Anda di halaman 1dari 1

berikut adalah beberapa tips berguna untuk menulis surat rasmi yang baik:

 Kandungan surat rasmi mestilah ditulis dengan gaya formal. Gunakan bahasa baku yang ringkas- tetapi

jangan terlampau ringkas sehingga merosakkan isi dan mengaburi mesej sebenar yang ingin disampaikan

di dalam surat tersebut.

 Penggunaan bahasa kiasan dan berbunga-bunga adalah tidak digalakkan sama sekali. Simpan skilltersebut

dan gunakan ketika anda menulis novel “Sebenarnya Dia Jiran Saya” nanti.

 Gunakan kata panggilan hormat yang sesuai untuk penerima, seperti “Yang Berhormat”, “Yang

Berbahagia”, “Datuk”, “Datin”, “Tan Sri”, “Tuan”, “Puan” dan sebagainya mengikut kesesuaian. Namun

begitu, “Tuan” adalah kata panggilan hormat yang paling lazim digunakan sekiranya anda tidak mengenali

atau mengetahui status penerima tanpa mengira jantina.

 Elakkan penggunaan singkatan perkataan. Jika anda tetap mahu menggunakannya, maka tafsirkan

singkatan perkataan tersebut di bahagian paling awal surat.

 Nomborkan setiap perenggan kecuali perenggan pertama (pendahuluan) dan terakhir (penutup). Mulakan

nombor perenggan selepas perenggan pendahuluan dengan nombor 2.

 Baca atau “proofread” surat anda berulang kali sebelum menghantar surat bagi mengelakkan kesalahan

ejaan dan tatabahasa. Langkah terbaik adalah meminta orang lain membacanya.

Anda mungkin juga menyukai