Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN

Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, ekonomi Malaysia pada ketika itu banyak
dipengaruhi oleh penjajah yang membuat pelbagai langkah bagi memperbaiki dan
memperkembangan ekonomi negara. Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British
menggalakkan perkembangan masyarakat secara “plural” melalui amalan “pecah dan perintah”.
Pihak British telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari China dan India untuk
kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan
perladangan. Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan
pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel kereta api dan pembahagian kelompok kaum mengikut
sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan
bandar dan luar bandar pun turut bertambah besar.

Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, kerajaan mula memperkenalkan rancangan


pembangunan yang terancang dan teratur yang dipanggil sebagai Rancangan Pembangunan
Ekonomi atau Rancangan Malaya Pertama pada tahun 1956 sehingga tahun 1960. Selain itu,
pada era ini juga ditubuhkan rancangan pembangunan tanah seperti Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan (FELDA) pada tahun 1956 bertujuan mengatasi masalah kekurangan tanah serta
membantu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup kaum petani.1 Pada tahun 1961,
Rancangan Pembangunan Ekonomi Dua pula telah dilancarkan. Kedua-dua rancangan tersebut
hanya memberi tumpuan kepada sektor pertanian yang menjadi tunjang ekonomi Malaysia
pada ketika itu.

Pada tahun 1970 pula, Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilancarkan oleh kerajaan. DEB
ialah program selama 20 tahun kerajaan iaitu bermula pada tahun 1970 hingga tahun 1990
yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato’ Hussien. DEB termaktub
dalam Rancangan Malaysia Kedua berikutan Rancangan Malaysia yang pertama menunjukkan
kelemahan dari segi strategi yang mana pegamalan sistem ‘pecah dan diperintah’ masih
diteruskan.

Pelaksanaan DEB adalah disebabkan oleh beberapa faktor antaranya disebabkan oleh
kadar kemiskinan kawasan yang tidak seimbang. Kadar kemiskinan luar Bandar lebih tinggi

1 Siti Hadijah Che Mat, Fauzi Hussin & Mohd Razani Mohd Jali, 2003. Ekonomi Malaysia. Kuala Lumpur :PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd. Hlm 1.
berbanding di Bandar yang mana kawasan luar Bandar adalah 58.7% berbanding dengan
kawasan Bandar yang hanya 21.3%. Selain itu, DEB dilakasanakan disebabkan oleh pemilikan
modal di sektor syarikat tidak seimbang. Selepas merdeka, pemilikan modal banyak dikuasai
oleh warga asing. Buktinya pada 1970, lebih daripada 2/3 ekuiti korporat dimiliki oleh warga
asing dan bumiputera hanya lebih sedikit daripada 2%. Ketidakseimbangan pekerjaan antara
kaum turut menjadi faktor DEB dilaksanakan oleh kerajaan. Dapat dilihat, 68.7% orang Melayu
terlibat dalam pertanian berbanding 17.3 % orang Cina dan 9.7% orang India. Dalam bidang
pengeluaran, kaum bumiputera hanya terlibat diperingkat bawahan sebagai pekerja separuh
mahir dan tidak mahir. Bidang jualan, pentadbiran dan pengurusan pula dimonopoli oleh kaum
Cina. Manakala, kaum India bayak terlibat dalam bidang pengkeranian dan perkhidmatan.
Faktor seterusnya ialah peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini tercetus bertitik-tolak dari
ketidakseimbangan pendapatan megikut kaum dan kawasan, pemilikan modal di sektor syarikat
dan ketidakseimbangan guna tenaga. Perkara tersebut menyebabkan tidak ada penyatuan dan
persefahaman kaum melalui aktiviti ekonomi.

DEB dilancarkan sebagai sebahagian daripada strategi Tun Abdul Razak yang
menyeluruh (Perdana Menteri ketika itu) bagi menyatukan dan membangunkan semula negara
selepas pengalaman yang mengejutkan pada tahun 1969.2 Antara objektif DEB dilaksanakan
adalah untuk mewujudkan kemakmuran untuk semua rakyat Malaysia, supaya tidak ada
komuniti yang akan mengalami kehilangan dan penafian hak. Selain itu, objektif dasar ini
adalah betujuan meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu, mewujudkan peluang pekerjaan
untuk semua golongan terutama yang menganggur serta mengurangkan jurang perbezaan
pendapatan antara semua kaum dan antara kawasan Bandar mahupun luar Bandar. Objektif
lain adalah untuk memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan,
kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain lagi.

