Anda di halaman 1dari 10

MEMPERKUKUH KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR MURID ORANG ASLI

MENGGUNAKAN LIRIK LAGU BERDASARKANKERANGKA STANDARD BAHASA MELAYU

Mohd Fadzil Bin Baharudin


Ahmad Bin Omar
Suriani Binti Maat Nor
Che Mansor Bin Che Tom
Abd Halim Bin Ismail
Tengku Nor Faizul Bin Tengku Embong

Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail


TERENGGANU

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan memperkukuh kemahiran mendengar dan bertutur murid orang asli
menggunakan lirik lagu berdasarkan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM).
Kerangka Standard Bahasa Melayu tersebut dikaji menggunakan Teori Psikoanalisis
Freud. Sigmund Freud (1899) merupakan ahli psikologi yang banyak membincangkan
tentang keinginan-keinginan dalam diri manusia melibatkan keinginan dan perubahan
tingkah laku murid orang asli di dua buah sekolah kebangsaan murid orang asli. Kajian ini
menghuraikan perasaan semulajadi, pengalaman, keinginan dan tingkah laku murid
sehingga terhasilnya suatu perubahan tingkah laku. Permasalahan dalam kajian berkait
dengan murid dan persekitaran. Kajian tekstual dilakukan secara kualitatif mengambil kira
tentang kehidupan dan pengalaman murid. Kajian kualitatif melibatkan temubual,
pemerhatian dan analisis dokumen dijalankan bagi mencapai objektif kajian. Perubahan
tingkah laku terhadap murid orang asli semasa proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP) dianalisis bagi menilai sejauh mana wujud dan tergambarnya pengukuhan
kemahiran mendengar dan bertutur. Keinginan dan minat murid orang asli yang wujud
dalam diri mempengaruhi pemikiran dan kreativitinya yang diperlihatkan melalui aspek
perubahan tingkah laku murid. Penggunaan konsep-konsep tertentu dari Teori
Psikoanalisis Freud yang bersesuaian dengan analisis seperti mekanisme helah bela diri
membantu pengkaji mengesan keberkesanan struktuk KSBM yang wujud berdasarkan
tahap dan kompetensi murid. Kajian yang melibatkan kemahiran bahasa Melayu,
membuktikan bahawa pengalaman yang pernah dilalui oleh murid orang asli tahun empat
dan lima mempengaruhi proses memperkukuh kemahiran mendengar dan bertutur.
Keadaan keserasian PdP yang dialami murid disampaikan dalam perubahan tingkah laku
dan penulisan. Melalui kajian ini pendekatan psikoanalisis didapati berperanan bagi
menyatakan keinginan dan perubahan tingkah laku dalam diri murid menggambarkan
semula apa yang pernah dilalui dengan penuh penghayatan. Kesan daripada keadaan
bawah sedar dan tekanan yang dialami oleh murid menyebabkan rasa malu dan cepat
bosan dalam kalangan murid orang asli. KSBM menampakkan rupa bentuk dan gaya
pembelajaran yang baik dihasilkan. Kesimpulannya didapati bahawa langkah
memperkukuh kemahiran mendengar dan bertutur murid orang asli berdasarkan
Kerangka Standard Bahasa Melayu memenuhi tahap dan norma murid orang asli.

Kata Kunci: kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, memperkukuh, kelebihan, murid


orang asli.
Pengenalan

Proses pendidikan yang berlaku sekarang berkembang sejajar dengan kemajuan negara.
Langkah susulan yang baik telah dilakukan dalam memastikan kurikulum yang terdapat
dalam sistem pendidikan negara bagi memenuhi hasrat melahirkan pelajar abad ke 21.
Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) dibangunkan berdasarkan dua dimensi, iaitu
dimensi pemerolehan dan penguasaan bahasa Melayu dan dimensi kemahiran bahasa
Melayu. Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) disusun bagi memantapkan kaedah
penyampaian ilmu kepada murid dalam bidang Bahasa Melayu. Penyelidikan yang
dilakukan merupakan satu alternatif bagi menggambarkan kesan penggunaan KSBM
dalam memperkukuh kemahiran mendengar dan bertutur murid orang asli menggunakan
lirik lagu. Penyelidikan menggunakan pendekatan KSBM dijalankan secara kajian
lapangan terhadap murid orang asli pantai timur semenanjung Malaysia.

