Anda di halaman 1dari 4

Tindakan pertama yang harus diambil oleh Miss terhadap data murid ialah

mendapatkan min dan sisihan piawai pada ketiga-tiga bulan. Seterusnya, beliau
membuat perbandingan min dan sisihan piawai untuk mengenal pasti data skor murid
terkumpul atau tersebar. Kemudian, beliau membentangkan data skor murid secara
visual sama ada histogram atau graf garisan mengikut kesesuaian.

Miss Chin harus menganalisis data skor dengan menggunakan sistem Statistical
Package for Social Science (SPSS), di mana sistem tersebut membantu beliau
melaporkan ukuran kecenderungan memusat iaitu min dan ukuran kebolehubahan
iaitu varians dan sisihan piawai dengan tepat. Jadual 1.1, Rajah 1.2, 1.3 dan 1.4
menunjukkan statistik deskriptif bagi pencapaian Bahasa Inggeris murid dalam bulan
Mac, Jun dan Oktober, manakala Jadual 1.5 menunjukkan analisis gred skor murid.

Jadual 1.1: Statistik deskriptif bagi pencapaian Bahasa Inggeris murid


Tingkatan 3 Amanah dalam bulan Mac, Jun dan Oktober
Rajah 1.2: Statistik deskriptif bagi pencapaian Bahasa Inggeris murid Tingkatan
3 Amanah dalam bulan Mac

Rajah 1.3: Statistik deskriptif bagi pencapaian Bahasa Inggeris murid Tingkatan
3 Amanah dalam bulan Jun
Rajah 1.4: Statistik deskriptif bagi pencapaian Bahasa Inggeris murid Tingkatan
3 Amanah dalam bulan Oktober

Jadual 1.5: Analisis gred pencapaian Bahasa Inggeris murid Tingkatan


3 Amanah dalam bulan Mac, Jun dan Oktober
Bilangan Bilangan Bilangan
Gred Markah murid pada murid pada murid pada
bulan Mac bulan Jun bulan Oktober
A 80 – 100 2 2 4
B 65 – 79 5 8 7
C 50 – 64 7 4 3
D 40 – 49 4 5 5
E 0 – 39 4 3 3

Berdasarkan Jadual 1.1, markah paling tinggi murid iaitu skor maksimum meningkat
dari 80.00 (min 54.77, sisihan piawai 16.25) ke 89.00 (min 61.23, sisihan piawai
19.20), manakala markah paling rendah murid iaitu skor minimum tidak berubah,
iaitu 25.00. Berdasarkan sisihan piawai ketiga-tiga bulan (16.25, 17.38, 19.20),
sebaran skor dalam taburan adalah besar dan data adalah tersebar antara satu sama
yang lain (heterogen).
Manakala min ketiga-tiga bulan (54.77, 57.23, 61.23) menunjukkan kebanyakan
murid berada pada pencapaian tahap sederhana iaitu Gred C. Namun demikian,
bilangan murid pencapaian tinggi (Gred A dan B) menunjukkan peningkatan
berdasarkan Jadual 1.5.

Anda mungkin juga menyukai