Anda di halaman 1dari 23

Kerja Kursus Ekonomi kertas 4-2018- (944/4)

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 Penghargaan 2

2 Abstrak 3

3 Latar belakang 4

4 Penyataan masalah 4-5

5 Tujuan/objektif kajian 5

6 Kaedah kajian 5-6

6.1 Kaedah Memperolehi Data

6.2 Kaedah analisa data

7 Hasil Kajian Dan Perbincangan 6-21

7.1 Kedudukan Pengeksport Dan Pengimport Utama


Dalam Perdagangan Barangan & Perkhidmatan
Komersil Dunia

7.2 Perangkaan Utama Perdagangan Luar Negara 2004-2014

7.3 Eksport Malaysia

7.4 Eksport Mengikut Seksyen 2004-2014

7.5 Peratus Sumbangan Eksport Mengikut Sektor

7.6 Destinasi Utama Eksport Malaysia

7.7 Perubahan Struktur Sektor Dan Destinasi Eksport


Malaysia

8 Cadangan 21-22

9 Penutup/Rumusan kajian 22-24

10 Senarai rujukan 25

11 Lampiran

1. Penghargaan

1
Kerja Kursus Ekonomi kertas 4-2018- (944/4)

Alhamdulillah hirrabbil’alamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran


kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan
kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Disini ingin saya julang sepenuh penghargaan
kepada …………………………., Guru Ekonomi (944)), di atas kerjasama dan bantuan
yang beliau hulurkan buat saya sepanjang proses menyiapkan laporan kerja kursus
ini.
Di kesempatan ini juga ingin saya hulurkan sejuta ucapan penghargaan
buat rakan sepejuangan yang bersama-sama bertungkus-lumus menyiapkan
kerja kursus ini, walaupun berbeza tajuk pilihan, penat lelah, pening kepala dan
ketawa ria sepanjang proses menyiapkan laporan kerja kursus ini membuatkan
proses yang memenatkan ini berbaloi apabila terhasilnya laporan akhir kerja
kursus ini.
Ucapan terima kasih ini ditujukan buat ahli keluarga saya yang
membantu secara langsung dan tidak langsung sepanjang proses menyiapkan
laporan kerja kursus ini. Bantuan yang diterima bukan sahaja dari segi
sokongan moral malahan material rujukan dan data untuk kerja kursus ini.
Banyak yang saya pelajari sepanjang proses dapatan data terutamanya
yang berkaitan dengan agensi dan kementerian yang tidak pernah saya dengar
dan cara untuk mendapatkan data dan maklumat tersebut. Bantuan mereka
banyak membuka minda saya untuk menggunakan semaksimum mungkin enjin
carian GOOGLE bagi memudahkan dan mempercepatkan proses mendapatkan
maklumat dan data yang berkaitan. Akhir kalam, terimalah serangkap kata
hikmah:
"Seandainya anda berimpikan kejayaan,
jangan hanya memandang ke tangga tapi
belajarlah untuk menaiki tangga tersebut"

2. Abstrak

Perdagangan luar adalah proses penukaran barang dan perkhidmatan di antara

2
Kerja Kursus Ekonomi kertas 4-2018- (944/4)

sebuah Negara dengan Negara lain. Ia melibatkan urusniaga eksport dan import. Negara
yang menjalankan perdagangan antarabangsa merupakan negara yang mengamalkan
ekonomi terbuka iaitu ekonomi 4 sektor meliputi isi rumah, firma, kerajaan dan luar
Negara.
Objektif utama perdagangan antarabangsa adalah untuk memenuhi kehendak dan
keperluan rakyat di dalam negara yang semakin tidak terbatas. Oleh kerana sumber
ekonomi di dalam Negara yang terhad, termasuk dari segi gunatenaga, bahan mentah
dan teknologi untuk menghasilkan produk yang dapat memenuhi pasaran dalam Negara,
menyebabkan perdagangan antarabangsa berlaku.
Kita sedia maklum, Pelabuhan Melaka terkenal dengan aktiviti perdagangan
antarabangsa sejak zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka lagi. Hadirnya
bangsa penjajah di Tanah Melayu yang pada asalnya untuk menguasai industri rempah
berlaku disebabkan oleh kekurangan dari segi faktor geografi untuk mereka
mengeluarkannya di Negara asal penjajah menjadi bukti terbaik perdagangan
antarabangsa penting bagi memenuhi keperluan permintaan rempah di Negara asal
penjajah.
Penggunaan teknologi moden yang canggih lagi terkini bagi meningkatkan
produktivi dalam pengeluaran akhirnya menggalakkan persaingan yang baik antara
pengeluar tempatan dan pengeluar luar Negara. Ia memberi impak besar kepada kadar
pertukaran asing, gunatenaga dan imbangan pembayaran dan akhirnya mengeratkan lagi
hubungan diplomatik antara Negara dagang.
Bagi membolehkan pelajar memahami dengan jelas berkenaan perdagangan
antarabangsa, tema ini telah dipilih sebagai kerja kursus ekonomi STPM 2018. Saya
telah mengecilkan skop kajian dengan memberi tumpuan kepada EKSPORT
BARANGAN DAN DESTINASINYA sejak dari tahun 2004 sehingaa tahun 2014.
Kajian ini menggunakan data sekunder yang diperolehi dari pelbagai sumber
penerbitan keluaran dari pelbagai agensi termasuklah dari Bank Negara Malaysia,
Jabatan Perbendaharaan Malaysia, Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan
Antarabangsa Dan Industri Malaysia dan Jabatan Statistik Negara.
Sepanjang kajian ini dijalankan, saya dapat mengenalpasti berlakunya perubahan
ke atas eksport Malaysia sepanjang tahun kajian. Ini termasuk destinasi utama eksport
produk berlaku perubahan yang besar sejak dari tahun 2004 sehingga 2014.
Hasil daripada kajian tersebut juga didapati, sektor mana yang banyak memberi
sumbangan kepada peningkatan eksport dan berlakunya perubahan peratusan
sumbangan sector tersebut sepanjang tempoh kajian.
Dapatan daripada hasil daripada kajian ini adalah pelajar boleh mengenalpasti
implikasi yang terjadi jika berlaku sebarang perubahan di peringkat antarabangsa ke atas
eksport Malaysia terutama bagi Negara yang memberi sumbangan besar pada eksport
Malaysia.
Kajian ini membolehkan saya mengenalpasti bagaimana Malaysia menangani
masalah kekurangan permintaan ke atas produk Malaysia sehingga menjejaskan eksport
Malaysia ke Negara berkenaan.

3. LATAR BELAKANG
Eksport merujuk kepada proses barang atau komoditi yang dijual atau diangkut
dari satu negara ke negara lain secara sah, terutamanya untuk perdagangan. Ia terdiri

3
Kerja Kursus Ekonomi kertas 4-2018- (944/4)

daripada Eksport barang Nampak yang terdiri daripada barang komoditi utama dan
barang perkilangan dan eksport barang Tidak Nampak yang Melibatkan
perkhidmatan sahaja seperti pengangkutan, perjalanan, urus niaga kerajaan dan
perkhidmatan lain
Eksport Malaysia terdiri daripada eksport barangan dan eksport perkhidmatan.
Eksport boleh diklasifikasikan kepada tiga iaitu eksport barangan perkilangan atau
pembuatan, eksport barangan komoditi atau pertanian dan ekport barang galian.
Manakala eksport perkhidmatan boleh dikategori kepada eksport perkhidmatan
pengangkutan, eksport perkhidmatan perjalanan dan eksport perkhidmatan lain.
Perubahan persekitaran ekonomi, perubahan teknologi dan perubahan politik di
dalam Negara dan di luar Negara menyebabkan destinasi eksport barangan mengalami
perubahan dari segi struktur dan peratusan eksport ke Negara tertentu semasa dalam
tempoh kajian dijalankan.
Sebarang perubahan yang berlaku di peringkat antarabangsa seperti peningkatan
harga minyak dan komoditi, wabak selesema burung pada tahun 2004, krisis kewangan
sehingga menyebabkan kegagalan sistemik bagi sistem kewangan di AS pada
pertengahan tahun 2008 sehingga merebak ke Negara Maju lain, luluh kredit (credit
crunch) telah mengakibatkan kemerosotan yang nyata dalam permintaan sektor swasta
di Negara Maju separuh tahun 2009 sehingga memberi kesan kepada eksport Malaysia.