KSBM dirangka berdasarkan dua dimensi, iaitu dimensi pemerolehan dan


penguasaan bahasa Melayu dan dimensi kemahiran bahasa Melayu. Pemerolehan dan
penguasaan bahasa Melayu berdasarkan tatatingkat bahasa, iaitu kata, frasa, klausa,
ayat dan wacana manakala dimensi kemahiran bahasa Melayu ialah kemahiran
mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. KSBM
yang digubal diharap dapat membantu proses penyampaian kurikulum bahasa menjadi
lebih menarik jika guru itu bermotivasi, kreatif dan inovatif dalam menjayakan pengajaran
dan pembelajaran (PdP) berdasarkan objektif yang hendak dicapai. Kemahiran bahasa
yang ingin disampaikan dapat menggunakan berbagai teknik dan pendekatan yang boleh
diaplikasikan dalam PdP. Perancangan PdP dilakukan berdasarkan KSBM bagi
memperkukuh kemahiran mendengar dan bertutur murid orang asli. Penggunaan lirik lagu
diatur selaras dengan objektif yang hendak dicapai oleh pengkaji. Langkah menggunakan
lirik lagu merujuk kepada KSBM dapat memberi pengukuhan dalam kemahiran
mendengar dan bertutur kepada murid orang asli. Menurut Wan Zahid (1996), teknik
penyampaian yang menggunakan lirik lagu didapati berkesan berlandaskan kepada
konsep pendidikan berpusatkan pelajar dan menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih menyeronokkan.

Kajian dilakukan di dua buah sekolah murid orang asli yang terletak di pinggir
kampung dan di kawasan pedalaman yang mengamalkan Kurikulum Sepadu Sekolah
Rendah (KSSR). Sistem pendidikan dipraktikkan merujuk kepada perancangan dan
kurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Beberapa
perkara penting perlu diambil kira dalam pelaksanaan kajian, antaranya termasuklah
factor maklumat guru, potensi murid, persekitaran sekolah, bahan bantuan mengajar
(BBM), dan kemudahan di sekolah. KSBM telah dirangka bagi memastikan kurikulum
pendidikan bahasa Melayu dapat disampaikan kepada semua murid sejajar dengan
tuntutan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Atan Long (1982, p. 74) menjelaskan Bahan
Bantu Mengajar (BBM) dapat didefinisikan sebagai perkataan atau benda yang diperlukan
dan digunakan oleh guru untuk membantu murid-murid berlajar dengan lebih berkesan
serta menarik. KSBM dirangka berdasarkan dua dimensi, iaitu dimensi pemerolehan dan
penguasaan bahasa Melayu dan dimensi kemahiran bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan
terhadap murid orang asli tahun 4 dan 5 yang berada di perkampungan orang asli yang
terletak di kawasan rancangan Felda terdiri daripada suku kaum Jakun dan dipinggir
hutan yang didiami oleh kaum Semoq Beri dan Semoq Batik. Suku kaum ini mengamalkan
cara hidup yang berbeza-beza merujuk kepada latar tempat kehidupan mereka. Cara
hidup mereka mempengaruhi cara mereka berfikir dan melakukan sesuatu tindakan
dalam kehidupan. Permasalahan yang berlaku terhadap murid orang asli ialah mereka
tidak suka sesuatu yang membebankan dan perlu berfikir panjang. Kajian yang dilakukan
bertujuan bagi menilai keberkesanan KSBM dalam memperkukuh kemahiran mendengar
dan bertutur murid orang asli menggunakan lirik lagu.

