Anda di halaman 1dari 4

TUGAS MAKALAH MULOK

TEATER TRADISIONAL MEK MULUNG : PUTERA


CAHAYA BULAN

Disusun Oleh :

Muhammad Audie Arya Pratama

SMA NEGERI 1 TEMBILAHAN

TAHUN AJARAN : 2017 /2018


TEATER TRADISIONAL MEK MULUNG : PUTERA CAHAYA
BULAN
Sekilas tentang mek mulung :
Mek Mulung merupakan sebuah teater tradisional Melayu yagn berasal dari Kedah.
Pementasan ini mempunyai adunan kesenian yang telah digabungkan menjadi sebuah
persembahan yang terdiri daripada lakonan, nyanyian, tarian dan muzik.
Mek Mulung‘Putera Cahaya Bulan’ mengisahkan tentang Putera Cahaya Bulan Raja Negeri
Selindungan Bulan mempunyai firasat bahawa Permasurinya, Puteri Nang Mara bakal
dilarikan raja yang memerintah Benua Pakkian, Raja Gergasi.
Putera Cahaya menitahkan agar rakyatnya berjaga selama tujuh hari tujuh malam bagi
menggagalkan niat Raja Gergasi.

Sinopsis :
Permulaan cerita dimulakan dengan Puteri Nang Mara yang mendapat mimpi. Nang Mara
menyuruh Inang untuk memanggil Putera Cahaya Bulan untuk menceritakan tentang mimpi
itu. Putera Cahaya Bulan meminta bantuan Awang Selamat dan Awang Pengasuh untuk
mencari tukang tilik dan mentafsir mimpi Nang Mara. Awang bertemu dengan gadis sengau
dalam perjalanan mencari rumah tukang tilik. Awang membawa Wak bertemu Putera Cahaya
Bulan. Wak mentafsir mimpi Nang Mara bahawasanya Gergasi dalam proses nak menculik
Nang Mara dari arah utara. Putera Cahaya Bulan mengarahkan seluruh penduduk berkawal di
arah utara untuk menghalang Gergasi dan kuncu-kuncunya daripada masuk ke negeri mereka
Gergasi berjaya membunuh Putera Cahaya Bulan dengan menggunakan hikmat sakni seruling.
Kebetulan, pada masa yang sama Putera Cahaya Bulan terlupa membawa bersama rotan tujuh
saktinya.Edeng dan Epong menemui keranda emas yang dihanyutkan menongkah arus.
Bagaimana Edeng dan Epong dapat menyelamatkan Putera Cahaya Bulan dan apakah
hubungan mereka? Part ni paling lawak, seriously sakit perut gelak terbahak-bahak.Mampukah
mereka menyelamatkan Puteri Nang Mara dari kejahatan Gergasi? Apakah nasib Gergasi
selepas itu?

Tokoh-tokoh :
1. Putera Cahaya Bulan
2. Nang Mara
3. Awang Selamat
4. Awang Pengasuh
5. Edeng
6. Epong
7. Gergasi
8. Amad
9. Sena

Beberapa cuplikan dari teater mek mulung, Putera cahaya bulan :