Anda di halaman 1dari 3

esipi Spaghetti Carbonara

Minyak zaitun
1/2 bawang besar didadu kecil-kecil
5 ulas bawang putih ditumbuk halus
2 dada ayam besar didadu kecil-kecil
1 botol susu full cream dutch lady
1 tin prego pasta sauce carbonara mushroom
1/2 sudu kecil daun basil kering
1/2 sudu kecil lada hitam ditumbuk halus
1 biji telur - optional (tapi dalam resipi ni Mummy letak)
Parmesan cheese - optional (kalau takde pun takpe)
Garam

1 paket spaghetti direbus sampai empuk "el-dente"

Cara-cara memasak.

1. Panaskan minyak zaitun lebih kurang agak-agak je. Kalau terlebih pon takpe sebab amat
baik untuk kesihatan. Dah panas masukkan bawang besar masak seketika takperlu sampai
garing, lepas tu masukkan bawang putih. Dah naik bau, masukkan pula dada ayam yang
didadu kecil-kecil.

2. Agak-agak dada ayam dah empuk dan masak, terus masukkan 1 tin prego pasta sauce
carbonara mushroom. Kacau seketika. Terus masukkan 1 botol susu full cream dutch lady.

3. Seterusnya masukkanlah daun basil dan lada hitam. Biarkan mereneh.

4. Lepas je spaghetti dah masak, masukkan terus dalam kuah carbonara tadi dan masak
seketika sampai lembut spaghetti tu ikot tahap kelembutan yang korang suka. Bagi
Mummy, I akan masakkan spaghetti tu dengan kuah baru mesra. Waktu rebuskan tu jangan
sampai lembut sangat. Lepas tu air rebusan spaghetti jangan dibuang. Ambil air tu untuk
jadikan tambahan dalam sos spaghetti yang akan memekatkan kuah.

12 Perkara Semua Orang Mesti Tahu Rokok HARAM


5. Kalau agak pekat sos carbonara tu, tambahkan air dari rebusan spaghetti tadi ikot
kepekatan yang korang suka jugak. Tapi Mummy buat banyak kuah. Lepas tu tambah
garam dan biarkan merenih lagi. Sampai betul-betul masak spaghetti tu.

6. Tutup api dan terus letakkan telur sebijik yang dah dipukul siap. Kacau rata. Telur ni nak
bagi kelemakan dan ia akan masak sendiri dari kepanasan yang membahang spaghetti tu.
Kalau nak lemak lagi tambah lah 2 biji telur. Jangan letak telur waktu kuali atas api nanti
terus jadi scramble egg pulak. Pastikan api sudah ditutup!

7. Akhir sekali tambahkan sedikit parmesan cheese kalau ada. (Mummy tak letak pon)
Bahan-bahan (4-5 orang makan):-

1) 300-350g spaghetti
2) 1 tin sos spaghetti carbonara Prego
3) 1 tin cendawan butang
4) 4-5 batang sosej
5) 8-10 ekor udang saiz sederhana
6) 3-4 ulas bawang putih
7) 1 labu bawang besar
8) 1/2 cawan susu segar
9) Serbuk lada hitam
10) Air, minyak dan garam secukupnya

Cara-cara:-

1) Rebus spaghetti dengan air secukupnya. Masukkan juga garam dan sedikit minyak
bersama-sama air. Siap dan toskan.
2) Bawang besar dan bawang putih dipotong dadu.
3) Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga
kekuningan.
4) Masukkan udang dan sosej. Biarkan seketika.
5) Masukkan sos carbonara Prego.
6) Toskan cendawan butang dan potong kepada beberapa bahagian. Masukkan
cendawan butang.
7) Seterusnya, masukkan susu segar dan juga sedikit air. Biarkan reneh seketika.
SIAP!
8) Untuk dihidangkan, tabur sedikit serbuk lada hitam ke atas hidangan.

*Minyak dimasukkan semasa merebus spaghetti bagi mengelakknya melekat.


*Air yang ditambah adalah mengikut kesesuaian. Bagi saya yang suka sos spaghetti
yang tidak terlalu pekat, saya tambah 1 cawan++ air ketika mereneh sos.
*Bagi saya, garam tidak perlu dimasukkan kerana masin sos Prego sudah cukup. Less
Salt. =D

Anda mungkin juga menyukai