4. PENYATAAN MASALAH
Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti perubahan jumlah eksport sepanjang
tempoh kajian dijalankan. Melalui kajian ini, saya dapat mengenalpasti tahun yang
mengalami penurunan dan kenaikan eksport.
Melalui kajian ini, saya dapat mengenalpasti sektor eksport utama Malaysia.
Dapatan dari kajian ini membolehkan saya mengetahui dengan jelas sektor mana yang
memberi sumbangan besar kepada perubahan eksport Malaysia sepanjang tempoh
kajian.
Kajian ini membolehkan saya mengenalpasti destinasi eksport Malaysia dan
perubahan yang berlaku ke atas destinasi eksport sepanjang tempoh masa kajian
dilakukan.
Berdasarkan kajian berkaitan perubahan ke atas jumlah eksport, sektor dan
destinasi eksport sepanjang tempoh masa kajian, saya dapat mengenalpasti beberapa
faktor yang telah menyebabkan berlaku perubahan pada eksport Malaysia.

5. TUJUAN/OBJEKTIF KAJIAN
5.1 Mengenalpasti perubahan jumlah eksport sepanjang tempoh kajian dijalankan.
5.2 Menentukan sektor eksport utama Malaysia yang telah memberi sumbangan
4
Kerja Kursus Ekonomi kertas 4-2018- (944/4)

besar kepada perubahan eksport Malaysia sepanjang tempoh kajian.


5.3 Mengenalpasti destinasi eksport utama Malaysia dan perubahan yang berlaku
ke atas destinasi eksport sepanjang tempoh masa kajian dilakukan.
5.4 Mengenalpasti beberapa faktor yang telah menyebabkan berlaku perubahan
pada eksport Malaysia.

6. KAEDAH KAJIAN
6.1 Kaedah Memperolehi Data
Kajian ini lebih sesuai menggunakan data sekunder melalui penerbitan-penerbitan
jurnal, laporan dan buku yang diperolehi daripada pelbagai sumber. Kajian ini
memerlukan banyak data kerana jangka masa kajian mengambil masa selama 11 tahun.
Pelbagai laporan boleh dimuat turun dari pelbagai agensi dari tahun 2004 sehingga
2014.
Antaranya adalah Laporan Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Malaysia,
Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Malaysia, Laporan Tahunan
Jabatan Perangkaan Malaysia dan Laporan Ekonomi, Bank Negara Malaysia serta
laporan dari World Trade Report.
Laman web yang dilayari bagi mendapatkan maklumat ini termasuklah:
 www.bnm.gov.my
 www.matrade.gov.my
 www.treasury.gov.my
 www.miti.gov.my
 https://www.dosm.gov.my
 https://www.wto.org
 https://wits.worldbank.org/
Melalui laman web tersebut, laporan berkaitan dimuaturun dan statistik berkaitan
dengan eksport diperolehi.
Sepanjang tempoh kajian dilakukan, saya dapati wujud perbezaan data sebenar,
data anggaran dan unjuran. Bagi mendapatkan data sebenar, saya memerlukan
mendapatkan laporan tahun selepas bukan tahun semasa.
Contohnya untuk mendapatkan data eksport pada tahun 2004, saya perlu merujuk
Laporan Ekonomi pada tahun 2005 atau Laporan Perdagangan Antarabangsa Dan
Industri Malaysia 2005. Ini kerana laporan pada tahun 2004 bukan menggunakan data
sebenar tetapi data anggaran.
6.2 Kaedah analisa data
6.2.1 Kaedah Perbandingan
Melalui data Perangkaan Utama Perdagangan Luar Negeri, 2004-2014, Malaysia,
perbandingan jumlah eksport antara tahun dapat dikenalpasti. Selain daripada jumlah
eksport, perbandingan antara sector juga dilakukan sepanjang masa kajian. Perubahan
juga dapat dikenalpasti di dalam jenis produk eksport Malaysia yang diimport oleh

5
Kerja Kursus Ekonomi kertas 4-2018- (944/4)

Negara eksport utama Malaysia. Perubahan ini berlaku kesan daripada perubahan yang
berlaku di peringkat global sekaligus mempengaruhi jumlah dan jenis barang yang
dieksport.
Perbandingan destinasi utama eksport Malaysia juga boleh dikenalpasti. Walaupun
perbezaan destinasi eksport tidak ketara, namun keadaan ekonomi dunia dalam tempoh
kajian telah memberi impak besar pada perubahan destinasi tersebut.
Berdasarkan data yang dicerap, Negara seperti China, Singapura, Thailand,
Amerika Syarikat dan Jepun antara destinasi eksport Malaysia. Namun, dalam tempoh
masa kajian berlaku perubahan kedudukan destinasi eksport tersebut.
6.2.2 Kaedah peratusan
Kaedah ini digunakan bagi menentukan sumbangan eksport Malaysia ke sesebuah
Negara bagi tempoh masa kajian. Melalui kaedah peratusan ini juga ia dapat membantu
mengenalpasti perubahan sumbangan bagi sesuatu produk dalam tempoh kajian.

7. HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN


7.1 Kedudukan Pengeksport Dan Pengimport Utama Dalam Perdagangan
Barangan & Perkhidmatan Komersil Dunia
Berdasarkan Jadual 1, didapati Malaysia sentiasa berada dalam 25 kelompok pengeskport
utama barangan dunia dengan kedudukan terbaik dicapai pada tahun 2004 iaitu pada kedudukan
ke 18. Manakala kedudukan terendah ynag dicapai sepanjang tempoh masa kajian adalah pada
tahun 2011 dan 2013 iaitu pada tangga ke 25.

TAHUN BARANGAN PERKHIDMATAN


2004 18 29
2005 19 29
2006 19 29
2007 19 30
2008 21 30

2009 21 30
2010 23 29
2011 25 32
2012 24 31
2013 25 30
2014 23 31

Jadual 1: Pengeksport Dan Pengimport Utama Dalam Perdagangan Barangan & Perkhidmatan
Komersil Dunia

Menurut rekod yang dari World Trade Report juga, Malaysia sentiasa berada di dalam
kelompok 30 pengeksport perkhidmatan komersial dunia sepanjang tempoh masa kajian
dilakukan kecuali pada tahun 2011 (32), 2012 (31) dan 2014 (31).
6
Kerja Kursus Ekonomi kertas 4-2018- (944/4)

Eksport Malaysia terdiri daripada eksport barangan dan eksport perkhidmatan. Kajian ini
lebih menjurus kepada eksport barangan Malaysia, maka perbincangan selepas ini akan
memfokus kepada eksport berkaitan dengan barangan Malaysia sejak dari tahun 2004 sehingga
2014.

7.2 Perangkaan Utama Perdagangan Luar Negara 2004-2014


Merujuk kepada Carta 1, trend perdagangan di Malaysia menunjukan sentiasa
mengalami peningkatan kecuali pada tahun 2009, apabila seluruh dunia terkesan dengan
kemelesetan ekonomi di peringkat global. Jumlah perdagangan pada tahun 2009 didapati
merudum sebanyak RM95,629.9 juta berbanding 2008 iaitu RM 1,182817.8 juta
sebelum kembali menunjukkan peningkatan pada tahun-tahun berikutnya.
Imbangan perdagangan Malaysia pula mengalami kenaikan sejak tahun 2004
sehingga 2008 sebelum penurunan dicatat sebanyak RM25,360.9 pada tahun 2009 jika
dibandingkan dagangan pada tahun 2008, RM143,209.2 juta. Ia berterusan menurun
pada tahun 2010 sebanyak RM7,864 juta kepada RM109,994.3 juta sebelum kembali
meningkat pada tahun 2011, RM124,235.6 juta.

