Anda di halaman 1dari 16

PENDAFTARAN PEPERIKSAAN

UPSR 2016
1. TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
(SEBELUM PENDAFTARAN)
2. TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
(SEMASA PROSES PENDAFTARAN)

3. TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN


(SELEPAS PROSES PENDAFTARAN)

1
TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
(SEBELUM PENDAFTARAN)
1. Setiausaha Peperiksaan dengan kerjasama daripada Guru
Kelas mengumpulkan dokumen murid Tahun 6

Catatan:
1.1 Salinan MyKid / MyKad / Kad Pengenalan / salinan kad
pengenalan sementara / salinan cabutan kad pengenalan.
1.2. Salinan Surat Beranak

1.3. Salinan Permit Belajar tahunan semasa yang dikeluarkan


oleh Sektor Pengurusan Sekolah.

1.4. Dokumen Calon Berkeperluan Khas (CBK)


Kad OKU / Laporan Doktor /Laporan Perubatan
1.5. Surat permohonan /pengakuan ibu bapa memerlukan
kemudahan CBK atau tidak
2
TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
(SEBELUM PENDAFTARAN)
2. Taklimat Pendaftaran UPSR - Guru Kelas, Guru
Mata Pelajaran dan Calon UPSR
Catatan:
2.1 Murid melengkapkan borang permohonan pendaftaran UPSR /
PT3 secara manual.
2.2. Murid melengkapkan borang dengan bantuan Guru Kelas dan Guru
Mata Pelajaran bagi memastikan maklumat murid betul dan mata
pelajaran yang di pilih betul.
2.3. Murid membawa pulang untuk mendapatkan tandatangan dari
ibubapa/penjaga bagi mengesahkan segala maklumat yang diisi
dalam borang pendaftaran adalah tepat dan betul.
2.4 Sekiranya terdapat pembetulan, ibubapa / penjaga akan memotong
maklumat yang salah dan menulis maklumat baru dengan
menggunakan pen warna merah.
2.5 Murid menyerahkan semula kepada Setiausaha Peperiksaan melalui
Guru Kelas bagi tujuan merekodkan dalam Aplikasi Pendaftaran 3
PENDAFTARAN PEPERIKSAAN
UPSR 2016

2. TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN


(SEMASA PROSES PENDAFTARAN)

4
TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
(SEMASA PROSES PENDAFTARAN)
1. Setiausaha Peperiksaan memasukkan maklumat dalam
Online Aplikasi UPSR 2016.
Catatan:
1.1. Pendaftaran Calon, SuP hanya mengesahkan data murid dalam aplikasi
pendaftaran yang telah sedia ada maklumat diri murid berpandukan
borang pendaftaran manual yang telah disahkan oleh ibubapa / penjaga.
SuP boleh membetulkan maklumat tersebut sekiranya maklumat dalam
aplikasi tidak tepat.

1.2. Pendaftaran Mata Pelajaran / Ikut Aliran SK / SJKC / SJKT SuP


mendaftarkan mata pelajaran yang dikehendaki oleh murid ke dalam
aplikasi

1.3. Pendaftaran CBK dan kemudahan yang diperlukan, SuP akan


mendaftarkan calon CBK dengan menandakan jenis kecacatan serta
keperluan untuk menduduki peperiksaan
5
TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
(SEMASA PROSES PENDAFTARAN)
Catatan:

1.4. Calon berkeperluan khas ialah calon yang memerlukan perkhidmatan,


peralatan serta perisian khas dalam peperiksaan. Segala keperluan
calon berkenaan disediakan oleh sekolah berdasarkan permohonan
calon dengan persetujuan guru besar/pengetua/ibubapa/penjaga.

