Anda di halaman 1dari 17

HMEF 5093

1.0 PENGENALAN

Menurut Mahmood Nazar 2001:289, asas motivasi adalah berasal daripada perkataan Latin
yang membawa maksud “untuk gerak”. Motivasi disebut al-dawafi al-nafsiyyah di dalam
bahasa Arab atau dorongan jiwa (Najati 1985:39). Pengertian ini juga adalah lebih kurang
sama dengan maksud yang dinyatakan oleh Aqil (1985:71) yang menyatakan motivasi adalah
dorongan dalaman dan bimbingan tingkahlaku yang berasaskan terhadap faktor fisiologi,
sikap dan cita-cita untuk mencapai sesuatu kejayaan. Menurut Ma’rof (2001:336), motivasi
secara umumnya didefinisikan sebagai satu keinginan atau motif seseorang untuk melakukan
sesuatu tingkahlaku dan dorongan untuk mempertingkatkan lagi usaha-usaha yang dilakukan
tersebut. Sehubungan itu, menurut Saedah (1996:1) seseorang yang mempunyai motivasi
bermaksud telah memperoleh dorongan dan kekuatan untuk mempertingkatkan diri dalam
mencapai kecemerlangan dalam hidup sama ada di dunia ataupun akhirat atau kedua-duanya
sekali.

Dalam konteks pendidikan, motivasi adalah penting khususnya untuk melaksanakan


proses pembelajaran. Azizi Yahaya (2005:3) berpendapat bahawa motivasi adalah ditafsirkan
sebagai faktor utama yang memainkan peranan amat penting dalam menentukan pencapaian
pelajar. Motivasi juga merupakan satu faktor yang paling utama dimana ianya dapat
mempengaruhi proses pembelajaran, menjadi pendorong jiwa dan hasrat untuk melakukan
kegiatan belajar. Menurut kajian Okoye (1983) yang berpendapat bahawa motivasi adalah
merupakan salah satu kunci untuk memahami tingkah laku manusia. Menurut beliau,
motivasi dapat menjelaskan mengapa seseorang individu mengelak untuk bekerja, manakala
yang lain pula ada yang mengambil jalan untuk melakukan kerja yang menyalahi undang-
undang serta melakukan kerja sekadar cukup untuk mencapai kepuasan yang dianggap sudah
berada di tahap yang tinggi. Tanpa motivasi, proses pembelajaran sukar dijalankan
sedangkan proses pembelajaran memerlukan usaha dan ketekunan pelajar bagi memastikan
mereka dapat mencapai matlamat iaitu kejayaan yang diimpikan.

1
HMEF 5093

Selain itu, pencapaian dalam bidang akademik menjadi kayu ukur kepada mereka yang
ingin terus berjaya mengharungi kehidupan sehingga hari ini dan kelak. Namun begitu,
terdapat pelbagai faktor seperti kurangnya dorongan daripada keluarga, masalah rakan
sebaya, masalah kewangan dan persekitaran menyebabkan tidak semua pelajar berjaya
memotivasikan diri mereka untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan. Natijahnya, ada
dalam kalangan mereka terus memilih jalan untuk cepat berputus asa. Oleh yang demikian,
motivasi belajar amat penting untuk mengekalkan prestasi pencapaian akademik bagi
merealisasikan kejayaan yang diimpikan berasaskan kegigihan dan kesungguhan serta
mengatur strategi yang baik dalam pembelajaran.

Merujuk kepada tugasan yang telah diberikan, isu yang telah dikaji dan diutarakan ialah
berkait rapat dengan motivasi. Artikel kajian bertajuk “Impak Motivasi Terhadap
Pencapaian Akademik Pelajar dan Hasil Pembelajaran Matematik Dikalangan Para Pelajar
Sekolah Menengah di Nigeria”. Artikel kajian ini ditulis oleh Adedeji Tella (2007) dari
Jabatan Matematik, Osun State College of Education, Osun State, Nigeria.

2
HMEF 5093

2.0 TAJUK

Setelah meneliti dan mendalami artikel kajian ini secara keseluruhan, di dapati tajuk yang
dipilih oleh penulis adalah tidak bersesuaian dan relevan dengan isi kandungan kajian yang
telah dibincangkan di dalam artikel ini. Selain itu, tajuk yang dipilih adalah terlalu umum dan
tidak berfokus terhadap kumpulan sasaran.