BBatasan kajian berfokus untuk menilai kesan memperkukuh kemahiran


mendengar dan bertutur murid orang asli menggunakan lirik lagu berdasarkan KSBM
bagi memantulkan potensi dan permasalahan murid orang asli. Kajian yang
dilakukan terhadap murid orang asli banyak mengungkap permasalahan pembelajaran
dalam proses PdP yang melibatkan keinginan terhadap insan dan alam yang berkait
dengan psikologi murid orang asli. Abdul Rahim Marsidi (2003, p.6), juga memberi
penegasan yang sama dengan menyatakan dokumen masyarakat dan pesekitaran
mencerminkan kehidupan sesuatu bangsa pada suatu ketika. Beliau juga menyatakan
satu komponen dalam sosial yang menggunakan medium bahasa sebagai satu ciptaan
sosial. Penyelidikan ini dilakukan dengan menerapkan Teori Psikoanalisis Freud bagi
mengesan perubahan tingkah laku dan keinginan murid orang asli untuk memperkatakan
tentang kemahiran mendengar dan bertutur yang diajar di sekolah merujuk kepada
penyelidikan dengan lebih teratur dan bersistematik.

Pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dapat dirancang untuk


digunakan di bilik darjah dengan tujuan untuk menjadikan proses PdP lebih berkesan.
Larsen-Freeman (1986), menjelaskan bahawa dalam sesi pengajaran bahasa khususnya,
terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan bagi meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa (Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 11, 2016. p.
163). Situasi ini bersesuaian dengan kandungan KSBM untuk membantu para guru dalam
menyampaikan ilmu bahasa Melayu kepada murid menggunakan langkah yang sesuai
mengikut tahap. Kajian ini dilakukan secara kualitatif melibatkan temubual, pemerhatian
dan analisis dokumen. Sementara KSBM yang terbahagi kepada dua dimensi, iaitu
dimensi pemerolehan dan penguasaan dan kemahiran bahasa Melayu. Penerapan teori
Psikoanalisis Freud dianggap sesuai digunakan untuk menilai hubungan antara keinginan
murid orang asli ketika proses PdP berlaku. Teori Psikoanalisis Freud digunakan bagi
menganalisis maklumat dan dokumen berkaitan dengan perubahan tingkahlaku yang
berlaku dalam memperkukuh kemahiran mendengar dan bertutur dalam kalangan murid
orang asli sekolah rendah.

Permasalahn Kajian

Menurut Abdullah Hassan (1987), kegagalan dalam merancang dan menentukan teknik
pengajaran bahasa Melayu menyebabkan isi pelajaran gagal disampaikan secara
berkesan. Berdasarkan kajian lampau, kualiti pengajaran merupakan aspek penting
dalam menarik minat dan meningkatkan kemahiran berbahasa murid. Proses pendidikan
dalam bilik darjah memainkan peranan yang penting bagi memastikan pembelajaran
berlaku. Guru mempunyai pelbagai pilihan pendekatan, strategi, teknik dan kaedah yang
boleh membantunya mencapai objektif pengajaran. Kegagalan menguasai kemahiran
asas mendengar dan bertutur dalam perkembangan pendidikan bahasa Melayu
dipandang serius oleh pihak kementerian. Menurut Jamila K.A. Mohamed (2005, p. 25)
murid orang asli mempunyai perbezaan daripada kanak-kanak biasa dari aspek mental
sensori, komunikasi, tingkah laku soaial atau fizikal mereka. Hal ini berlaku disebabkan
aspek khusus tidak diberi penekanan terhadap tahap potensi murid. Dalam kebanyakan
pembelajaran, penyampaian dijalankan secara berasingan menyebabkan kefahaman
murid terbina secara berasingan (Atan Long, 1991, p. 167). Penyampaian ilmu bahasa
Melayu disampaikan tanpa mengikut kebolehan murid. Situasi ini menyebabkan murid
orang asli terus ketinggalan kerana sukatan pelajaran yang baru pula dijalankan dalam
pembelajaran. Kemahiran mendengar dan bertutur tidak lagi diajar kepada murid-murid
kerana guru beranggapan mereka sudah pun menguasai kemahiran tersebut tanpa
melakukan sebarang pengukuhan.

