Anda di halaman 1dari 3

..VI.

KEMASUKAN WARGA ASING DAN KESAN NEGATIF KEPADA


NEGARA MALAYSIA

Kemasukan tenaga pekerja asing dari luar seperti Indonesia, Filipina, Thailand,
Bangladesh ke negara Malaysia adalah disebabkan oleh keterbukaan Malaysia dalam
mendorong kedatangan mereka ke negara kita. Malaysia merupakan sebuah negara
yang mencatur ekonomi dengan sifat keterbukaan. Pembangunan dan pertumbuhan
ekonomi negara telah membuka ruang bukan sahaja kepada masyarakat Malaysia
khususnya tetapi tenaga pekerja luar yang sememangnya menantikan peluang-peluang
yang ada untuk datang dan menetap di Malaysia. Sektor perindustrian sememangnya
menjadi pilihan utama tenaga buruh luar seperti perladangan, pertanian, pembinaan,
perkhidmatan dan lain-lain sektor perindustrian yang tidak diminati oleh masyarakat
kita hari ini. Oleh hal yang demikian, hubungan di antara permintaan pekerjaan oleh
tenaga buruh luar dan penawaran dari sektor perindustrian Malaysia dalam konteks
yang lebih luas menunjukkan hubungan signifikan dalam melonjak Malaysia
mencapai status negara berpendapatan tinggi 2020.

i. Kesan Negatif dari Aspek Ekonomi

Unjuran KDNK menunjukkan Malaysia membuka ruang kemasukan pekerja buruh


asing sebanyak 1.5 juta dalam tempoh lima tahun bermula 2016 hingga 2020. Oleh hal
yang demikian, setiap tahun ekonomi menyerap sekitar 300000 buruh kasar dari luar
negara. Namun demikian, unjuran kehadiran pekerja asing ini dilihat melebihi
daripada kemampuan ekonomi Malaysia dalam mewujudkan peluang pekerjaan. Hari
ini, apa yang dapat dikenal pasti adalah Malaysia membuka banyak peluang
penawaran pekerjaan kepada pekerja asing dengan mengurangkan kadar upah pekerja
(Bactiar et al. 2015). Oleh itu, ia memberi implikasi kepada produktiviti pekerja.
Namun demikian, kesan ketara yang di lihat adalah pengambilan tenaga asing ini tidak
selari dengan dasar ekonomi semasa negara.

Kehadiran tenaga buruh asing menyumbang kepada masalah pengangguran


dalam kalangan rakyat tempatan. Majikan mempunyai hak untuk memilih pekerja,
oleh itu dengan mengupah tenaga buruh luar yang bayaran gajinya adalah lebih murah
menyebabkan warga tempatan mengalami masalah untuk memilih kerana dan gaji
yang berbaloi kerana peningkatan kos sara hidup (Athukorala & Devadason 2012). Ini
kerana warga buruh asing sanggup menerima upah yang lebih murah (Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2010)

ii. Kesan Negatif dari Aspek Sosial

Keselamatan sosial masyarakat terancam dengan kehadiran tenaga buruh luar. Ini
dibuktikan dengan jenayah terancang dari tenaga buruh yang dikehendaki oleh pihak
berkuasa di negara asal. Menurut Dannecker (2009), antara kes yang menjadi
kelaziman mereka adalah seperti kes rompakan, pembunuhan, rogol dan melarikan
anak gadis Melayu. Malahan seringkali di media sosial kita disajikan dengan kes-kes
kecurian di kawasan taman perumahan dan di kampung-kampung dalam tempoh masa
yang berpanjangan. Kes-kes warga negara luar seperti Indonesia ditembak mati dalam
serbuan acap kali kita dengar. Hal ini kerana mereka tidak mempunyai dokumentasi
perjalanan yang sah dan legal malah mereka yang datang ke Malaysia ada dalam
kalangan mereka merupakan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Penyakit-penyakit berbahaya semakin merebak dan dikenal pasti di bawa


daripada warga tenaga buruh yang tidak menjalankan pemeriksaan kesihatan secara
berskala. Antara jenis wabak yang menjadi perintis pembawa kerana kurang
terjaminnya kesihatan tenaga buruh asing ini adalah seperti penyakit kelamin, AIDS,
Tibi dan ada di antara mereka disahkan sebagai pembawa kepada penyakit HIV dan
hepatitis (Sahimin et al. 2016). Hal ini adalah disebabkan kerana interaksi rakyat
tempatan dengan pendatang asing. Ini sememangnya memberi kesan negatif kepada
masyarakat Malaysia yang berada berhampiran dan menetap di kawasan yang sama
dengan tenaga buruh asing ini. Peratusan untuk mendapat penyakit dan persekitaran
yang kondusif adalah rendah. Ini kerana persekitaran yang tidak sihat dengan ancaman
wabak penyakit seringkali mengancam kesihatan masyarakat sekitar khususnya. Hal
ini ditambah pula dengan masalah setinggan yang menjadi kebiasaannya kepada
tenaga buruh asing untuk menetap secara haram. Implikasinya adalah dengan
penyebaran wabak penyakit dan masalah setinggan yang membawa kepada
pencemaran mengakibatkan satu kawasan keseluruhan kawasan tersebut terjejas.
Rumusannya, Malaysia sememangnya memerlukan tenaga asing dalam
pembangunan negara. Namun, kemasukan warga asing tanpa kawalan menyumbang
kepada keburukan yang akhirnya memberi implikasi kepada masyarakat, sosial-
ekonomi negara dan seterusnya membantutkan pembangunan mampan negara
Malaysia. Oleh itu, semua pihak harus menggembleng tenaga dan bertanggungjawab
menuntut kerjasama semua pihak bagi membendung kemasukan warga asing untuk
membentuk pembangunan ekonomi yang produktif.

RUJUKAN

Athukorala, P.C. & Devadason, E.S. 2012. The impact of foreign on host country
wages: the experience of a Southern Host, Malaysia. World Development
40(8): 1497-1510.

Bactiar, N., Fahmy, R. & Ismail, R. 2015. The demand for foreign workers in the
manufacturing sector in Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia 49(2): 135-147.

Dannecker, P. 2009. Rationalities and image underlying labour migration from


Bangladesh to Malaysia. International Migration51(1): 40-60.

Sahimin, N., Lim, Y.A.L., Behnke, J.M., Lewis, J.W. & Zain, S.N.M. 2016. Migrant
workers in Malaysia: current implications of sociodemographic and
environmental characteristics in the transmission of intestianal parasitic
infections. PLOS Neglected Tropical Diseases 10(11): 1-17.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 2010. Kajian Kesan


Pendatang Asing Ke Atas Penduduk Tempatan: Satu Kajian di Mukim Setapak
dan Ulu Kelang. Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai