KEPADA JURUTEKNIK KOMPUTER SEKOLAH/ PEN. PEG. TEKNO. MAKLUMAT (FT/FA) PKG SUNGAI LAYAR 2017
A. PENGENALAN
Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) adalah satu sistem pembelajaran
berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet. Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa. Laman VLE juga merupakan Pembelajaran Melangkaui Sempadan. Maka peralatan ICT sangat penting disamping capaian internet yang stabil akan merealisasikan konsep pembelajaran abad ke-21 sekarang ini.
B. OBJEKTIF
Bengkel ini diadakan dengan harapan agar objektif-objektif berikut
tercapai : 1. Adalah diharapkan FT/PPTM sekolah dapat memperolehi ilmu tentang penggunaan FROG VLE dan dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut untuk membantu guru/murid di sekolah. 2. FT/PPTM sekolah dapat mengenal pasti masalah serta penyelesaian dalam urusan menyediakan peralatan ICT kepada warga sekolah.
C. PESERTA YANG TERLIBAT/KUMPULAN SASARAN
Semua Juruteknik Komputer/Pen. Peg. Tekno. Maklumat Sekolah PKG Sungai
Layar
1 Thank you for using PDFelement 6 Professional.
You can only convert up to 5 pages in the trial version.
To get the full version, please purchase the program here: