Anda di halaman 1dari 58

HAS 3023 ASIA TENGGARA ABAD KE 9 HINGGA 18

BINCANGKAN SEJARAH KEMUNCULAN, KEGEMILANGAN DAN


KEMEROSOTAN BEBERAPA BUAH KERAJAAN DI BORNEO DAN FILIPINA

KUMPULAN : 8

NAMA PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR. ADNAN BIN JUSOH

NAMA NO MATRIK
NUR AFIQAH BINTI ZUL ADNAN D20172081391
NURUL ALIA BINTI MOHD PUAT D20172080687
NURSHAZIHAH BINTI SAARI D20172080691
ZULFA BINTI ABDUL HAMID D20172080700
NOR ANISAH BINTI ZAKARYA D20172080706
1.0 PENGENALAN
2.0 KERAJAAN KUTAI

2.1 Latar Belakang Kerajaan Kutai Mulawarman dan Kutai Kartanegara

Kerajaan di wilayah tengah terdapat dua iaitu kerajaan Mulawarman yang beragama
Hindu dan Kesultanan Kutai Kartanegara yang beragama Islam. Kerajaan Kutai Mulawarman
terletak di hulu Sungai Mahakam, Kalimantan. Kalimantan Timur merupakan Kerajaan
Hindu tertua di Indonesia. Terdapat tujuh buah batu tulis yang disebut Yupa yang mana
ditulis dengan huruf Pallawa dan berbahasa Sanskrit dianggarkan berasal dari tahun 400 M
(abad ke-5).1 Tulisan Yupa merupakan tulisan yang tertua dan mengatakan telah berdirinya
sebuah kerajaan Hindu tertua iaitu Kerajaan Kutai. Penggunaan nama kerajaan Kutai sendiri
ditentukan oleh para ahli sejarah dengan mengambil nama dari tempat penemuan tulisan
Yupa tersebut. Yupa ialah tugu batu yang berfungsi sebagai tugu peringatan yang dibuat oleh
para Brahmana atas kedermawanan Raja Mulawarman.2 Hal ini dikatakan demikian kerana
Raja Mulawarman merupakan raja yang baik dan kuat dan merupakan anak dari
Aswawarman dan juga merupakan cucu dari Raja Kudungga yang telah memberikan 20 000
ekor sapi kepada para Brahmana. Kerajaan Kutai pertama kali didirikan oleh Kudungga
kemudian dilanjutkan oleh anaknya Asmawarman dan mencapai puncak kejayaan pada masa
Mulawarman (Anak Asmawarman). Menurut ahli sejarah mengatakan nama Kudungga
merupakan nama asli penduduk yang belum terpengaruh dengan kebudayaan Hindu.

1
Pemulihan Sejarah dan Tamadun Borneo ke Arah Pengukuhan Negara Bangsa, Percetakan Asia, Berakas,
Negara Brunei Darussalam, 2007, hlm 630.
2
Ibid, hlm 630.
2.2 KEMUNCULAN KERAJAAN KUTAI MULAWARMAN

Peta 1: Kerajaan Kutai

Melalui kemucnculan kerajaan Kutai Mulawarman adalah kerajaan yang dikenali


dengan kepercayaan Hindu, kerajaan ini menjadi pusat pemerintahan yang bertempat di
Muara Kaman. Kerajaan Kutai ini telah diyakini sebagai kerajaan tertua di nusantara ini iaitu
dapat dilihat melalui tugu Yupa (tugu batu) sebanyak 7 tugu yang dapat ditemui di Muara
Kaman. Menurut J.G. de Casparis yupa ini sudah berada sejak ratusan tahun yang lalu.3
Kemunculan kerajaan Kutai juga dipercayai bahawa mempunyai kekuasaan wilayah yang
luas.4 Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat tiga daerah yang dahulunya telah menjadi
kekuasaan kerajaan Kutai. Selain itu, daerah tersebut adalah daerah Kutai Barat, daerah Kutai
Kartanegara dan daerah Kutai Timur. Kesemua ini termasuk dalam satu wilayah iaitu wilayah
Kalimatan Timur. Terdapat dua kerajaan iaitu kerajaan Kutai Martapuran dan kerajaan Kutai
Kartanegara.5

3
Pemulihan Sejarah dan Tamadun Borneo ke Arah Pengukuhan Negara Bangsa, Percetakan Asia, Berakas,
Negara Brunei Darussalam, 2007, hlm 630.
4
Ibid, hlm 630.
5
Ibid, hlm 630.
2.3 KECEMERLANGAN KERAJAAN KUTAI MULAWARMAN

2.3.1 Politik Kerajaan Kutai Mulawarman

Kudungga tidak dianggap sebagai pengasas dinasti kerana ia menggunakan konsep


keluarga kerajaan dan pada zaman itu terhad kepada keluarga diraja yang telah menyerap
budaya India dalam setiap kehidupan seharian. Pada masa itu, Raja Mulugasman juga
mewujudkan kestabilan politik dalam kerajaannya. Hal ini dapat dilihat dari segi kewujudan
Yupa yang menyebut bahawa Mulawarman menjadi raja yang bijak, kuat dan berkuasa.6

2.3.2 Sosial Kerajaan Kutai Mulawarman

Bagi sistem sosial kerajaan Kutai Mulawarman terdapat sekelompok orang yang
memiliki bahasa induk sanskrit dan boleh menulis surat Pallawa iaitu kumpulan Brahmin.
Namun, terdapat kumpulan lain iaitu kumpulan ksatria yang terdiri daripada saudara Raja
Mulawarman.7 Bagi masyarakat Kutai sendiri akan menjadi kumpulan penduduk yang masih
kuat dengan kepercayaan asal dari nenek moyang mereka. Kemudian, Mulawarman telah
menjadi pengikut agama Hindu Shiva dan golongan para brahmana.

2.3.3 Ekonomi Kerajaan Kutai Mulawarman

Di samping itu, punca pencarian utama dalam masyarakat bagi kerajaan Kutai
adalah menternak. Bagi kerajaan Kutai punca hasil pencarian yang lain adalah pertanian dan
perdagangan. Hal ini dapat dilihat dari segi lokasi kerajaan Kutai yang terletak di pinggir
Sungai Mahakam yang sangat subur dan menjadikannya sesuai untuk aktiviti pertanian.8

6
Pemulihan Sejarah dan Tamadun Borneo ke Arah Pengukuhan Negara Bangsa, Percetakan Asia, Berakas,
Negara Brunei Darussalam, 2007, hlm 631
7
Ibid, hlm 631
8
Ibid, hlm 631
2.4 LATAR BELAKANG KERAJAAN KUTAI KARTANEGARA

Kerajaan Kutai Kartanegara yang berada di Kutai Lama hanya kelihatan seperti
semak samun dan kebun yang ditanam oleh penduduk berada dipinggir Sungai Mahakam.
Lokasi yang menjadi pusat pemerintahan kerajaan Kutai hanya terdapat makam kuno sebagai
saksi sejarah bahawa ditempat tersebut pernah wujudnya sebuah kerajaan. Selain itu, raja-raja
Kutai Kartanegara menceritakan dan menggambarkan kronologis sejarah kebesarannya
secara turun temurun.9 Walau bagaimanapun, terdapat satu lagi kisah yang membangkitkan
kebimbangan masyarakat penubuhan kerajaan Kutai Kartanegara yang disebut dalam buku
Salasilah Kutai iaitu buku yang ditulis dalam bentuk bahasa Arab. Di dalam buku tersebut
mengisahkan kehidupan raja-raja Kutai Kartanegara.10

9
Pemulihan Sejarah dan Tamadun Borneo ke Arah Pengukuhan Negara Bangsa, Percetakan Asia, Berakas,
Negara Brunei Darussalam, 2007, hlm 631
10
Ibid, hlm 631
2.5 KEMUNCULAN KERAJAAN KUTAI KARTANEGARA

Perkembangan kemunculan yang seterusnya ialah Kerajaan Kutai Kartanegara yang


didirikan oleh Aji Batara Agung Dewa Sakti pada tahun 1300 Masihi. Pada awalnya kerajaan
ini merupakan penyatuan empat kelompok pemukiman penduduk di Muara Sungai Mahakam
pada abad 12.11 Pemukiman-pemukiman itu disebut sebagai negeri-negeri iaitu Jaitan Layar,
Binalu dan Sambaran. Lautan layar adalah kolonisasi dari orang-orang Jawa sedangkan
ketiga-tiga negeri yang lain dihuni oleh penduduk asli. Hasil perdagangan yang diperdagang
adalah hasil-hasil hutan dari pedalaman Mahakam yang merupakan wilayah kerajaan
Martapura. Masyarakat di negeri ini terbuka sehingga mereka berhubungan dengan saudagar
dari Jawa, Sulawesi bahkan dari Cina, Brunei, Melaka, Gujarat dan Arab.12

11
Pemulihan Sejarah dan Tamadun Borneo ke Arah Pengukuhan Negara Bangsa, Percetakan Asia, Berakas,
Negara Brunei Darussalam, 2007, hlm 630.
12
Ibid, hlm 630
2.6 KECEMERLANGAN KERAJAAN KUTAI KARTANEGARA

2.6.1 Politik Kerajaan Kutai Kartanegara

Menurut politik kerajaan ini menyatakan bahawa Aji Batara Nira telah berkahwin
dengan Puteri Paduka Suri yang merupakan puteri dipercayai dilahirkan dari keluarga buluh.
Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah mengatakan bahawa Puteri Paduka Suri
sebenarnya merupakan keturunan Raja Kutai Martadipura yang bernama Indra Dewi.
Kerajaan Kutai Kartanegara berusaha menguatkan kerajaan dengan menjalankan
perkahwinan politik dengan kerajaan Kutai Martadipura yang terletak di ibu kota Muara
Kaman.13 Walau bagaimanapun, motif perkahwinan politik ini masih kurang jelas dengan
tujuannya yang sebenar.

Kemudian kerajaan Majapahit meluas sampai ke pesisir Kalimantan bahagian


Timur. Keempat negeri ini disatukan dalam satu pemerintahan yang berkedudukan di Jaitan
Layar dengan menempatkan Aji Batara Agung Dewa sakti sebagai Patih atau Mangkubumi
yang berkuasa penuh mengurus pemerintahan dalam negeri. Pada masa tersebut, Majapahit
adalah suatu Perserikatan. Dalam hal ini telah menyebabkan Majapahit mempunyai Patih
yang sangat kuat bernama Gajah Muda.14

13
Pemulihan Sejarah dan Tamadun Borneo ke Arah Pengukuhan Negara Bangsa, Percetakan Asia, Berakas,
Negara Brunei Darussalam, 2007, hlm 632
14
Ibid, hlm 632
2.6.2 Salasilah Raja-raja Kerajaan Kutai Kartanegara

Dalam salasilah raja-raja Kutai Kartanegara terdapat perbezaan dalam


menentukan bila tahun awal kerajaan telah didirikan. Walau bagaimanapun, perbezaan
tersebut tidak mengubah sebarang pemahaman dalam salasilah Kerajaan Kutai Kartanegara.
15
Hal ini dapat dilihat dalam rajah di bawah iaitu semasa pemerintahan Raja-Raja Kutai
Kartanegara:-

No Nama Raja/Sultan Tahun


1 Aji Batara Agung Dewa Sakti 1300-1325 M
2 Batara Agung Paduka Nira 1325-1360 M
3 Maharaja Sultan 1360-1420 M
4 Raja Mandarsyah 1420-1475 M
5 Pangerang Tumenggung Bayabaya 1475-1525 M
6 Raja Makota 1525-1600 M
7 Aji Dilanggar 1600-1605 M
8 Pangeran Sinum Panji Mendapa Ing Martadipura 1605-1635 M
9 Pangeran Dipati Agung Ing Martadipura 1635-1650 M
10 Pangeran Dipati Maja Kusuma Ing Martadipura 1650-1686 M
11 Aji Ragi Gelar Ratu Agung 1686-1700 M
12 Pangeran Dipati Tua Ing Martadipura 1700-1730 M
13 Pangeran Anum Panji Mendapa Ing Martadipura 1730-1732 M
14 Sultan Aji Muhammad Idris 1732-1739 M
15 Sultan Aji Muhammad Muslihuddin 1739-1780 M
16 Sultan Aji Muhammad Salehuddin 1880-1850 M
17 Sultan Aji Muhammad Sulaiman 1850-1899 M
18 Sultan Aji Muhammad Alimuddin 1899-1915 M
19 Sultan Aji Muhammad Parikesit 1915M
Rajah 1: Nama-nama Raja Semasa Pemerintahan Kutai Kartanegara

15
Pemulihan Sejarah dan Tamadun Borneo ke Arah Pengukuhan Negara Bangsa, Percetakan Asia, Berakas,
Negara Brunei Darussalam, 2007, hlm 633
2.7 KEMEROSOTAN KERAJAAN KUTAI

Kerajaan Kutai berakhir pada zaman pemerintahan Maharaja Dharma Stria iaitu Raja
yang ke-21 yang tewas di medan peperangan ketika melawan Raja Kutai Kartanegara pada
abad ke-13 iaitu Aji Pangeran Anum Panji Mendapa.16 Selain itu, kerajaan Kutai dan
kerajaan Kutai Kartanegara adalah dua kerajaan yang berbeza.17 Hal ini dikatakan demikian
kerana Kutai Kartanegara mempunyai ibu kota di Tanjung Kute dan disebut juga dalam
Sastra Jawa Negarakertagama. Manakala, Kutai Kartanegara telah menjadi kerajaan Islam
iaitu Kesultanan Kutai Kartanegara. Setelah kerajaan Kutai Kartanegara menjadi kerajaan
Islam nama pemimpin yang pada awalnya Raja telah berubah menjadi Sultan.18

16
Pemulihan Sejarah dan Tamadun Borneo ke Arah Pengukuhan Negara Bangsa, Percetakan Asia, Berakas,
Negara Brunei Darussalam, 2007, hlm 633
17
Ibid, hlm 633
18
Ibid, hlm 633
3.0 KERAJAAN SAMBAS

3.1 Latar Belakang Kerajaan Sambas

Kerajaan Sambas ataupun dikenali sebagai Kesultanan Sambas ini terletak di


Kalimantan Barat dimana ianya dianggap sebagai kerajaan yang tertua iaitu telah muncul
pada abad ke-5 hingga abad ke-7 berdasarkan kepada penemuan sumber arkeologi. Namun
begitu, secara lebih tepat, dikatakan kerajaan ini mula muncul pada abad ke-14 di bawah
penguasaan Kerajaan Majapahit dimana kerajaan Sambas ini berada di bawah pengaruh
agama Hindu sebelum bertukar kepada sebuah kerajaan Islam pada abad ke-15 disebabkan
oleh perkembangan aktiviti perdagangan. Kerajaan Sambas mula dikenali sebagai Kesultanan
Sambas setelah menerima pengaruh Islam pada abad ke-17 iaitu berdasarkan kepada
kemunculan Raja Tengah yang seterusnya membawa kepada perkahwinan dengan salah
seorang pewaris Kerajaan Hindu. Melalui perkahwinan yang berlaku, membawa kepada
sejarah kemunculan dan kegemilangan Kesultanan Sambas pada abad ke-17.19

19
Risa, 2014, Islam di Kerajaan Sambas antara abad ke XV-XVII:Studi Awal Tentang Islamisasi di
Sambas,(Jurnal Khatulistiwa-Jurnal Pengajian Islam), No.2,(Isu 4), 105-116, hlmn 105.
http://jurnaliainpontianak.or.id/index.php/khatulistiwa/article/view/244
3.2 SEJARAH KEMUNCULAN KERAJAAN SAMBAS

Sambas mula dikenali sebagai sebuah kerajaan semasa berada di bawah penguasaaan
Kerajaan Hindu sebelum bertukar kepada Kesultanan Sambas setelah kedatangan Islam.
Sejarah kemunculan Kerajaan Sambas ataupun Kerajaan Sambas Tua bermula dengan
pemerintahan oleh kerajaan Hindu iaitu pada abad ke-17.20 Namun begitu, terdapat
penjelasan yang mengatakan bahawa Kerajaan Sambas mula muncul pada abad ke-5
sehingga abad ke-7 berdasarkan penemuan bahan-bahan arkeologi seperti patung Hindu dan
juga gerabah yang telah ditemui di Sungai Sambas. Hal ini merujuk kepada zaman
pemerintahan Kerajaan Wijaya Pura yang dikatakan memerintah Sambas pada abad ke-7M
sehingga abad ke-9M. Seterusnya, Sambas mula diperintah oleh Raden Janur ketika zaman
pemerintahan Nek Riuh di Paloh pada abad ke-14 sebelum kedatangan Majapahit yang telah
menenggelamkan pemerintahan Raden Janur dan bertukar kepada pemerintahan Majapahit
yang menjadikan Sambas berada di bawah penguasaan Kerajaan Hindu.21 Pemerintahan
Kerajaan Hindu dibawah penguasaan Majapahit pada abad ke-14, ini dapat dibuktikan
berdasarkan kepada penemuan arca Hindu Budha yang diukir daripada emas. Sebagai contoh,
terdapat penemuan patung Budha dan arca yang dikenali sebagai Padmapani yang
menunjukkan ciri-ciri arca pada abad ke-8 sehingga abad ke-9.22

Sebelum pemerintahan Majapahit, terdapat satu lagi pemerintahan iaitu pada abad ke-
15, hal ini dimana, pemerintahan tersebut telah dijalankan oleh Tan Unggal. Melalui
pentadbiran yang dijalankan oleh Tan Unggal, baginda tidak disukai oleh penduduk Sambas
disebabkan bentuk pemerintahan baginda yang dianggap sebagai kejam.23

Semasa berada di bawah penguasaan Majapahit di Sungai Sambas ini ini, Majapahit
telah menjalankan pemerintahan berasaskan kepada keturunan di mana ianya bermula dengan
pemerintahan Wiqrama Whardana di mana pusat pentadbiran kerajaan ialah di Paloh.

20
Ibid hlmn 105.

21
Ibid hlmn 106.

22
R.P. Soejono’s Festschrift, 2006, ( Archaeology: Indonesian Perspective), Menteng,Jakarta, LIPI Press,
hlmn 439.
https://books.google.com.my/books?id=dSFfD0dpdS4C&pg=PA443&dq=Sambas&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwj
A0qj39uTeAhXLqI8KHZ2YDlQQ6AEIMDAB#v=onepage&q=Sambas&f=true

23
Muhamad Murtadlo, 2014, Masjid Kraton Sambas dalam Konstelasi Pembaharuan Islam di Kalimantan
Barat,(Jurnal Lektur Keagamaan), No.1,(Isu 12), 207-234, hlmn 211.
http://download.portalgaruda.org/article.php?article=330042&val=7707&title=Masjid%20Kraton%20Sambas
%20dalam%20Konstelasi%20Pembaharuan%20Islam%20di%20Kalimantan%20Barat
Pemerintahan kerajaan Majapahit ini seterusnya diperintah oleh Raja Gipang pada tahun
1484 kemudian bertukar kepada pemerintahan seorang ratu yang dikenali sebagai Ratu
Sepudak pada tahun 1550 M. Semasa pemerintahan Ratu Sepudak ini, kerajaan Sambas
dikenali sebagai Kerajaan Sambas Tua dimana ia telah bertukar tampuk pemerintahan
daripada pemerintahan Majapahit kepada pemerintahan Kerajaan Temasik ataupun Johor.
Pemerintahan Kerajaan Hindu keatas Sambas Tua ini seterusnya telah berakhir pada abd ke-
17M dan diteruskan dengan pemerintahan Kesultanan Sambas.

Pembentukan Kesultanan Sambas ini dapat dikaitkan dengan peranan yang dimainkan
oleh Raja Tengah ataupun Pengiran Tengah Ibnu Sultan Muhamad Hassan iaitu Sultan
Sarawak yang pertama dan terakhir. Raja Tengah ataupun Sultan Tengah ini dilantik oleh
abang baginda iaitu Sultan Abdul Jalilul Akbar sebagai sultan Sarawak yang pertama pada
tahun 1599 ataupun pada awal abad ke-17. Hal ini dimana, dikatakan bahawa Raja Tengah
merupakan satu-satunya sultan di Sarawak sebelum Sarawak berada dibawah pentadbiran
James Brooke. Peranan Sultan Tengah dengan kemunculan Kesultanan Sambas ini dapat
dikaitkan apabila Sultan Tengah terdampar di Sukadanan, Kalimantan Barat yang ketika
diperintah oleh Kerajaan Hindu yang beragama Islam. Pemerintah pada ketika itu telah
mengahwinkan Sultan Tengah dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Ratu Surya
Kusuma yang membawa kepada kelahiran Radin Suleiman. Sultan Tengah yang sebelum ini
tinggal di Sukadana telah berpindah ke Sambas di mana di sana baginda telah mengenali Ratu
Sepudak.24

Seterusnya, Sultan Tengah Manga ini mempunyai seorang anak lelaki yang dikenali
sebagai Radin Suleiman yang kemudiannya mengahwini seorang wanita yang juga anak
kepada Ratu Sepudak iaitu pemerintah Kerajaan Sambas Tua. Hal ini telah menyebabkan,
Radin Suleiman menjadi seorang pemerintah ataupun individu pertama yang
bertanggungjawab dalam pembentukan Kesultanan Sambas. Namun begitu, perlantikan
Radin Suleiman ini tidak disukai oleh salah seorang menantu Sultan Sambas iaitu Pengiran
Mengkurat. Hal ini dimana, isu kemerosotan Kesultanan Sambas mula timbul disebabkan
sikap Raja Sambas pada ketika itu iaitu Pengiran Mengkurat yang tidak menyukai Radin
Suleiman.

24
Larsen, I. (2012). The First Sultan of Sarawak and His Links to Brunei and the Sambas Dynasty, 1599–
1826: A Little-known Pre-Brooke History. Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 85(2
(303)), 1-16, hlmn 5.
Retrieved from http://www.jstor.org/stable/24894189
Menurut sumber Belanda, pada ketika itu iaitu pada tahun 1609 berlaku hubungan
diantara pemerintah Kesultanan Sambas pada ketika itu dengan kuasa Belanda disebabkan
sikap Raja Sambas yang berasa gentar dengan Kesultanan Brunei yang mula meluaskan
kuasa di Sambas . Manakala menurut sumber Salasilah Raja Brunei menghuraikan dimana
Brunei pada ketika itu telah mula meluaskan kuasa di kawasan barat Borneo yang
menybebakan pemerintah Sambas pada ketika itu berasa gentar yang seterusnya membawa
kepada termeterainya perjanjian dengan kuasa Belanda.25

Melalui pentadbiran Radin Suleiman ataupun dikenali sebagai Sri Paduka al-Sultan
Tuanku Muhammad Safiuddin I pada tahun 1612 sehingga 1668 ini juga jelas menunjukkan
proses penyebaran Islam di Sambas bermula.26 Disamping itu, melalui perkahwinan diantara
Radin Suleiman dengan anak kepada Ratu Sepudak ini telah membawa kepada kelahiran
Radin Bima yang kemudiannya menjadi pemerintah Sambas dengan gelaran Sultan
Muhammad Tajuddin ataupun Sultan Anum yang membawa kepada perkembangan
Kesultanan Sambas.27

Kesimpulannya, dapat dilihat bahawa sejarah kemunculan Kerajaan Sambas bermula


dengan pemerintahan Majapahit dan bertukar kepada Kesultanan Sambas selepas kejatuhan
Majapahit dengan membawa pengaruh Islam pada abad ke-16, dimana Kesultanan Sambas
pada ketika itu mempunyai perkaitan dengan Johor.

25
Abdul Karim bin Abdul Rahman,2016, Sejarah Pengasasan dan Asal Usul Kerajaan Brunei Berdasarkan
Sumber Lisan, Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Kuala Lumpur, Universiti Malaya, hlmn 75.
http://studentsrepo.um.edu.my/6454/1/HAJI_ABDUL_KARIM_BIN_HAJI_ABDUL_RAHMAN.pdf

26
Larsen, I. (2012). The First Sultan of Sarawak and His Links to Brunei and the Sambas Dynasty, 1599–
1826: A Little-known Pre-Brooke History. Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 85(2
(303)), 1-16, hlmn 3.
Retrieved from http://www.jstor.org/stable/24894189

27
Ibid, R.P. Soejono’s Festschrift, ( Archaeology: Indonesian Perspective, hlmn 443.
https://books.google.com.my/books?id=dSFfD0dpdS4C&pg=PA443&dq=Sambas&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwj
A0qj39uTeAhXLqI8KHZ2YDlQQ6AEIMDAB#v=onepage&q=Sambas&f=true
3.3 SEJARAH KEGEMILANGAN KESULTANAN SAMBAS

Sejarah kegemilangan salah satu kerajaan Borneo iaitu Sambas ialah bermula ketika
perkembangan Kesultanan Sambas dimana ianya bermula dengan pelantikan Radin Suleiman
sebagai Sultan Sambas yang pertama dengan membawa gelaran Sultan Muhammad
Shafiuddin 1. Semasa pemerintah Randin Suleiman ini, baginda menjalinkan hubungan yang
baik dengan pemerintah Kesultanan Brunei, hal ini memandangkan Kesultanan Brunei
merupakan saudara kepada ayah baginda iaitu, Sultan Tengah. Semasa Radin Suleiman ini
memerintah Kesultanan Sambas, baginda bersikap menjalinkan hubungan berbaik-baik
dengan kerajaan jiran baginda seperti Kerajaan Landak. Sebagai contoh, dengan menjalinkan
hubungan baik dengan Kerajaan Landak ini sehingga membawa kepada perkahwinan diantara
anak bongsu baginda iaitu Radin Ratna Dewi dengan salah seorang anak pemerintah
Kerajaan Landak iaitu, Pangeran Dipa’.28

Semasa pemerintah Radin Suleiman ini juga, baginda bertindak dengan melantik anak
lelaki baginda iaitu Radin Bima sebagai pewaris Kesultanan Sambas. Hal ini dimana, Radin
Bima dilantik sebagai Sultan Sambas yang ke dua dengan membawa gelaran Sultan
Muhammad Tajudin pada tahun 1680. Sebelum dilantik secara sah, Radin Bima perlulah
berkunjung ke Brunei bagi mendapat pengiktirafan sebagai Sultan Muda oleh pemerintah
Brunei pada ketika itu iaitu Sultan Muhyiddin dengan diberikan beberapa jenis alat kebesaran
seperti tombak canggah, payung ubur-ubur, nekara dan juga gong. Semasa pemerintahan
Radin Bima, baginda telah menjalankan pemerintahan bertempat di Lubuk Madung sebelum
berpindah ke tempat yang lain iaitu Muare Ulakkan ataupun Sungai Sambas Kecil, Sungai
Subah dan juga Sungai Teberrau.

Berbanding dengan semasa pemerintahan Radin Suleiman, pemerintahan Radin Bima


dianggap lebih membawa kegemilangan kepada Kesultanan Sambas. Sejarah Kegemilangan
Kesultanan Sambas ini bermula pada abad ke-17 melalui perkembangan aktiviti perdagangan.
Hal ini dimana, dapat dilihat bahawa berlakunya kegiataan eksport perdagangan diantara
Kesultanan Sambas dengan kerajaan lain seperti Kesultanan Brunei. Hal ini dapat dibuktikan
bahawa, Sambas merupakan salah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab mengeksport
bahan seperti serbuk emas kepada Brunei berbanding dengan kerajaan Kalimantan Barat

28
Awang Asbol Mail, 2007, ( Pemuliharaan Sejarah dan Tamadun Borneo), Brunei, Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan, hlmn 230.
yang lain.29 Hal ini kerana, Kesultanan Brunei bermula pada abad ke-13 merupakan salah
sebuah kerajaan yang maju sebagai pusat pembekalan bahan kepada kawasan jiran. Hal ini
telah menjadikan Brunei sebagai salah sebuah kuasa yang hebat pada ketika itu kerana
berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Selain itu, semasa pemerintahan Radin Bima ini juga Kesultanan Sambas merupakan
sebuah kerajaan yang terkenal dengan aktiviti perdagangan dalam kalangan wilayah-wilayah
jiran yang lain seperti Aceh dan Terengganu. Hal ini berikutan dengan kekayaan hasil
hutannya seperti rotan berserta dengan damar. Disebabkan bersahabat baik diatas faktor
perdagangan, hal ini sehinggakan membawa kepada perkahwinan diantara anak Radin Bima
iaitu Radin Fatimah dengan kerabat dari Terengganu.30Seterusnya, pemerintahan Kesultanan
Sambas diteruskan lagi dengan melantik anak kepada Radin Bima sebagai Sultan Sambas
yang ketiga. Hal ini dimana, Sultan Umar Aqamaddin I. Baginda dikatakan memerintah
Kesultanan Sambas sehingga tahun 1730M. Semasa pemerintahan baginda, baginda telah
meneruskan zaman kegemilangan Radin Bima iaitu dengan menyebarkan agama Islam
sehingga membawa kepada kedatangan Mubaligh Islam dari Pattani. Hal ini jelas
menunjukkan, semasa pemerintahan Sultan Umar Aqamaddin I ini, baginda sangat
mementingkan penyebaran agama Islam yang seterusnya membawa kepada bentuk
pemerintahan yang adil.31

Zaman kegemilangan Kesultanan Sambas ini diteruskan lagi dengan pemerintahan


Sultan Abubakar Kamaluddin. Semasa pemerintahan baginda iaitu pada tahun 1732M,
Kesultanan Sambas menjadi terkenal kerana menjadi tumpuan China untuk mencari emas.
Hasil emas yang diperolehi juga dibahagikan diantara Kesultanan Sambas dengan para
penambang emas. Hal ini jelas menunjukkan, melalui aktiviti mencari emas tersebut
menyebabkan para pekerja dari China itu juga mula tinggal di Kesultanan Sambas.32

Seterusnya, ialah era kegemilangan Kesultanan Sambas semasa pemerintahan Sultan


Umar Aqamaddin II (Pemerintahan Pertama) dimana semasa pemerintahan baginda, boleh
dikatakan menunjukkan kegemilangan Kesultanan Sambas yang paling menonjol dimana
melalui perkembangan tambang emas oleh orang China yang kemudiannya membawa kepada

29
Ibid, Awang Asbol Mail, (Pemuliharaan Sejarah dan Tamadun Borneo), hlmn 130.
30
Ibid, Awang Asbol Mail, (Pemuliharaan Sejarah dan Tamadun Borneo), hlmn 233.

31
Ibid, Awang Asbol Mail, (Pemuliharaan Sejarah dan Tamadun Borneo), hlmn 234.

32
Ibid, Awang Asbol Mail, (Pemuliharaan Sejarah dan Tamadun Borneo), hlmn 238.
terbentuknya satu golongan masyarakat yang dipanggil ‘Kongsi’ yang dianggotai oleh orang
China yang mula tinggal secara menetap di Sambas pada tahun 1764M. Pada zaman
pemerintahan baginda juga menunjukkan perkembangan pelabuhan yang terdapat di Sambas
yang dikenali sebagai Pelabuhan Sambas dan Pelabuhan Kongsi yang menjadi tumpuan para
pedagang. Selain itu, Kesultanan Sambas juga memperoleh pendapatan hasil daripada kutipan
bayaran emas daripada orang China sebanyak 10 kilogram emas setahun. Namun begitu, isu
mula timbul pada tahun 1770 akibat daripada sikap orang China yang tidak ingin membayar
kutipan emas. Disebabkan oleh isu ini seterusnya menyebabkan berlakunya pembunuhan
dalam kalangan orang China dengan pengikut Kesultanan Sambas iaitu orang Dayak
disebabkan oleh sikap memberontak.33

Semasa pemerintahan baginda juga, timbulnya pelbagai peristiwa seperti pergaduhan


diantara Kongsi Sambas dengan Kongsi Mandor pada tahun 1774. Manakala pada tahun
1778, telah timbul pergaduhan diantara Kesultanan Sambas dengan Panembahan Mempawah
mengenai isu tapal batas. Seterusnya, semasa pemerintahan Sultan Umar Aqamaddin II ini
juga menunjukkan perluasan kuasa orang China di Kesultanan Sambas. Hal ini dimana, orang
China semakin menguasai aktiviti tambang emas dan perluasan wilayah. Namun begitu,
mereka masih menghormati Sultan Umar Aqamaddin II sebagai pemerintah Kesultanan
Sambas pada ketika itu.34

Akhir sekali, zaman kegemilangan Kesultanan Sambas sehingga abad ke-18 ini juga
berkembang dan gemilang semasa pemerintahan pewaris pewaris yang seterusnya juga.
Antara faktor utama kegemilangan Kesultanan Sambas ini adalah disebabkan oleh hasil emas
dimana semasa zaman pemerintahan sultan yang seterusnya, baginda sultan-sultan tersebut
bertindak menggunakan emas untuk pelbagai tujuan seperti menghasilkan perhiasan emas.

