Anda di halaman 1dari 1

TAJUK KAJIAN:

FAKTOR PENENTU STRES GURU NOVIS DI SEKOLAH RENDAH PEDALAMAN


DAERAH KANOWIT

1.0 PENGENALAN

Profesion perguruan sungguh mencabar. Untuk menjadi seorang guru dan pengurus pendidikan
yang baik, seorang guru harus peka dengan perkembangan terkini yang sentiasa mendatang
juga sanggup untuk menghadapi proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber dan
pencapaian matlamat pendidikan. Justeru itu, dengan pelaksanaan pelbagai reformasi dalam
pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab para guru menjadi lebih besar,
mencabar dan kompleks. Cabaran dan tanggungjawab yang bertambah, juga perubahan
kurikulum dan kokurikulum baru dalam sistem pendidikan Malaysia sering dikaitkan dengan
fenomena guru mengambil keputusan menukar kerjaya dan bersara awal. Perubahan yang
sentiasa berlaku menyebabkan tugas guru semakin banyak di samping harapan masyarakat
terhadap para guru semakin menggunung tinggi. Dengan itu, guru berasa amat tertekan (stres)
kerana tidak mampu menangani tugas dan harapan yang sentiasa berterusan mengalami
perubahan.Menurut Sapora Sipon (2007) dalam Ooi Chew Hong dan Aziah Ismail (2015) ,
guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan antara
guru dengan pelajar dan juga kualiti dalam aspek pengajaran dan pembelajaran guru itu sendiri.
Keadaan ini sekaligus boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan dan
ini secara tidak langsung akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang
mampu membawa negara ke tahap yang lebih cemerlang dan gemilang khususnya mutu
pendidikan. Justeru, simptom ketegangan atau tekanan dalam kalangan guru ini adalah suatu
fitrah semula jadi kemanusiaan yang perlu ditangani dengan bijak dan bertimbang rasa. Adalah
suatu tindakan yang rasional untuk memikir dan melaksanakan resolusi penyelesaian bagi
masalah masalah guru di samping melaksanakan pelbagai pelan peningkatan terhadap
pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu memandang isu ini sebagai isu
penting yang perlu ditangani segera.

Anda mungkin juga menyukai