Merujuk kepada modul Quantitative Research Methodology, Faculty of Education and


Languages, OUM, kajian kuantititatif yang kurang jelas dan mengelirukan dimana kajian ini
tidak dapat memberi gambaran yang berfokus terhadap tumpuan kepada variabel dan hala
tuju kajian sebenar. Contohnya, variabel tak bersandar (impak motivasi), variabel bersandar
(pencapaian akademik pelajar dan hasil pembelajaran dalam Matematik) ialah variabel
bersandar. Terdapat satu variabel tak bersandar dan dua variabel bersandar yang terpaksa
diuji. Sepatunya hanya terdapat satu variabel tak bersandar iaitu impak motivasi dan satu
variabel bersandar sama ada pencapaian akademik atau hasil pembelajaran agar data yang
diuji dapat dikawal dengan berkesan dan kesahihan data dapat ditentukan dengan baik.

Objektif kajian ini juga tidak jelas dimana sepatutnya kajian ini bertujuan untuk
membincangkan impak motivasi dalam pencapaian akademik pelajar dan hasil pembelajaran
dalam Matematik dikalangan para pelajar sekolah menengah di Nigeria. Namun, apa yang
dinyatakan di dalam artikel kajian ini ialah objektifnya lebih menjurus kepada kajian para
penyelidik tentang sebab-sebab dan faktor kurangnya motivasi pelajar dalam prestasi
pencapaian akademik sehingga menyebabkan bidang Matematik tidak dapat dikuasai dengan
baik oleh para pelajar di semua peringkat persekolahan. Hasil pembelajaran dalam
Matematik langsung tidak dibincangkan secara terperinci oleh penulis di dalam artikel ini.
Oleh itu, hasil pembelajaran dalam Matematik dalam tajuk artikel ini tidak perlu diletakkan
bersama di dalam tajuk artikel ini agar tidak mengelirukan para penyelidik yang lain untuk
membacanya.

3
HMEF 5093

Apa yang dapat dikatakan mengenai tajuk artikel kajian sama ada bersesuaian atau tidak
dengan kajian yang dibuat ialah tajuk ini pada dasarnya ingin membincangkan tentang impak
atau kesan motivasi terhadap pencapaian akademik pelajar dan hasil pembelajaran dalam
Matematik dikalangan para pelajar sekolah menengah di Nigeria adalah kurang bersesuaian.
Justeru, tajuk yang difikirkan sesuai dan relevan dengan kajian yang telah dibuat di dalam
artikel ini ialah “Faktor dan Kesan Yang Mempengaruhi Motivasi Pelajar Dalam Prestasi
Pencapaian Akademik dan Minat Yang Kurang Terhadap Matematik Dikalangan Para
Pelajar di Nigeria.”

Rasionalnya, tajuk yang dipilih ini adalah lebih menjurus kepada kajian para penyelidik
tentang faktor utama dan kesan yang mempengaruhi motivasi pelajar dalam prestasi
pencapaian akademik dan sekaligus tidak meminati bidang Matematik dikalangan para
pelajar di Nigeria. Hal ini dapat dibuktikan dimana penulis telah memetik beberapa contoh
pendapat para penyelidik tentang sebab dan faktor yang menyebabkan motivasi pelajar
semakin merosot dalam pencapaian akademik dan memberi kesan terhadap pembelajaran dan
pengajaran bidang Matematik di Nigeria sepertimana yang telah dinyatakan di dalam latar
belakang kajian.

4
HMEF 5093

3.0 ABSTRAK

Di dalam artikel ini, bahagian abstrak ada menyatakan permasalahan kajian, tujuan kajian,
instrument yang digunakan, jenis hipotesis yang diuji dan hasil kajian dan cadang kajian
yang dibuat. Bahagian abstrak dalam artikel ini ada menyatakan tentang tujuan kajian
dilakukan iaitu untuk mengkaji tentang kesan motivasi terhadap prestasi pencapaian pelajar
dalam Matematik di sekolah-sekolah menengah iaitu dengan menggunakan skala keutamaan
motivasi akademik (α = 0.82) sebagai alat pengukur dan ujian pencapaian dalam Matematik
iaitu Achievement Test in Mathematics (ATM).

