Anda di halaman 1dari 4

3.

0 CARA MENGURUS TINGKAH LAKU


Seperti di perkenalkan oleh Lee Center (1976) iaitu model disiplin tegar. Model
ini adalah sistem peraturan tingkah laku di adalam kelas yang di buat oleh guru. Apabila
kanak-kanak melanggar peraturan, namanya akan dipaparkan pada papan kenyataan
dan guru memanggil ibu bapa mereka ke sekolah. Center juga mencadangkan supaya
nama itu direkod dan dihantar kepada pengetua. Selain itu, model ini membantu guru
mengajar dengan lebih berkesan tanpa sebarang gangguan. Kebanyakkan
dilaksanakan di sekolah rendah memandangkan sesuai untuk mengurus tingkah laku
kanak-kanak supaya memahami pentadbiran sekolah. Walaubagaimanapun, ia kurang
berjaya melatih kanak-kanak supaya bertanggungjawab. Selain itu, kelemahannya
adalah tidak menghiraukan kurikulum,struktur dan susun atur di dalam bilik darjah.
4.0 TEKNIK PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Tingkah laku boleh diuruskan dengan mengaplikasikan beberapa teknik. Antara
teknik-teknik tersebut adalah dengan menggunakan alat pengukuran personal (personal
tools), teknik pencegahan (preventives technique), dan tindakan pembetulan (correction
measure).
Teknik pertama iaitu alat pengukuran personal yang boleh dilaksanakan dengan
menggunakan kaedah kedekatan fizikal (physical proximity). Kaedah ini dilaksanakan
dengan guru mendekati sendiri murid yang mempunyai masalah tingkah laku. Kaedah
seterusnya adalah dengan menggunakan mobiliti fizikal (physical mobility) iaitu dengan
berjalan ke hadapan, ke belakang, ke tepi atau mengelilingi kelas sambil membuat
pengawasan. Eksperisi wajah atau pandangan guru yang menyenangkan, menarik,
marah, kecewa atau benci turut tergolong dalam teknik pertama ini. Kesimpulannya,
guru perlu mahir dalam menggunakan teknik ini.
Teknik kedua pula adalah berkaitan dengan pencegahan. Teknik ini dapat
mengurangkan ketegangan dan menggalakkan proses pengajaran supaya menjadi
lancar. Selain itu, melalui teknik ini iklim yang positif dan persekitaran yang terurus
dapat diwujudkan. Maka bagi mewujudkan suasana seperti ini, antara kaedah yang
boleh digunakan adalah dengan meminta murid supaya mematuhi rutin bilik darjah,
membuat sistem mengutip buku serta murid menerima bentuk peraturan yang digubal.
Guru juga boleh memberitahu tentang perlakuan yang diterima atau tidak.
Teknik yang terakhir adalah dengan melaksanakan tindakan pembetulan.
Tindakan ini dapat dilaksanakan dengan menangani masalah secara spontan dan
menghentikan dengan baik tanpa merosakkan apa-apa. Selain itu, pengubahsuaian
tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif serta mengharmonikan iklim
bilik darjah juga dapat membantu dalam melaksanakan teknik tindakan pembetulan ini.
Guru juga boleh menggunakan hukuman yang diketahui oleh murid dan relevan seperti
ketuk-ketampi. Di samping itu, jika murid masih melakukan tingkah laku bermasalah itu,
guru boleh menukar tempat dan berjumpa dengannya selepas pengajaran. Melalui
perjumpaan ini, guru boleh membimbing perlakuannya supaya menjadi lebih baik.
Maka, guru haruslah sentiasa memperjelaskan atau mengingatkan mereka berkaitan
dengan tingkah laku tersebut.
5.0 PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Mengurus TL memerlukan kemahiran guru yang khusus dalam bidang tersebut.
Ia berlandaskan kepada prinsip-prinsip tertentu yang perlu dihayati dan dipegang oleh
guru.Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah prinsip peneguhan, jenis
pemerhatian, dan prinsip pengurusan tingkah laku.
i.Prinsip Peneguhan
Peneguhan sangat penting untuk mengekal atau mengurangkan tingkah laku.Dalam
membuat peneguhan, peneguh (ganjaran) yang diberikan hendaklah sesuai dan
berkesan. Peneguh merupakan sesuatu objek atau situasi yang dapat meneguhkan
atau mengekalkan tindak balas atau kelakuan pada masa kini atau memungkinkan
peningkatan perlakuan pada masa akan datang. Peneguh yang diberi mestilah sesuatu
yang disukai oleh pelajar.
ii. Jenis-jenis Pemerhatian
Pemerhatian yang pertama adalah pemerhatian yang boleh dijenis mengikut
tujuan dan aspek yang hendak diperhati iaitu memerhati sesuatu perlakuan tanpa
membuat tafsiran (interpreation) dan tanggapan (judgement) iaitu melapor apa yang
dilihat sahaja dan menggunakan tafsiran bukan untuk penilaian semasa tetapi
membuat hipotesis yang diperolehi selepas menemu bual individu yang berkenaan.
Kedua, pemerhatian yang dibuat mestilah mengikut apa yang telah dirancang
dan secara “open-ended” iaitu menilai atau memerhati kemahiran tertentu,
pengetahuan, perlakuan atau sikap yang telah dikenal pasti serta menilai sesuatu yang
wujud tanpa dijangka atau di luar perancangan pemerhati tetapi relevan dengan objektif
penilaian tersebut.
Manakala, yang ketiga adalah pemerhatian untuk jangka pendek dan jangka
panjang. Pemerhatian yang dilaksanakan mengikut urutan dalam jangka masa
berperingkat supaya mendapat dapatan yang berkesan dan bermakna tentang
perkembangan proses atau peristiwa terhadap sesuatu tugasan.

