PAM/STAH/BEKALAN GRAVITI
(ANALISIS BAKTERIA)
PEJABAT KESIHATAN
DAERAH BATU PAHAT, JOHOR
SIJIL PEMBANTU KESIHATAN AWAM
SIRI 2/2008
NAMA : KHAIRUL ZAMRIE BIN JAILANI
NO. KP : 8505 – 14 – 6161
NO. MATRIK : BPKA 2008–3874
KURSUS : SIJIL PEMBANTU KESIHATAN AWAM
KOLEJ : KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU
SG.BULOH,SELANGOR DARUL EHSAN
MUKADIMAH:
Terima kasih diucapkan kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah dan
keizinannya dapat saya menyiapkan tugasan menyiapkan tugasan yang
diberikan di Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat.Tidak lupa juga
kepada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran(PPKP) unit Bakas En
Hj.Ariffin B Mukijo, Pembantu Kesihatan Awam(PKA) En.Samat B
Masram unit Bakas kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar
di dalam menyiapkan tugasan ini.
PENGENALAN:
Memastikan pengambilan contoh untuk analisis bakteria diambil mengikut prosedur yang betul
bagi tidak berlaku sebarang pencemaran pada contoh air yang diambil serta mengikut langkah-
langkah.
OBJEKTIF SPESIFIK
Mempelajari prosedur serta mempelajari teknik-teknik pengambilan contoh air untuk analisis
bakteria,mengelakkan kejadian penyakit bawaan air dan makanan.
PROSEDUR PENGAMBILAN CONTOH AIR PERIGI PAM
(ANALISIS BAKTERIA)
Terdapat 3 prosedur yang perlu di ambil perhatian iaitu sebelum semasa dan selepas. Terdapat
tiga jenis kajian yang dijalankan dalam persampelan air ini iaitu, ujian mikrobioligi, ujian kimia
dan ujian fizikal. Carta dibawah menerangkan ujian yang dibuat untuk persampelan tersebut.
Kum pul
SEBELUM
F IZ IK A L :
Perkara yang perlu dilakukan sebelum mengambil sampel air adalah:-
Mengeluarkan alat-alat untuk menguji sampel air dilapangan
Membuat senarai semak alat-alat supaya tiada kehilangan atau tertinggal
Memastikan keadaan alat berfungsi dengan baik.
Antara alat-alat yang digunakan untuk persampelan air GFS ini adalah:-
♦ pH
TUBIDIMETER LOVIBONDCOMPARATOR
Digunakan untuk mengesan nilai ntu Digunakan untuk mengesan kandungan klorin
dan warna air.
Ph METER
Digunakan untuk mengesan kandungan Ph air.
MASALAH
1) Lokasi pengambilan sample air yang jauh untuk sampai ke lokasi.
2) Jalan yang berlopak.
3) Alat-alat untuk pengambilan sample air adalah terhad.
4) Bilik proses rawatan air adalah sempit dan terhad untuk beberapa orang sahaja
yang boleh memasukinya.
5) Penerangan yang diberikan tentang cara pengambilan sampel air kurang jelas.
6) Penapis perlu sentiasa diselenggara kerana tersumbat.
7) Pili air di kawasan yang sempit.
CADANGAN
1) Jalan raya perlu dibaiki bagi memudahkan perjalanan untuk pergi ke lokasi
pengambilan sample air.
2) Penerangan diberikan dengan menggunakan hailer(penguat suara)
3) Kawasan perlulah lebih luas.
4) Tempat untuk rawatan air perlu dijaga dengan teliti bagi mengelakkan tanah-
tanah tidak memasuki tempat proses rawatan air dan boleh mencemarkan air-air yang telah
dirawat.
5) Alat-alat perlu diperbanyakkan bagi memudahkan pelatih-pelatih untuk belajar
dan melakukan pengambilan sampel air.
6) Bilik proses rawatan air perlu dibesarkan supaya pelatih atau sesiapa sahaja
boleh memasukinya untuk tujuan pembelajaran.
7) Meletakkan pili air yang khas dan tempat yang sesuai untuk melakukan
persampelan.
KESIMPULAN
Aktiviti pengambilan sampel yang dijalankan di kampung parit Jayus,Sri Medan berjaya kami
lakukan serta kami dapat mengetahui prosedur serta tatacara ketika pengambilan sampel air GFS
dilakukan Kami juga diberi penerangan tentang penggunaan alatan persampelan dan analisis air
dengan cara yang teratur bagi mengelakkan pencemaran dari berlaku kepada air persampelan.