Anda di halaman 1dari 1

Infrastruktur turut berkembang pesat semasa zaman British.

Walaupun kemudahan ini banyak dibina demi


kepentingan ekonomi mereka, namun turut memberikan kepentingan kepada masyarakat tempatan.
Kemudahan yang dibina seperti jalan-jalan raya, jalan kereta api, pejabat pos dan banyak lagi. Kolonial
British turut membawa pembangunan infrastruktur di Tanah Melayu walaupun tidak berlaku secara
menyeluruh. Kemasukan pengaruh Inggeris pada pertengahan abad ke-19 telah mengubah sistem
pengangkutan awam menjadi lebih baik. Sesuai dengan sistem ekonomi kapitalis, usaha penting yang
dijalankan ialah membina infrastruktur yang dapat mewujudkan satu sistem perhubungan bagi
menghubungkan semua pusat perusahaan bijih timah dengan pelabuhan-pelabuhan yang menjadi pusat
pengeksport hasil-hasil bijih timah. Selain dari itu, pihak kolonial juga membina infrastruktur bagi
menghubungkan kawasan pengeluaran dengan pelabuhan-pelabuhan tertentu di Tanah Melayu. Mulai tahun
1885, sistem pengangkutan kereta api dibina yang menghubungkan hampir kesemua pusat perusahaan bijih
timah di Semenanjung dengan pelabuhan-pelabuhan di sepanjang Selat Melaka iaitu dari Kuala Lumpur ke
Pelabuhan Klang, Seremban ke Port Dickson, Ipoh ke Telok Anson dan Taiping ke Port Weld. Hal ini
sekaligus telah meningkatkan sistem kemudahan awam secara keseluruhannya. Kemudahan pengangkutan
telah membangunkan sektor ekonomi hingga membawa kepada bertambah bilangan bandar baru yang
menjadi pusat pentadbiran, politik, perdagangan dan perusahaan seperti Kuala Lumpur, Melaka, Ipoh,
Pulau Pinang, Seremban, dan Kuching. Pada tahun 1875, jalan di Larut sejauh 13 batu telah dibina.
Beberapa tahun selepas itu, jalan yang menghubungkan Matang dan Taiping, Kemunting serta Seberang
Prai dibina. Pembinaan jalan raya dipertingkatkan pada tahun 1911 iaitu jalan raya dari Seberang Perai ke
Melaka telah siap dibina. Pada tahun 1928 pula, Jalan raya menghubungkan Perlis ke Singapura telah
disiapkan yang sekaligus mempercepatkan perjalanan di pantai barat. Kemudahan sistem perhubungan
yang diwujudkan oleh British telah memberikan keselesaan kepada masyarakat walaupun pada awalnya,
kewujudan kemudahan infrastruktur ini adalah demi kepentingan ekonomi pihak British.