Walaupun tujuan dan pernyataan masalah kajian tidak jelas dan konsisten, penulis ada
mengambil kita elemen yang sepatutnya diletakkan dalam abstrak dengan jelas. Implikasi,
cadangan dan langkah yang merangkumi pelajar, ibu bapa, pihak kerajaan, kaunselor dan
golongan terlibat dengan akademik turut dinyatakan. Sebagai ulasan terhadap bahagian ini,
penulis telah dapat menyatakan dengan jelas gambaran yang menyeluruh dan berfokus
terhadap kajian yang hendak dilakukan.

5
HMEF 5093

4.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Latar belakang yang digunakan oleh penulis ialah tentang hasrat kerajaan Nigeria untuk
menjadikan negaranya sebagai tapak pembangunan Industri dan Teknologi. Kerajaan negara
ini amat menggalakkan golongan pelajar untuk menguasai bidang sains khususnya
Matematik untuk menyahut seruan tersebut. Negara ini beranggapan bahawa ilmu Matematik
menjadi peranan asas di dalam pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Seterusnya penulis
membincangkan tentang prestasi pelajar dalam Matematik khususnya diakhir pendidikan
sekolah menengah masih tidak dapat diperbaiki pada dekad yang lepas menurut Umoinyang
(1999).”

Jadi, penulis menyatakan latar belakang kajian yang terlalu umum dan tidak ada kaitan
dengan masalah dan tujuan kajian yang hendak dibuat. Pengkaji sepatutnya mengambil kira
kajian lepas yang lebih fokus dan mempunyai kesinambungan dengan bentuk kajian yang
dibuat agar lebih mudah untuk difahami oleh para penyelidik yang lain.

Objektif kajian ini tidak jelas dimana sepatutnya kajian ini bertujuan untuk mencari kesan
dan impak motivasi dalam pencapaian akademik pelajar dan hasil pembelajaran dalam
Matematik dikalangan para pelajar sekolah menengah di Nigeria. Namun, apa yang
dinyatakan di dalam artikel kajian ialah objektifnya lebih menjurus kepada kajian para
penyelidik tentang sebab-sebab dan faktor kurangnya motivasi pelajar dalam prestasi
pencapaian akademik sehingga menyebabkan bidang Matematik tidak dapat dikuasai dengan
baik oleh para pelajar di semua peringkat persekolahan.

Memandangkan cadangan tajuk bagi artikel ini telah diubahsuai, jenis pendapat dan
kajian para penyelidik mengenai sebab dan faktor yang mempengaruhi motivasi golongan
pelajar setiap peringkat persekolahan akan dapat dikenalpasti seperti faktor personaliti pelajar
dan konsep kendiri (More,1973), motivasi dan keyakinan diri (Aiken, 1976), kurangnya
kemudahan, peralatan dan bahan pengajaran yang berkesan (Oshibodu, 1984, Akpan 1987,
Odogwu, 1994) dan kaedah tradisional iaitu “chalk and talk”(Oshibodu, 1988, Edwards and
Knight, 1994), nisbah bilangan murid lebih besar daripada guru (Alele-William, 1988) serta

6
HMEF 5093

fobia Matematik (Georgewill, 1990) sepertimana yang terkandung di dalam artikel kajian
yang dibuat oleh Adedeji Tella (2007).

7
HMEF 5093

5.0 SOALAN KAJIAN

Penulis memasukkan hipotesis nol iaitu H01 dan H02 bagi mencari keputusan dalam
kajiannya. Sebagai contoh, hipotesis pertama (H01) tidak terdapat perbezaan yang ketara
dalam kesan motivasi kepada prestasi akademik pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam
Matematik. Manakala bagi hipotesis kedua (H02) pula tidak terdapat perbezaan yang ketara
dalam pencapaian akademik pelajar yang bermotivasi tinggi atau rendah dalam ujian
pencapaian Matematik.

Seterunya keputusan eksperimen dapat melalui hipotesis kedua (H02) dimana ianya
adalah bersesuaian dan boleh diambilkira dalam menentukan perbezaan diantara motivasi
tinggi atau rendah dalam pencapaian akademik pelajar di dalam Matematik.

