Anda di halaman 1dari 2

Disediakan Oleh : Alexdah Majawab

PERNIAGAAN dalam talian amat popular dan digemari oleh masyarakat pada masa kini. Kaedah perniagaan ini mudah
dimulakan dan dijalankan dengan modal yang rendah. Risikonya juga lebih rendah dan peniaga dapat menguruskan
sendiri perniagaan mereka tanpa perlu mengupah ramai pekerja. Kos untuk memulakan sesebuah perniagaan
konvensional biasanya lebih tinggi tetapi kos sewa kedai, ubah suai bangunan, upah pekerja dan lain-lain dapat
dikurangkan melalui perniagaan dalam talian.

Kebaikan menjalankan perniagaan secara dalam talian (Online)


1. Modal yang rendah
a. Tidak perlu mengupah pekerja
b. Tidak perlu sewa kedai / ubah suai bangunan
c. Wang yang ada digunakan untuk membeli stok barangan
2. Perniagaan beroperasi 24 jam.
a. Peniaga boleh mengurus perniagaan bila-bila masa dan di mana sahaja.
3. Mampu mendapat pelanggan setempat dan seluruh dunia
4. Kurang risiko
a. Tidak perlu mengupah pekerja
b. Tidak perlu sewa kedai / ubah suai bangunan
c. Mampu mendapat untung yang lebih banyak

5 keburukan bisnes online yang kerap dibincangkan

1. Kurang interaksi sosial. Kebanyakkan bisnes online dilakukan dari rumah saja. Walaupun keadaan ini
memudahkan cara berniaga tapi ia tidak memberi kesan sosial seperti yang berlaku di tempat kerja tradisional
seperti pejabat. Hampir kesemua komunikasi bisnes online ini dilakukan dengan menggunakan email, IM, skpe,
dan facebook dan keadaan ini menyukarkan interaksi sosial seperti yang berlaku dalam pertemuan face-to-
face.

2.Memerlukan kemahiran komputer dan teknologi maklumat. Sudah tentu anda memerlukan kemahiran
menggunakan komputer dan teknologi maklumat jika mahu menceburi bidang bisnes online ini. Jika anda
kurang mahir dalam ilmu perkomputeran, mintalah khidmat bantuan dari mereka yang mahir.

3. Sukar mendapat kepercayaan dari pembeli. Untuk maju dalam bisnes online, anda perlu mendapat
kepercayaan dari bakal pelanggan anda dahulu. Anda perlu yakinkan mereka mengenai produk yang anda
tawarkan serta meyakinkan mereka mengenai keselamatan wang mereka. Memang sudah menjadi norma
bahawa apa-apa yang melibatkan wang akan membuatkan mereka berfikir tiga empat kali sama ada mahu
membeli anda atau tidak. Ramai pengguna yang masih takut untuk membelanjakan duit mereka secara online.
Ia sangat berbeza dengan membelanjakan duit di kedai-kedai biasa.

4. Kurang dikenali pengguna offline. Walaupun bilangan pengguna internet kian meningkat saban hari, namun
jumlah mereka yang tidak menggunakan atau kurang menggunakan internet juga masih sangat ramai. Jadi
apabila anda mempunyai bisnes online yang hanya beroperasi secara online, ianya sukar mendapat
recognition dari pengguna offline.

5. Keselamatan data. Untuk melakukan transaksi online ketika membuat pembelian barangan, sesuatu laman
web itu akan meminta alamat email dan maklumat-maklumat peribadi yang lain untuk disimpan dalam data
pelanggan bisnes yang beroperasi dalam melalui laman web tersebut. Walaupun terdapat polici keselamatan
data yang menjamin bahawa maklumat peribadi anda itu tidak akan dilihat oleh pihak ketiga, namun mudah
sebenarnya maklumat itu terbongkar melalui aktiviti 'hacking' yang dilakukan oleh mereka yang tidak
bertanggungjawab. Aktiviti hacking ini merupakan satu aktiviti pencerobohan data sesebuah laman web dan
para hacker itu akan mencuri data-data pengguna laman web tersebut. Data yang biasa mereka curi ialan
senarai email dan maklumat akaun bank atau kad kredit.

APA KELEBIHAN SHOPPING ONLINE?