Carta1: Perangkaan Utama Perdagangan Luar Negara 2004-2014

Pada tahun 2012 dan 2013, imbangan perdagangan Malaysia menunjukkan


penurunan ketara apabila ia turun sebanyak RM 28,271.3 juta (2012) dan RM52,938.1
juta (2013) jika dibandingkan imbangan dagangan pada tahun 2011 sebelum mengalami

7
Kerja Kursus Ekonomi kertas 4-2018- (944/4)

peningkatan semula kepada RM82,479.70.


7.3 Eksport
7.3.1 Eksport kasar (RM/Juta)
Eksport barangan Malaysia boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori utama iaitu eksport
barangan perkilangan atau pembuatan, barangan pertanian atau komoditi dan barangan
perlombongan.
Barangan perkilangan atau pembuatan boleh diklasifikasi seperti eskport barangan elektrik
dan elektronik (E&E), kimia dan produk kimia, jentera, perkakasan dan alat ganti, pengilangna
logam, produk kayu, kelengkapan optik dan saitifik, produk getah, produk besi dan keluli, tekstil
dan pakaian, makanan diproses, kelengkapan pengangkutan, pengilangan plastic, barang perhiasan
diri, produk galian bukan logam, produk petroleum, produk kertas dan pulpa dan minuman dan
tembakau.
Berdasarkan carta 2, jika perbandingan dibuat pada tahun 2004, eksport barangan
perkilangan didapati mengalami peningkatan dengan peningkatan tertinggi dicatat pada tahun
2014 meningkat sebanyak RM365,257 juta berbanding tahun 2004 (RM221,918 juta). Manakala
peningkatan terendah dicapai pada tahun 2009 iaitu sebanyak RM205,847 juta kepada
RM427,765 juta.

CARTA 2: EKSPORT BARANGAN MALAYSIA 2004-2015

8
Kerja Kursus Ekonomi kertas 4-2018- (944/4)

Eksport barangan perkilangan, merupakan 78.4 peratus daripada jumlah eksport


pada tahun 2004, telah meningkat sebanyak 19.2 peratus kepada RM376.8 billion.
Eksport perkilangan didominasi oleh eksport produk E&E yang meningkat kepada
RM241.5 billion dalam tahun 2004. Syer E&E dalam jumlah eksport perkilangan
merosot daripada 66.6% pada tahun 2003 kepada 64.1% dalam tahun 2004, menandakan
pengembangan dalam eksport produk-produk perkilangan lain.
Keluaran berasaskan sumber seperti keluaran petroleum, bahan kimia, kayu dan
getah juga mendapat manfaat daripada harga dan jumlah eksport yang lebih tinggi.
Peningkatan yang pesat dalam aktiviti pembinaan di RR China menyokong permintaan
yang memberangsangkan terhadap keluaran besi dari Malaysia. Eksport keluaran getah,
khususnya, sarung tangan getah kekal kukuh pada tahun 2004 disebabkan oleh
permintaan yang dirangsang oleh tercetusnya wabak selesema burung di negara
serantau.
Jadual 2 pula menunjukkan perubahan yang berlaku ke atas eksport barangan perkilangan
atau pembuatan dengan kenaikan sebanyak 96 % pada tahun 2005 berbanding pada tahun 2004.
Pertumbuhan dalam eksport barangan E&E adalah sederhana sebanyak 10% (2004:
15.3%) akibat kelembapan kitaran separa konduktor global. Eksport separa konduktor
dan keluaran elektrik yang lembap telah diimbangi sebahagiannya oleh kekukuhan
berterusan dalam penghantaran komputer dan alat ganti.
Sementara itu, pertumbuhan keluaran logam merosot 6.3%, setelah mengalami
perkembangan kukuh pada tahun 2004 (43.6%). Kemerosotan ini disebabkan oleh
penawaran keluli yang berlebihan berikutan pengembangan kapasiti yang besar di
kalangan pengilang keluli di RR China yang mengakibatkan harga jatuh.
Berikutan kebanjiran import tekstil dari China, pihak berkuasa AS bertindak balas
dengan mengenakan had pertumbuhan bagi import barangan tekstil China ke AS.
Malaysia merupakan antara negara yang mendapat manfaat daripada pengalihan
permintaan AS dari China berikutan kuota import AS untuk keluaran tekstil China telah
digunakan sepenuhnya. Lebihan pesanan baru keluaran tekstil oleh AS dihalakan ke
negara pengeksport tekstil lain di rantau ini, termasuk Malaysia. Nilai eksport tekstil dan
pakaian pada tahun 2005 meningkat kepada RM10.3 juta.
Sebanyak 81.4 % daripada syer eksport kasar pada tahun 2006, datangnya dari eksport
barangan perkilangan. Peningkatan sebanyak 10.1 % daripada keseluruhan eskport barangan
perkilangan dari tahun 2005 menjadikan nilai keselurahan eksport barangan perkilangan adalah
RM 47, 9674 juta.
Daripada jumlah tersebut sebanyak RM281 billion hasil eksport dari produk E&E. Kitaran
9
Kerja Kursus Ekonomi kertas 4-2018- (944/4)

elektronik global yang menaik menyebabkan peningkatan penghantaran komputer dan


komponen serta separa konduktor yang lebih tinggi terutamanya pada separuh tahun
pertama. Syarikat multinasional di Malaysia mengambil kesempatan untuk
mengeluarkan produk terbaru yang menerapkan kemajuan teknologi terkini. Permintaan
yang meningkat terhadap komputer riba dalam pasaran AS dan pengenalan
mikropemproses baru pada tahun 2006, menyokong pertumbuhan pengeluaran komputer
dan keluaran berkaitan dengan komputer. Pengilang dalam negeri juga meningkatkan
pengeluaran kelengkapan telekomunikasi manakala beberapa pengilang dalam segmen
elektronik pengguna mengalih ke rantaian nilai yang lebih tinggi dengan mengeluarkan
televisyen skrin rata dan perakam DVD.
Jumlah eksport barangan perkilangan pada tahun 2007 mengalami peningkatan sebanyak
RM2,750 juta dengan penurunan syer eksport kasar pada tahun 2007 kepada 79.7%.
Pertumbuhan dalam eksport barangan perkilangan menjadi sederhana kepada 0.3% pada
tahun 2007 (2006: 10.1%) akibat kemerosotan eksport E&E (-4.2%; 2006: 6.4%) dan
penyederhanaan dalam eksport bukan E&E (8.1%; 2006: 17.2%). Prestasi lemah dalam
eksport E&E disebabkan terutamanya oleh penurunan permintaan terhadap komputer
dan alat ganti dari pasaran AS berikutan pelaburan yang lemah dalam kelengkapan dan
perisian oleh sektor korporat, khususnya pada awal tahun 2007.
Eksport produk E&E yang mencatatkan penurunan adalah mesin pemprosesan
data automatik, diikuti oleh alat ganti untuk mesin pejabat dan mesin pemprosesan data
automatik, kelengkapan telekomunikasi dan alat ganti serta perakam suara. Produk yang
menunjukkan pertumbuhan dua angka bagi kategori ini adalah kelengkapan isi rumah
elektrik dan bukan elektrik , yang bertambah 11.4% kepada RM3.5 billion dan
perkakasan elektrodiagnostik, perubatan dan perkakasan radiologi (17.6% kepada
RM355 juta).
Eksport E&E juga terjejas kesan daripada harga yang lebih rendah pada tahun itu
berikutan lebihan inventori segmen cip separa konduktor tertentu dan persaingan sengit
di kalangan pengeluar utama global. Eksport keluaran elektrik terus kekal lemah
disebabkan oleh peralihan daripada keluaran produk biasa seperti tiub televisyen sinar
katod dan pemain VCD kepada keluaran produk dengan nilai ditambah lebih tinggi
seperti televisyen LCD definisi tinggi, perakam DVD dan pemain Blu-ray.
Jadual 2 menunjukkan, walaupun nilai eksport kasar bagi barangan perkilangan pada tahun
2008 mengalami peningkatan pada tahun 2008 (naik RM12,913 juta) berbanding pada tahun
2007, syer barangan perkilangan ke atas eksport kasar didapati menurun kepada 74.7%
berbanding 79.7% (2007).