33
Ibid, Awang Asbol Mail, (Pemuliharaan Sejarah dan Tamadun Borneo), hlmn 239.

34
Ibid, Awang Asbol Mail, (Pemuliharaan Sejarah dan Tamadun Borneo), hlmn 240.
3.4 SEJARAH KEMEROSOTAN KESULTANAN SAMBAS

Kemerosotan Kesultanan Sambas bermula pada penghujung abad ke-17, semasa


zaman pemerintahan Sultan Umar Aqamaddin II iaitu ketika zaman pemerintahan baginda
untuk kali yang kedua pada tahun 1793M. Pada ketika itu, salah seorang daripada anak
baginda ialah Pangeran Anom ataupun Radin Pasu yang dianggap sebagai pejuang
Kesultanan Sambas pada ketika itu. Hal ini dimana pada ketika itu, timbulnya isu diantara
Sultan Umar Aqamaddin II dengan para Kongsi. Hal ini dimana, bilangan para Kongsi pada
ketika itu semakin meningkat dan membawa kepada pergaduhan diantara para kongsi
disebabkan oleh merebut wilayah tambang emas. Disebabkan pergaduhan yang timbul ini
juga menyebabkan bilangan para Kongsi China menjadi semakin mengecil dimana para
Kongsi yang paling berkuasa pada ketika itu ialah Kongsi Thai Kong yang yang
berpangkalan di Monteraduk dan menguasai beberapa wilayah tambang emas seperti
Lumar.35 Seterusnya, menjelang tahun 1796M, telah timbul pergaduhan diantara Kerajaan
Siak dibawah pemerintahan Ratu Sam Samor dengan Kesultanan Sambas. Pergaduhan yang
berlaku ini telah menyebabkan ramai bilangan tentera Kesultanan Sambas yang terkorban.
Namun begitu, perdaguhan ini akhirnya dimenangi oleh Kesultanan Sambas disebabkan oleh
kegagahan Pangeran Anom.36

Seterusnya, kemerosotan Kesultanan Sambas yang berlaku disebabkan oleh perjanjian


yang termeterai diantara Kesultanan Sambas pada ketika itu dengan pihak Belanda. Hal ini
dimana, perjanjian tersebut telah termeterai diantara pihak Belanda dengan Ratu Sambas
(Sapuda’) pada tahun 1609. VOC yang merujuk kepada Perusahaan Dagang Belanda di
Hindia Timur telah ditubuhkan pada tahun 1602. Hal ini dimana, VOC ini mula menjalankan
kepimpinan di kawasan Borneo Barat iaitu di Sambas yang pada ketika itu berada dibawah
pemerintahan Ratu Sambas iaitu Ratu Sapuda. Hal ini seterusnya membawa kepada
termeterainya perjanjian diantar pihak VOC yang diwakili oleh Pieter Bath dengan Ratu
Sapuda’ pada tahun 1609. Antara isi kandungan perjanjian tersebut ialah VOC berjanji untuk
melindungi Kerajaan Sambas daripada diserang oleh pihak Portugis, melindungi Kerajaan
Sambas sekiranya terlibat dengan peperangan, dan isi kandungan yang dianggap memberi

35
Ibid, Awang Asbol Mail, (Pemuliharaan Sejarah dan Tamadun Borneo), hlmn 243.

36
Ibid, Awang Asbol Mail, (Pemuliharaan Sejarah dan Tamadun Borneo), hlmn 243.
impak kepada kerajaan Sambas ialah Belanda dibenarkan untuk menjalankan kegiatan di
daerah-daerah Sambas termasuk di daerah yang kaya dengan hasil emas.37

Walaubagaimanapun, perjanjian tersebut merupakan sebuah perjanjian yang bersifat


berat sebelah dimana ianya hanyalah untuk keuntungan pihak Belanda semata-mata.
Wilayah-wilayah di Kalimantan Barat termasuk Sambas mula mengalami kemerosotan pada
abad ke-17 disebabkan oleh kerjasama dengan VOC iaitu Vereenigde Oost-Indische
Compagnie. Hal ini dimana, salah satu punca VOC mula campur tangan di Kalimantan Barat
ialah disebabkan oleh faktor perdagangan.38 Disebabkan oleh perjanjian yang bersifat berat
sebelah tersebut menyebabkan penduduk Kesultanan Sambas berasa kecewa dan marah
dengan tindakan Belanda tersebut lalu mencetuskan perang yang diketuai oleh Pangeran
Anom ataupun Sultan Muhammad Ali Syafiuddin 1.

Isu mula timbul menjelang penghujung abad ke-18 sehingga awal abad ke-19 apabila
VOC bertindak memaksa Kesultanan Sambas untuk membahagikan kawasan tanah yang
terletak di Paloh Tanjung Dato’ dengan mereka pada tahun 1812. Namun begitu,
pembahagian ini tidak dipersetujui oleh Sultan Abu Bakar Tajudin 1 sehingga menimbulkan
pergaduhan. Pergaduhan yang berlaku membawa sehingga campur tangan Gabenor Jeneral
iaitu Stamford Raffles yang ingin menjadikan Kerajaan Sambas sebagai salah satu daripada
penguasaaan Inggeris. Menjelang tahun 1813, kuasa Inggeris bertindak ingin menculik
Pangeran Anom dengan memaksa agar Pangeran Anom diserahkan kepada mereka dengan
menghantar surat. Hal ini seterusnya membawa kepada pertempuran kuasa Inggeris dengan
pihak Kesultanan Sambas yang diketuai oleh anaknda Pangeran Anom yang membawa
kepada kematian seramai 150 orang pasukan Kesultanan Sambas. Menjelang tahun 1815,
kuasa Inggeris sekali lagi muncul untuk mengiktiraf Pangeran Anom sebagai sultan bagi
Kesultanan Sambas pada ketika itu.

37
Ibid, Awang Asbol Mail, (Pemuliharaan Sejarah dan Tamadun Borneo), hlmn 363.

38
Hasanuddin, 2016, Politik dan Perdagangan Kolonial Belanda di Pontianak,(Jurnal Patanjala), No.2,(Isu
8), 203-218, hlmn 204.
https://www.researchgate.net/publication/323785784_POLITIK_DAN_PERDAGANGAN_KOLONIAL_BELANDA_
DI_PONTIANAK
3.5 KESAN KEMEROSOTAN KESULTANAN SAMBAS

Seperti yang dialami oleh kerajaan-kerajaan lain, Sambas turut menerima kesan
disebabkan oleh perluasan kuasa barat yang seterusnya menjejaskan Kesultanan Sambas.
Kejatuhan Kesultanan Sambas ini dapat dilihat disebabkan oleh perjanjian yang
ditandatangani oleh Kesultanan Sambas dengan pihak Belanda. Sebelum menguasai Sambas,
Belanda telah mencuba untuk menguasai Banjarmasin disebabkan oleh kekayaan rempah
yang terdapat di Banjarmasin, namun begitu, pelbagai isu yang timbul sehingga
menyebabkan kematian. Hal ini seterusnya menyebabkan Belanda beralih tumpuan ke
Sambas. Hal ini dimana, Belanda telah bertindak dengan mendirikan kilang di Sambas tetapi
telah ditentang oleh para penduduk.39

Kesultanan Sambas telah mengalami kemerosotan menjelang abad ke-17 disebabkan


oleh perjanjian yang bersifat berat sebelah yang ditanda tangani oleh pihak Kesultanan
Sambas dengan Belanda yang seterusnya memberi kesan kepada Kesultanan Sambas. Namun
begitu, kesan yang dialami oleh Kesultanan Sambas pada abad ke-17 ini hanyalah
menyebabkan kemerosotan dan tidak menyebabkan kejatuhan Kesultanan Sambas. Hal ini
kerana, Kesultanan Sambas mula mengalami kejatuhan disebabkan kesan daripada Pontianak
pada abad ke-19 dimana Pontianak bertindak menyerang Sambas namun berjaya dilindungi
oleh kuasa British dan peristiwa tindakan Stamford Raffles pada tahun 1813.

39
D.G.E Hall, 1981, ( Terjemahan A History of South-East Asia: Sejarah Asia Tenggara), Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka, hlmn 645.
4.0 KERAJAAN SANTUBONG

4.1 Latar Belakang Negeri Santubong

Menurut Jurnal yang bertajuk Sejarah Awal Kepualauan Melayu: Lima Buah Negeri
Warisan Sarawak yang Hilang, Santubong juga dikenali sebagai Kuala Sungai Sarawak.
Santubong dianggap sebagai salah sebuah negeri yang tergolong dalam kategori Sarawak
Lama iaitu berdasarkan kepada kajian arkeologi yang telah dijalankan di Santubong. Hal ini
dimana, berdasarkan kajian arkeologi yang telah dijalankan membawa kepada penemuan
seperti Nandi dan juga Yoni. Nandi merujuk kepada penemuan batu yang berupa seperti
lembu jantan yang sedang membongkok manakala Yoni pula merujuk kepada batu yang
berbentuk seperi segi empat dan mempunyai lubang dibahagian tengahnya.40 Hasil penemuan
sumber arkeologi ini telah ditemukan oleh James Brooke yang bertanggungjawab sebagai
pemerintah di Sarawak pada ketika itu. Seterusnya, berdasarkan penemuan-penemuan seperti
Yoni dan juga Nandi dan juga hasil emas tersebut, telah menyebabkan diadakan pelbagai
kajian yang dijalankan bagi mengkaji mengenai tempoh usia negeri Santubong oleh pihak
Muzium Sarawak. Sebagai contoh, kajian mengenai negeri Santubong ini mula dijalankan
pada tahun 1949 yang membawa kepada penemuan lain seperti artifak yang menunjukkan
terdapatnya pengaruh agama Hindu di Santubong. Berdasarkan kajian berbentuk arkeologi
yang dijalankan juga, berjaya menemukan usia Santubong iaitu sejarah kemunculan
Santubong bermula pada abad ke-7 dan berterusan sehingga abad ke-10 ataupun abad ke-14.

40
Abdul Karim bin Abdul Rahman,2016, Sejarah Pengasasan dan Asal Usul Kerajaan Brunei Berdasarkan
Sumber Lisan, Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Kuala Lumpur, Universiti Malaya, hlmn 335.
http://studentsrepo.um.edu.my/6454/1/HAJI_ABDUL_KARIM_BIN_HAJI_ABDUL_RAHMAN.pdf
4.2 KEMUNCULAN KERAJAAN SANTUBONG

Sejarah kemunculan politi Santubong boleh dijelaskan berdasarkan kepada penemuan


arkeologi yang dijumpai oleh pihak Muzium Sarawak. Kajian keatas tapak ekskavasi di
Santubong tersebut telah dijalankan pada tahun 1949 dibawah seliaan Tom Harrisson yang
membawa kepada pelbagai penemuan yang merujuk kepada usia kemunculan politi
Santubong. Sebagai contoh, antara sumber arkeologi yang ditemui ialah berdasarkan kepada
penemuan tembikar China, penemuan Nandi dan Yoni yang dapat dikaitkan dengan agama
Hindu.41 Hal ini dimana, berdasarkan penemuan Nandi dan juga Yoni ini menunjukkan
terdapatnya pengaruh agama Hindu yang berasal daripada dinasti Pallava yang terletak di
bahagian selatan India. Hal ini juga dipercayai bahawa, pengaruh agama Hindu di Sarawak
dapat dikaitkan berasal daripada Sumatera oleh orang Pegu.

Seterusnya, berdaskan kepada penemuan sumber-sumber arkeologi yang telah


ditemui, pakar arkeologi bertindak menjalankan kajian keatas sumber tersebut bagi mengkaji
mengenai usia kemunculan politik Santubong. Hasil daripada kajian keatas artifak seperti
Yoni dan juga Nandi ini membawa kepada penemuan usia kemunculan usia Santubong yang
dianggarkan telah muncul bermula pada abad ke-7 dan seterusnya berakhir pada abad ke-10
ataupun ke-14. Selain itu, terdapat juga penemuan artifak yang lain yang menunjukkan
mengenai kemunculan Santubong iaitu berdasarkan kepada penemuan bijih besi. Hal ini
dimana, berdasarkan penemuan bijih besi telah menunjukkan bahawa terdapat pelabuhan
yang dianggarkan berusia 900M sehingga 1350M di Santubong. Walaubagaimanapun,
terdapat pelbagai pendapat yang berbeza mengenai sejarah kemunculan politi Santubong ini
dalam kalangan para Sejarawan dan juga ahli arkeologi. Sebagai contoh, dimana Jan
Wisseman Christie tidak bersetuju bahawa Santubong merupakan kawasan pelabuhan yang
telah muncul dari abad ke-7 sehingga abad ke-14. Hal ini kerana, beliau mentafsirkan yang
sebenarnya kemunculan Santubong sebagai kawasan pelabuhan adalah bermula pada abad
ke-10 dan kekal sehingga abad ke-14.

Seterusnya,bukti mengenai sejarah kemunculan politi Santubong adalah berdasarkan


kepada penemuan budaya megalitik. Hal ini dimana, penemuan ini adalah berdasarkan
kepada kajian-kajian ekskavasi yang telah dijalankan dan membawa kepada penemuan

41
Sanib Said, 2012, Sejarah Awal Kepulauan Melayu: Lima Buah Negeri Warisan Sarawak yang
Hilang,(Jurnal CREAM : Current Research in Malaysia (Penyelidikan Terkini di Malaysia) ), No.1,(Isu 1), 21-50,
hlmn 36.
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/25245/Article__2.PDF
budaya megalit ini. Sebagai contoh, antara hasil penemuan berdasarkan aktiviti kajian
ekskavasi yang telah dijalankan adalah dengan menemui batu semulajadi. Sebanyak lebih
daripada 22 batu semulajadi telah ditemui di Kampung Santubong iaitu di bahagian pantai.
Antara ciri-ciri budaya megalitik yang terdapat pada batu semulajadi tersebut ialah batu
tersebut mempunyai rupa seperti ukiran muka manusia malahan terdapat batu yang
mempunyai ukiran seperti angka ataupun nombor. Berdasarkan penemuan batu tersebut, para
arkeologi telah bertanggungjawab menjalankan kajian bagi menentukan usia batu tersebut, di
mana, para arkeologi telah membandingkan ukiran batu tersebut dengan ukiran batu yang
terdapat di kawasan yang lain di Asia Tenggara. Berdasarkan kajian yang telah dijalakan,
didapati usia pentarikhan batu tersebut adalah diantara abad ke-10 sehingga abad-13. Ukiran
pada batu tersebut juga dapat dikaitkan dengan tempat warisan sejarah iaitu Bongkissam dan
Bukit Maras yang terdapat di Santubong. Kesimpulannya, hal ini jelas menunjukkan bahawa
terdapat pelbagai kajian yang telah dijalankan bagi membuktikan mengenai sejarah awal
kemunculan Santubong.42

Kawasan-kawasan bagi politi Santubong merujuk kepada kawasan seperti Sungai


Jaong, Bongkissam, Bukit Maras, Sungai Buah, Tanjong Kubor dan Tanjong Tegok dimana
setiap kawasan ini terdapat pelbagai penemuan dari segi sumber arkeologi.

42
Hasanuddin,2015, Kebudayaan Megalitik di Sulawesi Selatan dan Hubungannya dengan Asia
Tenggara, Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, hlmn 64.
http://www.oxis.org/theses/hasanuddin-2015.pdf
4.3 KEGEMILANGAN KERAJAAN SANTUBONG

Sejarah Kegemilangan politi Santubong ini dapat dikaitkan berdasarkan kepada


penemuan bijih besi seperti yang dianggarkan berusia 900M sehingga 1350M di Santubong
yang dapat dikaitkan dengan wujudnya pelabuhan ketika kemunculan politi Santubong. Hal
ini dimana, dikatakan pelabuhan tersebut digunakan bagi aktiviti perdagangan dengan China
dimana ianya berlangsung dari abad ke-8 sehingga abad ke-13M. Pelabuhan Santubong
terletak di kawasan Sungai Sarawak dimana terdapat pelbagai penemuan telah ditemui yang
merujuk kepada pelabuhan Santubong sebagai sebuah kawasan pelabuhan yang maju pada
masa dulu. Antara hasil penemuan tersebut ialah seperti manik, kapur barus, hasil hutan,
besi,tembikar dan juga duit syiling China.43

Kemajuan pelabuhan di Santubong ini adalah berdasarkan kepada kawasan-kawasan


tertentu seperti di Sungai Jaong, Bongkissam, Bukit Maras dan Tanjung Kubor.

Bermula pada abad ke-8 sehingga abad ke-13, Santubong sering dikaitkan dengan
perdagangan China. Hal ini dapat dikaitkan dengan penemuan tembikar yang mempunyai
ciri-ciri seperti yang terdapat di China. Sebagai contoh, adalah seperti penemuan serpihan
tembikar yang dapat dikaitkan dengan dengan Dinasti Tang dan juga Dinasti Sung.
Seterusnya, terdapat sumber lisan dari China yang menghuraikan mengenai pelabuhan ini,
sebagai contoh ialah berdasarkan kepada catatan yang ditulis oleh Zhu Ying dan juga Kang
Tai, dimana hasil penulisan tersebut telah ditulis pada abad ke-3 yang merujuk kepada ‘Po lu
cong’ yang bererti Santubong. Hal ini jelas menunjukkan bahawa, kawasan pelabuhan
Santubong itu merupakan tumpuan para padagangan.

Pelabuhan Santubong ini dapat dikaitkan dengan pusat pelabuhan aktiviti


perdagangan dengan zaman Dinasti Tang dan Dinasti Sung iaitu pada abad ke-7 sehingga
abad ke-11 adalah berdasarkan kepada penemuan di Sungai Jaong. Hal ini dimana, dianggap
bahawa pedagang dari China dan India datang ke Santubong untuk menjalankan aktiviti
perdagangan dan mereka tidak datang dengan tangan kosong sebaliknya membawa hasil dari
China dan India antaranya ialah sutera dan tekstil untuk diktukarkan dengan hasil hutan yang
terdapat di Santubong seperti gading gajah, sarang burung dan juga rempah ratus. Melalui
kedatangan para pedagang dari China ini seterusnya telah membawa kepada penemuan bijih

43
Cheng Te-k’un, 1982, ( Studies in Chinese Archaeology), Hong Kong, The Chinese University Press,
hlmn 48.
https://books.google.com.my/books?id=fLL5BQj9Xf0C&pg=PA49#v=onepage&q=santubong&f=true
besi yang seterusnya membawa kepada perkembangan bijih besi. Hasil daripada penemuan
bijih besi ini seterusnya meluas daripada Sungai Jaong sehingga ke Bongkissam.Seterusnya,
menurut buku Studies in Chinese Archaeology juga menghuraikan mengenai situasi pada
zaman kegemilangan politi Santubong yang menumpukan kepada perkembangan pelabuhan.
Hal ini dimana, pelabuhan Santubong dianggap sebagai pelabuhan yang cukup terkenal pada
ketika itu dengan kedatangan kapal laut, aktiviti jual beli, kedatangan para pelayar.44 China
dikatakan memilih untuk mendapatkan sumber bijih besi dari Santubong berikut kepada
perkembangan ekonomi yang berlaku di China dimana, China mengalami masalah
kekurangan sumber bijih besi menjelang Dinasti Tang.