Hari ini dengan internet mudah alih yang begitu mudah diakses, lebih ramai pengguna kini beralih kepada
pembelian barangan secara talian (shopping online) untuk semua keperluan mereka. Pakaian, kasut, produk
elektrik, malah barangan runcit kini boleh dibeli melalui internet. Disamping anda berbelanja, anda juga boleh
membuat duit secara online dengan mempromosikan barangan tertentu di internet melalui program affiliate
terbaik Malaysia.
Disediakan Oleh : Alexdah Majawab

Banyak kebaikan menggunakannya antaranya seperti berikut :-


1. Tanpa perlu keluar daripada rumah atau menempuh kesesakan trafik
2. Anda boleh membeli-belah dari keselesaan rumah anda di computer atau tablet,
3. lebih mudah untuk melakukan perbandingan – harga barangan
4. Diskaun / pengumpulan mata ganjaran yang boleh ditebus
5. Anda boleh membeli-belah pada SEBARANG masa

KELEBIHAN SHOPPING ONLINE


1. Anda boleh mencari apa yang anda ingin cari samada barangan tempatan ataupun luar negara.
Terdapat banyak kedai-kedai online yang pakar dalam jenis tertentu sofa atau gaya fesyen pakaian
yang anda ingin cari. Jika anda suka mengetahui gaya terbaru, atau mempunyai keinginan ingin tahu
apa yang terbaharu di pasaran maka membeli-belah dalam talian adalah yang terbaik.
2. Menjimatkan masa dan kos dari perjalanan, petrol, tambang teksi dan sebagainya. Anda boleh
melayari laman web/blog kedai-kedai yang berkaitan bila-bila masa.
3. Lebih mudah untuk mencari diskaun barangan yang ditawarkan oleh laman web yangberkaitan. Kedai
online biasanya menawarkan harga istimewa di talian jika sambutan yang diterima adalah
menggalakan.

KEBURUKAN SHOPPING ONLINE


 Anda biasanya perlu menunggu jangka masa yang lama untuk menerima barangan anda. Kadang-
kadang, ini juga boleh mengambil masa sehingga sebulan atau lebih lama jika dihantar dari luar
negara. Mungkin terdapat kelewatan dalam penghantaran, atau salah faham dan anda tidak boleh pergi
bersemuka dengan pemilik kedai untuk penjelasan.
 Kos Penghantaran pada barangan adalah ditanggung oleh pengguna kecuali melalui pembelian
yang banyak atau tawaran percuma daripada penjual. Kadang-kadang kos akan menjadi tinggi yang
menjadikan pembelian di talian tidak berbaloi.
 Anda tidak dapat menguji produk sebelum anda membeli. Unsur penipuan mungkin boleh terjadi
jika penjual tidak jujur. Apa yang kelihatan cantik di dalam gambar mungkin tidak secantik atau
sebaik yang kita inginkan.
 Orang risau tentang penipuan atau kecurian pembelian dengan kad kredit. Pastikan setiap laman
web anda berurusan, keselamatan disahkan selamat dan dilindungi dan mempunyai maklumat ini
dipaparkan dengan jelas di laman web mereka. Juga, membaca dasar privasi pada laman web untuk
melihat apa yang mereka akan lakukan dengan maklumat anda. Sila berurusan dengan lawan web
perniagaan yang telah terbukti keberkesanannya.

Keburukan membeli online kepada pengguna

1. Menjadi mangsa penipuan penjual online – barang yang dibeli tidak sama seperti dalam gambar
2. Menanggung kos penghantaran – kos “pos laju” mahal. Ditanggung oleh pembeli
3. Terpaksa menunggu barangan. 3 hari – 2 minggu.
4. Terpaksa menanggung kerugian sekiranya barang yang dibeli rosak semasa penghantaran

Langkah-langkah yang boleh diambil oleh pengguna supaya tidak ditipu semasa membeli secara online
1. Pastikan laman web online yang dilayari adalah selamat, bereputasi tinggi dan jujur dalam urusniaga.
2. Tidak mendedahkan maklumat peribadi - contoh maklumat kad atm/ kad kredit dan kata laluan
3. Memuat naik perisian anti-virus
4. Sentiasa menimba ilmu berkaitan dengan pembelian secara online
5. Membuat laporan kepada persatuan pengguna / pihak berkuasa (polis) sekiranya ditipu peniaga online.

Anda mungkin juga menyukai