsafat Barat, hlm 149.
31
Ninian Smart, Falsafah Dunia, hlm 361.
32
Muhd Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian, Kaedah dan Pensejarahan, hlm 98.
33
Sidi Gazalba, Sistematika Filsafat, hlm 218.

12
SEJAUHMANAKAH ERA ROMANTIK DAPAT MEMBERIKAN SUMBANGANNYA
TERHADAP PERKEMBANGAN ILMU SEJARAH? IZZAIDAH IHWAN
NADIA NAZRI
UKM 2018

teorinya telah dipengaruhi oleh Hegel disebabkan penekanan dan penegasannya


terhadap konsep materialisme yang jelas berbeza daripada teori Hegel.

Seperti yang dinyatakan di atas, Marx telah mengembangkan pemikirannya


sesuai dengan teori Hegel. Berikutnya adalah tiga tahap dalam perkembangan
pemikiran Marx yang bermula dengan tahap pertama iaitu rangkaian segitiga tesis-
antitesis-sintesis. Teori Hegel diterapkan secara idealistik dalam falsafah dan
metafizik manakala bagi Marx pula diterapkan secara realistik terhadap masalah
kemasyarakatan khususnya berkaitan dengan keadaan ekonomi dalam sesebuah
34
masyarakat. Manakala tahap kedua ialah peranan modal dan alat produksi serta
pengaruhnya terhadap pekerja sebagai penerima upah. Menurut Marx, pembahagian
kerja wujud sebagai pembahagian antara (pe) modal dan (pe) kerja. Oleh itu, dalam
pembahagian ini berlaku ketidakseimbangan. Hal ini demikian kerana hasil yang
dihasilkan oleh pekerja tidak menjadi miliknya sebaliknya menjadi milik pemodal.
Seterusnya, tahap ketiga pula semasa Marx menulis sebuah naskah bagi merumuskan
suatu piagam untuk Liga Komunis pada tahun 1847. Naskah yang diberi judul “Das
Manifest der Kommunistischen Partei” ini diambil alih oleh gerakan komunis
internasional dan dijadikan sebagai piagam bagi Parti Komunis Internasional. Marx
mengobarkan semangat kaum buruh untuk berjuang bagi menguasai alat produksi. Hal
ini demikian kerana hanya dengan cara itu pekerja sebagi tenaga produktif boleh
menentukan sendiri perkara yang dihasilkannya dan oleh itu tidak lagi terasing dari
hasilnya sendiri. 35

34
Fuad Hassan, Pengantar Filsafat Barat, hlm 128.
35
Ibid, hlm 131.

13
SEJAUHMANAKAH ERA ROMANTIK DAPAT MEMBERIKAN SUMBANGANNYA
TERHADAP PERKEMBANGAN ILMU SEJARAH? IZZAIDAH IHWAN
NADIA NAZRI
UKM 2018

4.0 ROMANTISME DALAM BIDANG KESENIAN

Romantisme dalam kesusasteraan

Pada abad ke-19, dunia Barat melihat kemunculan gerakan Romantisme akibat
reaksi terhadap falsafah rasionalisme, empirisme serta pengaruh pemikiran golongan
libertaria dan egalitaria Revolusi Perancis. Di samping itu, kemunculannya didorong
oleh perasaan marah dan simpati terhadap peperangan berbentuk keagamaan dan
perang saudara di negara Perancis, England dan Jerman. Akibatnya, timbul gerakan
yang ingin kembali kepada alam tabii dan kebaikan semulajadi dalam diri manusia,
menghargai pahlawanan, individualan, memuliakan pancaindera, emosi,
mengutamakan akal dan intelek, idea primitif dan nasionalistik, kekaguman terhadap
36
binatang dan landskap. Selain itu, para romantis juga mengalirkan minat mereka
kepada tempat-tempat yang jauh dan terpencil , zaman pertengahan silam, cerita
rakyat dan lagenda, alam semulajadi dan orang kebiasaan bagi membebaskan diri dari
kehidupan moden.

Kesusasteraan romantik bermula dari England. Pada awal abad ke-19, dua
orang tokoh yang mahir dalam bidang kesusasteraan ini ialah William Wordsworth
(1770-1850) dan Samuel Taylor Coleridge (1722-1834). Wordsworth dikenali sebagai
seorang yang sangat mengagumi dengan keindahan alam. Hal ini dapat kita dilihat
menerusi karya puisi beliau terutamanya I Wandered Lonely as a Cloud. Manakala
beberapa rangkap puisi hasil sentuhan Coleridge iaitu The Ancient Mariner
menonjolkan sisi imaginasi yang berwarna-warni si penyair. Antara penyair Inggeris
lain yang hebat pada zaman romantik ini ialah John Keats (1795-1821), Percy Bysshe
Shelley (1792-1822), Lord Byron (1788-1824) serta Lord Tennyson (1809-1892).
Sementara itu, salah seorang novelis English iaitu Sir Walter Scott (1771-1832)
merupakan yang tokoh paling terkenal pada zaman tersebut. Beliau telah
memperkenalkan elemen baru di dalam novel-novel beliau iaitu penghormatan
romantis terhadap masa lalu. Antara karya novel menarik yang ditulis oeh beliau
adalah Ivanhoe dan Lady of the Lake.37 Di samping itu, permulaan romantisisme di
England dapat dilihat dalam penulisan berbentuk satira. Karya yang berbentuk satira
ini dapat dilihat menerusi hasil penulisan Sheridan iaitu Rivals yang menceritakan

