Anda di halaman 1dari 6

PUSAT TUISYEN INDANI

(A) Berlindung daripada Musuh


1. Haiwan mempunyai ciri-ciri khas dan tingkah laku khas untuk melindungi dirinya daripada
musuh.
2. Terdapat 5 ciri khas dan 5 tingkah khas khas haiwan untuk melindungi diri daripada musuh.
3. 5 ciri khas haiwan melindungi diri daripada musuh:
1. Berduri tajam
2. Bercangkerang keras
3. Bersisik keras
4. Bertanduk
5. Berbisa
4. 5 tingkah laku khas haiwan melindungi diri daripada musuh:
1. Menggulungkan diri
2. Menyammar
3. Memutuskan anggota badan
4. Memasukkan anggota badan
5. Hidup dalam kumpulan
5. Terdapat ciri khas lain:
1. Kuku tajam (ayam, helang)
2. Mengeluarkan bau busuk (skunk, kumbang, pepijat)
3. Mata palsu (kupu-kupu, ular kobra, ikan paus pembunuh)
4. Menyemburkan dakwat hitam ketika menghadapi musuh (sotong)
(B) Berlindung daripada Cuaca Melampau
1. Sesetengah haiwan tinggal di tempat yang sangat panas dan sejuk. Cuaca melampau ini
memerlukan haiwan mempunyai ciri dan tingkah laku khas untuk melindungi dirinya.

(C) Kemandirian Spesies


1. Kemandirian spesies bermaksud keupayaan haiwan mengekalkan spesies dan mengelakkan
spesiesnya pupus.
2. Untuk mengekalkan spesiesnya, haiwan akan:
1. Beranak
2. Bertelur
(D) Haiwan Bertelur
1. Cara-cara haiwan yang bertelur:

(E) Haiwan Menjaga Anak


1. Setelah beranak dan telurnya menetas, haiwan mempunyai pelbagai cara untuk menjaga
anaknya.
(F) Kepentingan Kemandirian Spesies

1. Haiwan perlu menjaga telur anak-anaknya agar dilindungi daripada musuh dan
bahaya.
2. Ini akan memastikan haiwan tersebut terus hidup dan mengekalkan spesiesnya bagi
mengelakkan kepupusan.
3. Kalau anak dan telur mereka dibiarkan, anak dan telurnya akan:
1. Dibunuh dan dimakan oleh musuh.
2. Dikutip dan diambil oleh manusia.
3. Mati kerana kelaparan.

(G) Rantai Makanan


1. Rantai makanan ialah hubungan makanan antara hidupan.
2. Anak panah -> bermaksud “dimakan oleh”.
3. Contoh: Buah kelapa sawit -> tikus -> helang.

(H) Matahari, Pengeluar, dan Pengguna


1. Matahari merupakan sumber tenaga utama kerana membekalkan cahaya matahari kepada
tumbuhan.
2. Tumbuhan dikenali sebagai pengeluar, kerana tumbuhan boleh membuat makanannya
sendiri melalui proses fotosintesis.
3. Haiwan yang memakan tumbuhan atau haiwan lain dikenali pengguna, kerana mereka
mendapatkan sumber tenaga daripada pihak lain.
4. Berdasarkan jenis makanan yang dimakan, haiwan boleh dikelaskan kepada 3 kumpulan:
1. Hervivor – Haiwan yang memakan tumbuhan.
2. Karnivor – Haiwan yang memakan haiwan lain.
3. Omnivor – Haiwan yang memakan kedua-dua tumbuhan dan haiwan lain.
(I) Siratan Makanan

1. Siratan makanan ialah gabungan beberapa rantai makanan dalam suatu habitat.
2. Contoh habitat: Kolam, tasik, laut, sawah padi, ladang kelapa sawit, hutan.
3. Di satu habitat, terdapat beberapa rantai makanan yang wujud.
4. Berdasarkan beberapa rantai makanan tersebut, kita boleh menggabungkannya untuk
membentuk siratan makanan.

(J) Kesan dan Akibat

1. Perubahan populasi dalam rantai/ siratan makanan mempunyai kesan ke atas hidupan yang
lain.
2. Sekiranya berlaku perubahan populasi seperti kematian dalam siratan makanan, pengguna
akan mencari makanan di habitat lain, atau berpindah untuk memastikan kemandirian
spesiesnya.
3. Jika bilangan (populasi) sesuatu haiwan berubah, maka bilangan (populasi) haiwan yang lain
juga akan berubah (bertambah/ berkurang).

Anda mungkin juga menyukai