Anda di halaman 1dari 4

SEMBAHYANG SUNAT TASBIH

Perintah supaya bertasbih disebut di beberapa tempat dalam al-Quran termasuk penentuan
waktunya iaitu pagi dan petang.Bertasbih adalah salah satu daripada bentuk zikir dalam rangka
mengingati Allah. Bahkan sering juga dipakai perkataan tasbih itu untuk menggantikan perkataan
zikir yang banyak macamnya itu. Salah satu cara mengingati Allah itu ialah melalui sembahyang
sunat Tasbih. Dinamakan ia sebagai sembahyang sunat Tasbih kerana mengingat banyaknya
lafaz-lafaz tasbih yang diucapkan dalam sembahyang itu..

Riwayat Hadis Mengenai Sembahyang Sunat Tasbih


Mengikut riwayat hadis di bawah ini sembahyang sunat tasbih boleh dilakukan dalam dua kaifiyat:
Kaifiyat yang pertama sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas Radhiallahu
‘anhuma yang mana kaifiyat bacaan tasbih di dalam hadis ini bermula selepas membaca surah
al-Fatihah dan surah selepasnya:

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Abbas


bin Abdul Muthalib: “Wahai Abbas, bapa saudaraku, apakah suka ku beri kurnia. Ku beri hadiah
istimewa, ku ajari sepuluh macam keistimewaan yang mana jika engkau membuatnya
dihapuskan oleh Allah bagi engkau sepuluh macam dosa, baik yang terdahulu mahupun yang
sekarang, yang sudah lama mahupun yang baru, yang tidak disengaja mahupun yang sengaja,
yang kecil mahupun yang besar, yang tersembunyi mahupun yang terang.

Hendaklah engkau sembahyang empat rakaat, pada setiap rakaat membaca al-Fatihah dan satu
surah (ayat al-Quran). Setelah selesai daripada membaca pada rakaat pertama dan
engkau dalam keadaan berdiri maka bacalah ‫ وهللا أكبر‬،‫ والاله إال هللا‬،‫ والحمدهلل‬،‫(سبحان هللا‬Maha Suci
Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Allah dan Allah Maha
Besar) sebanyak 15 kali. Kemudian engkau rukuk, dan dalam rukuk engkau baca kalimah tasbih
itu 10 kali. Kemudian engkau angkatlah kepala dari rukuk dan bacalah kalimah tasbih itu 10 kali.
Kemudian engkau sujud dan bacalah kalimah tasbih itu 10 kali.
Kemudian angkatlah kepala dari sujud (duduk antara dua sujud) dan bacalah kalimah tasbih itu
10 kali. Kemudian engkau sujud kembali selepas itu bacalah tasbih 10 kali. Kemudian angkatlah
kepala dari sujud (duduk istirahah sebelum berdiri untuk rakaat selanjutnya) dan bacalah kalimah
tasbih 10 kali. Seluruh kalimah tasbih itu dibaca 75 kali pada setiap rakaat, dan kerjakanlah di
dalam empat rakaat.”(Hadis riwayat Abu Daud)
Cara Mengerjakan Sembahyang Sunat Tasbih
Cara sembahyang sunat Tasbih sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas Radhiallahu
‘anhu:

1. Lafaz niat sembahyang sunat Tasbih jika dua rakaat satu salam ialah:

ِّ َّ ِّ ‫سنَّةَ الت َّ ْسبِّيْحِّ َر َك َعتَي ِّْن‬


.‫ّلِل ت َ َعالَى‬ َ ُ‫أ‬
ُ ‫ص ِّل ْي‬
Ertinya: “Sahaja aku sembahyang sunat Tasbih dua rakaat kerana Allah ta‘ala.”
Atau jika dilakukan empat rakaat:

.‫ّلِل ت َ َعالَى‬ ٍ ‫سنَّةَ الت َّ ْسبِّيْحِّ أ َ ْر َب َع َر َك َعا‬


ِّ َّ ِّ ‫ت‬ ُ ‫ص ِّل ْي‬
َ ُ‫أ‬
Ertinya: “Sahaja aku sembahyang sunat Tasbih empat rakaat kerana Allah ta‘ala.”