Salah satu perkembangan pelabuhan Santubong adalah disebabkan oleh pelayaran


kapal laut. Hal ini dimana, kapal laut tersebut digunakan untuk membawa sumber bijih besi
dari Santubong ke China. Sebagai contoh, ialah pelayaran kapal laut dari pelabuhan
Santubong ke pelabuhan Ch’uan-chou semasa Dinasti Sung. Hal ini jelas menunjukkan
bahawa perkembangan aktiviti perindustrian di China telah memberi kesan terhadap
perkembangan pelabuhan Santubong sebelum abad ke-13M.45

Salah satu daripada sebab kemajuan pelabuhan Santubong adalah berdasarkan kepada
hasil daripada kawasan-kawasan sekitar antaranya ialah Bongkissam. Di Bongkissam,
terdapat penemuan serpihan tembikar tanah dalam jumlah yang banyak dimana menurut
kajian arkeologi, tembikar-tembikar tersebut berusia dari abad ke-5 sehingga abad ke-13M.
Berdasarkan penemuan ini juga menunjukkan bahawa Santubong pada suatu ketika dulu
adalah sebuah pelabuhan entreport yang terkenal semenjak abad ke-5M lagi berdasarkan
kepada penemuan-penemuan tembikar China yang mempunyai ciri-ciri yang dikaitkan
dengan Dinasti Tang dan Dinasti Sung. Perkembangan Dinasti Tang adalah daripada tahun
618-907M manakala perkembangan Dinasti Song ialah daripada tahun 969-1279M. Hal ini
jelas menunjukkan bahawa wujudnya aktiviti perdagangan dengan China di Santubong
berdasarkan penemuan seperti tembikar dan juga seramik dimana ianya dieksport daripada
China.

Seterusnya, adalah berdasarkan kepada penemuan manik di Santubong. Hal ini


dimana, Santubong tidak dikenali sebagai kawasan pengeluaran manik berbanding dengan
kawasan seperti Sungai Mas dan Kuala Selinsing. Namun begitu, terdapat penemuan manik

44
Ibid, Cheng Te-k’un, (Studies in Chinese Archaeology), hlmn 51.
45
Ibid, Cheng Te-k’un, (Studies in Chinese Archaeology), hlmn 53.
yang dapat ditemui di Santubong iaitu di Bongkissam dan Bukit Maras. Hal ini dimana,
berdasarkan penemuan manik di Bukit Maras dan Bongkissam ini masih memerlukan kajian
yang lebih terperinci oleh para ahli arkeologi.46

Disamping itu, zaman kegemilangan politi Santubong yang merujuk kepada


perkembangan pelabuhan Santubong adalah berdasarkan kepada penemuan aktiviti peleburan
besi. Hal ini dapat dibuktikkan berdasarkan kepada penemuan bijih besi di Sungai Jaong
dimana bijih besi tersebut dijumpai bersama-sama dengan serpihan seramik yang
menunjukkan ciri-ciri Dinasti Tang dan Song. Walaubagaimanapun, penemuan bijih besi ini
masih memerlukan kajian yang lebih terperinci walaupun penemuan ahli arkeologi
menunjukkan kawasan di Sungai Jaong merupakan salah satu daripada kawasan untuk
aktiviti peleburan besi pada abad ke-6M. Seterusnya adalah berdasarkan penemuan bijih besi
juga dapat ditemui di Bongkissam bersama-sama dengan arca ataupun stupa yang
mempunyai ciri-ciri Budha. Selain itu, penemuan stupa yang merujuk kepada agama Budhha
juga dapat dijumpai di Bukit Maras dan bijih besi juga dapat ditemui di Sungai Buah.
Manakala penemuan serpihan seramik banyak ditemui di Bongkissam, Sungai Buah, Sungai
Jaong yang menunjukkan ciri-ciri seramik yang terdapat pada destinasi Song.47

Kesimpulannya, dapat dilihat bahawa zaman kegemilangan politi Santubong merujuk


kepada perkembangan pelabuhan Santubong sebagai kawasan perdagangan yang
menghubungkan kepada aktiviti perdagangan antarabangsa seperti dengan India dan China

46
Abdul Latif Samian, Nazri Muslim,2015, Isu-isu Sains dan Teknologi Di Alam Melayu; Sungai Mas, Kuala
Selinsing dan Santubong, Pusat Pengeluaran Manik Kaca Indo-Pasifik di Asia Tenggara pada Zaman Proto-
sejarah, Bangi, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia,hlmn 372.

https://www.researchgate.net/publication/305236342_Sungai_Mas_Kuala_Selinsing_dan_Santubong_Pusat_
Pengeluaran_Manik_Kaca_Indo-pasifik_di_Asia_Tenggara_pada_Zaman_Proto-sejarah

47
Ibid Abdul Latif Samian, Nazri Muslim , Isu-isu Sains dan Teknologi Di Alam Melayu; Sungai Mas, Kuala
Selinsing dan Santubong, Pusat Pengeluaran Manik Kaca Indo-Pasifik di Asia Tenggara pada Zaman Proto-
sejarah, hlmn 386.
4.4 KEMEROSOTAN KERAJAAN SANTUBONG

Selain itu, salah satu daripada hasil penemuan ahli arkeologi berdasarkan
kajian ekskavasi di Santubong adalah berdasarkan penemuan serpihan tembikar China. Hal
ini dimana, berdasarkan kajian keatas tembikar China tersebut menunjukkan bahawa politi
Santubong sebenarnya kekal sehingga abad ke-14. Hal ini juga dapat dikaitkan dengan
sejarah Brunei, dimana menurut tulisan China, Brunei ataupun Tung-yang Fo-ni ini dianggap
sebagai kuasa besar yang memerintah Borneo bersama-sama dengan Tan-chung-pu-lo
ataupun Tanjungpura.48 Manakala menurut sumber Jawa pula, Santubong dikatakan telah
muncul pada abad ke-7 berdasarkan kepada aktiviti perdagangan yang dijalankan semasa
perluasan kuasa Majapahit keatas Brunei pada abad ke-14. Hal ini dimana, Santubong
dikatakan telah menjalankan aktiviti perdagangan antaranya ialah perdagangan tembikar
dengan China.

Melalui perluasan kuasa Majapahit keatas Brunei pada abad ke-14 ini juga telah
menjejaskan politi Santubong. Hal ini kerana, Santubong merupakan salah satu politi yang
berada dibawah penguasaan Brunei pada ketika itu. Berdasarkan perluasan kuasa Majapahit
keatas Brunei ini seterusnya telah menjejaskan salah satunya adalah aktiviti perdagangan
diantara Santubong dengan China. Seterusnya, perluasan Majapahit ini juga memberi impak
yang cukup kuat kemana Santubong, hal ini dimana, menyebabkan penduduk Santubong
mula berpindah ke negeri ataupun politi lain seperti Sadong dan nama Santubong telah
ditukarkan kepada Sawaku ataupun Sarawak.49

48
Ibid, Abdul Karim bin Abdul Rahman, Sejarah Pengasasan dan Asal Usul Kerajaan Brunei Berdasarkan
Sumber Lisan, Tesis Ijazah Doktor Falsafah, hlmn 54.
http://studentsrepo.um.edu.my/6454/1/HAJI_ABDUL_KARIM_BIN_HAJI_ABDUL_RAHMAN.pdf

49
Ibid, Sanib Said, Sejarah Awal Kepulauan Melayu: Lima Buah Negeri Warisan Sarawak yang Hilang,
hlmn 40.
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/25245/Article__2.PDF
4.5 KESAN KE ATAS KERAJAAN SANTUBONG

Politi Santubong dikatakan telah berakhir menjelang abad ke-14 memandangkan


Santubong menerima kesan diatas penguasaan Majapahit keatas Brunei menjelang abad ke-
14. Hal ini kerana menurut sumber seperti Sumber Jawa yang menjelaskan, bahawa
Santubong yang pada ketika itu dibawah pemerintahan Datuk Merpati telah menerima kesan
disebabkan oleh perluasan kuasa Majaphit menjelang tahun 1350. Disebabkan oleh perluasan
kuasa yang dijalankan oleh Majapahit telah menjejaskan aktiviti kerjasama perdagangan yang
dijalankan oleh Santubong dengan China pada ketika itu. Perluasan Majapahit tersebut juga
memberi impak yang cukup besar kepada Santubong yang membawa kepada pertukaran
nama Santubong kepada Sawaku dan para penduduk mula menetap di tempat lain.50

Menurut buku Studies in Chinese Archaeology, Santubong menerima kesan


kemerosotan disebabkan oleh perluasan kuasa yang dijalankan oleh empayar Mongol ketika
pemerintah Kublai Khan yang bertanggungjawab dalam meluaskan empayar di China dengan
menubuhkan Dinasti Yuan. Dinasti Yuan yang bermula pada tahun 1271-1368 dikatakan
sebagai sebuah Dinasti yang maju dari segi perkapalan, namun begitu, menjelang 1281,
seramai 100 000 para tentera laut telah terkenal taufan yang menyebabkan hanya 3 orang
tentera laut yang berjaya untuk hidup. Hal ini seterusnya telah menjejaskan aktiviti
perdagangan yang dijalankan semasa Dinasti Yuan kerana, ianya mengambil masa yang lama
untuk membangunkan semula aktiviti perdagangan dengan sehingga kepada perkembangan
Dinasti Ming. Namun begitu, tiada bukti yang menunjukkan bahawa Santubong menjalankan
aktiviti perdagangan semasa pemerintahan Dinasti Ming menjelang abad ke-15.51

Kesimpulannya, dapat dilihat bahawa kesan kemerosotan Santubong adalah


disebabkan oleh kuasa luar yang seterusnya telah menjejaskan kegemilang Santubong sebagai
kawasan pelabuhan perdagangan kepada sejarah asal kemunculan Santubong.

50
Ibid, Sanib Said, Sejarah Awal Kepulauan Melayu: Lima Buah Negeri Warisan Sarawak yang Hilang,
hlmn 40.
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/25245/Article__2.PDF

51
Ibid, Cheng Te-k’un, (Studies in Chinese Archaeology), hlmn 54.
5.0 KERAJAAN BRUNEI

5.1 KEMUNCULAN KERAJAAN BRUNEI

Brunei adalah sebuah daripada negara tertua di Alam Melayu yang mempunyai warisan
sejarah yang beriringan dengan Palembang Tua di Sumatera dan Taruma di Jawa dan ia juga
merupakan sebuah kerajaan tua Melayu Islam di rantau seperti Perlak,Pasai, Melaka, Demak
dan Acheh52. Kedudukan geografinya yang baik dan pelabuhan strategik menjadikan Brunei
terkenal sebagai tempat persinggahan oleh ahli-ahli pelayaran seperti dari Arab, India, China
dan negeri di rantau sebelah sini sebelum kurun ke - 6 masihi lagi53. Sebelum berdirinya
kerajaan Brunei, sejarah China ada mengatakan dahulu Brunei dikenali dengan nama Po-
li,Po-lo atau Po-ni dan ‘Bun-lai’54. Manakala dalam catatatan Arab pula Brunei dikenali
dengan nama ‘Zabadj’ atau ‘Randj’ dan para pedagang Arab mengatakan bahawa Laut China
Selatan yang mereka pernah lintasi adalah “Laut Brunei”55. Terdapat perbezaan dalam
penyebutan nama Brunei oleh pedangang China dan ia dapat di simpulkan kerana daripada
perubahan dinasti yang berlaku di China. Contohnya, Dinasti Liang (T.M. 502-566) Po-li,
Dinasti Tang (T.M. 618-906) Po-lo dan Po-li, Dinasti Sung (T.M. 960-1279) dan Dinasti
Ming (T.M. 1368-1643) Po-ni atau Puni56. Sejak orang China mengetahui jalan laut ke Brunei
perniagaan di antara kedua-dua buah negera ini telah berjalan dengan baik dan mereka datang
ke Brunei menggunakan jong-jong atau wangkang untuk membawa barang perdagangan
seperti tembikar,barangan perak,emas, kain sutera berwarna-warni,kain kasa,kiap dan lain-
lain dan akan bertukar barang dagangan tempatan dengan Brunei (Po-li) seperti kapur barus,
tanduk rusa,timah, gelang daripada gading gajah, kulit kura-kura,sarang burung,wangi-
wangian dan rempah ratus57. Brunei mula melalui zaman kegemilangannya kerana sifat raja
dan pembesarnya yang baik melayani tetamu dari luar yang datang ingin berdagang di Po-li.
Sebagai bukti pada T.M. 977 seorang ahli perniagaan China bernama Pu-Lu-hsien pernah
datang ke Brunei untuk berniaga namun kapal beliau musnah kerana di tiup angin ribut di

52
Awang Haji Muhammad, Awang Haji Hashim dan Awang Haji Rosli. (1994). Brunei Di Tengah-tengah
Nusantara Kumpulan Kertas Kerja Seminar Sejarah Brunei. Brunei Darussalam : Jabatan Pusat Sejarah. Hlmn 1
53
Ibid. Hlmn 1
54
Dr Haji Awang Mohd Jamil Al- Sufri. 1997. Tarsilah Brunei II Zaman kegemilangan dan kemashyuran.Brunei
Darussalam : Pusat Sejarah Brunei. Hlmn 2
55
Ibid. Hlmn 2
56
Awang Haji Muhammad, Awang Haji Hashim dan Awang Haji Rosli. (1994). Brunei Di Tengah-tengah
Nusantara Kumpulan Kertas Kerja Seminar Sejarah Brunei. Brunei Darussalam : Jabatan Pusat Sejarah. Hlmn 5
57
Ibid. Hlmn 5
Kuala Sungai Brunei oleh itu raja Brunei telah menghantar pegawainya untuk menjemputnya
setelah mengetahui Pu-Lu-hsien daripada negara China dan dengan rasa gembira rakyat
Brunei memberikan beliau sebuah kapal baharu. Atas sebab ini raja Brunei telah menghantar
wakilnya iaitu Sheikh Noh dan Qadhi Kasim yang diketuai Pu-Lu-hsien untuk menghadap
Raja China dengan membawa sepucuk surat dan barang persembahan. Surat raja Po-ni
berwarna hijau muda panjangnya beberapa kaki digulung dan melintang yang mengandungi
isi bagaimana beliau mengenali Pu-Lu-hsien rakyatnya dan membantunya dengan
memberikan sebuah kapal kerana kapal beliau musnah ketika berada di Kuala Sungai
Brunei58. Dalam surat berwarna hijau pucuk pisang ini raja Brunei melahirkan rasa
kebimbingan tentang kapal-kapal beliau yang kadangkala ditiup angin ribut mendampar di
Champa dan raja Brunei amat berharap agar raja China boleh menghantar utusan ke negeri itu
supaya apabila kapal-kapal raja Brunei memasuki singgah di sana akan adanya jaminan
keselamatan oleh negeri tersebut dan melalui penghantaran surat ini wakil dari raja Brunei
mempersembahkan barang daripada Brunei di hadapan raja China seperti 100 kulit kura-kura,
kapur barus, lima keping gaharu, tiga dulang cendana, kayu raksamala dan enam batang
gading gajah59. Selain mempunyai hubungan perdagangan dengan China, Brunei juga pada
zaman itu mempunyai hubungan perniagaan dengan Kochin,Jawa, Singapura, Pahang,
Terengganu, Kelantan di sebelah timur Tanah Melayu dan negeri persekitarannya Siam60.
Adat bagi orang Po-ni (Brunei) ketika kapal datang kebiasaannya tiga hari sesudah berlabuh
baharulah raja berangkat ke kapal itu dan orang di kapal itu akan menyambut tetamu dengan
penuh hormat dan menjamunya dengan arak manis dan menghidangkan makanan
menggunakan pinggan mangkuk yang diperbuat daripada emas dan perak61. Selain itu,
memberi persembahan khas kepada raja dan ahli-ahli rombongan juga diberi hadiah seperti
kain sutera berwarna-warni serta payung mengikut taraf masing-masing dan ketika
rombongan pedagang dari China ke Po-ni mereka setiap hari menyembahkan makanan
masakan China kepada raja Po-ni dan disebabkan itulah mereka akan membawa masuk
tukang masak yang mahir bersama mereka ketika berlayar. Setelah raja dan pembesar serta
saudagar selesai berunding mereka menetapkan penyesuaian harga barang yang