Kegagalan menguasai kemahiran mendengar dan bertutur berlaku kerana proses-


proses yang rencam dalam pendidikan. Di samping itu, menurut Thompson (1994, p. 2)
menjelaskan pembinaan bahan pengajaran yang bersifat konkrit dikatakan tidak efektif
jika tidak diselaraskan dengan persekitaran pengajaran secara keseluruhan. Proses yang
terlibat dalam kemahiran mendengar dan bertutur bersifat komplek kerana murid perlu
mengaplikasikan beberapa kemahiran lain secara serentak seperti mengamati,
mengingat, melihat dan membezakan bunyi-bunyi bahasa. Murid orang asli misalnya,
mereka perlu melalui proses kurikulum pendidikan sekolah rendah yang sama dengan
murid sekolah kebangsaan lain. Dalam peringkat pembelajaran murid orang asli masih
tidak dapat membaca banyak perkataan dalam konteks tertentu. Mereka dikatakan hanya
dapat mengaplikasikan pengetahuan sedia ada bagi menggunakan kosa kata yang
disediakan dalam pertuturan yang pernah dipelajari. Prose pengukuhan kemahiran
mendengar dan bertutur terhadap murid orang asli berdasarkan KSBM yang
mengandungi tahap dan kompetensi murid sesuai diaplikasikan tetapi memerlukan
pemahaman dan perancangan kreativiti yang tinggi daripada guru bahasa Melayu. Bahan
pengajaran seperti lirik lagu digunakan bertujuan melancarkan proses PdP kerana murid
orang asli boleh menghubungkan isi kandungan pembelajaran yang didengar mereka
dengan bunyi konkrit yang boleh dihasilkan melalui pergerakan anggota badan. Menurut
Rudin Salinger, Rahmah Hashim & M. Zaki A. Hamid, 1990. p. 9, kesan deria yang paling
efektif dalam pembelajaran adalah 50 peratus daripada deria dengar berkaitan apa yang
mereka pernah dengar dan 70 peratus perkara yang mereka tutur.Proses pengajaran dan
pembelajaran tidak ad acara yang terbaik untuk mempercepat proses menerima tetapi
cara yang terbaik memerlukan penggunaan pelbagai kaedah penyampaian.

Objektif

Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif yang berikut:


1. Mengenal pasti kesan penggunaan lirik lagu berdasarkan kerangka standard bahasa
melayu dalam kemahiran mendengar dan bertutur murid orang asli di sekolah rendah.

2. Memberi pengukuhan kemahiran mendengar dan bertutur kepada murid orang asli
dengan menggunakan lirik lagu merujuk kepada Kerangka Standard Bahasa Melayu
.
3. Menilai kelebihan penggunaan lirik lagu dalam memperkukuhkan kemahiran
mendengar dan bertutur berdasarkan Kerangka Standard Bahasa Melayu di sekolah
rendah orang asli.
Tujuan Kajian

KSBM digubal bertujuan untuk membantu guru menyampaikan pengisian bahasa Melayu
kepada murid berdasarkan konsep, fungsi dan peranan teknik penyampaian bahasa
Melayu yang mantap. Menurut Ramlah Jantan (2002) dalam kajiannya mendapati sistem
pendidikan yang bergantung sepenuhnya kepada guru, papan hitam dan buku teks
dirasakan kurang sesuai digunakan dalam sistem pendidikan moden kini. Kaedah
penyampaian berbentuk satu hala dan tidak berpusatkan murid ini telah menghalang
pelajar untuk mengembangkan prestasi pembelajaran masing-masing dengan cara,
teknik serta gaya pembelajaran mereka tersendiri. Guru tidak patut dipersalahkan kerana
ada dalam kalangan mereka tidak mendapat pendedahan yang sewajarnya berkaitan
kemahiran mendengar dan bertutur yang terdapat dalam kurikulum pengajaran bahasa
Melayu. Menurut Wan Zahid (1996), teknik penyampaian yang menggunakan lirik lagu
didapati berkesan berlandaskan kepada konsep pendidikan berpusatkan pelajar dan
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Kajian
yang berkait dengan kemahiran mendengar dan bertutur merupakan salah satu dimensi
kemahiran dalam KSBM. Melalui kajian yang dilakukan dua kemahiran mendengar dan
bertutur diberi penekanan. Proses PdP yang dijalankan di sekolah murid orang asli
bertujuan untuk memperkukuh kemahiran murid dan mengesan kelebihan KSBM di
sekolah kebangsaan murid orang asli.

