Anda di halaman 1dari 3

5.

0 USAHA-USAHA MEMARTABATKAN TULISAN JAWI

Tulisan jawi di sekolah


Dalam mesyuarat jawatankuasa Pelaksanaan KBSR/KBSM, Pusat
Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan mengesyorkan bahawa pendidikan
dimulakan dengan matapelajaran jawi dan menggunakan skrip jawi dalam pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Agama Islam pada murid tahun 1. Hal ini bagi memberi
peluang kepada murid-murid yang lemah menguasai tulisan jawi. Selain itu, Dr. Amini
Amir Abdullah, Pensyarah Universiti Putra Malaysia dalam Utusan
Melayu menyarankan agar tulisan jawi dimasukkan dalam peperiksaan awam seperti
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan dikenakan syarat wajib lulus. Perkara ini boleh
dilaksanakan apabila pendedahan dan penghayatan sepenuhnya kepada pelajar-pelajar
dibuat terlebih dahulu. Disamping itu, di peringkat sekolah menengah, tulisan jawi
digunakan untuk menguasai kemahiran bahasa.Perubahan ini jelas menunjukkan usaha
kerajaan menyesuaikan huruf jawi dengan perkembangan bahasa. Program jawi yang
dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah tidak
begitu menjamin perkembangan tersebut sebagaimana berlaku dalam zaman
kegemilangan pada abad yang lalu.

Tulisan jawi dalam institusi kerajaan


Usaha untuk memartabatkan tulisan jawi dalam institusi kerajaan merupakan
salah satu kaedah yang perlu diterapkan. Seterusnya, di peringkat Institusi Pengajian
Tinggi Awam dan swasta (IPTA/IPTS), langkah memasukkan kemahiran dan sejarah
perkembangan tulisan Jawi dalam subjek Tamadun Islam dan Kenegaraan Malaysia
adalah perlu sebagai mekanisme untuk memartabatkan tulisan Jawi di peringkat
Institusi Pengajian Tinggi di negara ini. Ini merupakan satu usaha untuk menangkis dan
memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap tulisan Jawi yang dianggap sebagai
sinonim dengan agama Islam. Justeru, Badan-badan kerajaan seperti Institut
Terjemahan Malaysia bersama Dewan Bahasa dan Pustaka juga harus berganding bahu
merealisasikan proses memartabatkan tulisan Jawi ini dengan memperbanyakkan lagi
terjemahan buku-buku ke dalam tulisan Jawi di dalam pustaka universiti yang
berkenaan.
Tulisan jawi dalam media massa/cetak
Penguasaan dunia tanpa sempadan melalui skrin komputer, telefon bimbit dan
pelbagai lagi media elektronik dewasa ini telah menjadi batu penghalang kepada hasrat
untuk meneguhkan jatidiri dan tamadun bangsa di negara kita. Lantaran itu, usaha
memartabatkan tulisan Jawi ini harus lebih menyeluruh termasuk penggunaan di dalam
laman-laman web tempatan, kerajaan (ada versi Jawi), perisian Microsoft Office Jawi,
telefon bimbit dan lain-lain. Perisian komputer di dalam tulisan Jawi amat kurang malah
susah untuk ditemui. Sekiranya, ia dilakukan secara bersungguh-sungguh dengan
gembelingan pihak kerajaan dan swasta matlamat ini pasti boleh dicapai dengan
jayanya. Selain itu, kesedaran penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda dan petunjuk
jalan masih kecil bilangannya dan tidak keterlaluan jika dikatakan boleh dibilang
dengan jari. Justeru, pihak berkuasa tempatan harus menguatkuasakan peraturan supaya
setiap papan tanda yang hendak dipasang haruslah mempunyai tulisan Jawi sebagai
bahasa kedua selain dari bahasa utama iaitu Bahasa Malaysia.

Tulisan jawi sebagai seni warisan


Tulisan jawi melakarkan sejarah dan budaya melayu Nusantara yang sangat
besar. Tulisan ini tersebar melalui kitab-kitab agama di pelusuk wilayah ini. Selain itu,
terdapat juga catatan pada waktu batu nisan, batu bersurat, dan ukiran pada bangunan
rumah ibadat mahupun rumah kediaman. Tulisan jawi dalam pelbagai khat juga
terdapat pada seramik, tekstil dan logam yang digunakan turun-temurun. Justeru,
dengan mengekalkan khazanah warisan dan dapat menambah kecintaan terhadap
karya-karya bertulisan jawi.

Contoh seni khat thulut Contoh kaligrafi islam


Bibliography
Jalal, A. F., & Isa, Y. (2007). Tulisan Jawi : Sejarah, seni dan warisan. Lembaga
Muzium Negeri Pahang.
Rifin, M. R. (2016, 4 Mac). Usaha Memartabatkan Tulisan Jawi. Diperoleh daripada
Utusan online: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/usaha-memartabat-
tulisan-jawi-1.196830#ixzz5EBWfcVrq

Anda mungkin juga menyukai