36
Ahmad Sunawari Long, Sejarah Falsafah, hlm 101-102.
37
Gregorio F. Zaide & Sonia M. Zaide, The World Conceptual Chronological Approach, hlm 83.

14
SEJAUHMANAKAH ERA ROMANTIK DAPAT MEMBERIKAN SUMBANGANNYA
TERHADAP PERKEMBANGAN ILMU SEJARAH? IZZAIDAH IHWAN
NADIA NAZRI
UKM 2018

tentang heroin yang bertekad untuk mengahwini lelaki miskin kerana cinta dan
menolak pinangan lelaki kaya. Namun, lelaki kaya yang dipilih oleh keluarga mereka
telah berjaya menawan hatinya dengan menyamar sebagai orang miskin.38

Pada masa yang sama, aliran kesusasteraan romantik ini juga bergerak secara
meluas di Jerman dan Perancis pada abad ke-19. Salah seorang tokoh terkenal kerana
penghasilan drama dikenali sebagai Johann Wolgang Goethe (1759-1805) atau
gelarannya Goethe. Beliau memaparkan unsur-unsur semangat kerinduan terhadap
kesempurnaan hidup dalam penerbitan drama terhebat beliau iaitu Faust. Dalam pada
itu, seorang lagi tokoh yang sezaman dengan Goethe iaitu Friedrich Schiller (1759-
1805) menerbitkan drama terutamanya The Maid of Orleans dan William Tell yang
menonjolkan semangat keberanian dan perjuangan manusia untuk kebebasan. Begitu
juga dengan seorang lagi tokoh romantik Jerman yang berpengaruh iaitu Heinrich
Heine (1797-1856). Penciptaan puisi beliau iaitu Book of Songs mempamerkan
kelembutan lirik dan melodi romantik. 39

Berikutnya, kita juga dapat melihat beberapa tokoh penulis romantik ternama
di Perancis. Misalnya, Victor Hugo (1802-1885), Alexander Dumas (1802-1870) dan
Honore Balzac (1799-1850). Les Miserable hasil karangan Hugo merupakan
gambaran tentang kehidupan orang biasa. Manakala kemasyhuran Dumas diperolehi
daripada hasil novelnya yang mengujakan iaitu The Three Musketeers. Novel ini
berkisarkan tentang kisah pengembaraan dan juga percintaan. Human Comedy hasil
penulisan Balzac menceritakan tentang kebodohan dan kejahatan kelas pertengahan
Perancis.

Romantitism dalam lukisan

Gerakan romantik menyaksikan pemberontakan dalam kalangan pelukis


terhadap formalisme atau memberi perhatian terhadap bentuk dan rupa seni klasik
pada abad ke-17 dan 18. Hal ini dapat kita lihat para pelukis romantik lebih gemar
melukis pemandangan alam dan juga kehidupan masyarakat tempatan yang
dipengaruhi oleh idea-idea Rousseau. Gerakan pelukis romantik ini bermula di
England sepertimana permulaan bagi bidang kesusasteraan romantik. Antara pakar

38
Betrand Russel, Sejarah Falsafah Barat, hlm 805.
39
Gregorio F. Zaide & Sonia M. Zaide, The World Conceptual Chronological Approach, hlm 83.

15
SEJAUHMANAKAH ERA ROMANTIK DAPAT MEMBERIKAN SUMBANGANNYA
TERHADAP PERKEMBANGAN ILMU SEJARAH? IZZAIDAH IHWAN
NADIA NAZRI
UKM 2018

pelukis English yang terkemuka ialah Joseph Turner (1775-1851) yang hebat dalam
melukis langit biru dan matahari terbenam. Sebaliknya, pelukis di Perancis mengalami
kelewatan dalam menerima romantisism. Pelukis romantik Perancis yang pertama
ialah Eugene Delacroix (1798-1863). Lukisannya yang paling terkemuka adalah
Wonded Cuirassier yang jelas menunjukkan sentuhan romatis. Antara pelukis lain
ialah Camille Corot (1796-1875) yang dianggap sebagai pelukis landskap romantis,
Honore Daumier (1808-1879) pula seorang pelukis tentang kehidupan dan kelemahan
kelas pertengahan manakala Jean Francois Millet (1814-1875) adalah tokoh pencinta
keamanan yang terkenal dengan karyanya seperti Angelus, Man with the Hoe dan The
Cleaners.