DEB juga turut menjalankan rancangan-rancangan pembangunan menerusi strategi


serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Strategi
yang pertama adalah salah satu misi untuk mengurangkan dan seterusnya membasmi
kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa

2 Just Faaland, Jack Parkinson & Rais Bin Saniman, 2002. Dasar Ekonomi Baru Pertumbuhan Negara dan Pencapaian
Ekonomi Orang Melayu. Selangor : Radius Media Sdn Bhd. Hlm 14.
mengira kaum.3 Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puas hati
dalam kalangan rakyat. Seterusnya, strategi kedua adalah penyusunan semula masyarakat
untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi
ekonomi.4 Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham atau
ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di negara ini, di mana
penyertaan bumiputera sebanyak 30 peratus, 40 peratus bukan bumiputera dan 30 peratus
terdiri daripada pelabur-pelabur luar negeri.5

1.0 APLIKASI DASAR EKONOMI BARU

Dasar Ekonomi Baru pada umumnya kita ketahui sebagai sebuah dasar yang dilaksana dan
disusun menerusi strategi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan melakukan
penyusunan semula masyarakat. Dalam hal ini, pada fasa awal perangkaan DEB tersebut
telahpun diperkenalkan beberapa langkah yang bakal dilaksanakan bagi mengimplementasikan
matlamat dasar tersebut. Dasarnya, langkah-langkah tersebut hanyalah diutarakan secara
umum bagi memberi panduan kepada perlaksanaan langkah yang lebih sistematik
kemudiannya. Hal ini bukanlah sesuatu yang menghairankan, memandangkan DEB itu sendiri
akan mengambil masa selama 20 tahun untuk dilaksanakan dan penyediaan langkah umum
tersebut penting untuk memberi panduan kearah merealisasikan matlamat DEB. Untuk tujuan
itu, maka kerajaan telah mengambil beberapa langkah yang idealistik. Umpamanya, bagi tujuan
membasmi kemiskinan antara langkah awal yang disarankan ialah seperti;

I. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang mengangur


II. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan
III. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya
pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan
IV. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan anatara kaum kawasan bandar dan
luar bandar dan antara wilayah
V. Memodenkan kehidupan luarbandar

3 Dato’ Musa Hitam, 1986. Nasionalisme : Krisis dan Kematangan. Malaysia: Pelanduk Publications (M) Sdn bhd. Hlm
211
4 Ibid.
5 Ibid., Hlm. 222.
VI. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera
VII. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia
VIII. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan,
kemudahan infrastruktur dan lain-lain6

Dari aspek penyusunan semula masyarakat pula, langkah berikut turut dirangka:

I. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui


proses memodenkan kawasan luarbandar
II. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga dan
kedudukan tenaaga buruh harus mencerminkan bilangan kaum
III. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan
modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi
IV. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan
orang melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki
30% ekonomi dngan menubuhkan beberapa agensi seperti MARA, Bank
Pembangunan, Bank Bumiputera, Amanah Saham Nasional
V. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan
wilayah seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan seumpamanya7

Sehubungan dengan itu, langkah-langkah yang disarankan ini hanyalah langkah yang
dicadangkan secara umum sahaja. Sebaliknya, selepas penggubalan DEB tersebut, kerajaan
dilihat telah merangka langkah-langkah yang lebih optimistik dan teliti dengan berpandukan
cadangan-cadangan awal berkenaan. Hal ini secara amnya, dapat kita lihat dengan lebih jelas
dalam beberapa siri Rancangan Malaysia (RMK) yang meliputi tempoh 20 tahun tersebut yakni
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975), Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980), Rancangan
Malaysia Keempat (1981-1985) dan Rancangan Malaysia Kelima (1986-19190).

6
Dasar Ekonomi Baru, (http://www.epu.gov.my) Diakses Pada 29 Oktober 2014
7
Ibid.,
1.1 RANCANGAN MALAYSIA KEDUA (1971-1975)