10
Kerja Kursus Ekonomi kertas 4-2018- (944/4)

Pada 2008, eksport Malaysia terbesar iaitu produk E&E, menyumbang 38.3%
daripada jumlah eksport, berkurang 3.4% kepada RM255.4 billion, daripada RM266.5
billion pada 2007. Pengurangan eksport produk E&E adalah disebabkan oleh penurunan
eksport bagi mesin pemprosesan data automatik (ADP) dan alat ganti serta jentera, radas
dan perkakas elektrik dan alat ganti, terutama kepada AS dan Kesatuan Eropah (EU).
Kategori eksport terbesar produk E&E adalah jentera elektrik, perkakasan, peralatan dan
alat ganti, peralatan semikonduktor, litar bersepadu, microassemblies, transistor dan
injap.
Produk E&E yang mencatatkan penurunan adalah mesin ADP, berkurang 16.6%
kepada RM46.3 billion daripada RM55.5 billion pada 2007. Ini diikuti oleh alat ganti
dan aksesori mesin pejabat dan ADP (0.8% kepada RM36.5 billion), kelengkapan
telekomunikasi dan alat ganti (9.2% kepada RM26.2 billion), perkakas elektrik untuk
litar elektrik dan litar kamilan (2% kepada RM13.8 billion) serta jentera dan perkakas
elektrik (11.5% kepada RM7.7 juta).
Eksport produk E&E yang merekodkan pertumbuhan ketara adalah mesin pejabat,
meningkat sebanyak 469.3% kepada RM4.9 billion pada 2008 daripada RM862.6 juta
pada tahun sebelumnya, diikuti oleh alat terima siaran tv, monitor dan projektor (75.8%
kepada RM8.2 juta), perkakas elektro diagnostik, perubatan dan perkakas radiologi
(55.7% kepada RM552.9 juta), perakam bunyi (21% kepada RM6.5 billion) dan alat
terima siaran radio (5.5% kepada RM6.6 billion).
Eksport perkilangan menguncup sebanyak 13.6% pada tahun 2009, dengan semua
segmen utama mencatat pertumbuhan negatif berikutan penurunan permintaan dari
negara maju dan serantau. Penurunan mendadak eksport barangan perkilangan berlaku
pada tahun 2009 (RM-67,572 juta). Walau bagaimanapun, produk E&E kekal mejadi
eksport terbesar iaitu 41.2% daripada jumlah eksport barangan perkilangan. Namun,
penyusutan nilai eksport sebanyak 10.9% kepada RM227.8 juta dari RM255.6 juta pada
tahun 2008 kesan daripada krisis kewangan Amerika Syarikat (AS) dan kelembapan
ekonomi di peringkat global.
Eksport bukan E&E merosot sebanyak 14.4% pada tahun 2009 dengan
kemerosotan lebih ketara pada separuh pertama tahun tersebut. Kejatuhan ketara harga
komoditi menyumbang kepada pengurangan besar eksport berasaskan sumber, yang
mencakupi 57.4% daripada eksport bukan E&E. Ini termasuk keluaran getah, bahan
kimia dan keluaran kimia, dan keluaran petroleum. Walau bagaimanapun, permintaan
serantau yang bertambah baik dan pemulihan harga komoditi pada separuh kedua telah
menghasilkan pemulihan eksport bukan E&E yang mencatat pertumbuhan positif pada
11
Kerja Kursus Ekonomi kertas 4-2018- (944/4)

suku keempat.
Kejatuhan ketara harga komoditi menyumbang kepada pengurangan besar eksport
berasaskan sumber, yang mencakupi 57.4% daripada eksport bukan E&E. Prestasi
industri keluaran getah menjadi positif pada suku ketiga, didorong oleh peningkatan
permintaan terhadap produk penjagaan diri dan perubatan berikutan menularnya wabak
Influenza A (H1N1). Eksport produk industri farmaseutikal dan peralatan perubatan
mengalami peningkatan walaupun eksport kimia dan produk kimia mengalami
penurunan ekoran kekurangan permintaan dari pasaran utama. Peningkatan sebanyak
43.6% kepada RM814.5 juta in 2009 from RM567.1 juta (2008). Peningkatan ini
disebabkan oleh tercetusnya wabak influenza A (H1N1). Seluruh dunia mengiktiraf
Malaysia yang mematuhi piwaian dan teknologi bagi Amalan Pengilangan Baik yang
ditetapkan oleh European Pharmaceutical Inspection Convention Code, telah membantu
meningkatkan nilai eksport produk ubat dan farmaseutikal dari Malaysia.

TAHUN PEMBUATAN PERTANIAN PERLOMBONGAN

JUMLAH PERATUS JUMLAH PERATUS JUMLAH PERATUS


RM/JUTA) PERUBAHAN (RM/JUTA) PERUBAHAN (RM/JUTA) PERUBAHAN

2005 213,824 96.4% 15,114 83.7% 30,404 147.0%


2006 43,932 10.1% 5,910 17.8% 4,739 9.3%
2007 2,750 0.6% 7,791 19.9% 3,977 7.1%
2008 12,913 2.7% 17,769 37.9% 25,668 42.9%
2009 -67,572 -13.6% -16,284 -25.2% -27,867 -32.6%
2010 60,209 14.1% 21,538 44.5% 15,185 26.4%
2011 16,208 3.3% 21,453 30.7% 15,262 21.0%
2012 14,885 3.0% -13,937 -15.3% 4,317 4.9%
2013 29,277 5.6% -8,578 -11.1% 5,135 5.6%
2014 38,831 7.1% 332 0.5% 6,550 6.7%

JADUAL 2: PERUBAHAN EKSPORT MALAYSIA 2005-2014 (berbanding tahun sebelumnya)

Eksport perkilangan meningkat 14.1% pada tahun 2010 dengan eksport E&E yang
telah berkembang sebanyak 8.6% kepada RM249.80 bilion pasaran terbesar negara bagi
produk E&E, walaupun mencatatkan penurunan 11.2% kepada RM35.47 bilion. Alat
terima isyarat televisyen, peranti semikonduktor peka cahaya dan transistor yang
merupakan 12.1% daripada eksport E&E negara mencatatkan nilai eksport RM30.25
bilion iaitu lonjakan sebanyak 93.2%.
Pada tahun 2011, eksport barangan pembuatan adalah sebanyak RM470.4 bilion
mewakili 67.0 peratus daripada jumlah eksport Malaysia. Produk E&E terus
menyumbang secara signifikan kepada jumlah eksport dan mewakili 32.9 peratus
12
Kerja Kursus Ekonomi kertas 4-2018- (944/4)

daripada eksport keseluruhan. Eksport bagi industri E&E ke AS, Thailand dan Vietnam
telah meningkat disebabkan permintaan yang tinggi. Industri E&E juga telah
menunjukkan tanda-tanda pemulihan pada separuh kedua 2012. Peningkatan eksport
juga dicatatkan oleh kimia dan produk kimia, optikal dan peralatan saintifik dan peranti
perubatan, solar dan sektor peralatan penjimatan tenaga.
Dalam akaun barangan, penurunan dalam eksport kasar disebabkan oleh
permintaan luar negeri yang lemah dan harga komoditi yang lebih rendah. Eksport ke
Jepun pada 2012 meningkat sebanyak 1.9% kepada RM82.9 bilion. Aktiviti-aktiviti
pembinaan semula Jepun selepas gempa bumi dan tsunami pada Mac 2011 menyumbang
kepada pengeksportan barangan pembuatan Malaysia.
Aktiviti-aktiviti pengeluaran Thailand pulih pada pertengahan 2012 berikutan gangguan
akibat bencana banjir pada 2011. Ini menyebabkan peningkatan dalam permintaan bagi
bahan-bahan mentah, produk perantaraan dan barangan pengguna. Eksport ke Thailand
meningkat sebanyak 5.5 peratus kepada RM37.7 bilion dengan beberapa sector
mengalami pertumbuhan dua digit seperti produk E&E, optikal dan peralatan saintifik
serta alat ganti automotif dan aksesori.
Sektor perkilangan berkembang sebanyak 3.4%, hasil prestasi industri berorientasikan
dalam negeri yang terus kukuh dan prestasi industri berorientasikan eksport yang lebih
baik pada separuh kedua tahun 2013. Dengan penguatkuasaan Akta Peranti Perubatan
2012, industry diwajibkan melaksanakan ujian klinikal dan prosedur lain yang berkaitan
bagi menghasilkan dan memasarkan produknya di pasaran tempatan. Pelaksanaan Akta
ini menggalakkan keyakinan ke atas kredibiliti industri peranti perubatan sehingga
meningkatkan eksport produk farmaseutikal pada tahun 2013 kepada RM981.2 juta
berbanding RM954 juta (2012).
Eksport perkilangan meningkat 7.1% pada tahun 2014 berbanding 5.6% (2013).
Pertumbuhan kukuh eksport E&E disokong terutamanya oleh permintaan terhadap
semikonduktor yang bertambah baik apabila pengilang mempelbagaikan subsegmen
produk mereka, dengan beralih daripada subsegmen komputer peribadi kepada beberapa
subsegmen yang berkembang pesat seperti komponen automotif dan peranti mudah alih.
Eksport barangan pertanian atau komoditi terdiri daripada eksport minyak sawit, getah
mentah, balak dan kayu bergerjaji, lemak sayuran atau binatang dan minyak, makanan laut segar,
dingin beku atau sejuk beku, binatang hidup dan daging dan sayuran, tumbuhan akar dan umbi.
Syer eksport barangan pertanian ke atas eksport kasar Malaysia sepanjang tempoh masa
kajian mendapati sebanyak lapan tahun berada di bawan 10% (2004:6.7%, 2005:4.4%,
2006:6.2%, 2007:7.7%, 2008:9.6%, 2009:9.6%, 2013:9.6% & 2014:9.0%) dan melebihi 10%

13
Kerja Kursus Ekonomi kertas 4-2018- (944/4)

pada tahun 2010 ( 10.9 %), 2011 ( 13.2 %) dan 2012 ( 11.0 %).
Berdasarkan carta 2 dan jadual 2, peningkatan eksport barangan komoditi tertinggi
berbanding pada tahun sebelumnya dicatat pada tahun 2010 (RM60,209 juta) iaitu melebihi
sebanyak RM5,254 juta jumlah eksport pada tahun 2008.Setelah mengalami penyusutan
mendadak pada tahun 2009 (-RM16,284 juta), eksport barangan pertanian mengalami
kenaikan selama dua tahun berturut-turut dan menjadikan dua tahun tersebut adalah
tahun yang mencatatkan peningkatan eksport tertinggi dalam tempoh masa kajian
dijalankan dengan kenaikan eskport pada tahun 2010 sebanyak RM21,358 juta dan
RM21,453 juta (2011) iaitu kurang RM83 juta berbanding daripada peningkatan eksport
pada tahun 2010.
Kemerosotan eksport barangan pertanian dikenalpasti dialami pada tahun 2009 (-RM-
16,284 juta), 2012 (-RM13,937 juta) dan 2013 (-RM-8,578). Penurunan eksport
barangan pertanian berlaku pada tahun 2012 disebabkan oleh permintaan terhadap
minyak sawit mentah dan getah asli yang lebih rendah dialami semasa China mengalami
pertumbuhan yang lembap dan kawasan euro mengalami kemelesetan ekonomi.
Penguncupan dalam eksport komoditi juga diburukkan lagi oleh pengeluaran minyak
sawit mentah yang lebih rendah dan gangguan dalam pengeluaran gas asli dan kesan ini
berlanjutan pada tahun 2013 sehingga menjejaskan nilai eksport barangan pertanian
walaupun pengurangan semakin mengecil sebanyak RM5,359 juta.
Eksport barangan galian atau perlombongan terdiri daripada eskport petroleum mentah,
produk petroleum bertapis, timah, baja mentah dab galian mentah dan bijih logam dan serpihan
logam. Merujuk kepada jadual 3, peningkatan eksport barangan perlombongan berbanding pada
tahun sebelumnya menunjukkan bahawa eksport pada tahun 2005 (RM 51,085 juta ) mengalami
peningkatan sebanyak 147.0% berbanding pada tahun 2004 (RM 20,681 juta).
Pertumbuhan itu disebabkan oleh prestasi kukuh sektor komoditi, terutamanya
eksport mineral yang disokong oleh harga tenaga yang lebih tinggi. Eksport minyak
mentah dan kondensat meningkat dengan ketara sebanyak 33.7% kepada RM28.5 bilion,
didorong sepenuhnya oleh kenaikan harga minyak mentah, yang meningkat 37% kepada
purata USD55.93 setong pada tahun 2005 (2004: USD40.81). Kadar kenaikan barang
perlombongan berbanding eksport pada tahun sebelumnya menunjukkan penyusutan mendadak
pada tahun 2006 (9.3%) dan 2007 (7.1%) sebelum mengalami peningkatan mendadak pada tahun
2008 (42.9%) sebanyak RM25,688 juta berbanding jumlah eksport pada tahun 2007 (RM59,801).
Selepas terkesan dengan kelembapan ekonomi global pada tahun 2009 (-32.6%), eksport
barangan perlombongan mula menunjukkan peningkatan pada tahun 2010 26.4%) dan kadar
peningkatannya menunjukkan semakin menyusut pada 2011 (21.0) dan peningkatan terendah

14
Kerja Kursus Ekonomi kertas 4-2018- (944/4)

sepanjang tempoh masa kajian iaitu pada tahun 2012 (4.9%). Eksport barangan perlombongan
mula menunjukkan peningkatan pada tahun 2013 (5.6%) dan 2014 (6.7%).

7.4 Rakan Dagang Utama Malaysia 2004-2015

7.4.1 Jumlah pasaran


Data dalam Jadual 3 ini dikumpul dari laman web World Intergrated Trade Solution (WITS).
Berdasarkan jadual tersebut dapat disimpulkan bahawa rakan dagangan eksport sentiasa melebihi
rakan dagangan import. Ini menunjukkan Malaysia Negara yang mengeksport barang ke Malaysia
didapati kurang jika dibandingkan dengan Negara yang mengimport barang dari Malaysia.
Didapati pada tahun 2012, jumlah Negara yang mengimport barang Malaysia didapati
tertinggi iaitu sebanyak 226 buah Negara dan pada tahun 2009 adalah tahun paling banyak Negara
yang mengksport barang ke Malaysia iaitu 218 buah Negara. Kejayaan usaha dalam meneroka
pasaran baru meningkatkan jumlah destinasi eksport Malaysia.

RAKAN DAGANG PRODUK DAGANGAN


TAHUN
EKSPORT IMPORT EKSPORT IMPORT
2004 218 199 4,267 4,635
2005 215 213 4,228 4,624
2006 219 210 4,336 4,693
2007 221 213 4,295 4,682
2008 223 213 4,296 4,668
2009 222 218 4,167 4,481
2010 224 214 4,128 4,460
2011 223 210 4,133 4,486
2012 226 214 4,168 4,486
2013 225 210 4,144 4,460
2014 220 209 4,097 4,470
JADUAL 3: RAKAN DAGANG MALAYSIA & PRODUK DAGANGAN 2004-2015

7.4.2 Jumlah produk dagangan


Jadual 4 menunjukkan bahawa jenis produk Malaysia yang banyak dieskport pada tahun
2008 dengan 4,296 jenis berbanding pada tahun 2014 hanya 4,097 jenis produk dieksport. Pada
tahun 2007, sebanyak 4,672 jenis produk diimport Malaysia berbanding pada sebanyak 4,460
jenis produk pada tahun 2010 dan 2013.
Ini menunjukkan import tertinggi pada tahun 2007 tersebut lebih kepada barangan yang
akan diproses sebelum dieksport semula dan hasilnya seperti ditunjukkan dalam jadual 2 apabila
nilai eksport pada tahun 2008 naik sebanyak RM58,713.9 juta.