58
Awang Haji Muhammad, Awang Haji Hashim dan Awang Haji Rosli. (1994). Brunei Di Tengah-tengah
Nusantara Kumpulan Kertas Kerja Seminar Sejarah Brunei. Brunei Darussalam : Jabatan Pusat Sejarah. Hlmn 6
59
Dr Haji Awang Mohd Jamil Al- Sufri. 1997. Tarsilah Brunei II Zaman kegemilangan dan kemashyuran.Brunei
Darussalam : Pusat Sejarah Brunei. Hlmn 3
60
Awang Haji Muhammad, Awang Haji Hashim dan Awang Haji Rosli. (1994). Brunei Di Tengah-tengah
Nusantara Kumpulan Kertas Kerja Seminar Sejarah Brunei. Brunei Darussalam : Jabatan Pusat Sejarah. Hlmn 10

61
Dr Haji Awang Mohd Jamil Al- Sufri. 1997. Tarsilah Brunei II Zaman kegemilangan dan kemashyuran.Brunei
Darussalam : Pusat Sejarah Brunei. Hlmn 11
diperniagakan dan gong akan dibunyikan untuk menarik orang jauh dan dekat datang ke
kapal itu untuk membeli belah. Bagi sesiapa yang memulakan perniagaan secara bersendirian
akan dihukum mati tetapi jika orang itu adalah saudagar maka diringankan daripada hukuman
bunuh.62 Menurut Marco Polo, seorang pengembara bangsa Itali yang pernah melawat China
dan negeri-negeri di rantau sebelah sini menyatakan dalam T.M. 1291 perdagangan antara
Brunei (Po-ni) dan China berjalan dengan baik kerana beliau melihat cara mereka berjual beli
kemas dan teratur serta diawasi oleh ketua jurutulis,penolong ketua,pembantu ketua dan
pegawai yang mengawal sukatan dan timbangan63. Dalam zaman Dinasti Ming (T.M. 1368-
1643) sebutan Puni atau Po-ni terhadap Brunei masih lagi digunakan namun pada T.M. 1370
semasa pemerintahan Hung-Wu (T.M.1368-1398) utusan China yang pergi ke Jawa dikatakan
telah singgah di Puni dan pada ketika itu Raja Po-ni bernama Ma-ha-mo-sha . Pada ogos
1371 baginda telah menghantar utusan ke China diketuai oleh Ismail atau (I-szu-ma-I)
membawa sepucuk surat yang seakan-akan tulisan Hui-ku dan barang hadiah hasil dalam
negeri. Dari tulisan tersebut ternyata negeri Po-ni telah Islam dan sebutan Ma-ha-mo-sha
adalah sebutan pelat orang Cina bagi menyebut Muhammad Shah.64

62
Awang Haji Muhammad, Awang Haji Hashim dan Awang Haji Rosli. (1994). Brunei Di Tengah-tengah
NusantaraKumpulan Kertas Kerja Seminar Sejarah Brunei. Brunei Darussalam : Jabatan Pusat Sejarah. Hlmn
7
63
Ibid. Hlmn 7
64
Ibid. Hlmn 8
5.2 KEGEMILANGAN KERAJAAN BRUNEI

5.2.1 Islam di Brunei

Islam secara rasmi di Brunei lebih dalam pada kurun ke-6 masihi dan melalui salasilah raja-
raja Brunei versi Datu Imam Yaakub menyebutkan tentang Sultan Islam yang pertama ialah
Sultan Muhammad Shah (Awang Alak Betatar) atau pun Ma-ha-mo-sha iaitu setelah baginda
berkahwin dengan Puteri Johor (Singapura) kira-kira dalam tahun 1368 Masihi65. Meskipun
Islam di katakan secara rasmi ketika zaman pemerintahan Sultan Muhammad Shah (Awang
Alak Betatar) namun demikian agama Islam mungkin lebih awal tersebar daripada tarikh itu
kerana kedudukan Brunei adalah menjadi pelaluan ahli perniagaan Islam berulang-alik.
Menurut raja China pada tahun 977 masihi Raja Po-ni atau Puni telah menghantar utusan
bersama Pu-Lu-hsien yang pada masa itu pulang ke China bersama Shih Nu (Sheikh Noh)
dan Qadhi Kasim (Pu-Yu-li) dengan membawa sepucuk surat dan barang persembahan hasil
dalam negeri Brunei66. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa agama Islam telah ada di Brunei
sebelum tahun 977 Masihi lagi dan mungkin ada penduduk tempatan yang telah memeluk
Islam terlebih dahulu berikut dengan bukti batu nisan yang terdapat di perkuburan Islam
Rangas, Bandar Seri Begawan kepunyaan Pu Kung Cheh-mu bertarikh tahun 1264 Masihi
dapat menguatkan keterangan mengenai kedatangan Islam ini kerana menurut terjemahan
Wolfgang Franke dan Chien Tieh-fan batu nisan itu kepunyaan keluarga ‘Pu’ iaitu seorang
Islam yang datang dari daerah Chuan Chou semasa empayar Sung tahun 960-1279 masihi
bersama anaknya Yian Chia67. Melihat daripada keadaan itu jelaslah bahawa agama Islam
telah memasuki Brunei lebih awal daripada tahun 1368 masihi namun ia nya secara rasminya
ketika pemerintahan raja Muhammad Shah (Awang Alak Betatar) memasuki Islam dan
baharulah ada usaha daripada mubaligh-mubaligh Islam dalam aktiviti penyebaran agama
Islam secara terang-terangan.68 Apabila Sultan Muhammad Shah meninggal dunia kira-kira
tahun 1402 telah digantikan dengan putera baginda iaitu Sultan Abdul Majid Hasan (Ma-na-
je-ka-na) telah menghantar satu utusan ke China bagi mendapatkan pengiktirafan perpuspaan
dengan membawa surat dan hadiah seperti mutiara, permata dan pelbagai hasil dalam negeri

65
Dr Haji Awang Mohd Jamil Al- Sufri. 1997. Tarsilah Brunei II Zaman kegemilangan dan kemashyuran.Brunei
Darussalam : Pusat Sejarah Brunei. Hlmn 13
66
Ibid. Hlmn 13
67
Awang Haji Muhammad, Awang Haji Hashim dan Awang Haji Rosli. (1994). Brunei Di Tengah-tengah
Nusantara Kumpulan Kertas Kerja Seminar Sejarah Brunei. Brunei Darussalam : Jabatan Pusat Sejarah. Hlmn 8
68
Ibid. Hlmn 8
Brunei69. Raja China merasa amat gembira menerima persembahan dan penghormatan
daripada Brunei dan membalasnya dengan menghantar utusan rasmi ke Po-ni dengan
membawa barang-barang dan mohor Diraja dan pada ogos 1408 raja Brunei telah berangkat
ke China beliau telah di layan dengan begitu baik dan pihak raja China menitikberatkan
tentang jenis makanan yang disediakan untuk raja Po-ni kerana beliau adalah seorang Islam.
Raja China telah menggunakan peraturan khas (kod undang-undang dan peraturan Ming)
dalam menentukan jenis makanan seperti dua ekor kambing,empat ekor angsa, lapan ekor
ayam,20 botol air, sepikul beras, 30 kati mihun, empat jenis buah-buahan dan pelbagai jenis
sayur-sayuran.70 Pada oktober 1408 Sultan Abdul Majid meninggal dunia semasa berumur 28
tahun dan dimakamkan di luar pintu An Teh Boon Goh. Takhta beliau ingin digantikan
dengan putera beliau bernama Hsia-wang namun ketika puteranya baru berumur empat tahun
dan kerajaan Brunei telah dipangku oleh Sultan Ahmad iaitu nenda saudara baginda seperti
dicatatkan dalam salasilah Raja-raja Brunei yang kedua memerintah pada tahun 1408 -1425
masihi.

5.2.2 Pemerintahan Islam

Pengaruh agama Islam berkembang pesat sesudah Sharif Ali datang ke Brunei
untuk berdakwah dan berjaya menyebarkan Islam. Sharif Ali telah berkahwin dengan puteri
Sultan Ahmad yang bernama Puteri Ratna Kesuma dan tatkala ayahnda Puteri Ratna Kesuma
mangkat beliau tidak mempunyai putera dan dengan permintaan orang ramai Sharif Ali
dijujung menjadi pengganti Sultan Ahmad pada tahun 1425 hingga 1432 masihi71. Pada
waktu ini hubungan China dan Brunei makin renggang dan akhirnya terputus ini mungkin
disebabkan pertukaran sultan yang mempunyai polisi luar negerinya yang tersendiri72. Sultan
Sharif Ali merupakan seorang yang kuat beribadat dan mempunyai berkat sehingga baginda
masyur dengan gelaran ‘Sultan Berkat’ dan bermulalah pembinaan masjid dan
memperkuatkan pertahanan negara dengan mengarahkan rakyat membuat kota batu.
Walaupun hubungan Brunei dan China renggang dan terputus namun perdagangan anatara

69
Awang Haji Muhammad, Awang Haji Hashim dan Awang Haji Rosli. (1994). Brunei Di Tengah-tengah
Nusantara Kumpulan Kertas Kerja Seminar Sejarah Brunei. Brunei Darussalam : Jabatan Pusat Sejarah.
Hlmn 9
70
Ibid. Hlmn 9
71
Awang Haji Muhammad, Awang Haji Hashim dan Awang Haji Rosli. (1994). Brunei Di Tengah-tengah
Nusantara Kumpulan Kertas Kerja Seminar Sejarah Brunei. Brunei Darussalam : Jabatan Pusat Sejarah. Hlmn
14
72
Ibid. Hlmn 14
keduanya masih berjalan dan pada zaman ini ia disebut sebagai zaman kesentosaan sehingga
Brunei dinamakan ‘Darrusalam’73. Setelah Sultan Sharif Ali meninggal dunia telah
digantikan dengan putera baginda yang bernama Sultan Sulaiman pada tahun 1432 hingga
1485 masihi beliau memandu pemerintahan Brunei dengan membaiki lagi strategi
pemerintahan dan menitahkan orang China yang menjadi pengiring Ong Sum Piang
(Pengiran Maharaja Lela) bersama orang Brunei untuk menambahkan kota batu di Kuala
Sungai Brunei 74
. Brunei makin berkembang maju ketika pemerintahan Sultan Bolkiah pada
tahun 1485 hingga 1524 masihi kerana baginda seorang yang pemikiran kepada rancangan-
rancangan baharu dan baginda sering berangkat ke luar negeri mencari pengetahuan dan
pengalaman memajukan negara dan baginda dikenali sebagai ‘Nakhoda Ragam’ kerana
baginda suka membawa gendang kebesaran Diraja ketika berangkat. Peluasan pemerintahan
Sultan Bolkiah menundukkan Suluk dan Saludang kemudian baginda berkahwin dengan
Puteri Lela Menchanai iaitu Puteri Raja Suluk dan Puteri Datu Gamban telah meluaskan
penempatan,perdagangan dan mengembangkan syiar Islam di rantau itu. Kebesaran dan
kegagahan Brunei dalam zaman pemerintahan Sultan Bolkiah di anggap sebagai zaman
keemasan Empayar Brunei dan ia diakui oleh Antonio Pigafetta semasa rombongan kapal
Ferdinand Magellan yang disertainya singgah di Brunei pada tahun 1521 masihi75. Orang
Sepanyol itu telah meluahkan keiinginan Raja Sepanyol iaitu raja mereka untuk bersahabat
baik dengan raja Brunei iaitu Sultan Bolkiah melalui aktiviti perniagaan yang ingin mereka
jalankan di Brunei dan dengan sukacitanya raja Brunei telah berbesar hati menerima mereka
dalam negeri Brunei untuk menjalankan perniagaan dan mereka di benarkan untuk
mengambil air dan kayu mengikut kesukaan mreka76.

73
Awang Haji Muhammad, Awang Haji Hashim dan Awang Haji Rosli. (1994). Brunei Di Tengah-
tengahNusantara Kumpulan Kertas Kerja Seminar Sejarah Brunei. Brunei Darussalam : Jabatan Pusat
Sejarah. Hlmn 12
74
Ibid . Hlmn 12
75
Awang Haji Muhammad, Awang Haji Hashim dan Awang Haji Rosli. (1994). Brunei Di Tengah-
tengahNusantara Kumpulan Kertas Kerja Seminar Sejarah Brunei. Brunei Darussalam : Jabatan Pusat
Sejarah. Hlmn 13

76
Awang Haji Muhammad, Awang Haji Hashim dan Awang Haji Rosli. (1994). Brunei Di Tengah-tengah
Nusantara Kumpulan Kertas Kerja Seminar Sejarah Brunei. Brunei Darussalam : Jabatan Pusat Sejarah. Hlmn 14
5.2.3 Brunei Pusat Perkembangan Islam

Setelah Sultan Bolkiah meninggal dunia pada 9 Ramadhan 930 (11 Julai 1524)
takhta digantikan dengan putera baginda iaitu Sultan Abdul Kahar dari tahun 1524 hingga
1530 dan beliau terkenal dengan nama “Marhum Keramat”. Antonio Pigafetta menyebutnya
‘Siripada’ kerana fizikalnya berbadan tegap, seorang Islam dan berumur 40 tahun77. Zaman
pemerintahan baginda adalah lanjutan kegemilangan Empayar Brunei dan kemasyhuran
Brunei membuatkan Brunei menjadi tempat perkembangan Islam kerana ramai ulama datang
ke Brunei dan ada yang meninggal dunia di Brunei. Keterangan yang menunjukkan Brunei
sebagai pusat perkembangan Islam di negeri utara Brunei dapat diketahui melalui tulisan
orang Sepanyol di Filipina iaitu Joan Ochoa Ttabudo dalam laporannya bertarikh 19 April
1578 menyatakan agama Islam disebarkan di Balayan, Manilla, Mindoro, Bonbon dan
kawasan berhampirannya ialah berpusat di Brunei dan ianya bukan semata-mata melalui
hubungan perdagangan malah melalui penghijrahan dan ikatan perkahwinan78.

5.2.4 Kuasa Barat

Sejak perkhabaran lawatan dan keindahan serta kekayaan Brunei diperkatakan


oleh Antonio Pigafetta dalam tahun 1521 masihi ia telah diketahui oleh orang barat
terutamanya orang Portugis dan Sepanyol dan membuatkan mereka datang memasuki Brunei
untuk tujuan menakluki Brunei. Setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 24 Ogos
1511 datang seorang Portugis pada tahun 1526 yang bernama George de Manezes secara
berpura-pura datang ke Brunei untuk berniaga namun hajat untuk menakluki Brunei
dimatikan kerana kekuatan Brunei yang sukar dikalahkan79. Daripada tujuan asalnya untuk
menakluki Brunei namun pengakhirannya beliau sekadar datang untuk berniaga dan membuat
perjanjian persahabatan dengan Sultan Abdul Kahar dan sejak itu Brunei mengeksport lada
hitam,sagu, ikan, beras, emas dan lain-lain dan perairan Brunei menjadi tempat lalu lintas
perkapalan Portugis dari Kochin ke Melaka dan dari Melaka ke Maluku. Lawatan orang barat
ke Brunei menimbulkan tanda tanya dan perhatian oleh Sultan Abdul Kahar dan kejadian ini

77
Ibid. Hlmn 15
78
Awang Haji Muhammad, Awang Haji Hashim dan Awang Haji Rosli. (1994). Brunei Di Tengah-tengah
Nusantara Kumpulan Kertas Kerja Seminar Sejarah Brunei. Brunei Darussalam : Jabatan Pusat Sejarah. Hlmn 18

79
Awang Haji Muhammad, Awang Haji Hashim dan Awang Haji Rosli. (1994). Brunei Di Tengah-tengah
Nusantara Kumpulan Kertas Kerja Seminar Sejarah Brunei. Brunei Darussalam : Jabatan Pusat Sejarah. Hlmn 19
mendorong baginda turun takhta dan menyerahkan kepada puteranya iaitu Sulta Saiful Rijal
pada tahun 1533 hingga 1581 dan pada tahun 1533 itu ia adalah titik penolak dalam
penyusunan pemerintahan dan memberi pimpinan kepada puteranya iaitu Sultan Saiful
Rijjal.80

5.2.5 Sepanyol di Manila

Sepanyol datang ke pulai-pulau Filipina dalam tahun 1565 dan berjaya menawan
Manilla dalam tahun 1571 dan sejak itu Manilla dijadikan sebagai pusat pertahanan,
perdagangan dan pengembangan agama Kristian namun cita-cita mereka terhalang kerana
pengaruh Sultan Brunei di kalangan orang Filipina sangat kuat dan ketika Sepanyol
mengalahkan Manilla mereka mendapati bahawa Islam di Brunei telah terlalu lama bertapak.
Setelah dikalahkan oleh Sepanyol, Raja Sulaiman (1571) dan Datu Lakandula (1574) orang
Sepanyol telah berusaha menghapuskan Islam dan pengaruh Brunei di Kepulauan Luzon
(Manilla) secara menyebarkan ajaran Kristian81.