Pada umumnya, dalam RMK-2 inilah DEB mula diperkenalkan . Ekoran itu, perlaksanaan DEB
tersebut kemudiannya telah menjadi simbolik kepada era baru dalam sejarah perancangan
pembangunan di Malaysia. Dalam RMK-2, sektor perkilangan dijadikan sandaran utama dalam
mencapai matlamat DEB dalam penyediaan peluang perkerjaan, peningkatan pendapatan dan
penyusunan semula masyarakat dalam membentuk komuniti komersial dan industrialisme
Melayu . Jelasnya disini, kerajaan telah memanfaatkan perkembangan sektor perindustrian
pada ketika itu untuk menyediakan peluang pekerjaan dan secara langsung akan meningkatkan
taraf ekonomi rakyat. Selain itu, agensi-agensi kerajaan seperti MARA, FELDA dan Bank
Pertanian telah ditubuhkan bagi mencapai tujuan untuk meningkatkan ekonomi luar bandar dan
kaum Bumiputera. Dalam hal ini, aktiviti pembangunan luar bandar dilakukan melalui
perlaksanaan strategi pembangunan bersepadu luar bandar (IRD) dengan menubuhkan
beberapa pertubuhan seperti KESEDAR, KETENGAH,DARA,KEJORA. Lanjutan itu, Petroleum
Nasional Berhad (PETRONAS) pula ditubuhkan sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan
pemilikan modal dalam sektor korporat oleh kaum Bumiputera.

1.2 RANCANGAN MALAYSIA KETIGA (1976-1980)

Dalam RMK-3, DEB diaplikasikan dengan membangunkan sektor pertanian dan perindustrian
untuk meninggikan pendapatan, produktiviti dan peluang pekerjaan dengan menempatkan
perusahaan di kawsan yang mundur. Selain itu, industri-industri kecil juga turut dibangunkan
dengan menambahkan kemudahan-kemudahan kredit dan perkhidmatan lanjutan. Tidak hanya
itu, sektor pertanian dan perindustrian juga dibangunkan untuk memberikan peluang kepada
penyertaan masyarakat berbilang kaum dalam sektor tersebut. Dalam RMK-3, Rancangan
Pembangunan Wilayah turut diperkenalkan untuk merapatkan jurang perbezaan ekonomi
menerusi rancangan pembangunan bandar baru dengan menubuhkan badan-badan seperti
KEJORA (Lembaga Kemajuan Johor Tenggara), KETENGAH (Lembaga Kemajuan Terengganu
Tengah), DARA (Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara) dan KESEDAR (Lembaga Kemajuan
Kelantan Selatan).
1.3 RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT (1981-1985)

Perlaksanaan matlamat DEB dalam RMK-4 pula berlandaskan pengwujudan Dasar Penswastaan
. Menerusi dasar ini, beberapa aset milik kerajaan telah diswastakan untuk tujuan memodenkan
lagi aset tersebut. Anatara aset kerajaan yang telah diswastakan adalah seperti Lebuhraya
Utara Selatan (Syarikat UEM Berhad), Syarikat Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dan
Perkhidmatan Telefon (Syarikat Telekom Malaysia). Dalam masa yang sama, Perbadanan
Industri Berat Malaysia (HICOM) telah ditubuhkan untuk menjayakan pembangunan
perindustrian berat dalam usaha menambah dan mempelbagaikan asas perindustrian. Kawasan
perindustrian baru dan kawasan perdagangan bebas dibuka untuk menarik kedatangan pelabur
asing. Misalnya,Pulau Pinang yang dijadikan sebagai kawasan perdagangan bebas. Pemodalan
Nasional Berhad (PNB) dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) pula dirubuhkan sebagai
usaha kerajaan untuk menyumbangkan pemilikan harta dan saham perindustrian di antara
kaum bumiputera dan bukan bumiputera. Menerusi RMK-4 ini juga, kerajaan dilihat agak
menitikberatkan bidang pendidikan dengan menyediakan Program Pelajaran dan Latihan untuk
menambah bilangan bumiputera yang terlatih ( berpendidikan tinggi) sebagai usaha
penyusunan semula masyarakat. Dalam erti kata lain, usaha tersebut adalah bertujuan untuk
meningkatkan taraf pendidikan dalam kalangan kaum Bumiputera yang dalam masa yang sama
masih agak ketinggalan dalam aspek tersebut.

1.4 RANCANGAN MALAYSIA KELIMA (1986-1990)

Dalam RMK-5 iaitu fasa terakhir untuk tempoh perlaksanaan DEB, kerajaan telah mengambil
inisiatif untuk menggalakkan pertumbuhan sektor pertanian dan industri luar bandar melalui
pelonggaran syarat penggunaan tanah, penanaman padi secara ladang dan seumpamanya.
Tidak hanya itu, bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) juga turut dibangunkan untuk
meningkatkan kadar produktiviti, keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan.
Pembangunan sumber manusia turut dititikberatkan dengan penekanan latihan kemahiran
dalam bidang pengurusan, keusahawanan, pembinaan, perhotelan dan perkapalan. Aktiviti
perindustrian di kawasan berpotensi turut digalakkan untuk tujuan pembangunan wilayah dan
bandar. Dalam masa yang sama juga, sektor pelancongan turut diperkembangkan dengan
menggalakkan pembinaan hotel dan penyediaan kemudahan pelancongan serta pelancaran
Tahun Melawat Malaysia. Perkembangan sektor pelancongan ini secara langsung akan memberi
impak kepada pembangunan ekonomi negara melalui kemasukkan pelancong dari luar negara
dan juga pertambahan peluang pekerjaan

