Anda di halaman 1dari 1

AGAMA BUDDHA

 Kedatangan pertama agama buddha di Jepun diantara 552 mahupun 558 dimana
penguasa Baekje, Korea telah menghantar sami Buddha untuk ke Jepun dan mendesak
agar agama buddha diterapkan di Jepun.
 Semasa kedatangan beliau, beliau telah membawa beberapa buah buku serta doktrin
mengenai agama buddha dan sebuah patung buddha kepada kerajaan Jepun.
 Setelah agama buddha lama diberi tentangan masyarakat Jepun, namun agama ini
akhirnya diberi kedudukan yang kuat.
 Dibawah Putera Shotokou penyebaran agama buddha melebar luas ke seluruh negara
Jepun.
 Pada zaman Nara, kita dapat lihat terdapat dua buah kuil buddha yang paling terkenal
adalah kuil Kofukuji dan kuil Horyuji yang diasaskan oleh Putera Shotokou.

PERDAGANGAN

 Korea juga penting terhadap kemajuan ekonomi Jepun dimana masuknya kapas.
Zaman edo, penggunaan kapas yang diperkenalkan dari Korea pada abad ke-16
segera ditanam sebagai tanaman ruji di tengah Jepun
 Pengenalan kapas ini membawa kepada peningkatan yang sangat besar dalam kualiti
pakaian dan kain tempat tidur sehingga sumber ini juga menjadi sumber pertama
bukan makanan yang terpenting di pasaran borong di Jepun.
 Barang-barang perdagangan dari Korea juga diimport ke Jepun bagi meningkatkan
tahap ekonomi Jepun
 Perhubungan dengan korea juga antaranya munculnya ubat-ubatan dan balang ubat,
senjata, perhiasan peribadi, sikat, dakwat Korea, mangkuk celadon dan cangkir,
permaidani, pakaian, dulang dan sudu

KEMASUKAN BURUH MAHIR

 kemasukan golongan imigran yang dibawa masuk dari Korea sebagai pekerja estet di
ladang-ladang penanaman pertanian Jepun
 Memperkenalkan teknik pengeluaran hasil pertanian yang maju dalam meningkatkan
pengeluaran beras menggunakan peralatan logam untuk dieksport ke negara lain.
 Di Jepun, para imigran ini telah menghasilkan barang mahkota gangsa dan perhiasan
peribadi, serta barangan tembikar.
 Tapak Takatsuka dan Fujinoki telah menarik perhatian khusus kerana peralatan
perkuburan dan lukisan dinding dilakukan oleh buruh Korea
 Bangunan kuil dan biara buddha mula dibina dengan menggunakan tenaga dari Korea
yang merupakan arkitek, pelukis dan paderi dari Korea juga China
 peranan yang di mainkan oleh para golongan imigran Korea menjadi pengasas utama
dan penaung kuil-kuil Buddha yang terdapat di Jepun.
 Kegiatan para paderi imigran yang turut serta dalam pembinaan kuil juga bertugas
sebagai tukang kayu, jubin atap dan pembuat spiral atap, seniman lukisan dinding,
pengukir, dan pengukir kayu misalnya di kuil buddha Asuka-dera, Arahaka-ji, dan
Ikaruga-ji.

Anda mungkin juga menyukai