Berkat kesungguhan dan azam yang tinggi setiap ahli kumpulan yang
berkerjasama dan nasihat pensyarah pembimbing, kami mampu menyiapkan juga
kerja kursus ini pada masa yang ditetapkan walaupun terpaksa melalui banyak
masalah semasa menyiapkannya. Bagi melaksanakan tugasan ini, kami dikehendaki
untuk menyediakan aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan di Pusat Pemulihan
Dalam Komuniti. Kami diminta merancang dan melaksanakan program tersebut
dalam tempoh yang ditetapkan.
Selepas itu, kami diminta memilih sebuah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
dan kali diminta melantik Ahli Jawatankuasa bagi setiap aktiviti dan setiap ahli perlu
mengetuai mana-mana ahli jawatankuasa yang diwujudkan. Kami juga perlu
merancang dan menghasilkan kertas kerja yang mempunyai aktiviti seperti aktiviti
keceriaan, aktiviti home base dan aktiviti akedemik. Selepas itu kami diminta untuk
melaksanakan aktiviti yang dirancang di Pusat Latihan dalam Komuniti.
Selepas tugasan diberikan, saya telah dilantik sebagai Pengerusi Induk untuk
Program Pusat Pemulihan Dalam Komuniti. Saya rasa berbesar hati kerana
diberikan tanggungjawab sebagai pengerusi program ini. Selepas itu, saya telah
membahagikan kumpulan dan juga membuat undian untuk pemilihan PDK. Saya
juga bertangungjawab untuk menguruskan berkenaan dengan aktiviti yang
dijalankan dan berhubung dengan pensyarah pembimbing berkenaan program
seperti lawatan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat, urusan berkaitan dengan dengan
Program Khidmat Masyarakat dan Pembentangan Laporan Program Khidmat Siswa.
Di dalam kumpulan PDK pula, kumpulan kami telah mendapat undian untuk
menjalankan program khidmat siswa di PDK 8 Bridget Kem Desa Pahlawan. Setelah
kami mengetahui PDK yang akan kami pergi untuk menjalankan program khidmat
siswa. Kami telah melantik Ahli Jawatankuasa berkaitan dengan program yang kami
akan jalankan. Semasa mesyuarat kami sebulat suara untuk melantik Saudara
Khairuldin Bin Abdan untuk menjadi pengerusi projek dan saya telah dilantik menjadi
AJK keselamatan dan menguruskan berkenaan aktiviti keceriaan.
Aktiviti pertama yang kami jalankan adalah aktiviti melukis mural dan banner
serta menghasilkan taman zoo mini. Aktiviti ini dijalankan pada hari ahad kerana di
PDK ini hari ahad adalah hari cuti dan kami menjalankan aktiviti ini bersama dengan
guru-guru dan juga penyelaras. Walaupun hari cuti namun mereka tetap
bersemangat untuk membantu kami menghias dan menceriakan persekitaran PDK.
Kami telah menghasikan sangkar arnab daripada bahan terbuang iaitu almari
lama. Kami telah memperbaiki almari tersebut untuk dijadikan rangka sagkar arnab
tersebut. Kemudian kami memasang jaring dan menghias sangkar tersebut dengan
mengecat syelek untuk mencantikkan dan memastikan sangkar tersebut tahan lama.
Kami juga mengunakan sangkar burung dan juga akuarium untuk menghias Taman
Zoo mini agar menjadi lebih ceria dan juga menarik
Pada keesokan harinya pula kami telah menjalankan aktiviti gotong royong
bersama pelatih dan juga guru di PDK kem desa pahlawan. Kami juga dibantu oleh
pihak ATM terutamanya Rejimen Renjer yang mebantu kami membersihkan kawsan
persekitaran PDK dan juga membantu kami menceriakan PDK. Bagi pelatih yang
mempunyai masalah fizikal, kami tidak mengalakkan mereka melakukan kerja berat
namum kesungguhan mereka untuk menolong kami dapat dilihat, kami sungguh
terharu dengan usaha mereka yang cuba membantu walaupun mereka tidak
sempurna seperti manusia normal yang lain.
Semasa aktiviti dijalankan pula, ada diantara ahli kumpulan yang kurang sihat
dan juga tercedera semasa menjalankan aktiviti. Mujurlah ada disediakan Kit
Keselamatan di PDK tersebut. Untuk mengelakkan berlaku kecederaan semasa
aktiviti, kami telah memberikan taklimat kepada guru pelatih mengenai keselamatan
yang patut dipatuhi dan memastikan tempat aktiviti dijalankan adalah selamat bagi
mengelakkan berlakunya sesuatu yang tidak diingini.
Terdapat juga kekangan yang terpaksa kami hadapi seperti kami terpaksa
menyelesaikan banyak kerja kursus dan aktiviti yang bertembung pada suatu masa
sehingga melemahkan semangat kami. Sebagai contoh kami terpaksa
menyelesaikan beberapa tugasan lain dalam satu-satu masa. Namun, sebagai bakal
seorang pendidik kami telah melihatnya sebagai satu cabaran yang harus ditempuhi
dan berfikiran positif untuk menanganinya.
Selain itu juga, kami menghadapi masalah kewangan untuk mendapatkan
dana. Banyak kekangan semasa kami mencari sumbangan dan juga dana kerana
banyak alasan yang tidak munasabah diberikan oleh daripada premis dan juga pihak
perseorangan semasa kami mencari sumbangan. Ada diantara mereka memberikan
alasan pengurus bercuti, pengurus baru keluar, kedai baru buka dan sebagainya. 80
peratus daripada premis yang kami datangi memberikan alasan yang sama.
Akhirnya, program yang kami jalankan berjalan dengan lancar dan berjaya
dengan berkat tunjuk ajar pensyarah kami dalam membantu menjelaskan segala
kemushkilan dan masalah yang tidak difahami sedikit sebanyak memudahkan lagi
kami untuk bertindak dalam menjayakan program khidmat masyarakat PDK dalam
kerja kursus ini dengan jayanya. Sesungguhnya program yang dijalankan telah
menjadi satu pendedahan kepada guru pelatih dalam aktiviti kemasyaratan dan
mendekatkan diri kepada pelatih Pusat Pemulihan dalam Komuniti.
Akhirnya kami berjaya juga menyiapkan tugasan ini pada tempoh yang
ditetapkan sebelum menghantar tugasan ini pada tarikh yang telah ditetapkan.
Pelbagai faedah serta pengalaman yang kami perolehi semasa menjalani tugasan ini
yang mana segala ilmu yang kami pelajari telah dapat kami praktikkan semasa
menyiapkan tugasan ini. Ini merupakan sebagai satu pendedahan awal kepada diri
kami dan rakan lain agar lebih bersedia untuk menjadi seorang guru pendidikan khas
yang hebat satu hari nanti.