1.5. Kategori calon berkeperluan khas adalah seperti berikut:

Calon Terencat Akal/Sindrom Down


Calon Buta
Calon Pelbagai Kecacatan/Ketidakupayaan Lain
Calon Disleksia/Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)/
Attention Deficit Disorder (ADD)/ Autisme/ Learning Disabilities (LD)
Calon Bisu
Calon Pekak
Calon Rabun
Calon Spastik/Cerebral Palsy
6
TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
(SEMASA PROSES PENDAFTARAN)

Catatan:
4.8. Calon yang memerlukan keperluan khas hendaklah memohon kepada
pihak sekolah. Calon yang tidak membuat permohonan akan dianggap
sebagai calon biasa.
4.9. Pihak sekolah hendaklah mengemukakan permohonan menggunakan
borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas LP/Am 89 berserta
dokumen sokongan seperti laporan perubatan atau kad Orang Kurang
Upaya (OKU) kepada Pengarah Pelajaran Negeri. Borang boleh
diperoleh daripada JPN atau dimuat turun daripada laman web
Lembaga Peperiksaan.
4.10. Pengarah Pelajaran Negeri hendaklah mengeluarkan surat pengesahan
keperluan khas calon dan menghantar satu (1) salinan surat
pengesahan berserta dokumen sokongan kepada Pengarah
Peperiksaan.
4.11. Pengarah Peperiksaan akan mengeluarkan surat kelulusan keperluan
khas kepada Pengarah Pelajaran Negeri.
7
TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
(SEMASA PROSES PENDAFTARAN)

Catatan:
4.12. Guru Besar/Pengetua sekolah hendaklah menyediakan bilik dan
peralatan khas bagi calon-calon berkeperluan khas seperti yang
diluluskan oleh Pengarah Peperiksaan.

4.13. Pihak sekolah atau JPN hendaklah mencetak Kenyataan Kemasukan


Peperiksaan (KKP) sebelum tarikh tutup pendaftaran untuk disemak
dan dibuat pembetulan oleh calon.

4.14. Sekiranya ada pembetulan, pihak sekolah atau JPN hendaklah


mengemas kini maklumat pendaftaran calon.

4.15. KKP hendaklah diserahkan kepada calon untuk tujuan semakan.


KKP yang betul hendaklah disahkan oleh calon dan ibubapa/penjaga.

4.16. Sekiranya terdapat maklumat yang tidak tepat dalam KKP.


Pembetulan perlu dibuat oleh SuP. KKP baru perlu dicetak semula
untuk diberi kepada calon bagi tujuan pengesahan ibubapa / penjaga
calon. 8
TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
(SEMASA PROSES PENDAFTARAN)

Catatan:
4.17. KKP yang telah disahkan oleh ibubapa/penjaga calon hendaklah
dikumpul semula oleh SUP sebagai tujuan simpanan dan rujukan
semasa peperiksaan nanti

4.18 SuP perlu mencetak rumusan Pendaftaran Calon di mana Guru


Besar/Pengetua bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan
dokumen maklumat pendaftaran calon adalah betul dan tepat dengan
menandatangani dokumen berkenaan.
4.19 JPN bertanggungjawab mencetak dan memberi kepada calon
persendirian untuk menyemak dan mengesahkan dokumen maklumat
pendaftaran (KKP) adalah betul dan tepat dengan menandatangani
dokumen berkenaan.

4.20 Calon Persendirian perlu menyimpan sendiri KKP sebagai bukti


pendaftaran untuk ditunjukkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan
pada hari peperiksaan selain dari dokumen pengenalan diri.
9
PENDAFTARAN PEPERIKSAAN
UPSR 2016

3. TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN


(SELEPAS PROSES PENDAFTARAN)

10
TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
(SELEPAS PROSES PENDAFTARAN)
1 PEMBETULAN MAKLUMAT
1.1 Permohonan pembetulan maklumat calon dan maklumat mata
pelajaran hendaklah dengan menggunakan Borang Pembetulan
Maklumat Calon (BPMC) yang boleh diperoleh daripada JPN atau
dimuat turun daripada laman sesawang Lembaga Peperiksaan.
1.2 Lembaga Peperiksaan tidak akan melayan sebarang permohonan
pembetulan maklumat selepas 15 Mei tahun peperiksaan