6.0 ASAS PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Terdapat tiga perkara asas dalam pengurusan tingkah laku. Perkara tersebut
adalah peneguhan, hukuman, prompts dan kiu.
a) Peneguhan
Peneguhan merupakan satu bentuk objek, stimuli atau perbuatan. Ia diberikan
kepada tingkah laku tertentu dengan tujuan untuk meningkatkan kekuatan dan
kekerapan tingkah laku tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa tingkah laku dapat
digalakkan melalui amalan peneguhan.
b) Hukuman
Hukuman merupakan satu bentuk tingkah laku yang diberikan selepas
melakukan sesuatu tingkah laku yang salah. Hukuman boleh dibahagikan kepada tiga
bahagian. Bahagian pertama adalah satu tingkah laku tertentu terjadi. Bahagian kedua
pula menyatakan tentang satu konsikuen semerta mengikuti tingkah laku tersebut dan
bahagian ketiga adalah sebahagian hasil daripada tingkah laku yang kemungkinan tidak
berlaku lagi di masa akan datang. Hukuman juga merupakan pengawal tingkah laku
yang kuat. Hukuman boleh dikategorikan kepada dua iaitu hukuman positif dan
hukuman negatif.
Hukuman positif adalah bentuk tingkah laku yang diberikan dan diikuti dengan
pemberian satu ransangan yang tidak menyenangkan. Manakala hukuman negatif
adalah tingkah laku yang diberikan dan diikuti dengan penarikan ransangan yang
meneguhkan.

c) Prompts
Prompts adalah ransangan yang digunakan untuk meningkatkan penglibatan
individu dalam melaksanakan tingkah laku yang betul. Ia diberikan sebelum atau
semasa tingkah laku itu dilakukan. Terdapat dua jenis prompts iaitu respon dan
stimulus. Prompts respon adalah tingkah laku individu lain yang meransangkan respon
yang diperlukan. Antaranya adalah prompts lisan, gesture, tunjuk cara dan fizikal.
Manakala prompts stimulus pula melibatkan perubahan, penambahan atau penarikan
pada stimulus. Ini adalah bertujuan untuk memastikan respon yang betul diperolehi.
d) Kiu
Kiu adalah amalan yang membolehkan murid untuk membezakan objek atau
konsep yang relevan dengan objek atau konsep yang lain. Contohnya, guru
membezakan suku kata dengan mengunakan warna merah dan warna hitam. Hal ini
akan membantu murid untuk membezakan suku kata pertama dengan suku kata kedua
di samping dapat memudahkan proses bacaan.

7.0 TINGKAH LAKU BERMASALAH


Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang
tingkah laku yang boleh merosakan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Kajian terhadap masalah murid
sekolah ini membawa kepada dua pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu,
positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti seperti perlakuan
ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Manakala untuk tingkah laku
bermasalah negatif pula ialah perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif
berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang
berlebihan.Sama ada seseorang murid itu mempunyai masalah bertingkah laku positif
dan negatif, ia akan membawa kesan yang tidak baik dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah.
Oleh yang demikian, guru haruslah mengambil tahu dan segera merancang dan
melaksana strategi dan tindakan yang sesuai untuk mengubah tingkah laku yang
negatif itu. Hal ini sangat penting demi menjamin dan mengawal keadaan bilik darjah
yang kondusif dan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Secara umumnya masalah tingkah laku atau disiplin bagi murid-murid
masalah pembelajaran mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri yang ada pada
murid-murid yang bermasalah tingkah laku ialah penumpuan yang singkat, memencil
dan menarik diri daripada aktiviti kelas, terlalu bergantung kepada seseorang, tidak
mesra dengan guru dan orang lain, gopoh dan tidak sabar, motivasi kendiri rendah,
agresif, melanggar perintah, sentiasa mempunyai perasaan negative, memberi jawapan
sesuka hati, kurang kemahiran mengawal emosi, perlakuan hiperaktif dan sering resah
serta kurang kepercayaan terhadap kebolehan diri.Masalah tersebut secara umumnya
telah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara faktor yang mempengaruhi pengurusan
tingkah laku dan disiplin di dalam kelas seperti kedudukan tempat duduk murid yang
jauh dari guru. Susun atur peralatan seperti meja, kerusi, almari memainkan peranan
penting dalam mewujudkan kelas yang kondusif dan mempunyai ruang untuk murid dan
guru bergerak. Selain itu, alat bahan mengajar yang dipamerkan hendaklah sentiasa
ditukar.

Anda mungkin juga menyukai