Brunei telah dijadikan sasaran untuk dibinasakan oleh Sepanyol kerana bagi mereka selagi
Brunei kuat sebagai pusat perkembangan Islam maka usaha mereka untuk menyebarkan
Kristian terhalang. Apabila Miguel Lopez De Legazpi yang menjadi gabenor Manilla mati ia
diganti dengan Guido de Labacaris dalam tahun 1573 dan satu utusan Sepanyol telah di
hantar ke Brunei menghadap Sultan Saiful Rijjal diketuai oleh orang Islam dari Luzon untuk
memberi tahu tentang niat mereka seakan-akan memaksa baginda untuk menerima paderi
masuk ke Brunei dan aktiviti penyebaran agama Kristian dibenarkan. Oleh itu, Sultan Saiful
Rijal murka dan merasakan utusan dari Sepanyol itu merendahkan baginda dan agama Islam.
Utusan Sepanyol pulang ke Manilla semula dalam keadaan marah namun mereka tidak dapa
berbuat apa-apa melainkan menyimpan dendam untuk menakluki Brunei pada satu masa
nanti82.

80
Dr Haji Awang Mohd Jamil Al- Sufri. 1997. Tarsilah Brunei II Zaman kegemilangan dan kemashyuran.Brunei
Darussalam : Pusat Sejarah Brunei. Hlmn 22

81
Ibid. Hlmn 22
82
Awang Haji Muhammad, Awang Haji Hashim dan Awang Haji Rosli. (1994). Brunei Di Tengah-tengah
Nusantara Kumpulan Kertas Kerja Seminar Sejarah Brunei. Brunei Darussalam : Jabatan Pusat Sejarah. Hlmn 20
5.2.6 Perang Kastila

Apabila perselisihan faham antara Sultan Saiful Rijjal dengan Pengiran Seri Lela
dan Pengiran Seri Ratna melarat dan ia diketahui oleh orang Sepanyol dan mereka
menjadikan perselisihan faham ini sebagai satu peluang keemasan yang ditunggu-tunggu
untuk menakluki Brunei.83 Orang Sepanyol mendapatkan pengakuan dan sokongan daripada
Pengiran Sri Lela dan Pengiran Seri Ratna dengan janji Sepanyol akan menjadikan Pengiran
Sri Lela sebagai Sultan manakala Pengeran Sri Ratna akan dilantik menjadi Bendahara.
Dalam bulan Mac 1578 Dr. Francisco de Sande, kapten-kapten Sepanyol di Manilla telah
bertolak ke Brunei dengan 40 buah kapal perang, dikepalai oleh kapal Santiago84. Pada 13
April 1578 setelah sampai ke sebuah pulau berdekatan dengan perairan Brunei Dr. Francisco
de Sande telah menghantar sepucuk surat kepada Sultan Saiful Rijjal melalui dua orang
utusan bernama Simagat dan Simagat China dan isi kandungan surat ini mengandungi tentang
Dr. Francisco de Sande adalah utusan daripada Raja Sepanyol yang menetap di daerah Pulau
Luzon,Cebu dan daerah-daerah pesisir lainnya. Di Manilla, Cebu dan daerah lain telah
terdengar khabar-khabar angin mengatakan Duli Tuanku sedang mengganggu dan menghasut
pihak di sana dengan menghantar pengintip. Oleh itu Dr. Francisco de Sande berkata beliau
tidak mahu berperang jikalau boleh ingin melalui rundingan baik tanpa kekerasan walhal
beliau telah dihantar oleh Rajanya dari Sepanyol iaitu Raja Kastilla untuk memerangi Brunei
bersama askar Kastilla85. Dr. Francisco de Sande menerangkan dalam utusan suratnya
mengenai baginda mestilah memberhentikan penyebaran agama Islam di bahagian Pulau
Luzon,Cebu dan daerah pesisirnya dan boleh menyebarkan agama Islam kepada penduduk di
bukit kerana mereka masih dalam lingkungan jahilliah dan Dr Francisco de Sande berkata
beliau mempunyai niat yang ikhlas tetapi dipandang jahat untuk menyebarkan agama
Kristian. Seterusnya Dr. Francisco de Sande menyuruh baginda memulangkan tawanan orang
Sepanyol Kristian iaitu Diego Felipe dan memberhentikan kutipan ufti di wilayah pulau-
pulau tawanan kami.86 Pada petang 14 April 1578 apabila Dr. Francisco de Sande mendapati
utusannya tidak pulang dan angkatannya dalam bahaya disebabkan terdapat 50 buah kapal

83
Dr Haji Awang Mohd Jamil Al- Sufri. 1997. Tarsilah Brunei II Zaman kegemilangan dan kemashyuran.Brunei
Darussalam : Pusat Sejarah Brunei. Hlmn 24

84
Ibid. Hlmn 24
85
Awang Haji Muhammad, Awang Haji Hashim dan Awang Haji Rosli. (1994). Brunei Di Tengah-tengah
Nusantara Kumpulan Kertas Kerja Seminar Sejarah Brunei. Brunei Darussalam : Jabatan Pusat Sejarah. Hlmn 22

86
Awang Haji Muhammad, Awang Haji Hashim dan Awang Haji Rosli. (1994). Brunei Di Tengah-tengah
Nusantara Kumpulan Kertas Kerja Seminar Sejarah Brunei. Brunei Darussalam : Jabatan Pusat Sejarah. Hlmn 25
perang Brunei yang berkawal di seliling mereka maka Dr. Francisco de Sande pun
mengisytiharkan Perang dan menembak angkatan Brunei. Oleh kerana tembakan itu secara
tiba-tiba tanpa diduga Brunei maka banyak kapal angkatan Brunei yang musnah87.

5.2.7 Sepanyol Menggeledah dan Merampas

Pada 16 April 1578 Dr. Francisco de Sande telah melanggar dan masuk ke Brunei
lalu menggeledah istana Sultan Abdul Kahar. Mereka memasuki istana dan mengambil
barang berharga antaranya, meriam, ubat bedil,tombak,dan panah. Dr. Francisco de Sande
juga pergi ke masjid yang terletak di pusat bandar juga mengambil barang berharga di situ 88.
Pada 20 April 1578, Dr. Francisco de Sande dan askar-askarnya memasuki dan menggeledah
rumah wazir-waziq,cheteria-cheteria dan pembesar Brunei yang lain serta merampas berharga
di dalam rumah itu. Pada 24 April 1578 setelah menggeledah istana Sultan Saiful Rijal dan
rumah pembesar, Dr. Francisco de Sande mengarahkan askarnya membina kubu pertahanan
untuk menyimpan alatan dan ubat-ubatan untuk merawat askar yang sakit dan Dr. Francisco
de Sande telah menginap di istana Sultan Saiful Rijal itu sendiri89.

5.2.8 Sepanyol Kalah dalam Peperangan

Tentangan hebat daripada pihak Brunei yang diketuai Pengiran Bendahara Sakam
dalam perlawanan yang berterusan telah melemahkan askar-askar Sepanyol tambahan pada
waktu itu ramai yang sakit maka pada 26 Jun 1578 Sepanyol telah dapat dikalahkan serta
diusir keluar daripada Brunei oleh Pengiran Bendahara Sakam hingga ke Nausung Sabah. 90.
Tiga hari sebelum berlayar balik ke Manila, untuk membuang rasa marah ke Brunei Dr.
Francisco de Sande telah mengarahkan askarnya membakar Masjid Jame’ Brunei. Pihak
Sepanyol yang telah dikalahkan itu tidak terus berdiam diri maka mereka sentiasa berusaha

87
D.G.E Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn 859
88
Awang Haji Muhammad, Awang Haji Hashim dan Awang Haji Rosli. (1994). Brunei Di Tengah-tengah
NusantaraKumpulan Kertas Kerja Seminar Sejarah Brunei. Brunei Darussalam : Jabatan Pusat Sejarah. Hlmn
29

89
D.G.E Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn 860

90
Awang Haji Muhammad, Awang Haji Hashim dan Awang Haji Rosli. (1994). Brunei Di Tengah-tengah
NusantaraKumpulan Kertas Kerja Seminar Sejarah Brunei. Brunei Darussalam : Jabatan Pusat Sejarah. Hlmn
36
mencari helah dan muslihat kerana mereka mengetahui bahawa Brunei mempunyai pengaruh
yang kuat di Filipina dan selagi Brunei belum ditakluki maka urusan mereka untuk
menyebarkan agama Kristian tidak dapat diteruskan91. Ini dapat dibuktikan apabila dalam
bulan Mac 1579 dengan menghantar satu angkatan yang diketuai Kapten Don Juan Arce de
Sadornil yang menyamar dengan helah untuk bersahabat dan berdamai namun pihak Brunei
sangat berjaga-jaga dan dapat membaca tipu helah orang Sepanyol itu dan pada akhirnya
angakatan Kapten Don Juan Arce de Sadornil pulang ke Manila atas alasan ramai rakyat di
sana jatuh sakit kerana takut dengan kekuatan Brunei. Sejak dari itu, pihak Sepanyol tidak
lagi berani mengacau Brunei seperti yang dilakukan pada masa lalu92.

5.2.9 Pemerintahan Sultan Muhamad Hasan

Dalam zaman pemerintahan Sultan Muhammad Hasan pada tahun 1582 hingga
1598, Brunei terus berkembang maju dan mana-mana negeri di sebelah utara Pulau Brunei
telah terputus kerana pendudukan Sepanyol di Brunei pada tahun 1578 telah baginda
sambungkan dengan menyusun kemajuan dan kekuatan Brunei serta ia diakui oleh Sultan
Acheh tahun 1612 hingga 1631 iaitu Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam bahawa
pemerintahan Sultan Muhamad Hasan terlalu keras93. Menurut salasilah Raja-raja Brunei
jajahan taklukan baginda adalah sepenggal ke hulu sebelah barat daya dari Brunei menuju
Sarawak hingga Tanjung Datu ke Tanjung Batu Berpayung dan sepenggal di Sabah sebelah
timur ke Sandakan, Tawau, Lahad Datu,Sibuku,Tanjung Kinungan kepunyaan raja Brunei
hingga nampak Kuala Sambas tetapi ditolak Sambas dan Kuala Bolongan 94. Menurut
salasilah raja Brunei versi Datu Imam Yaakub, negeri-negeri Suluk, Saludang (Luzon) dan
Cagayan adalah takluk kepada Brunei dan menghantar ufti pada Brunei. Pulau-pulau
Keramian (Calamianes) juga membayar ufti kepada Brunei. Apabila Sultan Muhammad
Hassan berkahwin dengan puteri raja Suluk maka diisytiharkan baginda akan kemerdekaan
Suluk namun kedudukan Suluk dan Sambas adalah sama serta hubungan Brunei dan Suluk
bertambah kuat sesudah putera baginda Pengiran Shahbandar Maharaja Lela (bondanya
puteri Betara Suluk) menjadi sultan Suluk menggantikan nendanya bergelar Sultan Muwali

91
Ibid. Hlmn 36
92
Ibid. Hlmn 36
93
Awang Haji Muhammad, Awang Haji Hashim dan Awang Haji Rosli. (1994). Brunei Di Tengah-tengah
NusantaraKumpulan Kertas Kerja Seminar Sejarah Brunei. Brunei Darussalam : Jabatan Pusat Sejarah. Hlmn
38
94
Ibid. Hlmn 39
Wasit Bongsu95.

5.2.10 Kuasa Barat di Asia Tenggara

Menjelang abad ke-18 kuasa Brunei ke atas kawasan-kawasan bahagian utara Pulau
Brunei makin lemah kerana Sultan Suluk telah menguatkuasakan kemerdekaannya tanpa
restu. Meskipun pada awalnya Brunei kembali membangun tidak ditakluki oleh kuasa namun
selepas itu pemerintahannya mulai lemad pada abad ke- 18 dan 19 ketika kuasa barat mula
bertapak di negeri-negeri kawasan Asia Tenggara96. Contohnya, Kepulauan Indonesia
diduduki oleh Belanda, Indo-China ditakluki oleh Perancis,Filipina oleh Sepanyol kemudian
di ambil oleh Amerika manakala Burma,Malaya dan Singapura dikuasai oleh British97.

95
Ibid. Hlm 39
96
Awang Haji Muhammad, Awang Haji Hashim dan Awang Haji Rosli. (1994). Brunei Di Tengah-tengah
NusantaraKumpulan Kertas Kerja Seminar Sejarah Brunei. Brunei Darussalam : Jabatan Pusat Sejarah. Hlmn
40

97
Dr Haji Awang Mohd Jamil Al- Sufri. 1997. Tarsilah Brunei II Zaman kegemilangan dan kemashyuran.Brunei
Darussalam : Pusat Sejarah Brunei. Hlmn 26
6.0 KEMUNCULAN KESULTANAN SULU

Kesultanan Sulu adalah sebuah kerajaan muslim yang suatu masa dahulu pernah
menguasai Laut Sulu Filipina Selatan dan kerajaan ini didirikan pada tahun145098. Ketika
zaman kegemilangannya negeri ini telah meluaskan sempadannya dari Mindanao sehingga ke
bahagian timur Sabah. Pada tahun 1380 seorang ulama berketurunan Arab iaitu Karim Ul-
Makdum memperkenalkan Islam di kepulauan Sulu dan kemudian pada tahun 1390 Raja
Bagindo yang berasal dari Minangkabau meneruskan penyebaran Islam di wilayah ini dan
hingga akhir hayatnya Raja Bagindo telah mengislamkan rakyat Sulu sehingga ke Pulau
Sibutu99. Sekitar tahun 1450 seorang Arab dari Johor iaitu Shariful Hashem Syed Abu Bakar
tiba di Sulu dan beliau telah bernikah dengan Puteri Paramisuli iaitu anak kepada Raja
Bagindo. Setelah kematian Raja Bagindo, Shariful Hashem Syed Abu Bakar telah mengambil
alih untuk melanjutkan pengislaman di wilayah ini dan pada tahun 1457 beliau menubuhkan
Kesultanan Sulu dan memakai gelaran ‘paduka Maulana Mahasari Sharif Sultan Hashem Abu
Bakar’ dan beliau menjadikan Al-Quran dan hadis sebagai perlembagaan dan undang-undang
di bawah pemerintahanya. Sejak itu, Kesultanan Sulu menjadi sebuah kerajaan Islam dan
wilayah jajahannya meliputi Sulu,Borneo Utara termasuk Sabah,Palawan , Mindoro dan
Basilan100.

98
D.G.E Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn 865
99
Dr Haji Awang Mohd Jamil Al- Sufri. 1997. Tarsilah Brunei II Zaman kegemilangan dan kemashyuran.Brunei
Darussalam : Pusat Sejarah Brunei. Hlmn 47
100
Ibid. Hlmn 47
6.1 PERKEMBANGAN KERAJAAN SULU

Pada abad ke-18 telah memperlihatkan perkembangan Kesultanan Sulu sebagai sebuah
kuasa politik dan ekonomi yang di segani oleh kepulauan Nusantara dan dilabelkan oleh
pedagang dan kolonial barat sebagai ‘ The Greatest Slave-Mart and Thieves market in the
whole East Indian Islands oleh James Warren101. Keagungan dan keutuhan empayar
kesultanan Sulu di rantau Kepulauan Melayu semasa pemerintahan Sultan Harun-ar-Rasyid
sebelum dijajah oleh Sepanyol digambarkan oleh Cesar Adib Majul sebagai relatively largest,
best organized and most political entity in the Philippines archipelago.Keunikan sistem
politik dan pentadbiran Kesultanan Sulu yang berkonsepkan segmentary state dan
memperlihatkan kepentingan hubungan antara Sultan dengan pembesar-pembesar Sulu telah
digambarkan oleh J.F. Warren sebagai mirror images of each other102. Menurut Warren
(2002: xxiii): “The small, states of the Sulu and Celebes seas crystallized in the fifteenth
and sixteenth centuries. These Muslim realms were situated on sparsely populated
islands, coasts, and rivers and were reliant on trade as a resource. Lacking recognized
boundries, the political systems of these traditional polities linked widely disparate,
communities and groups who were not organically united above the village in a larger,
complex, dynamic web of social and political loyalties to the state. “State” is defined as
the entire social system rather than a particular aspect of the social structure.
Territorial dominion, a system of specialized offices, and a political hierarchy exercising
some control over the use of force in the area of alleged dominion were implicit in the
genesis of such traditional states (Sultanese) as Sulu, Cotabato, Brunei, and Kutai.”
Pemerintahan Kesultanan Sulu di Kepulauan Sulu adalah bercorak monarki iaitu diperintah
oleh seorang sultan dan dibantu oleh pembesar-pembesar Sulu. Berdasarkan kepada “Tarsilah
Sulu”, Kesultanan Sulu telah diperintah oleh 32 orang sultan yang bermula daripada Sultan
Syarif-ul-Hashim (14501480) hingga Sultan Jamalul-Kiram II (1884-1936103). Di bawah
sistem tersebut, Sultan Sulu yang bersemayam di Jolo merupakan the highest political
authority kepada kerajaan Sulu. Pentadbiran Sultan Sulu dijajahan takluknya pula
diuruskendalikan oleh pembesar-pembesar Sulu yang bergelar panglima, sharif, orang kaya
dan datu. James Warren (1981:56) telah menggambarkan sistem pemerintahan Kesultanan
Sulu seperti berikut: “The whole of the Sulu territory belonged in theory of the Sultan,

101
Ibid. Hlmn 47
102
D.G.E Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn 890

103
Ibid. Hlmn 890
and he was considered to be the highest political authority. On each island of this
predominantly archipelago state, he was represented by one or more panglimas,
compared by the Europeans to governors, and under them were subordinate officals.
But the panglimas in practice could not perform their official duties without the
cooperation of the datus living in the respective territories assigned to the panglimas.
These chiefs, sometimes from pre-Islamic families, enjoyed power and prestige, derived
from the number of their followers and their slaves and from the amount of their
personal properties. The slaves tilled the land and served in the household, the followers
paid tribute and followed the datu to war. In turn the datu owned tribute to the sultan,
through a strong chief could evade it. The richest and most powerful datus advised the
sultan in the council or ruma bichara, which discussed practically all important
decisions and appointments” Walaupun Sultan Sulu dianggap sebagai the highest
political and religious authority, namun secara realitinya kuasa dan kedudukan seseorang
Sultan Sulu banyak bergantung kepada pembesar-pembesar Sultan. Sistem pemerintahan
secara tidak langsung oleh Kesultanan Sulu di pantai timur Borneo Utara telah digambarkan
oleh Ranjit Singh (2002) sebagai “segmentary state in which power was diffused among the
sultan and the aristocratic datu” dan “theoretically the sultan was supreme religious and
political head, but in reality his power depended on his wealth, personality and the alliances
that he could forge with powerful datu”104.