7.4.3 Rakan dagang utama Malaysia 2004-2014


15
Kerja Kursus Ekonomi kertas 4-2018- (944/4)

Berdasarkan jadual 5, dapat disimpulkan bahawa rakan dagang utama Malaysia adalah
Amerika Syarikat (AS) apabila ia mengekalkan posisi pertama selama empat tahun berturut-turut
sepanjang tempoh masa kajian. AS bukan lagi rakan dagang terpenting Malaysia apabila
kedudukannya telah jatuh ke tangga kedua pada tahun 2008, ketiga pada tahun 2009 dan 2010
sebelum jatuh lagi ke tangga keempat pada tahun 2011 sehingga 2014.
Singapura sentiasa berada di kedudukan ke dua sebagai rakan dagang Malaysia kecuali pada
tahun 2008 setelah mengambilalih keduddukan pertama dari AS di tangga pertama. Jepun pula
sentiasa berada pada kedudukan ketiga rakan dangan Malaysia kecuali pada tahun 2009 dan 2010
dan tahun 2014 di tangga keempat.
Sebagai sebuah Negara yang ekonominya berkembang pesat, China mula menjadi Negara
terpenting sebagai rakan dagang Malaysia sejak tahun 2009 sehingga 2014. Sebelum tahun 2004,
China hanya berada di tangga keempat sebagai rakan dagang Malaysia sebelum mengambilalih
kedudukan pertama di tahun seluruh ekonomi dunia mengalami kemelesetan.

TOTAL TRADE EXPORT


TAHUN NEGARA NEGARA
(RM/JUTA) (RM/JUTA)
2004 Amerika Syarikat 148,062 Amerika Syarikat 90,182
Singapura 116,653 Singapura 72,176
Jepun 112,289 Jepun 48,553
China 71,438 China 32,149
Thailand 44,950 Hong Kong 28,686
2005 Amerika Syarikat 160,951 Amerika Syarikat 105,033
Singapura 134,161 Singapura 83,333
Jepun 112,899 Jepun 49,918
China 85,101 China 35,221
Thailand 51,612 Hong Kong 31,205
2006 Amerika Syarikat 170,796 Amerika Syarikat 110,586
Singapura 146,938 Singapura 90,751
Jepun 115,783 Jepun 52,215
China 100,886 China 42,660
Thailand 57,453 Thailand 31,177
TOTAL TRADE EXPORT
TAHUN NEGARA NEGARA
(RM/JUTA) (RM/JUTA)
2007 Amerika Syarikat 149,207 Singapura 94,519
Singapura 146,464 Amerika Syarikat 88,508
Jepun 120,781 Jepun 55,241
China 117,939 China 53,036
Thailand 56,990 Thailand 29,984
2008 Singapura 155,110 Singapura 97,784
Amerika Syarikat 139,183 Amerika Syarikat 82,728
Jepun 136,926 Jepun 71,800

16
Kerja Kursus Ekonomi kertas 4-2018- (944/4)

China 130,092 China 63,210


Thailand 61,010 Thailand 31,735
2009 China 128,384 Singapura 77,009
Singapura 126,368 China 67,859
Amerika Syarikat 109,645 Amerika Syarikat 60,811
Jepun 107,662 Jepun 53,346
Thailand 56,107 Thailand 29,808
2010 China 147,028 Singapura 85,430
Singapura 145,873 China 80,595
Amerika Syarikat 132,840 Amerika Syarikat 66,295
Jepun 117,264 Jepun 60,958
Thailand 56,107 Thailand 34,189
2011 China 167,257 Singapura 91,551
Singapura 161,890 China 88,110
Jepun 146,730 Jepun 81,368
Amerika Syarikat 113,059 Amerika Syarikat 57,653
Thailand 70,223 Thailand 35,743
2012 China 180,656 Singapura 95,553
Singapura 176,029 China 88,793
Jepun 145,775 Jepun 83,401
Amerika Syarikat 109,880 Amerika Syarikat 60,791
Thailand 73,310 Thailand 37,633
2013 China 180,600 Singapura 100,300
Singapura 203,300 China 97,000
Jepun 135,600 Jepun 79,200
Amerika Syarikat 108,800 Amerika Syarikat 58,100
Thailand 78,500 Thailand 39,900
2014 China 207,800 Singapura 100,728
Singapura 186,615 China 92,287
Amerika Syarikat 137,329 Jepun 82,617
Jepun 116,779 Amerika Syarikat 64,405
Thailand 79,817 Thailand 40,205

JADUAL 5: RAKAN DAGANG MALAYSIA & PRODUK DAGANGAN 2004-2015


Jika nilai dagangan antara lima Negara utama dagangan Malaysia berbanding dengan tahun
sebelumnya, nilai dagangan dengan AS didapati semakin merosot ekoran situasi ekonomi pada
tahun berkenaan seperti yang berlaku pada tahun 2009 apabila nilai dagangan dengan AS
mengcup sebanyak RM29,538 juta berbanding pada tahun 2008 ekoran daripada krisis kewangan
yan gmeruncing di AS dan kemerosostan ekonomi global waktu itu. Kemerosotan ekonomi global
pada tahun 2009 turut memberi kesan ke atas dagangan Malaysia dengan Singapura apabila nilai
dagangan merudum jatuh sebanyak RM28,742 juta berbanding pada tahun sebelumnya.
Dagangan Malaysia dengan Jepun menunjukkan presatasi yang memberangsangkan pada

17
Kerja Kursus Ekonomi kertas 4-2018- (944/4)

tahun 2011 setelah mengalami kemerosotan dek kerana situasi ekonomi global pada 2009 dengan
peningkatan dagangan disebabkan oleh kesan selepas dilanda bencama tsunami dan nuclear di
Fukushima iaitu naik sebanyak RM20,410 juta kepada RM81,368 juta berbanding kejatuhan nilai
dagangan pada tahun 2009 sebanyak RM18,455 juta kepada RM53,346 juta.
China pula mula menunjukkan peningkatan dalam nilai dagangannya dengan Malaysia
sejak dari tahun 2004. Walaupun seluruh dunia terkesan dengan kemelesetan ekonomi global pada
tahun 2009, nilai dagangan dengan Malaysia hanya mengalami sedikit pengucupan sebanyak
RM1,708 juta dan telah merampas kedudukan pertama sebagai rakan dagang utama Malaysia dari
Singapura dan kekal sehingga 2014.
7.5 Destinasi eksport utama Malaysia
Kedudukan Amerika Syarikat (A) sebagai destinasi eksport utama Malaysia kekal selepas
mengungguli selama empat tahun berturrut-turut iaitu dari tahun 2004 sehingga 2006 dengan
peningkatan eksport dicatat pada tahun 2005 sebanyak RM14,851 juta kepada RM105,033 juta
dan kembali naik pada tahun 2006 sebanyak RM5,553 juta kepada RM110,586 juta.
Nilai eksport yang dicatat pada tahun 2006 merupakan nilai eksport tertinggi ke AS
sepanjang tempoh masa kajian dan kenaikan ini disebabkan oleh peningkatan eksport barangan
elektrik dan elektronik (E&E) dek permintaan yang bertambah ke atas kelengkapan rumah seperti
tv plasma dan kamera digital dan peningkatan eksport minyak kelapa sawit yang disebabkan oleh
tindakan pengilang makanan AS secara beransur-ansur menggantikan minyak sayuran yang
mengandungi trans fatty dengan minyak sawit.
Kemelesetan ekonomi AS dan penyumberan keluar Negara berkos rendah pada tahun 2007
memberi kesan ke atas permintaan produk E&E dari Malaysia sekaligus menyebabkan
keseluruhan eksport Malaysia ke AS menyusut kepada RM94,519 juta dan menjadikan
kedudukannya jatuh ke tangga kedua sebagai destinasi eksport Malaysia di bawah Singapura
walaupun AS merupakan rakan dagang pertama Malaysia. AS berterusan bukan lagi destinasi
eksport Malaysia pertama apabila kedudukan berterusan jatuh ke tangga ke tiga pada tahun 2009,
2010 dan 2014 dan tangga keempat (pada tahun 2011, 2012 dan 2013.
Sebagai Negara jiran terdekat dan selain dari anggota ASEAN, Singapura merupakan
destinasi eksport utama Malaysia dengan nilai eksport semakin berkebang pesat Singapura talah
mengambilalih kedudukan pertama sebagai destinasi eksport barangan Malaysia daripada AS
pada tahun 2007 sehingga 2014..
Nilai eksport ke Singapura mengalami penurunan mendadak pada tahun 2009 sebanyak
RM20,775 juta kesan daripada kemelesetan ekonomi global dan meningkat semula dengan kadar
peningkatan yang menurun yang semakin mengecil seperti pada tahun 2010 (naik 10.93%), 2011
(7.16%) dan 2012 (4.37%) berbanding dengan nilai eksport pada tahun sebelumnya.
Berdasarkan jadual 5, Jepun sentiasa berada pada kedudukan ketiga dan keempat sebagai

