Anda di halaman 1dari 13

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan

Kesihatan: Komponen Pendidikan Jasmani


Tahun 1
1.2.3 Melakukan pergerakan lokomotor
dalam pelbagai arah, aras, laluan, dan
kelajuan dengan rakan dan alatan.
2.2.1 Menyatakan pergerakan lokomotor
dan bukan lokomotor.
5.2.1 Mempamerkan rasa seronok
melakukan aktiviti baharu dalam
Pendidikan Jasmani.

Isi Kandungan Muka Surat


Pelan Pengajaran 2-9
Lampiran 1 10
Lampiran 2 11
Lembaran Kerja 1.0 12-13

1
Tahun 1

Pengajaran 1.2.3, 2.2.1, 5.2.1


Pergerakan Asas Kemahiran Lokomotor
Standard Kandungan
1.2 Melakukan pelbagai kemahiran lokomotor. Masa: 1 Jam (30 minit setiap sesi)
2.2 Menggunakan pengetahuan konsep pergerakan
lokomotor dan bukan lokomotor. Kemahiran TMK:
5.2 Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri 3.3 Meleraikan sesuatu yang kompleks
semasa melakukan aktiviti. dalam bentuk komponen yang kecil.

Standard Pembelajaran
Murid boleh:
1.2.3 Melakukan pergerakan lokomotor dalam pelbagai
arah, aras, laluan, dan kelajuan dengan rakan dan alatan.
2.2.1 Menyatakan pergerakan lokomotor dan bukan
lokomotor.
5.2.1 Mempamerkan rasa seronok melakukan aktiviti
baharu dalam Pendidikan Jasmani.
Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Bahan untuk kelas
1. Gelung rotan, batang kayu atau plastik, kon, tali, pundi kacang, bola pelbagai saiz, sapu
tangan, marker, dan kayu 30cm.
Bahan untuk setiap murid
1. Lembaran Kerja 1.0

Prasyarat
Murid sudah belajar membuat aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor.

Sumber Tambahan

Aktiviti fizikal dalam kelas


https://www.urmc.rochester.edu/medialibraries/urmcmedia/community-health/community-
partnerships/heart/documents/indoorphysicalactivityideasfor.pdf
Menyejukkan badan
https://www.youtube.com/watch?v=XoxfF7Nkdu0

2 Pengajaran 1.2
Senarai Semak Kemahiran Asas TMK:
Nama: _________________________________________ Tahun: ___________________

Tarikh: _________________________

Tahap
KEMAHIRAN
BIL KELOMPOK TMK Kemahiran Asas
TMK
Rendah Mahir Cemerlang

1. 1.3 Menggunakan 3.3 Meleraikan Melakukan Murid berjaya Murid berjaya Murid melepasi tahap
Pemikiran sesuatu yang pergerakan melakukan pergerakan melakukan penguasaan mahir
Komputasional kompleks lokomotor. lokomotor dan pergerakan lokomotor dengan memaparkan
untuk proses dalam bentuk memerlukan dengan sedikit kemahiran secara
penyelesaian komponen bimbingan guru. bimbingan guru. kreatif atau innovatif
masalah. yang kecil tanpa bimbingan guru.

3 Pengajaran 1.2
Melakukan aktiviti Murid berjaya Murid berjaya Murid melepasi tahap
lokomotor dengan melakukan aktiviti melakukan aktiviti penguasaan mahir
kelajuan yang lokomotor dengan lokomotor dengan dengan memaparkan
berbeza. kelajuan yang berbeza kelajuan yang berbeza kemahiran secara
dan memerlukan dengan sedikit kreatif atau innovatif
bimbingan guru. bimbingan guru. tanpa bimbingan guru.

Melakukan aktiviti Murid berjaya Murid melakukan Murid melepasi tahap


lokomotor melakukan aktiviti aktiviti lokomotor penguasaan mahir
mengikut aras lokomotor mengikut mengikut aras yang dengan memaparkan
yang berbeza. aras yang berbeza dan berbeza dengan kemahiran secara
memerlukan sedikit bimbingan kreatif atau innovatif
bimbingan guru. guru. tanpa bimbingan guru.