Metodologi Kajian

Kajian dilakukan secara kualitatif bagi mengesan kelebihan KSBM dalam memperkukuh
kemahiran mendengar dan bertutur murid orang asli. Langkah awal perbincangan
melibatkan keberkesanan metodologi kajian dan kerangka teoretis merupakan matlamat
kajian ini bagi mengesan keberhasilan kajian. Kajian ini dijalankan secara kualitatif
menerapkan Teori Psikoanalasis Freud bagi memperlihat perubahan tingkah laku yang
berlaku dalam proses memperkukuh kemahiran mendengar dan bertutur murid orang asli
berdasarkan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM). Langkah menginterprestasikan
potensi murid menggunakan mekanisme helah bela diri sebagai bukti kreativiti yang
terhasil daripada unsur kejiwaan pengkaji dapat dikesan dengan menggunakan Teori
Psikoanalisis Freud. Menurut Asrori (2011, p.124), bidang seni merupakan hasil ungkapan
jiwa seorang yang melukiskan perasaan beliau dalam keadaan tertentu berkaitan dengan
emosi dan pengalaman yang pernah dilalui. Beliau menjelaskan bahawa dalam karya
seperti lirik lagu terdapat memperkukuh pengalaman peribadi melibatkan perkara yang
pernah dilaluinya.

Rajah 2.1: Proses Perubahan Tingkah Laku


Berdasarkan Rajah 2.1, keadaan persekitaran menjadi punca berlakunya perubahan
tingkah laku murid. Persekitaran yang wujud mungkin berkait dengan PdP atau
melibatkan rangsangan secara tidak langsung iaitu, lirik lagu. Rangsangan yang diterima
akal mewujudkan tindak balas semula jadi, iaitu interaksi dalam diri melahirkan perasaan
dan keinginan. Tanpa sedar keinginan semula jadi dalam diri yang ingin dicapai dilakukan
tanpa rasa malu. Keadaan tertekan dalam diri murid asli menyebabkan mereka cuba
memenuhi keinginan dalam diri dengan melakukan pelbagai tindakan luar kawal dan liar.
Kesedaran dalam diri mengandungi nilai norma dan pengalaman berperanan untuk
mengawal tindakan dengan cara terbaik disampaikan menggunakan agar diterima oleh
semua pada ketika itu untuk mencapai kepuasan dalam diri. Pergerakan anggota badan
dan hasil lembaran kerja melibatkan pengalaman sedia ada murid orang asli bagi
menyatakan keinginan bawah sedar yang wujud dalam diri. Perubahan tingkah laku dilihat
apabila murid orang asli menggunakan medium lirik lagu bagi meluahkan keinginan dalam
diri.