Di dalam ekperiment kajian penyelidikan ini, penulis perlu menyatakan beberapa soalan
yang spesifik sama ada dalam bentuk soal selidik terhadap beberapa responden dan membina
soalan-soalan yang mudah difahami, ringkas dan padat. Persoalan yang diajukan haruslah
berlandaskan apa yang hendak dikaji agar kesahihan (validity) dan kebolehpercayaan
(reliabililty) data dapat dicapai.

Berikut adalah contoh cadangan soalan yang boleh menjadi panduan penulis dalam kajian
ini:
1. Adakah perbezaan jantina menjadi faktor utama terhadap kesan motivasi pelajar dalam
akademik?
2. Jenis motivasi yang manakah memainkan peranan yang lebih dalam diri pelajar untuk
mendorong ke arah mencapai sesuatu kecemerlangan.
3. Apakah faktor utama yang menyebabkan motivasi pelajar yang lemah dalam pencapaian
akademik?

8
HMEF 5093

6.0 TINJAUAN LITERATUR

Hasil daripada pembacaan artikel kajian ini, penulis lebih banyak memetik sumber kajian
yang berkaitaan dengan definisi yang menerangkan tentang motivasi dan hasil kajian
daripada penyelidik yang lain sebagai hasil kajian. Jadi, sumber kajian sebenar penyelidik
dalam artikel ini adalah tidak asli dan terlalu banyak memberikan sumber pendapat dan hasil
kajian lepas daripada orang lain.

Sepatutnya kajian penulis adalah lebih berfokuskan tentang kesan atau impak motivasi
pelajar dalam prestasi pencapaian akademik mereka dalam matematik secara terperinci dan
konsisten. Teori-teori pembelajaran yang berkaitan dengan kajian ini juga boleh
diketengahkan oleh penulis agar dapat menyokong isi kandungan kajian penulis. Isu-isu yang
terkini juga boleh diselitkan bersama dalam kajian lepas mengenai impak motivasi pelajar
dalam pencapaian akademik. Kajian eksperimental tidak dapat dilakukan oleh penulis kerana
variabel tak bersandar iaitu impak motivasi dan kesannya terhadap pencapaian pelajar dalam
akademik sebagai variabel bersandar adalah tidak dapat dikawal oleh penulis dalam
kajiannya kerana ianya sudahpun berlaku dan secara semulajadinya sudah dimanipulasi oleh
tingkah laku pelajar sendiri.

Penulis menggunakan kajian Yoloye (1976) pula untuk menjalankan kajian deskriptif
terhadap pencapaian akademik yang lemah di Utara Nigeria. Laporan menyatakan bahawa
majoriti kanak-kanak yang dilabelkan mundur atau kurang bijak di sekolah adalah bagus,
mereka dihalang oleh kecacatan pada fizikal misalnya cacat penglihatan, masalah
pembelajaran dan lain-lain penyakit yang boleh dicegah. Dibahagian ini pula, kajian sebenar
penulis tentang matlamat asal tajuk yang dipilih adalah tidak relevan kerana sumber kajian
yang digunakan adalah berkaitan dengan pencapaian akademik yang lemah di Utara Nigeria
dan bukannya menerangkan tentang pelajar sekolah menengah tetapi lebih kepada faktor
luaran seperti keadaan fizikal yang cacat dan kemunduran bukan penghalang pelajar di Utara
Nigeria mempunyai pencapaian yang baik dalam akademik.

9
HMEF 5093

Walaupun penulis majoritinya menggunakan sumber dari bahan kajian yang lepas
melalui hasil kajian para penyelidik yang terkemuka, tidak semua sumber hasil kajian yang
dipilih tidak bersesuaian dan relevan dengan kajian kes seperti menurut Hall (1989), terdapat
keperluan untuk memberi motivasi kepada murid-murid agar dapat membangkitkan
semangat dalam mengekalkan minat dalam pembelajaran matematik. Menurut Hall (1989)
lagi, motivasi menimbulkan soalan mengapa orang melakukan sesuatu dalam tingkah laku
mereka.