4 Pengajaran 1.2
Melakukan aktiviti Murid Berjaya Murid berjaya Murid melepasi tahap
lokomotor melakukan aktiviti melakukan aktiviti penguasaan mahir
mengikut arah lokomotor mengikut lokomotor mengikut dengan memaparkan
yang berbeza. arah yang berbeza dan arah yang berbeza kemahiran secara
memerlukan dengan sedikit kreatif atau innovatif
bimbingan guru. bimbingan guru. tanpa bimbingan guru.

Melakukan aktiviti Murid berjaya Murid berjaya Murid melepasi tahap


lokomotor melakukan aktiviti melakukan aktiviti penguasaan mahir
mengikut laluan lokomotor mengikut lokomotor mengikut dengan memaparkan
yang berbeza. laluan yang berbeza laluan yang berbeza kemahiran secara
dan memerlukan dengan sedikit kreatif atau innovatif
bimbingan guru. bimbingan guru. tanpa bimbingan guru.

Melakukan Murid berjaya Murid berjaya Murid melepasi tahap


pergerakan melakukan pergerakan melakukan penguasaan mahir
kelompok dengan kelompok dengan pergerakan kelompok dengan memaparkan
rakan. rakan dan memerlukan dengan rakan dengan kemahiran secara
bimbingan guru. sedikit bimbingan kreatif atau innovatif
guru. tanpa bimbingan guru.

5 Pengajaran 1.2
Melakukan Murid berjaya Murid berjaya Murid melepasi tahap
pergerakan melakukan pergerakan melakukan penguasaan mahir
lokomotor dengan lokomotor dengan alat pergerakan lokomotor dengan memaparkan
alat. dan memerlukan dengan alat dengan kemahiran secara
bimbingan guru. sedikit bimbingan kreatif atau innovatif
guru. tanpa bimbingan guru.

6 Pengajaran 1.2
Rancangan Pengajaran

Cadangan Aktiviti BBM/ Catatan

Memanaskan Badan: “Ice and Water” BBM


 Kon
1. Murid melakukan aktiviti memanaskan badan dengan “Ice and Water”.
a. Beberapa orang murid sebagai “pengejar” dan rakan yang lain sebagai “water”. Penerapan Kemahiran TMK
b. Pengejar perlu mengejar “water” dan apabila “water” disentuh akan menjadi “ice” atau tidak boleh bergerak.  3.3
“Ice” hanya boleh bergerak semula apabila disentuh oleh “water” atau rakan yang lain.
c. Tukar peranan.

2. Guru mengemukakan soalan kepada murid:


a. Bagaimanakah anda bergerak semasa melakukan aktiviti “Ice and Water”?

3. Guru memberi tugasan kepada murid dalam kumpulan kecil.


Tugasan: Melakukan pergerakan lokomotor dalam pelbagai arah, aras, laluan dan kelajuan dengan rakan dan
alatan.

4. Murid meneroka pergerakan lokomotor dalam kumpulan.

Aktiviti 1: Cabaran Lokomotor BBM


 Gelung rotan, batang
1. Murid dalam kumpulan kecil. kayu atau plastik, kon,
2. Murid dalam kumpulan berbincang untuk melakukan pergerakan lokomotor berdasarkan halangan “Cabaran marker dan tali.
Lokomotor” seperti Lampiran 1.
3. Murid mencuba dan meneroka pergerakan lokomotor yang sesuai berdasarkan konsep pergerakan secara Penerapan Kemahiran TMK
berkumpulan.  3.3
4. Murid mengenal pasti pergerakan lokomotor yang dilakukan semasa melepasi halangan.
5. Guru mengemukakan soalan berikut semasa murid meneroka:
a. Apakah pergerakan lokomotor yang anda lakukan?
b. Bagaimanakah melepasi halangan pada aras rendah?
c. Bagaimanakah anda melepasi halangan pada laluan yang berbeza?
d. Apakah pergerakan lokomotor yang paling mudah anda lakukan?

