Skala Likert
juga boleh sebagai summative scale, kerana skala ini sering dianalisis dengan menjumlahkan
nilai numerikal yang diberikan kepada setiap pilihan.
Pada pendapat saya, saya akan memilih skala likert 4 titik kerana lebih tepat dan jitu. Hal ini
adalah kerana skala likert mata 5 mempunyai neutral ditengah-tengahnya.
Sangat Setuju (SS), Setuju (S), Tidak Pasti (TP), Tidak Setuju (TS), Sangat Tidak Setuju
(STS).
Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya konflik dalam penentuan min dalam sesuatu
kajian kerana wujudnya skala neutral iaitu Tidak Pasti (TP). Namun begitu, pemilihan skala
likert 4 titik ini dikatakan akan menghilangkan ciri skala likert itu sendiri.
Sangat Setuju (SS), Setuju (S), Tidak Setuju (TS), Sangat Tidak Setuju (STS).
Namun begitu, jika item Tidak Pasti (TP) tidak digunakan, item-item di atas tidak lagi
dipanggil Skala Likert (kerana tiada ciri neutral) tetapi dipanggil Likert-type scale. Hal ini
akan lebih menyakinkan kerana responden akan "dipaksa" untuk memberi pendapat, tidak
ada jalan lain untuk menjadi responden memberikan respon "atas pagar" seperti Tidak Pasti
(TP) yang tidak memberi makna kepada dapatan sesuatu kajian.