10
HMEF 5093

7.0 REKA BENTUK KAJIAN

Kaedah kajian yang dipilih dalam artikel adalah kajian tinjauan deskriptif iaitu reka bentuk
ex-post facto. Penyelidik memilih kaedah kajian ini kerana tidak perlu menggunakan apa-
apa rawatan kepada subjek kajian dan variabel kajian diukur sekali sahaja iaitu menggunakan
t-Test yang mengkaji tentang rumusan purata pencapaian akademik berdasarkan pelajar yang
bermotivasi tinggi dan rendah di dalam Matematik.

Menurut artikel ini, penulis cuba untuk memberikan bukti yang menunjukkan bahawa
kesan motivasi terhadap pencapaian seseorang pelajar telah pun berlaku secara dan tidak
boleh dikawal oleh penulis dalam kajiannya. Apa yang boleh dilakukan oleh penulis ialah
bagaimana kesan motivasi telah mempengaruhi pencapaian dalam akademik pelajar dan
seterusnya memberi kesan terhadap matematik dikalangan golongan pelajar di Nigeria.
Maka, jadual t-Test yang menunjukkan rumusan purata perbezaan pencapaian akademik
adalah hasil daripada pelajar yang tinggi motivasi dan rendah motivasi adalah bersesuaian
dengan kajian penulis dalam reka bentuk kajian ini.

11
HMEF 5093

8.0 PEMILIHAN SAMPEL DAN POPULASI

Populasi bagi kajian ini ialah merupakan pelajar sekolah menengah atas di Ibadan North-
West dan Ibadan South West Local Government sekitar Oyo State di Nigeria. Dalam
pemilihan sampel kajian ini, kaedah rawak berstrata digunakan. Melalui kaedah ini, penulis
mengambil sampel seramai 450 orang pelajar sekolah menengah daripada 10 buah sekolah di
dua buah kawasan kerajaan tempatan di Ibadan.Umur mereka adalah di antara 15-22 tahun
dengan min 18.6 tahun dan sisihan piawai 3.6. Kajian termasuk pelajar lelaki dan perempuan.
Pembolehubah atau variabel yang lain juga diambil kira adalah tahap motivasi iaitu pelajar
yang bermotivasi tinggi dan kurang bermotivasi.

Melalui kaedah ini, hasil dapat kajian penulis dapat dipertikaikan kerana ianya dianggap
kurang berkesan dan mengandungi data yang kurang tepat. Penulis tidak menyatakan berapa
ramai pelajar lelaki dan perempuan daripada 450 orang pelajar yang dipilih secara rawak.
Penulis sebenarnya boleh meletakkan nisbah bilangan pelajar lelaki kepada perempuan agar
dapat dilihat dengan jelas berdasarkan kajian yang dibuat. Selain itu, kemungkinan berlaku
ketidakadilan dalam memilih secara rawak bilangan pelajar yang diambil sebagai sampel.

Pengkaji juga perlu menyatakan faktor luaran dan dalaman mengapa perbezaan jantinan
mempunyai motivasi yang berbeza dengan ketara terhadap pencapaian akademik dalam
matematik. Oleh itu, kesahihan dan kebolehpercyaan data amat ditekankan dalam kajian
seperti ini. Penulis juga perlu menyatakan rasional pemilihan sampel kajian di kalangan para
pelajar sekolah menengah atas sahaja tanpa melibatkan pelajar sekolah menengah bawah atau
sekolah rendah.

12
HMEF 5093

9.0 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen yang digunakan untuk kajian ini ialahh jenis soal selidik iaitu Motivation for
Academic Performance Questionnaire (MAPQ). Tuckman (1994) menyatakan soal selidik
digunakan oleh penyelidik untuk menukarkan maklumat yang diperolehi daripada subjek
kepada bentuk data. Kaedah ini adalah sesuai dan mudah untuk mendapatkan maklumbalas
daripada responden yang mempunyai bilangan yang ramai. Dalam instrumen ini, didapati
penulis telah membahagikan instrument kepada dua bahagian. Bahagian pertama
memerlukan maklumat demografi peserta seperti jantina, umur, kelas, nama sekolah dan
sebagainya manakala bahagian kedua mengandungi butiran item.