Kajian ini dilakukan merujuk kepada bahan bersifat tekstual bagi menganalisis
perubahan tingkah laku murid orang asli. Proses yang terlibat dalam penghasilan BBM
ialah proses pemilihan, mengolah, membina dan menggunakan bahan-bahan pengajaran
tersebut (Kamarudin Hussin, Abdullah Yusof & Mohd Rain Shaari, 2011, p. 315).
Berdasarkan KSBM yang mengandungi tahap dan kompetensi yang sesuai untuk
diaplikasi kepada murid orang asli. Pendekatan yang digunakan mengambil kira tentang
pengalaman subjektif murid orang asli yang dianalisis secara kualitatif. Sebahagian besar
maklumat diperolehi menerusi temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen yang
dijalankan bertujuan bagi pemantapan hasil kajian. KSBM dirangka kepada dua dimensi,
iaitu dimensi pemerolehan dan penguasaan bahasa Melayu dan dimensi kemahiran
bahasa Melayu. Pemerolehan dan penguasaan bahasa Melayu berdasarkan tatatingkat
bahasa, iaitu kata, frasa, klausa, ayat dan wacana, manakala dimensi kemahiran bahasa
Melayu ialah kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan
kemahiran menulis. Rajah 3.1 menggambarkan kerangka kajian yang dijalankan di
sekolah murid orang asli terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Jika ditinjau daripada aspek kajian kualitatif yang dijalankan merupakan satu
kajian melibatkan enam orang guru, 18 orang murid orang asli dan lembaran kerja murid.
Lawatan bermaklumat dan temubual dengan guru bahasa Melayu di sekolah murid orang
asli merupakan langkah yang dilakukan dalam kajian ini berkaitan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) serta tahap potensi murid orang asli pada ketika itu. Kaedah
temubual dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terperinci
daripada guru terhadap keberkesanan PdP mereka di peringkat sekolah. Maklumat yang
diperolehi hasil daripada temubual didokumenkan bagi dianalisis. Maklumat yang
diperoleh akan menjadi satu kayu ukur terhadap pelaksanaan memperkukuhkan
kemahiran mendengar dan bertutur murid orang asli menggunakan lirik lagu dan
kelebihan KSBM. Dapatan daripada hasil temubual dengan guru bahasa Melayu di dua
buah sekolah kebangsaan murid orang asli merupakan asas yang kukuh kepada setiap
kesimpulan yang dilakukan oleh pengkaji. Langkah ini memudahkan pengkaji merancang
aktiviti PdP berdasarkan KSBM bagi mengesan kelebihan kerangka ini dalam
memperkukuh kemahiran mendengar dan bertutur murid orang asli. Kerjasama daripada
pihak guru mata pelajaran bahasa Melayu dan pihak sekolah yang dikaji memberi
maklumat yang amat membantu pengkaji untuk melakukan analisis dengan baik.
Kajian Kualitatif
Teori Psikoanasis Freud

Kerangka Standard
Bahasa Melayu

Lawatan Bermaklumat
(Temubual Guru)

SK Murid Orang Asli (A) SK Murid Orang Asli (B)

Pengajaran dan
Pembelajaran
Jakun Semoq Beri
Semoq Batik

Analisis Dokumen

Rumusan

Rajah 3.1: Kerangka Kajian Yang Dijalankan Di Sekolah Murid Orang Asli Terletak
Di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Berdasarkan pendapat di atas dapat dirumuskan bahawa kajian kualitatif dengan


penerapan Teori Psikoanalisis Frued dapat digunakan bagi melihat keberkesanan dan
kelebihan KSBM terhadap murid orang asli. Kaedah temubual, pemerhatian dan analisis
dokumen yang dilakukan dalam kajian dapat memberi dapatan yang jelas tentang
kelebihan dan kesan memperkukuh kemahiran mendengar dan bertutur berdasarkan
KSBM.Perkongsian pengetahuan melalui komunikasi dua hala melibatkan pengkaji dan
murid orang asli memberi peluang untuk murid memperkukuh kemahiran mendengar dan
bertutur mereka. PdP yang disampaikan mengikut tahap dan kompetensi berdasarkan
KSBM akan membolehkan murid menyesuaikan pengetahuan baru dengan pengetahuan
sedia ada untuk memperkukuh pengetahuan baru dalam minda dengan cara mendengar
dan berinteraksi.
Dapatan Kajian

