PERJANJIAN ini dibuat pada 28 / 10 / 2013 bersamaan pada hari ISNIN di Pejabat Tetuan Azrulhisham
& CO yang beralamat Lot 1342, Tingkat Satu Hadapan Hospital Besut, Jalan Pasir Akar, 22000 Jerteh,
Terengganu.
Beralamat : Lot 3545 Jalan Tokey Kijang, Kg. Banggol Katong Serada, 20050 K.Terengganu
BAHAWASANYA
1. Penjual adalah pemunya berdaftar kenderaan yang butir-butir adalah seperti yang
dinyatakan di bawah ( selepas daripada ini disebut sebagai “Kenderaan tersebut”).
(Sesalinan geran hakmilik kenderaan tersebut dilampirkan didalam Perjanjian ini dan
ditandakan sebagai “Lampiran 1”).
2. Penjual telah bersetuju untuk menjual dan pembeli telah bersetuju untuk membeli
kenderaan tersebut secara “sambung bayar” tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-
terma seperti yang terkandung di dalam Perjanjian ini.
1. PERSETUJUAN
Dengan fikiran yang waras Penjual telah bersetuju untuk menjual Kenderaan tersebut
secara “sambung bayar” dan Pembeli bersetuju untuk membelinya tertakluk kepada
syarat-syarat dan terma-terma yang terkandung di dalam Perjanjian ini.
2. BAYARAN BULANAN
Sekiranya Kenderaan tersebut telah di tarik oleh Bank Pembiaya sebelum sempat
diserahkan kepada Penjual maka Pembeli beraku janji akan bertanggungjawab keatas
segala kos yang berkaitan dengan penarikan Kenderaan tersebut oleh Bank Pembiaya dan
seterusnya Pembeli akan bertanggungjawab keatas segala kerosakan yang berlaku akibat
daripada kesan penarikkan Kenderaan tersebut oleh Bank Pembiaya.
3. TANGGUNGJAWAB PEMBELI
3.1 Pembeli adalah bertanggungjawab keatas segala saman Pihak Berkuasa yang
berkenaan mulai daripada tarikh Pembeli mengambil alih Kenderaan tersebut
daripada Penjual.
3.5 Sekiranya Pembeli secara suka rela menyerahkan Kenderaan tersebut kepada
Penjual didalam tempoh Perjanjian hendaklah memastikan bahawa Kenderaan
tersebut berada didalam keadaan yang sama seperti waktu mengambil alih
daripada Penjual. Segala kekurangan/kerosakan akan ditanggung sepenuhnya
oleh Pembeli dan Deposit akan diserahkan semula kepada Pembeli setelah
ditolak Tunggakkan dan/atau kerosakan (sekiranya ada).
4. TANGGUNGJAWAB PENJUAL
4.2 Sekiranya Pembeli ingin membiaya atau menyelesaikan segala baki hutang
dengan Bank Pembiaya maka Penjual bertanggungjawab untuk memberikan
keizinan pertukaran hakmilik secara rasmi keatas nama Pembeli atau wakilnya.
5. HAK PEMBELI
6. HAK PENJUAL
7. KLAUSA PENTING
Sekiranya Pembeli gagal untuk membayar bayaran bulanan selama Tiga (3) bulan
berturut-turut dan/atau sekiranya Kenderaan tersebut dijual kepada pihak ketiga tanpa
pengetahuan dan kebenaran Penjual dan seterusnya gagal untuk menyerahkan kembali
Kenderaan tersebut kepada Bank Pembiaya dan/atau Penjual dan setelah usaha dilakukan
oleh Penjual untuk mendapatkan kembali Kenderaan tersebut menemui kegagalan maka
satu laporan Polis akan dibuat terhadap Pembeli dan tindakan undang-undang akan
dimulakan terhadap Pembeli berkaitan dengan kehilangan Kenderaan tersebut.
8. MASA
Masa bila mana dinyatakan didalam perjanjian ini merupakan intipati perjanjian ini.
Pengetahuan dan/atau persetujuan secara senyap oleh Penjual atau Pembeli mengenai
sebarang pelanggaran terhadap mana-mana syarat atau mana-mana satu daripada perkara-
perkara tersebut yang terkandung didalam Perjanjian ini hendaklah tidak akan dianggap
sebagai suatu pelepasan syarat-syarat atau akujanji-akujanji tersebut dan walaupun
perkara yang dinyatakan diatas telah berlaku, Penjual atau Pembeli masih berhak untuk
menguatkuasa hak masing-masing di bawah Perjanjian ini serta mengkehendaki
perlaksanaan dengan sempurna oleh mana-mana pihak terhadap segala syarat-syarat
seperti mana yang terkandung di dalam Perjanjian ini.
Apa jua notis yang perlu diserahkan kepada salah satu pihak di sini mengikut syarat-
syarat didalam Perjanjian ini adalah dikira sempurna serahannya apabila:
(a) Ianya diserahkan kepada satu pihak itu atau melalui Surat Berdaftar yang
dialamatkan kepada alamatnya yang dinyatakan disini dan adalah dikira
(samada di terima atau tidak) di terima pada masa Surat Berdaftar itu diserah
di dalam keadaan biasa;
(b) Ianya diberikan kepada pihak itu atau melalui surat dan/atau diserahkan dengan
tangan kepada pihak itu.