Kedudukan Pulau Jolo yang strategik iaitu terletak di tengah-tengah laluan perdagangan
antara Eropah dan China telah membolehkan Jolo muncul sebagai sebuah pelabuhan
persinggahan dan pertemuan yang utama kepada para pedagang di Laut Sulu, Laut China
Selatan dan Laut Celebes. Selain menjalinkan hubungan perdagangan dengan China, Luzon
(Manila, Iloila, Cotabato, Zamboanga), Celebes (Menado, Ternate, Makasar) dan Kepulauan
Borneo (Bulungan, Berau, Samarinda, Pasir dan Labuan) Kesultanan Sulu juga turut
menjalinkan hubungan perdagangan dengan East India Company yang berpusat di India,
Sepanyol di Manila dan Belanda di Indonesia105. Kejayaan Kesultanan Sulu menarik
perhatian para pedagang untuk singgah di pelabuhan Jolo secara langsung telah menjadikan
pelabuhan Jolo sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran pelbagai hasil dari rantau
Kepulauan Asia Tenggara, India dan China. Ini telah menyebabkan J.F. Warren (1981:79)

104
D.G.E Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn 891

105
D.G.E Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn 893
menggelarkannya sebagai “a regional emporium in the commerce between European
traders, Southeast Asian realms, and China”.

Menurut Warren lagi: “Sulu’s ascendancy at the end of the eighteenth century
developed out of the expanding trade between India, insular Southeast Asia, and China.
Commercial and triburtary activity become linked to long-distance marauding and
incorporation of cative persons in a system which made Jolo the unrivalled centre for
extracted produce for China trade. It is the unique character of the Sulu response and the
interdependence of the three factors-external trade, raiding, and slavery…”106

Di Borneo Utara, sejarah pertapakan dan pemerintahan Kesultanan Sulu sebenarnya


bermula apabila Sultan Brunei yang sebelum itu mendominasi seluruh Borneo Utara dan
berada diambang kemerosotan pada pada abad ke-18 telah menyerahkan sebahagian daripada
jajahannya dari Kimanis hingga selatan Sungai Sibucu kepada Sultan Sulu pada tahun 1704
untuk membalas jasa baik Sultan Sulu yang berjaya menewaskan musuh Sultan Brunei di
Pulau Chermin. Sejarah penyerahan sebahagian jajahan Kesultanan Brunei kepada
Kesultanan Sulu ini telah dijelaskan oleh beberapa orang sarjana seperti Ranjit Singh (2000)
dalam bukunya yang berjudul The Making of Sabah 1865-1941: The Dynamics of Indigenous
Society dan Brunei 18391983 The Problems of Political Survival (1984); Mohd. Ariff Dato’
Haji Othman (1988) bertajuk Tuntutan Filipina Terhadap Sabah: Implikasi dari Segi Politik,
Undang-Undang dan Politik; K.G. Tregonning (1965) berjudul A History of Modern Sabah
dan lain lain lagi. Pemerintahan Kesultanan Sulu di pantai timur dan utara Borneo Utara yang
ditadbir oleh datudatu Sulu (Taosug) telah membahagikan wilayah ini kepada tiga buah
jajahan iaitu Malludo (Marudu), Mangindara dan Tirun (Kuran)107.

Pembahagian wilayah-wilayah pentadbiran Kesultanan Sulu di Negeri Sabah banyak


dijelaskan oleh J.F. Warren (1981) dalam bukunya berjudul The Sulu Zone 17681898: The
Dynamic of External Trade, Slavery, and Ethnicity in the Transformation of A Southeast
Asian Maritime State dan Nicholl Robert (1996) berjudul Raja Bongsu of Sulu. A Brunei
Hero In His Times. Jajahan Marudu (Malludo) yang terletak di utara pantai timur terdiri
daripada Teluk Marudu, Paitan, Sugut dan Labuk. Jajahan ini mempunyai keluasan kawasan
yang meliputi Sungai Paitan, Sugut, Labuk hingga ke bahagian barat Teluk Sandakan dengan
Sungai Besar sebagai pekan utamanya. Jajahan Magindora (Magindara) yang terdiri daripada

106
Ibid. Hlmn 894
107
D.G.E Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn 897
Sandakan, Madai, Giong, Kinabatangan, Sabahan dan Tidong merupakan antara pusat
pentadbiran dan petempatan utama di jajahan Magindora108. Dari segi geografinya, jajahan
ini disaliri oleh beberapa batang sungai seperti Sungai Kinabatangan, Sungai Segaliud,
Sungai Sepilok, Sungai Seguntor, Sungai Bulu, Sungai Bode, Sungai Sekong, Sungai
Sapagaya, Sungai Suanlamba dan Sungai Sibuga. Sandakan yang terletak di muara Teluk
Sandakan telah muncul sebagai pusat pentadbiran, petempatan dan pusat pengumpulan hasil-
hasil hutan dan maritim yang terpenting di jajahan Magindora. Di jajahan Magindora, antara
kawasan yang menjadi tumpuan petempatan penduduk termasuklah di sekitar kawasan pesisir
pantai Teluk Sandakan, Lingkabo dan Pulau Timbang yang terdiri daripada tiga buah
kampung iaitu Kampung Timbang, Kampung Oopak dan Kampung German yang diketuai
oleh Datu Mohammad Ashgari, Datu Mohammad Israel dan Datu Haji Anseruddin (Supriya
Bhar, 1980)109.

108
Ibid. Hlm 897
109
Ibid. Hlmn 897
6.2 KEMEROSOTAN KERAJAAN SULU

Pada tahun 1521 Kapten Ferdinand Magellan menuntut Filipina untuk Sepanyol namun
gagal dan menukar kawasan penduduk Islam di Selatan lalu mereka juga gagal dalam
mengambil alih Kesultanan Muslim iaitu Sultan Sulu . Namun selepas itu mereka iaitu
Sepanyol telah menyerang tanah jajahannya serta menyebarkan ajaran agama Kristian di Asia
Tenggara dan telah berlaku peperangan di antara orang Islam dan Kristian yang dikenali
sebagai perang Moro110. Lalu perkembangan di kepulauan Sulu terbantut dengan kehadiran
Sepanyol yang menyekat kemaraan orang Islam. Pada 1830 an Imbangan kuasa mula
memihak kepada Sepanyol dan mereka membeli tiga biji kapal perang yang menggunakan
wap dari Britain.Setelah memperlengkapkan alatan mereka telah membuat sebanyak dua
serangan iaitu yang pertama pada tahun 1848 mereka menyerang Pulau Balangingi yang di
anggap sebagai lanun. Serangan kedua pada tahun 1851 di Pulau Jolo mereka telah memaksa
Sultan Sulu dan pengikut berundur di kawasan pergunungan dan faktor kekalahan Sultan
Sulu adalah disebabkan kelemahan dari segi pertahanan. Dan Sepanyol mempunyai
kelengkapan perkapalan dan ketenteraan yang lebih maju. Dan akhirnya Sultan Sulu terpaksa
menandatangani Perjanjian Sepanyol dan kedaulatan kerajaan Sulu terhapus seperti
kedatangan lain iaitu Amerika Syarika111t.

110
D.G.E Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn 900

111
D.G.E Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn 901
7.0 LATAR BELAKANG KERAJAAN MINDANAO

Di negara Filipina, ada sebuah wilayah yang terdiri daripada beberapa pulau besar dan
kecil. Pulau yang paling besar di Filipina ialah Luzon dan Mindanao, yang merupakan dua
pertiga seluruh Filipina. Pulau kecil pula seperti Mindoro, Panay, Negros, Cebu, Bohol,
Leyte, Amar dan Masbate serta Pulau Palawan.112 Dari segi sudut Geografi, luas Mindanao
ialah 94.630km lebih kecil 10.000km dari Luzon. Pulau ini bergunung-ganang, salah satunya
adalah Gunung Apo yang tertinggi di Filipina. Pulau Mindanao berbatasan dengan Laut Sulu
di sebelah barat, Laut Filipina di timur dan Laut Sulawesi di sebelah selatan.113

7.1 KEMUNCULAN KERAJAAN MINDANAO

Kerajaan Mindanao diasaskan oleh Muhammad Kabunsuan iaitu dengan cara


perkahwinan yang berlansung dengan puteri tempatan dan mendirikan Kesultanan
Maguindanao pada sekitar 1203 hingga 1205. Pada abad ke-15, ketika pemerintahan
Muhammad Kabunsuan, penduduk ketika itu ialah beragama islam, walaupun sebelumnya
agama islam ini sudah bertapak di Mindanao tetapi ajarannya masih bercampur dengan ajaran
yang sesat dan animisme. Dengan kekuatan Muhammad Kabunsuan, beliau dapat
membersihkan ajaran islam dari ajaran yang menyimpang dan memperkasakan agama islam
di Wilayah Mindanao.114 Berdasarkan huraian di atas, hal ini menunjukkan bahawa
pemerintahan Muhammad Kabunsuan telah berjaya memberi ajaran yang benar kepada
rakyatnya serta mengelakkan rakyatnya daripada melakukan perkara yang menyesatkan.

112
Saifullah SA (2008), Umat Islam Di Filipina Selatan Sejarah, Perjuangan dan Rekonsiliasi. hlm 54
http://islamica.uinsby.ac.id/article
113
“Population and Annual Growth Rates for The Philippines and Its Regions, Provinces and Hingly Urbanized
Cities”.2010 Census and Housing Population. National Statistics Office. Diakses tanggal 15 August 2014.
114
Ibid. hlm 3
7.2 KEGEMILANGAN KERAJAAN MINDANAO

Kerajaan Mindanao atau dikenali sebagai Maguindanao mengalami masa kejayaan


ketika abad ke-17, iaitu ketika kerajaan ini diperintah oleh dua orang sultan secara berturut-
turut iaitu Sultan Kudarat yang memerintah pada tahun 1619 sehingga 1671 dan sultan yang
kedua pula ialah Sultan Barahman yang memerintah pada tahun 1671 sehingga 1699.115
Mereka ini adalah sultan yang memerintah dengan memiliki kemahiran diplomatik dan
mereka ini berhasil menjalankan perdagangan yang menguntungkan dengan sokongan
pengikutnya. Selain itu, sultan juga berjaya melebarkan kekuasaanya iaitu dengan kerjasama
Para Datu Petinggi iaitu para pemimpin setempat. Justeru itu, pengikutnya semakin
bertambah. Hal ini demikian kerana, dengan kerjasama para Datu Petinggi, sultan menerima
ganjaran dari segi hasil pertanian, kehutanan serta hasil kelautan.116 Dengan ganjaran
tersebut, sultan berjaya memperkuatkan kewibawaan mereka serta mampu memupuk
kekayaan mereka.

Seterusnya, kejayaan Kerajaan Mindanao juga disebabkan faktor pelabuhan dan


perdagangan. Kawasan pelabuhan Mindanao terletak secara strategik di muara sungai
Pulangi, iaitu sungai terbesar di Mindanao serta disejumlah anak sungainya. Keadaan yang
strategik ini telah menyebabkan Pelabuhan Mindanao ini menjadi tempat lalu lintas kapal
serta sebagai tempat aktiviti pembangunan kapal, pencarian ikan dan di samping itu
mempunyai banyak sumber air.117 Selain daripada pelabuhan, Mindanao juga mempunyai
kawasan pertanian iaitu di pendalaman Pulangi yang makmur iaitu terdiri daripada beras,
tembakau, malam serta bahan pangan yang diangkut oleh pedagang kecil dan besar. 118 Dari
kawasan pengunungaan di selatan sungai dan terutamanya dari kawasan Teluk Davao, ribuan
malam lebah dan ikatan tembakau dikumpulkan pada setiap tahun dengan pembayaran tunai
atau dengan pembayaran secara sistem barter (pembayaran dengan pertukaran barang) iaitu
dengan kain impor serta barang-barang asing lainnya yang diperoleh melalui perdagangan.119
Pelabuhan Mindanao juga mempunyai ekspedisi perdagangan tahunan yang dilakukan oleh
sultan sendiri dan dengan keiizinan beliau, para anggota keluarga raja serta para datu, kapal-
kapal mereka berlayar sehingga ke India, Melaka, Siam, Johor, Jawa, Sumatra, Borneo dan

115
Sejarah Nusantara, Harta Karun Khazanah Sejarah Indonesia dan Asia-Eropa Dari Arsipvoc di Jakarta. hlm
2
http://sejarah-nusantara.anri.go.id/media
116
Ibid. hlm 3
117
Ibid. hlm 5
118
Ibid. hlm 5
119
Ibid. hlm 5
Sulawesi.120 Sementara itu, kapal-kapal kecil pula berlayar ke Manila dan Ternate setiap
tahun. Kapal-kapal kecil yang berlayar selalunya dibantu oleh para nakhoda, mualim kapal
yang berasal dari masyarakat Cina.121 Berdasarkan huraian yang diberikan, kerajaan
Mindanao mempunyai kawasan yang strategik dan ini telah menyumbangkan kejayaan dari
segi tempat pelabuhan kepada kerajaan mereka dan kerajaan ini juga bijak dalam aktiviti
pelabuhan iaitu dengan melakukan ekspedisi ke negara luar. Hal ini akan memnyebabkan
tempat pelabuhan mereka semakin dikenali ramai.

Akhir sekali, kejayaan Mindanao juga disebabkan oleh faktor monopoli perdagangan
malam dan para pedagang Cina. Saranghani merupakan pusat perdagangan komoditi malam
lebah, dan ditempat itu Sultan Mindanao menerapkan hukum serta peraturan ketat.122
Peraturan-peraturan tersebut ialah orang luar dilarang datang berdagang di Saranghani, hanya
orang Cina yang dikenali oleh Sultan dan orang Saranghani sahaja boleh datang berdagang di
kawasan malam lebah sebanyak 500 kati dan tidak boleh lebih.123 Perdagangan yang
dilakukan tanpa mendapat keiizinan sultan akan diancam hukuman mati dengan pemenggalan
kepala.124 Saranghani merupakan lumbung Sultan dan gudang tempat penyimpanan barang-
barang dagangan Sultan. Di Mindanao juga telah menjadi kebiasaan bagi semua nakhoda
serta mualim kapal untuk singgah pada sultan sebelum mereka pergi berdagang, jika perkara
ini diabaikan mereka akan menerima hukuman bunuh.125 Hal ini tidak akan terjadi kepada
orang Cina yang berdarah campuran iaitu dikenali sebagai Loanka, kerana mereka ini diberi
pengampunan daripada Sultan.126 Secara tuntasnya, kerajaan Mindanao ini mempunyai
kebijaksanaan dalam bidang perdagangan kerana mereka hanya membenarkan orang mereka
sahaja datang berdagang di kawasan dagangan mereka dan dengan ini pengaliran mata wang
mereka hanya berlaku sekitar kawasan Saranghani sahaja. Manakala mereka berjaya
memonopoli perdagang Cina iaitu dengan membenarkan mereka berdagang di kawasan
mereka.

120
Ibid. hlm 5
121
Ibid. hlm 5
122
Ibid. hlm 6
123
Ibid. hlm 6
124
Ibid. hlm 6
125
Ibid. hlm 6
126
Ibid. hlm 6
7.3 KEMEROSOTAN KERAJAAN MINDANAO
Kerajaan Mindanao mula jatuh pada sekitar abad ke-19 iaitu apabila Sepanyol mula
campur tangan dalam Kerajaan Filipina. Faktor kejatuhan kerajaan Filipina apabila Sepanyol
berjaya menumpaskan hulubalang Cina Limahong dengan penumpasan tersebut, Sepanyol
berjaya menyekat proses pengislaman Filipina dan melancarkan Perang Kastila terhadap
sultan Brunei.127 Pada suku akhir abad ke-19, Sepanyol berjaya menakluki sebahagian
wilayah Mindanao dan bangsa Moro Muslim di Kesultanan Sulu telah memperakui kedaultan
Sepanyol.