KSBM merupakan pendekatan pengajaran bahasa Melayu berkaitan dengan penyebaran


ilmu bahasa yang melibatkan perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan
penilaian. Secara ringkas, pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan
menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu. Pengajaran juga
menentukan tahap, kompetensi dan menggalakkan kreativiti, membantu murid untuk
belajar dan mencabar mereka ke arah pencapaian potensi optimum. Namun proses ini
harus disesuaikan dengan murid orang asli. Tahap pembelajaran dari segi bahasa
pertuturan murid orang asli tidak sama dengan murid lain disebabkan oleh pelbagai faktor.
Antaranya kemiskinan dan mengamalkan cara hidup yang diwarisi daripada datok nenek
mereka dahulu. Menurut Sharifah Alwiah (1983), beliau menganggap pengajaran sebagai
aktiviti atau proses kerana apabila mengajar, aktiviti melibatkan kemahiran seperti
menyoal, menerangkan, mendengar, bertutur dan berbagai-bagai kemahiran lain akan
berlaku. Sharifah Alwiah menyatakan pengajaran bahasa Melayu dapat berlaku melalui
proses mendengar dan bertutur walaupun tidak semua aktiviti pengajaran melibatkan
komunikasi antara guru dengan murid. Penggunaan lirik lagu yang dirancang dalam PdP
berdasarkan KSBM merupakan satu proses yang bersesuaian kerana dapat
mempelbagaikan cara pengajaran di samping menarik minat murid orang asli untuk
belajar.

Tayangan video yang memaparkan lirik lagu kepada murid memudahkan proses
pengajaran dan pemahaman murid orang asli. Mereka akan tertarik untuk melihat
tayangan tersebut dan cuba untuk mengingati lirik lagu yang dipamerkan. Perkara ini
dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana murid tidak merasa
bosan. Murid menyanyikan lagu mengikut rentak lirik lagu yang diperdengarkan. Secara
tidak langsung mereka akan cuba untuk bertutur dan memahami setiap lirik lagu
berkenaan tanpa rasa malu. Hal ini bersesuaian dengan pendapat Evans & Brueckner
(1990); Gagne (1985) yang menyatakan pembelajaran juga menggambarkan perubahan
tingkah laku atau kebolehan untuk menunjukkan perlakuan yang dikehendaki hasil
daripada latihan atau pun pelbagai bentuk pengalaman dikesan menggunakan teori
psikoanalisis Freud. Murid akan mudah terikut-ikut dengan sesuatu yang menarik melalui
proses pendengaran dan pertuturan, merupakan tindakan pengukuhan yang berkesan
bagi memenuhi keinginan yang ada dalam diri mereka.

Keinginan untuk menyanyi bersama rakan wujud dalam diri murid orang asli
setelah beberapa kali diajar oleh pengkaji. Tindakan yang diambil oleh penkaji
menunjukkan bahawa cara mengajar menggunakan lirik lagu dapat menarik minat murid
orang asli dan lebih berkesan berbanding pengajaran biasa. Murid orang asli lebih
menonjolkan diri untuk mendengar dan bertutur (menyanyi) dengan baik seiring dengan
rentak lagu yang ditayangkan semasa proses PdP dijalankan tanpa rasa malu. Secara
tidak langsung kemahiran mendengar dan bertutur dapat diperkukuhkan merujuk kepada
KSBM. PdP yang dirancang mengalakkan penggunaan bahasa Melayu dengan betul dan
jelas kepada murid orang asli bersesuaian dengan objektif yang hendak dicapai pada
tahap dua KSBM.
Seterusnya, pemahaman berkaitan PdP yang disampaikan oleh pengkaji kepada
murid orang asli dapat dikesan melalui perubahan ditingkah laku murid semasa dalam
bilik darjah. Mereka didedahkan dengan teknik belajar seperti mendengar, bertutur dan
menjawab soalan. Pembelajaran menggunakan lirik lagu dapat diklasifikasikan sebagai
kaedah didik hibur. Hal ini ditekankan dalam proses PdP pendidikan rendah kerana
belajar dengan cara berhibur menjadi keperluan dalam diri kanak-kanak. Melalui aktiviti
ini mereka dapat melakukan penerokaan, penemuan dan pembinaan berdasarkan
pengalaman dengan rasa gembira dan seronok. Selain menyeronokkan, pendekatan ini
meningkatkan keupayaan kognitif dan memenuhi rasa ingin tahu dalam kalangan murid
orang asli yang diuji. Aktiviti mendengar dan menyanyi memperkukuh psikomotor,
kemahiran berfikir serta mengendalikan emosi murid. Proses PdP menggunakan lirik lagu
berdasarkan KSBM terbukti berkesan apabila murid mampu menjawab soalan yang
diajukan oleh pengkaji kepada mereka. Tahap pemahaman bahasa Melayu mereka juga
dapat ditingkatkan selaras dengan objektif PdP.