Di samping itu, pelukis romantisme menggunakan kesan cahaya yang ketara


dan bayang-bayang yang gelap untuk menimbulkan suatu sinar khayalan ke atas
subjek mereka. Mereka meninggalkan bentuk dan tema klasik dan memilih subjek
eksotik dari tempat yang jauh seperti pemandangan ketimuran yang dilukis oleh
Eugene Declaroix. Hal ini sebagai reaksi terhadap pandangan zaman klasik yang
menyatakan bahawa kecantikan itu adalah konsep yang abadi, universal, dengan
alasan bahawa ia bervariasi dari budaya ke budaya dan dari zaman ke zaman. 40

Romantitism dalam muzik

Dalam pada itu, aliran muzik pada awal abad ke-19 turut merasakan kesan
romantisisme. Pemuzik romantik menganggap muzik sebagai satu medium untuk
mengekspresikan perasaan dalaman manusia. Oleh itu, mereka membuat muzik
sebagai melodi kepada pelbagai aspek alam dan sentimen manusia. Tokoh ternama
dalam muzik romantik ialah Ludwig Van Beethoven (1770-1827). Walaupun
mengalami masalah pendengaran dan hidup dalam kemiskinan, beliau bangkit
menjadi salah seorang pengubah muzik terbesar dunia. Beliau mengangkat muzik
sehingga ke kemuncaknya dengan sonata termasuk Moonlight Sonata manakala
simfoni pula karya yang terhebatnya adalah Ninth Symphony. Di samping itu, muzik
romantik juga dipelopori oleh tokoh Wagner (1813-1883) yang merupakan tokoh
opera romantik German yang terhebat. Antara opera beliau adalah Longerin, Ring of
the Nibelungs dan Tristan adn Isolde.

40
Shepard B. Clough, Otto Pflanze, Stanley G. Payne, Modern Times: A History of the Western World,
hlm 1000.

16
SEJAUHMANAKAH ERA ROMANTIK DAPAT MEMBERIKAN SUMBANGANNYA
TERHADAP PERKEMBANGAN ILMU SEJARAH? IZZAIDAH IHWAN
NADIA NAZRI
UKM 2018

Ekspresi lirik dan penyatuan organik menjadi tumpuan para pengubah muzik
romantik setelah mereka mengubahsuai “formalisme” dalam muzik klasik. Para
pengubah muzik ini menggunakan bakat mereka bagi memupuk dan menerapkan sifat
nasionalisme dalam kalangan masyarakat dengan menggunakan lagu rakyat sebagai
tema.

17
SEJAUHMANAKAH ERA ROMANTIK DAPAT MEMBERIKAN SUMBANGANNYA
TERHADAP PERKEMBANGAN ILMU SEJARAH? IZZAIDAH IHWAN
NADIA NAZRI
UKM 2018

5.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, zaman romantik telah menunjukkan reaksi dan


penzahiran emosi oleh masyarakat Eropah. Pernyataan bahawa Eropah memerlukan
zaman yang baru untuk menghasilkan falsafah sejarah yang lebih lengkap dan moden
itu sememangnya benar. Zaman romantik sememangnya merupakan gerakan
pemberontakan, penentangan terhadap peristiwa yang terjadi. Menelusuri falsafah
pemikiran dan teori yang diutarakan oleh tokoh-tokoh zaman romantik, falsafah
sejarah zaman romantik ini lebih menekankan aspek kebebasan. Herder telah
membina konsep kemajuan dalam falsafahnya dan Hegel pula memperkenalkan
konsep dialektik iaitu “Triad” yang menjelaskan tiga peringkat perkembangan.

Karl Marx bukanlah pelopor zaman romantik. Namun, Karl Marx telah
menggunakan teori Hegel sebagai panduan dan rujukan. Meskipun beliau menafikan
namun, jelas bahawa teori dialektik materialisme itu adalah daripada teori dialektik
idealisme. Oleh itu, jelaslah bahawa Hegel seorang individu dan tokoh yang unggul
kerana pemikiran dan falsafahnya telah digunapakai di serata Eropah dan dunia.

Falsafah zaman romantik telah mempengaruhi golongan intelektual dimana


berlaku kelahiran sasterawan Eropah dengan pesat. Romantisme dalam bidang
kesenian dapat dilihat melalui kesusasteraan, muzik, lukisan serta masyarakat. Semasa
gerakan romantik ini dijalankan, kebanyakan penulis tidak berpuas hati dengan situasi
dunia. Mereka merasakan dunia tidak berperikemanusiaan. Oleh itu, mereka
mengalirkan minatnya kepada kawasan terpencil. Mereka membawa cerita rakyat dan
lagenda serta alam semulajadi. Dalam muzik pula, lahir penggubah muzik seperti
Robert Schuman dan Franz Schubert. Gerakan romantik ini telah tersebar ke serata
Eropah terutama di Jerman, Perancis, England dan Rusia.

18