127
“Population and Annual Growth Rates for The Philippines and Its Regions, Provinces and Hingly Urbanized
Cities”.2010 Census and Housing Population. National Statistics Office. Diakses tanggal 15 August 2014.
8.0 KERAJAAN PONTIANAK

Kesultanan Pontianak (Pontianak Sultanate) merupakan satu-satunya kesultanan termuda


di kawasan Nusantara, bahkan di dunia, khususnya termuda di Kalbar. Kesultanan ini
didirikan oleh dinasti campuran antara Arab, Melayu, Bugis, dan Dayak, dan menjadi
kesultanan termuda di dunia. Kesultanan Pontianak ini didirikan pada tanggal 23 Oktober
1771 bersamaan 12 haribulan Rajab tahun 1185. Ia didirikan relatif lebih akhir dibanding
dengan kelahiran kesultanan lainnya tidak hanya di Kalbar, tetapi juga di kawasan lainnya di
Nusantara, kerana tidak ada kerajaan atau kesultanana lainnya selain kesultanan Qadriyah,
yang didirikan pada tarikh yang sama dengan atau lebih akhir dari/setelah tanggal kelahiran
kesultanan ini. Kesultanan termuda ini memiliki keunikan sebagai warisan sejarah Nusantara,
kerana walapun kesultanan ini lahir lebih akhir atau paling bongsu, tetapi ia telah menjadi
pemersatu, “unggul” dan memimpin kesultanan lainnya di kawasan Kalimantan bahagian
Barat Keunikan lain terletak pada letakknya geografi yang sangat strategi dan
menguntungkan dari segi baik ekonomi dan sosial budaya mahupun pertahanan dan
128
keamanan. Kesultanan Pontianak dikenal dengan nama Kesultanan Qadriyah, kerana ia
didirikan oleh dinasti Al-Qadrie. Pengasas kesultanan ini adalah Syarif Abdurrahman Al-
Qadrie, putera Sayyid Hussein Al-Qadrie atau Habib Hussein Al- Qadrie.

Syarif Abdurrahman Bin Hussein Al-Qadrie - Pengasas Kesultanan Qadriyah


Pontianak.

Abdurrahman merupakan seorang pengasas dan Sultan pertama Kerajaan Pontianak.


Beliau dilahirkan pada tahun 1142 Hijrah bersamaan 1729/1730 Masihi. Beliau merupakan
putra Al Habib Hussein, seorang penyebar ajaran Islam yang berasal daripada Arab. Tiga
bulan setelah ayahnya iaitu Habib Hussein wafar di kerajaan Mempawah, Syarif
Abdurrahman bersama dengan saudara-saudaranya bermuafakat untuk mecari tempat
kediaman baru. Mereka berangkat dengan 14 perahu Kakap menyusuri Sungai Peniti. Setelah
tibanya mereka di Tanjung, Syariff Abdurrahman bersama pengikutnya menetap di sana yang
dikenali dengan nama Kelapa Tinggi Segedong pada masa kini. Akan tetapi, Syariff

128
Abdurrahman mendapat firasat bahawa tempat tersebut tidak baik untuk dijadikan tempat
tinggal lalu memutuskan untuk melanjutkan perjalanan mudik ke hulu sungai. Ketika mereka
menyusuri Sungai Kapuas, mereka menemukan sebuah pulau yang dikenal dengan nama
Batu Layang di mana disitu mereka dikatakan telah mendapat gangguan hantu Pontianak atau
Kuntilanak. Kemudian, Syarif Abdurrahman memerintahkan kepada seluruh pengikutnya
agar memerangi hantu-hantu itu. Setelah itu, rombongan kembali melanjutkan perjalanan
menyusuri Sungai Kapuas.

Menjelang Subuh 14 Rejab 1184 bersamaan 23 Oktober 1771, mereka sampai pada
persimpangan Sungai Kapuas dan Sungai Landak. Setelah beberapa hari menebas pohon di
daratan itu, maka Syariff Abdurrahman berupaya mendirikan surau yang sekarang menjadi
Mesjid Jami Abdurrahman Al-Qadrie. Kemudian Abdurahman dan para pengikutnya mulai
mempersiapkan tempat pemukiman yang menganjur ke darat sekitar 800 meter dari surau
tersebut. Pemukiman itulah kemudiannya menjadi Istana Kesultanan Qadriyah Pontianak.
Pada tanggal 8 Syaban, Syarif Al Qadrie dinobatkan sebagai Sultan Pontianak (Kesultanan
Qadriyah) dengan mendapat gelaran Syarif Abdurrahman Ibnu Al Habib Al-Qadrie. Acara
pertabalan Syarif Al Qadrie sebagai Sultan oleh Raja Riau Sultan Haji telah dihadiri oleh
Raja Muda Riau, Raja Mempawah, Landak,Sambas, Simpang,Sukadana, Kubu dan Matan.
Kesultanan Pontianak ini menandakan bahawa Kesultanan ini adalah kerajaan yang paling
akhir yang berada di Kalimantan.

Kesultanan Qadriyah ini dipimpin oleh 8 (delapan) raja atau sultan yang jangka waktu
atau usia pemerintahan mereka berbeza antara satu sultan dengan sultan lain. Kedelapan
sultan yang pernah memerintah Kesultanan Qadriyah adalah seperti berikut :

1) Sultan Syarif Abdurrahman Al-Qadrie pada 1778-1808


2) Sultan Syarif Kasim Al-Qadrie pada 1808-1819
3) Sultan Syarif Usman Al-Qadrie pada 1819-1855
4) Sultan Syarif Hamid Al-Qadrie I pada 1855-1872
5) Sultan Syarif Yusuf Al-Qadrie pada 1872-1895
6) Sultan Syarif Muhammad Al-Qadrie pada 1895-1944
7) Sultan Syarif Thaha Al-Qadrie, Ogos-Oktober 1945
8) Sultan Syarif Hamid Al-Qadrie II pada 1945-1950
Dua tahun Habib Hussein berada di Kerajaan Mempawah, puteranya, Abdurrahman
yang ketika itu berumur 18 tahun telah melangsungkan perkahwinan dengan Utin
Candramidi, puteri Daeng Manambon dengan Puteri Kusumba. Perkahwinan tersebut bukan
sahaja telah memperkuat kedudukan Habib Hussein di Kerajaan Mempawah, tetapi juga telah
mempererat hubungan tiga kerajaan iaitu Matan, Mempawah dan Luwuk di Sulawesi Selatan
kerana Putri Utin Cadramidi adalah puteri Opu Daeng Menambon yang berasal dari Kerajaan
Luwuk.129Perkahwinan ini dikatakan menjadi satu titik tolak kepada dorongan politik
terhadap cita-cita Habib Hussein untuk menemukan permukiman baru bagi keluarganya dan
bagi penyebaran Islam yang diharapkan dapat diteruskan oleh Syarif Abdurrahman.

8.1 KEMAJUAN KERAJAAN PONTIANAK

Kesultanan Kerajaan Pontianak yang merupakan kesultanan termuda dikatakan sebagai


kesultanan yang mempunyai keunikannya tersendiri. Sebagai contoh, kesultanan Qadriyah
telah menjadi warisan sejarah Nusantara. Walaupun kesultanan ini adalah kesultanan paling
akhir atau digelar sebagai kesultanan paling bongsu, namun ia telah menjadi pemersatu atau
terunggul. Hal ini demikian kerana Kesultanan Qadriyah telah memimpin kesultanan lain di
kawasan Kalimantan Barat seperti Riau, Siak, Tambelan, Siantan, Palembang, Banjar dan
banyak lagi. Selain kesultanan yang unik ini, Kesultanan Qadriyah juga mempunyai
kedudukan geografi yang strategik serta menguntungkan dari segi ekonomi dan sosial budaya
serta pertahanan dan keamanan. Buktinya, kedudukannya yang tidak terlalu jauh dari perairan
laut dan selat seperti Laut Jawa, Selat Karimata dan Laut Natuna telah menghubungkan
kesultanan ini dengan Batavia, Demak, Banjarmasin,Kutai dan Paser.
Malah, lokasi yang strategik ini juga telah memberi peluang kepada kesultanan Qadriyah
untuk bertindak sebagai suatu kuasa yang mengawal hal pengumpulan pajak dan lain-lain.
Kesultanan Qadriyah yang strategik di kawasan KalBar iaitu Simpang Tiga antara Sungai
Kapuas kecil dan Sungai Landak ini telah meninggalkan nilai positif dari segi geopolitik yang
menyebabkan Kesultanan Qadriyah ini iaitu Kesultanan Syarif ini digelar sebagai ahli

129
Ibid
maritim. Di samping itu, kesultanan Qadriyah mendapat keuntungan dari segi geopolitik dan
geostrategik dengan hubungan luar.

Antara manfaat yang diperoleh adalah hubungan yang akrab, saling hormat dan saling
menguntungkan. Selain itu, kesultanan Qadriyah turut mempunyai kekuatan hegemoni atau
disebut sebagai satu bentuk penguasaan terhadap kelompok tertentu dengan menggunakan
kepimpinan intelektual dan moral selain penerapan tiga strategi yang dilakukan oleh para
Sultan Qadriyah Pontianak. Antara contoh strategi adalah dari segi penguasaan ke atas
sesuatu kawasan, pengembangan ikatan kekeluargaan melalui ikatan perkahwinan,
pengambilan keluarga angkat serta peningkatan kewibawaan. Peningkatan kewibawaan disini
bermaksud melalui pengetahuan agama seseorang pemerintah di Pontianak. Para penguasa
dan kerabat Kesultanan Qadriyah Pontianak harus mempunyai ilmu pengetahuan yang luas
mengenai agama Islam bagi memastikan pengaruh terhadap mereka sentiasa berkekalan.

8.2 SEJARAH KEHIDUPAN MASYARAKAT KERAJAAN PONTIANAK

8.2.1 Sosial Masyarakat Pontianak

Kota Pontianak yang berdiri utuh pada tahun 1771 hasil daripada usaha Sultan
Syarif Abdurrahman yang terletak di persimpangan tiga sungai besar iaitu Sungai Kapuas dan
Sungai Landak. Kerajaan Pontianak yang disebut sebagai pintu gerbang daerah Kalimantan
Barat kerana kedudukannya yang strategik iaitu yang berada di jalur lalu lintas laut yang
menghubungkan wilayah nusantara melalui Selat Melaka. Sebelum wujudnya kerajaan
Pontianak ini, dikatakan bahawa sudah wujud penduduk asli di sana iaitu orang-orang Dayak.
Malah, setelah kewujudan kerajaan Pontianak, maka bertambahlah penduduk di sana yang
rata-ratanya datang daripada daerah lain sama ada daripada Kalimantan Barat itu sendiri atau
dari luar Kalimantan Barat. Antara penyebab banyak yang bermigrasi ke Pontianak adalah
disebabkan oleh Pontianak yang merupakan kota dagang dan pelabuhan. Perkara ini telah
menggalakkan lebih ramai lagi pedagang untuk masuk ke Pontianak. Malah, terdapat juga
suku bangsa asing yang berada di Pontianak iaitu bangsa Cina yang merupakan pedagang
Cina yang paling berjaya pada masa itu.
8.2.2 Ekonomi Masyarakat Pontianak

Selain perdagangan, masyarakat di Pontianak juga menjalankan aktiviti pertanian


dan penternakan seperti mengumpul hasil hasil selain menternak dan menangkap ikan.
Namun, ekonomi utama di Pontianak lebih tertumpu kepada aktiviti perdagangan di
Kalimantan Barat yang sememangnya menumpukan kepada kejayaan pedagang Cina yang
berdagang di sana. Pelabuhan Pontianak yang dijadikan sebagai pintu gerbang daerah
Kalimantan Barat yang terletak di dua jalur lalu lintas laut sehingga menjadikan kota
Pontianak sebagai pintu gerbang daerah Kalimantan Barat. Pelabuhan ini juga telah dijadikan
sebagai tempat persinggahan bagi kapal-kapal besar bahkan sebagai kota perdagangan bagi
Eropah.

8.2.3 Kehidupan Sosial Budaya Msyarakat Pontianak

Kesultanan Pontianak masa pemerintahan Sultan Syarif Abdurrahman adalah


dipengaruhi oleh agama Islam. Hal ini demikian kerana pengaruh agama islam yang dibawa
oleh keturunan Sultan Syarif Abddurrahman yang dibawa oleh ayahandanya iaitu Syed
Hussein di mana beliau yang berusaha membawa ajaran agama Islam ke seluruh pelusuk
Nusantara pada masa itu menyebabkan agama Islam menjadi agama yang utama menjadi
anutan masyarakat Pontianak ketika pemerintahan Sultan Syarif Abdurrahman. Permulaan
awal kedatangan islam ke Kalimantan Barat melalui utara iaitu Johor dan Bintan
kemudiannya ke Brunei yang memasuki melalui Sungai Samas dan berpusat di Kerajaan
Sambas kemudiannya tersebar ke Singkawang, Mempawah dan akhir sekali ke Kerajaan
Pontianak ini. Simbol keislaman di Kerajaan Pontianak ini dapat dilihat menerusi tertubuhnya
Masjid Jami’Abdurrahman. Masjid ini ditubuhkan oleh Sultan Syarif Abdurahman itu sendiri
yang berada di pusat Kota Pontianak.
8.3 KEJATUHAN KERAJAAN PONTIANAK

Kerajaan Qadriyah Pontianak dilihat semakin lemah dan menunjuk kekurangan pengaruh
mereka apabila Syarikat Belanda mulai campur tangan di Pontianak itu. Hal ini demikian
kerana Syarikat Belanda telah menggunakan beberapa taktik yang tidak melibatkan
ketenteraan. Antara taktik licik yang digunakan oleh pihak Syarikat Belanda adalah seperti
taktik penguasaan konvensional tradisional melalui senjata dan perundingan yang diikat.
Seterusnya taktik mengadu domba yang menyebabkan berlakunya pecah belah di Pontianak.
Akhir sekali, Syarikat Belanda menggunakan taktik penguasaan moden melalui
pengembangan kawasan di bahagian lain dari kawasan Kesultanan yang dianggap sebagai
pesaing bagi melemahkan pusat pemerintahan Kesultanan Qadriyah Pontianak. Lama
kelamaan, Kesultanan Qadriyah Pontianak semakin lama semakin surut dan hampir
kehilangan pengaruh serta kawalan terhadap kesultanan lain yang dikuasai olehnya pada
suatu ketika dulu yang terletak di Kalimantan.
9.0 PENUTUP
10.0 BIBLIOGRAFI

1) Abdul Karim bin Abdul Rahman. (2016). Sejarah Pengasasan dan Asal Usul Kerajaan Brunei
Berdasarkan Sumber Lisan. Retrieved from Tesis Ijazah Doktor Falsafah:
http://studentsrepo.um.edu.my/6454/1/HAJI_ABDUL_KARIM_BIN_HAJI_ABDUL_RAHMAN.p
df

2) Al-Sufri, A. M. (1997). Tarsilah Brunei II Zaman Kegemilangan dan Kemasyuran . Brunei


Darussalam: Jabatan Pusat Sejarah.

3) Awang Muhammad, Awan Hashim, Awang Rosli. (1994). Brunei di Tengah-tengah Nusantara.
Kertas Kerja Seminar Sejarah Brunei. Brunei : Jabatan Pusat Sejarah.

4) Fetschrift, R. S. (2006). Archaeology:Indonesian Perspective. Menteng,Jakarta: LIPI Press.

5) Hall, D. (1981). Terjemahan A History of South-East Asia: Sejarah Asia Tenggara. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

6) Hasanuddin. (2016). Politik dan Perdagangan Kolonial Belanda di Pontianak. Jurnal


Patanjala, 203-218.

7) Larsen, I. (2012). The First Sultan of Sarawak and His Links to Brunei and the Sambas Dynasty
1599-1826. Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 1-16.

8) Mail, A. A. (2007). Pemuliharaan Sejarah dan Tamadun Borneo. Brunei: Kementerian


Kebudayaan, Belia dan Sukan.

9) Murtadlo, M. (2014). Masjid Kraton Sambad dalam Konstelasi Pembaharuan Islam di


Kalimantan Barat. Jurnal Lektur Keagamaan, 207-234.

“Population and Annual Growth Rates for The Philippines and Its Regions, Provinces and Hingly
Urbanized Cities”.2010 Census and Housing Population. National Statistics Office.

10) Risa. (2014). Islam di Kerajaan Sambas antara abad keXV-XVII:Studi Awal Tentang Islamisasi
di Sambas. Jurnal Khatulistiwa(Jurnal Pengajian Islam), 105-116.

Saifullah SA (2008), Umat Islam Di Filipina Selatan Sejarah, Perjuangan dan Rekonsiliasi.
http://islamica.uinsby.ac.id/article

Sejarah Nusantara, Harta Karun Khazanah Sejarah Indonesia dan Asia-Eropa Dari Arsipvoc di Jakarta.
http://sejarah-nusantara.anri.go.id/media

Anda mungkin juga menyukai