18
Kerja Kursus Ekonomi kertas 4-2018- (944/4)

destinasi eksport Malaysia. Kemelesetan ekonomi global juga memberi kesan ke atas eksport
Malaysia ke Jepun apabila nilai ekspornya turun ke RM53,346 juta berbanding RM71,800 juta
pada tahun 2008 sehingga menyebabkan Jepun jatuh ke tangga keempat pada tahun 2009 dan
2010.
Bencana Tsunami dan Nuklear yang berlaku di Fukushima, Jepun telah menyebabkan
permintaan ke atas barangan berasakan pembinaan meningkat. Eksport ke jepun meningkat
sebanyak 33.4 % berbanding pada tahun 2008 dan kebanyakan daripada barangan ini
digunakan dalam sektor pembinaan Jepun dan untuk membina semula infrastruktur
tenaganya. Kenaikan eskport telah menyebabkan Jepun merupakan destinasi ketiga eksport
Malaysia pada tahun 2011 sehingga tahun 2014.
Selain bukan rakan dagang pertama sebelum tahun 2009, China juga bukan destinasi
pertama eksport utama Malaysia sebelum 2009. Selepas mengambilalih kedudukan pertama
sebagai rakan dagang, kedudukan China sebagai destinasi eksport meningkat pada tahun 2009 ke
tangga kedua di bawah Singapura.
Pada tahun 2007, eksport utama ke China pada waktu itu termasuklah barangan E&E dan
minyak sawit walaupun nilai keseluruhan eksport minyak sawit menunjukkan penurunan tetapi
jumlah tannya meningkat. Penurunan nilai eksport sawit ini disebabkan penurunan harga minyak
sawit dari RM2,244.5 setan kepada RM2,777.5 setan.
Kenaikan jumlah eksport pada tahun tersebut disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi China
yang semakin berkembang pesat dan peningkatan pendapatan isi rumah yang menjadikan nilai
eksport ke China secara keseluruhannya meningkat sebanyak RM10,375 juta berbanding pada
tahun 2006 iaitu RM42,660 juta. Walau bagaimanapun, China kekal berada di tangga keempat
destinasi pengeksport Malaysia
Jadual 5 menunjukkan, walaupun Thailand merupakan rakan dagang kelima sepanjang
tempoh masa kajian, selepas merampas kedudukan tersebut bermula pada tahun 2006 dari Hong
Kong sehingga 2014. Hong Kong tidak lagi tersenarai dalam lima rakan dagang utama kerana
sebahagian besar disebabkan oleh perubahan corak perdagangan yang mana eksport
dihantar secara terus ke China, tanpa perlu lagi melalui Hong Kong.
Sebagaimana Amerika Syarikat, Singapura dan Jepun, eksport Malaysia ke Thailand juga
terjejas kesan dari kemelesetan yan g dialami di peringkat global apabila nilai eksport ke Tahiland
menurun ke RM29,808 juta berbanding pada tahun 2008, RM31,735 juta.
Walaupun banjir di Thailand pada tahun 2011 memberi kesan ke atas rantaian
bekalan bagi sektor automotif dan E&E, eksport Malaysia ke negara ini masih
berkembang sebanyak 4.5% kepada RM35,743 juta berikutan permintaan yang tinggi
untuk barangan pembuatan seperti bahan kimia, jentera dan fabrikasi log dan berterusan
mengukuhkan kedudukan kelima sebagai pengeksport barangan Malaysia.
19
Kerja Kursus Ekonomi kertas 4-2018- (944/4)

8. CADANGAN
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, Malaysia perlu terus berusaha dan
melakukan sesuatu bagi mengurangkan kesan yang akan berlaku kepada ekonomi
Negara jika berlaku sebarang perubahan di peringkat antarabangsa. Ini kerana, Malaysia
masih kuat bergantung kepada eksport untuk membangunkan Negara dan memasarkan
barangannya. Pasaran yang terhad di dalam Negara menyebabkan usaha bagi
meningkatkan jumlah eksport perlu giat dilakukan. Pemasaran produk baru dan
penerokaan pasaran baru untuk barangan Malaysia penting untuk meneruskan
kelangsungan.
Dasar penggantian import perlu digiatkan semula bagi mengurangkan
kebergantungan ke atas produk import. Agensi-agensi yang berkaitan seperti MITI dan
MATRADE dan agensi lain yang berkaitan perlu menggiatkan usaha sama ada dari segi
R&D untuk meningkatkan kualiti produk, atau menambah nilai produk sedia ada atau
memeperkenalkan produk baru menggunakan bahan tempatan bagi mengurangkan nilai
import.
Usaha untuk menggalakan industri berasakan eksport perlu dipergiatkan dengan
melakukan lebih banyak penemuan baru atau penciptaan produk yang dapat memenuhi
pasaran luar dengan harga yang kompetitif untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
Pelbagai galakan perlu diberi termasuk penurunan cukai pendapatan syarikat dan
pemberian geran insentif kepada syarikat yang memajukan usaha Penyelidikan dan
Pembangunan sehingga mampu menghasilkan produk yang kebolehpasaran di peringkat
antarabangsa.

9. PENUTUP DAN RUMUSAN KAJIAN


Sepanjang tempoh masa kajian, kepelbagaian produk yang ditawarkan Malaysia
di pasaran global membolehkan Malaysia memperluaskan pasaran produknya sekaligus
meningkatkan nilai eksport. Apabila Malaysia mula mempelbagaikan penggunaan
minyak sawit yang bukan sahaja untuk industri makanan malahan penggunaan bukan
makanan khususnya biodiesel menyebabkan berlakunya peningkatan eksport terutama di
Negara Kesatuan Eropah.
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) memperkenalkan 43 teknologi dan
produk baru untuk dikomersialkan dalam industri minyak sawit pada tahun 2004. Sejajar
dengan dasar Kerajaan untuk menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui,
usaha-usaha dalam R&D berkaitan dengan tenaga biofuel telah dipertingkatkan
berikutan kenaikan harga minyak mentah yang ketara pada tahun 2004. Hasil daripada

20
Kerja Kursus Ekonomi kertas 4-2018- (944/4)

kepelbagaian produk dan pasaran serta permintaan luar yang lebih kukuh pada tahun
2005 meningkatkan nilai eksport pada tahun 2005 sebanyak 10.3%.
Apabila produk yang ditawarkan Malaysia ke pasaran global mendapat
pengiktirafan piawaian luar, secara tidak langsung memberi keyakinan penggunaan ke
atas produk tersebut sekaligus meningkatkan nilai eksport produk tersebut.
Seluruh dunia mengiktiraf pematuhan piawaian dan teknologi Malaysia ke atas
Amalan Pengilangan Baik yang ditetapkan di bawah Kod Konvensyen Pemeriksaan
Farmaseutikal Eropah yang akhirnya membantu meningkatkan niali eksport ke atas ubat
dan produk Farmaseutikal.Walaupun eksport kimia dan produk berasaskan kimia
didapati merudum sebanyak 18.2% pada tahun 2009, eksport produk ubatan dan
farmaseutikal didapati meningkat sebanyak 43.6% berbanding pada tahun 2008 kerana
kenaikan permintaan ke atas ubatan kesan wabak influenza A (H1N1).
Permintaan yang kukuh disebabkan peralihan struktur dalam permintaan
pengguna daripada komputer meja kepada komputer mudah alih dan mudah pindah
seperti komputer riba, komputer peribadi saku dan komputer peribadi pegang tangan
dengan fungsi sambungan tanpa wayar.
Sebagai pengeksport utama komputer, Malaysia yang menjadi lokasi operasi
syarikat multinasional yang terkemuka, mendapat faedah daripada perkembangan
segmen komputer sepanjang tahun 2005.
Kemunculan peralatan elektronik baru seperti kamera digital, pembantu digital
peribadi (PDA), televisyen panel leper dan telefon bimbit pelbagai fungsi menjadi
pemacu pertumbuhan dalam segmen elektronik pengguna. Jualan komputer peribadi
global juga terus berkembang dengan pesat pada tahun 2004, dengan diterajui oleh
permintaan yang kukuh dari rantau Asia Pasifik.
Malaysia berjaya menembusi empat pasaran baru pada tahun 2004, iaitu Sao
Tome dan Principe, Tuvalu, Costa Rica dan Guam bagi pasaran minyak sawitnya.
Pada tahun 2005, pembelian minyak sawit oleh India terus merosot (-28.2%;
2004: -44%) disebabkan peningkatan diskriminasi kadar cukai import bagi minyak sawit
berbanding dengan minyak kacang soya telah menyebabkan harga import minyak sawit
menjadi lebih tinggi. Kesannya, pembeli dari India mengurangkan permintaan mereka.
Sementara itu, permintaan minyak sawit dari AS meningkat dengan ketara
sebanyak 79.4% kerana pengilang makanan di AS mula meningkatkan penggunaan
minyak sawit sebagai pengganti kepada minyak sayuran lain. Mulai 1 Januari 2006,
Food and Drug Administration (FDA) AS menghendaki pengilang makanan melabelkan
produk mereka yang mengandungi asid trans fatty kerana kajian klinikal mengaitkan
asid itu dengan penyakit serius. Oleh itu, minyak sawit yang bersifat bebas asid trans

21
Kerja Kursus Ekonomi kertas 4-2018- (944/4)

fatty telah mendapat manfaat daripada peraturan itu.


India juga mengharamkan eksport minyak sawit ke pelabuhan Kerala mulai
Disember 2007 bertujuan melindungi industri minyak kelapanya. China memulakan
sekatan pengeksportan ke atas burung walit (Edible-nest Swiftlets) pada tahun 2011
memberi kesan kepada pengeksport kerana China merupakan pasaran terbesar. Untuk
mengatasi masalah ini Protokal Eksport bagi Sarang Burung telah ditandatangnani
antara Malaysia dengan China pada 20 September 2012.
Bencana banjir di Thailand telah memberi kesan ke atas 50 syarikat Malaysia
yang beroperasi di negara itu pada tahun 2011. Walau bagaimanapun, tindakan pantas
oleh kerajaan Thailand berjaya mengurangkan kesan ekonomi disebabkan bencana
tersebut dan memastikan pertumbuhan ekonomi yang berterusan. Perdagangan dua hala
Malaysia dengan Thailand meningkat sebanyak 4.6 peratus kepada RM70.2 bilion pada
tahun 2011, merupakan 5.5 peratus daripada jumlah perdagangan global Malaysia.
Eksport dan import masing-masing menyumbang kepada separuh daripada perdagangan
ini.
Perdagangan Malaysia dengan Jepun juga meningkat pada tahun 2011, walaupun
dilanda bencana tsunami dan nuklear di Fukushima. Jumlah perdagangan dua hala
dengan Jepun meningkat sebanyak 9.0 peratus kepada RM145.3 bilion pada tahun 2011,
kebanyakannya disumbangkan oleh 7.8 peratus lonjakan dalam eksport barangan
pembuatan Malaysia seperti produk elektrik dan elektronik (E&E).
Eksport keluaran getah khususnya sarung tangan getah kekal kukuh pada tahun
2004 disebabkan permintaan yang dirangsang oleh tercetusnya wabak selsema burung di
Negara serantau.
Peningkatan penggunaan akses keutamaan di bawah Perjanjian-perjanjian
Perdagangan Bebas (FTAs) dua hala dan serantau telah menyumbang kepada
peningkatan jumlah perdagangan dan nilai eksport Malaysia. Kesan daripada perjanjian
ini adalah pergerakan barangan akan dipercepatkan yang mana akan mewujudkan
rangsangan ketara kepada perdagangan dan sistem dagangan pelbagai hala secara
keseluruhannya.
FTAs juga menyebabkan produk baru yang akan dieksport keluar berpotensi
meningkat manakala pengurangan masa hampir dua hari untuk mengeksport barangan
membolehkan prosedur yang mengurangkan masa ini berpotensi meningkatkan nilai
eksport.
Kemelesetan ekonomi Asia yang berlaku pada tahun 2009 adalah kesan berikutan
pergantungan kuat rantau ini kepada pasaran ekonomi maju. Oleh itu, apabila
permintaan daripada ekonomi maju menjunam dan saluran perdagangan dan kewangan
22
Kerja Kursus Ekonomi kertas 4-2018- (944/4)

negara-negara berkenaan ditutup, ekonomi Asia telah dijejaskan. Malaysia turut terkesan
dengan kemelesetan ekonomi yang berlaku apabila pertumbuhan ekonomi pada tahun
2009 didapati menguncup sebanyak 1.7% pada tahun 2009. Walau bagaimanapun,
negara-negara seperti Republik Rakyat China dan India tidak begitu terjejas kerana
mempunyai permintaan domestik yang kuat, penggunaan tempatan yang kukuh dan
kebergantungan rendah terhadap eksport.
Bagi membolehkan ekonomi Malaysia berdaya saing dan imum dengan sebarang
perubahan di peringkat antarabangsa, pengukuhan permintaan di peringkat domestic
amat penting selain menggalakkan insdutri penggantian import dan industri berasaskan
eksport yang mempunyai nilai pasaran tinggi di peringkat antarabangsa.
10. SENARAI RUJUKAN
9.1 Karya yang diusahakan oleh Badan, institusi atau Jawatankuasa
9.1.1 Malaysia.Kementerian Kewangan Malaysia, 2004-2015, Laporan
Ekonomi 2004/2005-2014/2015. Kuala Lumpur: Kementerian
Kewangan Malaysia.
9.1.2 Malaysia. Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri,
2004-2015, Laporan Perdagangan Antarabangsa Dan Industri
Malaysia 2004-2015. Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan
Antarabangsa Dan Industri, Malaysia.
9.1.3 Malaysia. Bank Negara Malaysia, 2004-2015, Ekonomi Malaysia
Pada Tahun 2004-2015. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia,
Malaysia.
9.1.4 Malaysia. Jabatan Perangkaan Malaysia, 2016, Perangkaan
Ekonomi Malaysia Siri Masa 2016. Kuala Lumpur: Jabatan
Perangkaan Malaysia, Malaysia.
9.1.5 Switzerland, World Trade Organisation, 2005-2015, World Trade
Report 2005-2015, Geneva: World Trade organization,
Switzerland.
9.2 Bahan internet

23