2.0 IMPLIKASI PELAKSANAAN DASAR EKONOMI BARU

Secara dasarnya, Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dirangka oleh Perdana Menteri, Tun Abdul
Razak Dato’ Hussien untuk menyelesaikan masalah ekonomi yang tidak seimbang antara kaum
berdasarkan anggapan bahawa pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat
akan menjamin perimbangan ekonomi antara kaum di Malaysia.8 Namun demikian, jika dilihat
dari sudut sosiopolitik DEB yang ditubuhkan pada tahun 1970 dan mengalami beberapa fasa
perkembangan sehingga tahun 1990 sebenarnya bertitik-tolak sedikit sebanyak berdasarkan
dari peristiwa 13 Mei 1969 yang merupakan detik hitam dalam pembangunan negara Malaysia.
Rusuhan kaum yang berlaku antara kaum Melayu dan Cina itu merupakan kemuncak
kemarahan masyarakat pribumi sendiri yang tertekan dalam kedaifan hidup ekoran daripada
pemecahan aktiviti ekonomi melalui ‘Dasar Pecah dan Perintah’ yang diterapkan oleh penjajah
British. Perkara ini secara tidak lansung menggesa Tun Abdul Razak untuk merangka DEB bagi
mengatasi masalah tersebut. Namun demikian, pelaksanaan DEB sebenarnya mengalami
implikasi yang pelbagai dalam konteks sosiopolitik.

2.1 Berlakunya Kronisme

DEB yang dirangka sebagai program sosioekonomi di Malaysia sememangnya bermatlamatkan


menyemai perpaduan antara kaum melalui keseimbangan ekonomi yang wujud terutamanya
melibatkan kaum bumiputera. Hal ini demikian kerana, pengagihan ekonomi yang seimbang
adalah signifikan dalam mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu serta mengambil kira
kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain.
Namun demikian, DEB disifatkan gagal mencapai objektif tersebut kerana pelaksanaannya
menggalakkan kronisme. Dalam konteks ini, intervensi kerajaan diperlukan untuk mencapai
sasaran DEB. Akibatnya, wujud dalam kalangan kaum Bumiputera yang berniaga secara “Ali-

8
Lotfi Ismail. Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. 1983, hal. 103
Baba” atau berniaga atas angin.9 Istilah inilah yang disebut sebagai kronisme bila mereka
mendapat kontrak untuk menjalankan sesuatu projek dan kemudiannya menjualkan atau
memberi sub-kontrak kepada peniaga bukan Bumiputera. Mereka sebenarnya tidak
menjalankan projek itu sendiri tetapi mendapat bayaran sebagai imbuhan kepada pengantara.
Amalan seperti ini telah membawa kepada ketirisan perbelanjaan kerajaan dan penggunaan
dana yang tidak efisyen.

Sebagai suatu konsep penstrukturan sosial, DEB mempunyai nilai dan sasaran murni
namun disebabkan amalan kronisme, ianya menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak
kerana menjurus kepada amalan siapa yang dikenal dan bukannya berdasarkan keupayaan.
Selain itu, terdapat rungutan yang tiada “padang yang sama rata” dalam kalangan Bumiputera
sendiri. Oleh hal yang demikian, implementasi DEB tidak mewujudkan keadaan di mana yang
terbaik akan berjaya serta merit tidak menjadi kayu pengukur prestasi. Natijahnya kerana
amalan kronisme ini, implementasi DEB di peringkat awal boleh berjaya namun untuk jangka
panjang pencapaian itu sukar dikekalkan dan dipertingkatkan kerana ianya tidak berasaskan
daya saing. Misalnya, pegangan ekuiti korporat masih belum lagi mencecah sasaran 30%
kerana pegangan yang ada dijual untuk keuntungan jangka pendek dan bukannya dikekalkan
serta ditambah untuk pegangan jangka panjang.10