Dari segi instrumen kajian yang dipilih adalah amat bersesuaian dengan tajuk kajian yang
dibuat oleh pengkaji atau penulis. Akan tetapi, instrument yang telah dinyatakan di dalam
kajian ini hanya dinyatakan dalam bentuk penerangan tanpa menyertakan bersama dengan
gambar rajah sebenar atau bentuk soal selidik yang digunakan dengan jelas. Bagaimana
maklumat yang telah diperolehi melalui soal selidik juga amat meragukan dan sukar untuk
dipercayai memandangkan tiada seberang bukti disertakan bersama-sama dengan hasil
dapatan kajian yang telah dibuat.

Soalan yang dibina dalam soal selidik boleh dibina dengan mudah dan ringkas tanpa
menyukarkan responden untuk menjawab dan perlu mengambil kira masa yang
diperuntukkan soalan untuk dijawab.

13
HMEF 5093

10.0 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Merujuk kepada artikel kajian ini, pengkaji ada menyatakan bahawa seramai 450 orang
responden telah ditadbir melalui kaji selidik yang telah dikutip. Selepas itu, pengkaji
menyatakan bahawa para guru matematik di semua sekolah yang dipilih juga turut
mengambil bahagian untuk membantu sepanjang proses mentadbir instrument kaji selidik
tersebut. Soalan dalam kaji selidik juga dibacakan kepada responden untuk memastikan
supaya ianya diisi dan dijawab dengan betul. Pengumpulan data dilakukan setelah semua
soalan kaji selidik dijawab oleh semua responden. Selepas itu, pengkaji menyatakan bahawa
daripada 480 soal selidik ditadbir, 450 orang pelajar yang sah untuk dianalisi dalam kajian.

Akan tetapi, apa yang mengelirukan dalam pengumpulan data ini ialah, pengkaji tidak
pernah menyatakan sebanyak 480 soal selidik yang perlu ditadbir dan seterusnya akan
dijawab oleh seramai 450 orang responden. Cara pengumpulan data juga sukar untuk ditadbir
oleh kerana tidak dapat dikawal oleh pengkaji memandangkan saiz sampel adalah sangat luas
dan besar.

Kaedah pengutipan data sepatutnya dilakukan oleh pengkaji iaitu dengan menubuhkan
sistem organisasi data seperti dimana, siap dan bila agar menjadi lebih mudah dianalis. Bagi
proses menganalisis data oleh pengkaji dalam artikel kajian ini, cara menganalis data bukan
hanya setakat menerangkan secara umum. Pengkaji sepatutnya menyatakan bagaimana data
yang telah dikumpul dan diproses agar tidak menimbulkan sebarang keraguan dan
kebolehperyaan pihak penyelidik yang lain untuk mendalami data ini.

14
HMEF 5093

11.0 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

Data yang dikumpul pada kajian dianalisis dengan menggunakan statistik inferensi yang
merangkumi t-Test dan analisis varians (ANOVA). Pada amnya, kajian ini adalah bertujuan
untuk menjawab dua hipotetis penyelidikan. Dalam kajian ini, dua hipotesis null telah diuji
kepetingannya untuk menentukan aras 0.05 margin kesilapalan. Gambar rajah dan keputusan
kajian dibentangkan melalui jadual t-Test dan ANOVA.

Analisis data tidak menjawab kepada tajuk yang diberikan oleh kerana ianya hanya
mengkaji tentang kesan motivasi sahaja tetapi tidak ada menyataka sebarang analisis kajian
tentang hasil pembelajaran matematik dikalangan para pelajar di Nigeria.

Pengkaji adalah mempunyai justifikasi mengenai dua hipotesis nol yang diuji dan
dibentangkan dalam artikel kajian. Sebagai contoh, H01 menyatakan bahawa tidak ada
perbezaan yang ketara dalam pencapaian akademik pelajar lelaki dan perempuan dalam
matematik. Hasil daripada hipotesis ini ditunjukkan dalam jadual t-Test. Namun, analisis data
yang dipersembahkan oleh pengkaji adalah kurang tepat dan tidak sahih. Pengkaji tidak
menyatakan dengan jelas tentang bagaimana data diperolehi dengan terperinci. Sumber yang
digunakan amat terhad sehingga menimbulkan banyak kelemahan semasa proses
pengumpulan data sepanjang proses kajian.