7 Pengajaran 1.2
Cadangan Aktiviti BBM/ Catatan

Aktiviti 2: Cabaran Lokomotor Menggunakan Rakan dan Alatan BBM


 Sapu tangan, gelung
1. Murid dalam kumpulan melakukan pergerakan lokomotor berdasarkan halangan “Cabaran Traffic Light” rotan, batang kayu atau
seperti Lampiran 2. plastik, kon, marker, tali,
2. Setiap kumpulan perlulah menggabungkan sekurang-kurangnya 4 pergerakan lokomotor dan mengaplikasikan bola, donut, pundi
konsep pergerakan. kacang dan kayu 30cm.
3. Setiap ahli kumpulan memilih satu alatan dan bergerak apabila isyarat- Traffic Light-Hijau diberi.
4. Berhenti apabila isyarat Traffic Light- merah dan tukar alatan yang lain serta bersedia bergerak melepasi Penerapan Kemahiran TMK
halangan yang seterusnya.  3.3
5. Lakukan pergerakan lokomotor secara berterusan berdasarkan kreativiti kumpulan masing-masing untuk
melepasi halangan.
Permainan Kecil: “Teacher Says” BBM
 Peralatan Sukan
1. Murid melakukan permainan kecil “Teacher Says”.
2. Guru memberi arahan kepada murid untuk melakukan pergerakan lokomotor berdasarkan aras, arah, laluan dan Penerapan Kemahiran TMK
kelajuan.  3.3
3. Murid bergerak setiap kali guru memulakan ayat dengan “Teacher Says”.
Contoh:
i) Jangan bergerak jika guru memberi arahan “Congklang ke kiri”
ii) Hanya bergerak jika guru memberi arahan “Teacher says, congklang ke kiri ”
4. Murid yang tidak mengikut arahan guru akan keluar daripada permainan.
5. Murid yang kekal sehingga akhir permainan, akan menjadi pemenang .
Contoh arahan guru:
i) Teacher says, congklang ke hadapan 3 langkah.
ii) Skip secara mengundur 5 langkah.
iii) Teacher says, jalan belakang dengan pantas.
iv) Teacher says, lari ke kanan.
v) Teacher says, lompat satu kaki secara zig zag
vi) Berjalan pantas laluan sagital.
vii) Teacher says, skip.
viii) Lari ke kiri.

8 Pengajaran 1.2
Cadangan Aktiviti BBM/ Catatan

Menyejukkan Badan

1. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan “Regang Badanku”.

Penutup BBM
 Lembaran Kerja 1.0
1. Guru mengemukakan soalan-soalan kepada murid:
a. Apakah kekuatan dan kelemahan kumpulan anda? Penerapan Kemahiran TMK
b. Apakah penambahbaikan yang boleh dilakukan?  3.3
c. Apakah peranan setiap ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti?
d. Apakah kemahiran yang telah anda kuasai dan pelajari dalam sesi p&p pada hari ini?
e. Apakah peranan setiap rakan anda semasa melakukan persembahan dalam kumpulan?
2. Murid diberikan Lembaran Kerja 1.0 sebagai penilaian kognitif.

9 Pengajaran 1.2
Lampiran 1

10 Pengajaran 1.2
Lampiran 2

Catatan: Murid diberikan kebebasan untuk menggunakan alatan semasa melakukan pergerakan lokomotor melepasi halangan.

11 Pengajaran 1.2
Cetak untuk setiap murid
Lembaran Kerja 1.0
Nama:

Kelas:

1. Berdasarkan gambar di bawah, namakan pergerakan lokomotor tersebut.

Skip Melompat
Menggelongsor Berlari

12 Pengajaran 1.2
2. Apakah konsep pergerakan yang terlibat semasa anda bergerak?

a) A H

b) R S

c) K L A A

d) L A U N

3. Semasa bermain permainan bola sepak, apakah pergerakan lokomotor yang


anda lakukan?

a)

b)

c)

13 Pengajaran 1.2

Anda mungkin juga menyukai