Kesimpulan

Kajian yang dilakukan untuk menilai kelebihan dan keberkesanan KSBM dalam
memperkukuh kemahiran mendengar dan bertutur murid orang asli menggunakan lirik
lagu memberi hasil dapatan positif. Melalui kajian yang dilakukan, KSBM amat sesuai
dilaksanakan di sekolah murid orang asli kerana tahap murid dan kompetensi yang dibina
amat bertepatan dengan kemampuan murid. Guru di sekolah murid orang asli memberi
pendapat yang sama tentang kelebihan KSBM dalam pembelaajaaran murid. Di sampin
itu, guru sekolah murid orang asli juga berharap, sukatan pelajaran khas untuk murid
orang asli perlu dirangka kerana latar kehidupan mereka jauh berbeza dengan murid lain
yang mengikuti perkembangaan pendidikan arus perdana. Oleh yang demikian, KSBM
dapat dianggap bersesuai dan berkualiti bagi memastikan ilmu bahasa Melayu
disampaikan kepada murid orang asli. KSBM mengandungi tahap dan kompetensi murid
yang sesuai diaplikasikan mengikut potensi murid. Bagi murid orang asli yang dinilai
menggunakan KSBM tahap dua, mereka dapat mengikuti PdP dengan lebih berkesan
berdasarkan bacaan lirik lagu dan lembaran kerja yang dijawab. Melalui dapatan daripada
kajian yang dilakukan penggunaan lirik lagu berdasarkan KSBM dalam kemahiran
mendengar dan bertutur murid orang asli di sekolah rendah begitu baik kerana dapat
menarik minat murid dan menghilangkan rasa bosan mereka. Perancangan PdP yang
dilakukan oleh pengkaji berdasarkan KSBM dapat memperkukuh kemahiaran mendengar
dan bertutur murid orang asli. Murid menjadi semakin berminat untuk belajar dengan
menghubungkan pengalaman lepas berkaitan dengan apa yang dipelajari. KSBM juga
memberi kesan pembelajaran yang baik kepada murid orang asli berdasarkan tahap dan
kompetensi murid yang amat sesuai serta memudahkan proses penyampaian ilmu
bahasa Melayu. Penilaian yang dapat dijelaskan bahawa KSBM bersesuaian untuk
dilaksanakan kerana dapat memperkukuh kemahiran mendengar dan bertutur murid
orang asli merujuk kepada tahap potensi dan kompetensi murid.
Rujukan

Abdullah Hassan (1980). Linguistik am untuk guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Atan, L. (1982). Pedagogi: Kaedah am mengajar. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Atan, L. (1991). Pedagogi: Kaedah am mengajar. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Jamila, K.A.M. (2005). Pendidikan Khas untuk kanak-kanak istimewa. Pahang: PTS
Professional.

Kamarudin,H., Abdullah, Y. & Mohd, R.S. (2011). Pedagogi Bahasa Perak: Emeritus
Publications,

Omardin, A. (1990). Pengajaran kreatif untuk pembelajaran aktif. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Ramlah Jantan & Mahani Razali (2002). Psikologi pendidikan. Pendekatan kontemporori.
Shah Alam: McGraw-Hill Education (M) Sdn. Bhd.

Thompson, P.W. (1994). Concrete material and teaching for mathermatical


understanding, Arithmetic Teacher 41(9), p. 556-558.

Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (1996). Perjuangan yang perlu diteruskan: azam dan
iltizam. Ucap Utama Persidangan Pendidikan Nasional Ketiga Institut Aminuddin
Baki, 5-9 Ogos 1996.