2 PERTUKARAN STATUS CALON


2.1 Murid sekolah tidak dibenarkan mendaftar sebagai calon
persendirian.
2.2 Calon persendirian dibenarkan membuat permohonan menukar
status kepada calon sekolah setelah tarikh tutup pendaftaran
dengan syarat calon diterima belajar di sekolah berkenaan.
Permohonan hendaklah dikemukakan oleh pihak sekolah kepada
Pengarah Peperiksaan melalui Pengarah Pendidikan Negeri. 11
TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
(SELEPAS PROSES PENDAFTARAN)
3 PEMBATALAN PENDAFTARAN PEPERIKSAAN
3.1. Murid yang belum mendaftar peperiksaan dibenarkan
membuat permohonan untuk menangguhkan peperiksaan.

3.2. Calon yang telah mendaftar dibenarkan membuat permohonan


pembatalan pendaftaran peperiksaan dan bukannya
menangguhkan peperiksaan.

3.3. Pembatalan pendaftaran peperiksaan hanya akan diluluskan


oleh Pengarah Peperiksaan bagi kes-kes berikut:
3.3.1. Kematian,
3.3.2. Sakit yang memerlukan rawatan berpanjangan.

3.4. Calon/Ibubapa/Penjaga hendaklah membuat permohonan rasmi


penangguhan/pembatalan peperiksaan berserta dokumen
sokongan kepada Pengarah Pelajaran Negeri melalui pihak
sekolah.
12
TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
(SELEPAS PROSES PENDAFTARAN)
3.5. Pihak JPN hendaklah membuat pengesahan sebelum
Pengarah Peperiksaan meluluskan permohonan pembatalan
pendaftaran peperiksaan secara rasmi.

3.6. Calon hendaklah mendaftar semula bagi menduduki


peperiksaan pada tahun berikutnya.

3.7. Yuran pendaftaran bagi semua peperiksaan yang


dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan tidak akan
dikembalikan kecuali dalam hal yang ditentukan oleh
Pengarah Peperiksaan.

13
TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
(SELEPAS PROSES PENDAFTARAN)
4. PINDAH PUSAT PEPERIKSAAN
4.1. Calon Sekolah perlu mengemukakan permohonan pindah
pusat peperiksaan melalui Guru Besar sekolah
asal masing-masing. Permohonan hendaklah disertakan
bersama dengan dokumen Kelulusan Pertukaran Sekolah.

4.2. Calon Persendirian perlu mengemukakan permohonan


pindah pusat peperiksaan melalui Pengarah Pelajaran Negeri
di tempat calon mendaftar.
4.3. Calon yang memohon pindah pusat peperiksaan hendaklah
memilih sekolah yang menawarkan mata pelajaran yang
didaftar.
4.4. Calon yang memohon pindah pusat peperiksaan hendaklah
melengkapkan Borang Perpindahan Calon dalam enam (6)
salinan yang boleh diperoleh daripada JPN atau dimuat turun
daripada laman web Lembaga Peperiksaan.
14
TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
(SELEPAS PROSES PENDAFTARAN)
4.5. Calon yang memohon pindah pusat peperiksaan TIDAK dikenakan
bayaran

4.6. Guru Besar sekolah pusat asal calon hendaklah menandatangani


Bahagian A borang tersebut dan menghantar lima (5) salinan
kepada Guru Besar/Pengetua sekolah baru calon berkenaan.
Guru Besar sekolah baru calon hendaklah melengkapkan
Bahagian B dan menghantar empat (4) salinan ke JPN.

4.7. Permohonan pindah pusat peperiksaan hendaklah sampai


kepada Unit/Sektor Penilaian dan Peperiksaan, JPN pada atau
sebelum 15 Mei tahun peperiksaan. Permohonan yang diterima
mulai 16 Mei akan dianggap sebagai calon menumpang dan
mesti menggunakan angka giliran asal.

4.8. Angka giliran calon yang sudah berpindah tidak boleh diberi
kepada calon lain.
15
TAMAT

16

Anda mungkin juga menyukai