2. Membaca doa Iftitah.


3. Membaca surah al-Fatihah.
4. Membaca surah -surah

i) Pada rakaat pertama surah al-Takathur


ii) Pada rakaat kedua surah Al-Asr
iii) Pada rakaat ketiga surah al-kafirun
iv) pada rakaat keempat surah al-ikhlas

5. Setelah selesai membaca al-Fatihah dan surah selepasnya dan sebelum rukuk membaca
tasbih sebanyak 15 kali.

.‫ َوالَ َح ْو َل َوالَ قُ َّوة َ ِّإالَّ بِّاهللِّ ْال َع ِّلي ِّ ْال َع ِّظي ِّْم‬،‫ َوهللاُ أَ ْكبَ ُر‬،ُ‫ َوالَ ِّإلَهَ ِّإالَّ هللا‬،ِّ‫ َو ْال َح ْم ُد ِّ َّّلِل‬،ِّ‫س ْب َحانَ هللا‬
ُ

6. Duduk antara dua sujud dan membaca doa.

.‫ع ِّن ْي‬


َ ‫ْف‬ َ ‫ار ُز ْق ِّن ْي َوا ْه ِّد ِّن ْي َو‬
ُ ‫عا ِّف ِّن ْي َواع‬ ْ ‫ارفَ ْع ِّن ْي َو‬
ْ ‫اجب ُْر ِّن ْي َو‬ ْ ‫ب ا ْغ ِّف ْر ِّل ْي َو‬
ْ ‫ار َح ْم ِّن ْي َو‬ ِّ ‫َر‬
7. Membaca tasbih selepas membaca doa duduk di antara dua sujud 10 kali.
8. Bangkit dari sujud yang kedua iaitu duduk istirahah (duduk sebelum berdiri untuk rakaat yang
seterusnya) dan membaca tasbih 10 kali.
9. Ulangilah bacaan tasbih itu pada rakaat kedua, ketiga dan keempat pada tempat yang sama
sepertimana bacaan pada rakaat pertama.
- Jika sembahyang sunat Tasbih itu dikerjakan pada waktu malam lebih utama dikerjakan setiap
dua rakaat sekali salam. Oleh yang demikian hendaklah dibaca tasbih pada rakaat kedua itu
sebelum atau selepas membaca tahiyat akhir.
- Begitu juga jika sembahyang sunat Tasbih itu dikerjakan di waktu siang adalah lebih afdhal
dikerjakan empat rakaat sekali salam. Oleh yang demikian hendaklah dibaca tasbih terakhir
pada rakaat kedua sebelum atau selepas tahiyat awal dan pada rakaat keempat hendaklah
membaca tasbih terakhir sebelum atau selepas tahiyat akhir.
Begitulah cara membaca tasbih dalam sembahyang sunat Tasbih, kesemua jumlah tasbih yang
dibaca dalam empat rakaat adalah sebanyak 300 tasbih iaitu 75 tasbih pada setiap rakaat.

10. Kemudian sunat membaca doa selepas tahiyat akhir dan sebelum salam. Doa masyhur
sepertimana yang diterangkan oleh Imam Kurdi dan Syarqawi di dalam kitab Fath al-‘Allam
selepas tahiyat akhir dan sebelum salam ialah:

