Anda di halaman 1dari 5

LATIHAN 1

JAWAPAN
Barangan buatan Malaysia ialah barangan yang dihasilkan di negara
kita sendiri. Banyak kebaikan yang kita peroleh dengan membeli
barangan buatan Malaysia. Antaranya, kita dapat menjimatkan
perbelanjaan

keluarga kerana harga barangan tempatan lebih muroh berbanding


barangan import. Selain itu, kita dapat menyemai semangat
patriotik dalam kalangan rakyat. Di samping itu, industri tempatan
juga dapat dimajukan dan membantu rakyat menambah pendapatan
supaya dapat hidup dengan lebih selesa. Seterusnya, penghasilan
barangan tempatan yang mendapat sokongan rakyat akan meningkatkan
imej negara pada pandangan pelancong dan dunia luar.
Kesimpulannya, belilah barangan buatan Malaysia kerana "Produk
Malaysia Kebanggaan Kita".

LATIHAN 2

JAWAPAN
Rajah menunjukkan kebaikan bekerja sendiri. Banyak kebaikan yang
diperoleh dengan bekerja sendiri. Antaranya, dapat mengubah
tatacara bekerja seseorang itu merijadi lebih positif. Selain
itu, dengan bekerja sendiri kita bebas menentukan waktu bekerja
kerana mempunyai waktu bekerja yang bebas. Di samping itu,
bekerja sendiri tidak membuatkan seseorang tertekan dengan pihak
atasannya. Dengan bekerja sendiri juga kita dapat menentukan
rezeki sendiri. Kesimpulannya, bekerja sendiri lebih baik daripada
bekerja dengan orang lain

贊助商鏈接
LATIHAN 3

JAWAPAN
Peta buih menunjukkan cara-cara menjadi murid cemerlang. Ada
banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menjadi murid cemerlang.
Antaranya, kita mestilah membuat jadual belajar harian dan
mematuhi

jadual tersebut supaya masa kita terancang. Selain itu, kita juga
boleh mengamalkan teknik mengulang kaji pelajaran yang betul dan
berkesan. Di samping itu, kita mestilah sedar akan kelemahan diri
kita dan berusaha untuk memperbaikinya. Seterusnya, setelah
melakukan pelbagai usaha kita hendaklah berdoa kepada Tuhan supaya
kita memperoleh kejayaan. Kesimpulannya, kejayaan yang cemerlang
memerlukan usaha yang berterusan.

贊助商鏈接

LATIHAN 4

JAWAPAN
Pemimpin negara merupakan individu yang banyak berjasa kepada
negara. Antara cara yang boleh kita lakukan untuk menghargai
pemimpin adalah dengan membina muzium negarawan supaya rakyat
dapat

mengenali permimpin dengan lebih dekat. Selain itu, buku biografi


mengenai pemimpin boleh diterbitkan sebagai tanda kita menghargai
pemimpin kita. Di samping itu. bangunan-bangunan dan jalan-jalan
boleh dinamakan sempena nama pemimpin bagi memperingati
jasa mereka. Contohnya, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun HS
Lee. Kesimpulannya, hormati dan hargailah pemimpin yang banyak
berjasa kepada negara kita.

贊助商鏈接

LATIHAN 5

JAWAPAN
Gambar rajah menunjukkan cara-cara memupuk perpaduan kaum. Antara
cara memupuk perpaduan kaum adalah mengadakan aktiviti gotong-
royong di kawasan taman perumahan. Selain itu, kita hendaklah

mengamalkan kunjung-mengunjung sempena hari-hari perayaan. Di


samping itu, sambutan hari keluarga boleh diadakan di taman
perumahan. Seterusnya, penglibatan murid-murid dalam aktiviti
kokurikulum di sekolah juga dapat memupuk perpaduan kaum kerana
mereka sentiasa berinteraksi antara satu sama lain.
Kesimpulannya, kita wajarlah membina semangat kejiranan di
kawasan kejiranan kita yang terdiri daripada pelbagai kaum
supaya kita dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

贊助商鏈接

LATIHAN 6

JAWAPAN
Gambar rajah menunjukkan cara-cara mengurangkan kadar kemalangan
jalan raya. Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk
mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya. Antaranya, kita tidak
boleh menggunakan telefon bimbit ketika memandu kerana akan
mengganggu tumpuan pemanduan. Selain itu, kita mestilah
mematuhi lampu isyarat. Di samping itu, kita juga mestilah
memandu dengan had laju yang ditetapkan untuk
mengelakkan kemalangan. Seterusnya, kita wajib memeriksa
keadaan kenderaan sebelum memulakan pemanduan. Keadaan struktur
jalan raya juga perlu diambil be rat supaya pengguna jalan raya
dapat memandu dengan selamat.