15
HMEF 5093

12.0 PENEMUAN DAN PERBINCANGAN

Secara keseluruhnya, pengkaji mendapati bahawa faktor yang mempengaruhi dan kesan
motivasi saling hubungkait antara sama lain khususnya terhadap pencapaian akademik
pelajar berdasarkan dalam artikel ini. Dua hipotesis nol yang diuji untuk mengkaji perbezaan
motivasi dalam pencapaian akademik pelajar sekolah menengah dalam Matematik iaitu
menggunakan jantina sebagai signifikan penting dalam pembolehubah minat. Ini
menunjukkan hasil kajian dimana faktor jantina telah membuktikan bahawa motivasi
memberikan kesan terhadap pencapaian akademik pelajar sekolah menengah dalam
Matematik.

Akan tetapi penemuan kajian ini tidak disokong oleh Siana et. al (1998). Beliau
menyatakan bahawa faktor daripada ibu bapa dan rakan-rakan juga memainkan peranan
penting dalam menyumbangkan kepada kejayaan dalam akademik. Faktor luaran seperti
persekitaran juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang ke pada pencapaian
akademik yang berjaya.

Bagi hipotesis yang kedua pula menunjukkan pelajar sekolah menengah yang mempunyai
perbezaan ketara dalam pencapaian akademik berdasarkan sejauh mana mereka telah
dimotivasikan. Dalam hipotesis ini, didapati pelajar yang bermotivasi tinggi dapat
menunjukkan prestasi yang baik dalam pencapaian akademik andai dibandingkan dengan
golongan pelajar yang bermotivasi rendah.

Pengkaji memetik pendapat Ayotola (1996) bahawa sekiranya murid menunjukkan minat
yang kurang dalam sesuatu mata pelajaran, ianya akan mempengaruhi tumpuan mereka
terhadap pengajar guru. Jadi, minat dan sikap adalah penting juga dalam menguasai sesuatu
mata pelajaran yang diajar oleh guru. Oleh sebab itu, berdasarkan kedua-dua konstruk ini
penulis menyatakan bahawa faktor daripada motivasi yang tinggi dapat membawa kepada
pencapaian yang terbaik dalam diri pelajar.

16
HMEF 5093

Akhir sekali, penulis menemui bahawa sikap yang baik dan minat pelajar dalam
Matematik akan memberikan galakkan kepada guru juga untuk lebih berusaha menjalankan
proses pengajaran. Para guru juga akan berusaha untuk mencari bahan pengajaran yang
terbaik untuk menggantikan cara yang konvensional atau tradisional semasa menjalankan
proses pengajaran sekiranya pelajar mula menunjukkan minat dan sikap yang positif untuk
belajar. Pendek kata, guru juga akan lebih bermotivasi apabila pelajar telah menunjukkan
minat mereka untuk belajar terutamanya Matematik di dalam kajian ini. Hasil daripada
pandangan daripada penyelidik yang lain, penulis dapat mengatakan bahawa dengan
berbekalkan ilmu pengetahuan yang ada pada guru ditambah lagi dengan minat dan motivasi
pelajar hendak akan dapat mempertingkatkan pencapaian di dalam Matematik di Nigeria
pada masa akan datang.

Dapat disimpulkan juga bahawa penulis telah mempunyai satu gambaran yang jelas
terhadap penemuan kajiannya bahawa kesan motivasi sama ada daripada faktor dalaman atau
luaran pelajar adalah menunjukkan pencapaian akademik yang berbeza. Faktor luaran yang
dikaji ialah faktor guru, rakan, persekitaran dan ibu bapa manakala faktor dalaman yang
dikaji ialah daripada diri sendiri.

Teori Pelaziman Klasik (Pavlov, 1849-1936) yang menerangkan tentang gerak balas ialah
apa sahaja tingkah laku akibat daripada ransangan. Manakala ransangan pula ialah apa sahaja
bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas (Ee Ah Meng 1994). Proses pembelajaran
boleh berlaku akibat kaitan daripada ransangan dan gerak balas. Ransangan dalam konteks
kajian ini bermakusd dikaitkan dengan satu ransangan yang lain untuk mendatangkan niat
untuk terlibat dalam proses pembelajaran Matematik di dalam artikel kajian ini.

17

Anda mungkin juga menyukai