َ ‫ َو ُمنَا‬،‫اَللَّ ُه َّم ِّإنا َّ نَ ْسأَلُ َك ت َ ْو ِّفيْقَ أ َ ْه ِّل ْال ُه َدى َوأ َ ْع َما َل أ َ ْه ِّل ْال َي ِّقي ِّْن‬
‫ َو َع ْز َم أ َ ْه ِّل‬،‫ص َحةَ أ َ ْه ِّل الت َّ ْو َب ِّة‬
،‫ع ْرفَانَ أ َ ْه ِّل ْال ِّع ْل ِّم‬ ُ ‫ َو‬،ِّ‫ َوت َ َعبُّ َد أ َ ْه ِّل ْال َو َرع‬،‫الر ْغبَ ِّة‬َّ ‫ب أ َ ْه ِّل‬ َ ‫ َو‬،‫ َو ِّج َّد أ َ ْه ِّل ْال َخ ْشيَ ِّة‬،‫صب ِّْر‬
َ َ‫طل‬ َّ ‫ال‬
.‫َحتَّى نَخَافَ َك‬
،‫اك‬
َ ‫ض‬َ ‫طا َعتِّ َك َع َمالً نَ ْست َ ِّح ُّق بِّ ِّه ِّر‬ ِّ ‫اَللَّ ُه َّم إِّنا َّ نَ ْسأَلُ َك َمخَا َفةً ت َ ْح ِّج ُزنَا َع ْن َم َع‬
َ ِّ‫ َحتَّى نَ ْع َم َل ب‬،‫اصي َْك‬
‫ َو َحتَّى نَت َ َّو َك َل‬،‫ص ْي َحةَ ُحبا ً لَ َك‬
ِّ َّ‫ص لَ َك الن‬ َ ‫ َو َحتَّى ن َْخ ِّل‬،‫َاص َح َك ِّفي الت َّ ْو َب ِّة خ َْوفا ً ِّم ْن َك‬
ِّ ‫َو َحتَّى نُن‬
.‫ق النُّ ْو ِّر‬
ِّ ‫س ْب َحانَ خَا ِّل‬
ُ ‫ظ ٍن ِّب َك‬ َ َ‫مو ِّر ُك ِّل َها ُحسْن‬ ْ ُ ‫َعلَي َْك فِّي اْأل‬
Ertinya: “Ya Allah! Kami bermohon dariMu taufiq seperti golongan yang mendapat pertunjuk,
ibadat golongan yang yakin, ketulusan golongan yang bertaubat, keazaman golongan yang
sabar, kewaspadaan golongan yang takut, pengharapan golongan yang tekun, peribadatan
golongan yang wara’, kebijaksanaan golongan yang berilmu sehingga kami menjadi takut
kepadamu.”
“Ya Allah! Kami bermohon kepadaMu sifat takut yang akan menjadikan benteng dari berbuat
maksiat kepadaMu, (kami bermohon kepadaMu) amalan yang dengannya kami mendapat
keredhaanmu sehingga (menjadikan) kami dapat beramal dengan penuh ketaatan, (kami
bermohon) rasa takut kepadaMu sehingga (menjadikan) kami memohon nasihat kepadaMu di
dalam taubat, (kami bermohon) rasa cinta kepadaMu sehingga (menjadikan) kami ikhlas
kepadaMu dalam meminta nasihat, (kami bermohon) bersangka baik kepadaMu Tuhan yang
Maha Suci pencipta nur (cahaya) sehingga (menjadikan) kami bertawakkal kepadaMu di dalam
setiap urusan.”
Doa ini dilakukan setiap kali sebelum salam, jika melakukan sembahyang sunat Tasbih ini setiap
dua rakaat sekali salam hendaklah membaca doa ini dua kali iaitu setiap kali sebelum memberi
salam, dan jika dilakukan dengan empat rakaat sekali salam hendaklah membaca doa ini sekali
sahaja. Sepertimana perkataan Syabramillisi: “Doa ini dibaca sekali jika melakukan sembahyang
sunat Tasbih dengan sekali takbiratul ihram dan dibaca doa ini dua kali jika melakukannya
dengan dua kali takbiratul ihram.”

11. Kemudian memberi salam ke kanan dan ke kiri.

.ُ ‫كاتُه‬
َ ‫َوبَ َر‬ ِّ‫سالَ ُم َعلَ ْي ُك ْم َو َر ْح َمةُ هللا‬
َّ ‫اَل‬

Hukum Sembahyang Sunat Tasbih


Menurut Ibnu Hajar al-Haitami di dalam kitabnya Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyah, sembahyang sunat
Tasbih adalah di antara sembahyang sunat mutlak yang tidak berkaitan dengan masa dan sebab
tertentu, maka sunat dilakukan pada setiap masa, sama ada di waktu malam ataupun siang dan
haram dilakukan di dalam waktu-waktu yang diharamkan bersembahyang. Sembahyang sunat
Tasbih ini dianjurkan melakukannya, sehinggakan jika mampu, afdhal dikerjakan pada tiap-tiap
hari. Jika tidak mampu, bolehlah dikerjakan sekali pada setiap Jumaat. Jika tidak mampu juga,
bolehlah dikerjakan sebulan sekali. Jika tidak mampu, bolehlah dikerjakan setahun sekali dan jika
tidak mampu juga, bolehlah dikerjakan seumur hidup sekali. Sepertimana yang diriwayatkan oleh
Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma:
Maksudnya: “Jika engkau mampu mengerjakannya sekali setiap hari maka kerjakanlah, jika
engkau tidak mampu membuatnya maka kerjakanlah sekali setiap Jumaat, jika engkau tidak
mampu, maka kerjakanlah sekali sebulan, jika engkau tidak mampu maka kerjakanlah sekali
setahun, jika engkau tidak mampu juga maka kerjakanlah sekali seumur hidup.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

Fadhilat Sembahyang Sunat Tasbih


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ada mengajarkan kepada bapa saudaranya bahawa
kelebihan sembahyang sunat Tasbih itu sangatlah besar sebagaimana hadis Ibnu
‘AbbasRadhiallahu ‘anhuma:
Maksudnya: “Jika engkau membuat yang sedemikian itu, Allah menghapuskan dosamu, baik
yang terdahulu, yang sekarang, yang sudah lama, yang baru, yang tidak disengaja, yang sengaja,
yang kecil, yang besar, yang tersembunyi mahupun yang terang-terangan.”
(Hadits riwayat Abu Daud)

Anda mungkin juga menyukai