2.2 Menerima Tentang DAP

Democratic Action Party (DAP) yang berakar umbi melalui People Action Party (PAP) di
Singapura telah dibentuk pada tahun 1966, mengamalkan prinsip ‘Malaysian Malaysia’. Sebagai
sebuah parti politik yang baru ditubuhkan, DAP berkeinginan untuk merebut blok politik yang
pada ketika itu dikuasai oleh Malaysian Chinese Association (MCA) dan Gerakan. Namun kedua-
dua pertubuhan tersebut juga dikatakan tidak bersetuju dengan DEB namun masih lagi dalam
kerangka kerjasama dalam Barisan Nasional.11 Hal ini demikian kerana, MCA dan Gerakan
beranggapan bahawa sasaran utama untuk mendapatkan 30% ekuiti untuk bumiputera dalam
masa 20 tahun boleh diperolehi dengan sasaran utama melalui saki-baki syarikat barat yang

9
Ibid. hal. 105
10
Mohd. Shahari Ahmad Jabar et.al, Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasar Pembangunan. Kuala Lumpur: IInstitut Tadbiran
Awam Negara, 1983, hal. 172
11
Syed Ibrahim (penerbit), Malaysia Kita. Petaling Jaya : International Law Book Services, 2007, hal. 317
melabur di Malaysia sekali gus tidak akan mengganggu perniagaan dan harta benda yang telah
dimiliki oleh masyarakat Cina dan India.

Namun demikian, situasi tersebut agak berbeza bagi DAP kerana prinsip ‘Malaysian
Malaysia’ yang dipegang oleh mereka bertentangan sama sekali dengan Dasar Ekonomi Baru.
Prinsip Malaysian Malaysia menyatakan bahawa pelbagai kaum di Malaysia adalah sama rata
dari semua segi sama ada dalam konteks politik, ekonomi dan sosial. Perkara ini selaras dengan
sistem merit di mana tidak ada layanan istimewa dan bantuan kepada mana-mana kaum.
Semua kaum mestilah berusaha keras bagi mendapatkan hak ekonomi yang ada di Malaysia.
DAP di bawah Lim Kiat Sing telah berjaya menarik hati orang Cina untuk sama-sama menolak
pelaksanaan DEB. Keadaan menjadi bertambah rumit bila pelbagai artikel dalam Perlembagaan
Persekutuan membabitkan kedudukan orang Melayu terutama kedudukan raja-raja, hak
istimewa orang, bahasa Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi , tanah rezab Melayu dan
lain-lain. DAP menegaskan bahawa Dasar Ekonomi Baru tidak terdapat dalam perlembagaan
dan kerana itu ianya boleh dipertikaikan. Malahan 30% ekuiti Bumiputera yang mesti dicapai
dalam tempoh 20 tahun juga tidak dinyatakan dalam Perlembagaan tersebut. Bagi DAP, DEB
bagaikan 'hadiah' kepada orang Melayu yang terlibat dalam Peristiwa 13 Mei. Hal ini demikian
kerana sentimen tidak puas hati orang Melayu kepada kerajaan dan disalurkan melalui 'tumpah
darah' dapat diredakan melalui DEB.12

2.3 Peningkatan Pendidikan Bumiputera

DEB dalam konteks implikasi positif dilihat telah berjaya meningkatkan taraf pendidikan kaum
bumiputera dengan bilangan professional dalam kalangan bumiputera telah bertambah,
Peratusan graduan Bumiputera yang ke luar negara untuk mencapai tahap professionalisme
yang tingi juga telah meningkat. Keadaan ini berbeza jika dibandingkan dengan sebelum DEB
diperkenalkan. 13
Pelaksanaan DEB juga dilihat telah berjaya membawa masyarakat Melayu
yang berpendidikan untuk menyumbang kepada perluasan peratusan kelas pertengahan.14
Perkara ini boleh dilihat melalui kelahiran pemilik hartanah, perunding perhubungan awam,
pengurus dana dan perunding kejuruteraan dalam kalangan bumiputera. Dalam erti kata yang

12
Nazaruddin Hj. Mohd Jali et.al, Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaran Edisi Kedua, Selangor: Prentice Hal, 2004,
hal. 282
13
Ibid, hal. 284
14
Ibid, hal. 288
lain, DEB telah berjaya melahirkan golongan professional dan golongan kelas menengah
bumiputera yang mempunyai kuasa membeli yang kuat.

Melalui DEB juga, jurang pendidikan antara pelajar bandar dan luar bandar telah dapat
dikurangkan bagi memastikan persaingan yang lebi adil dan saksama. Selain menempatkan
guru-guru berpengalaman dan berkebolehan di sekolah-sekolah luar bandar, kemudahan-
kemudahan sama seperti yang terdapat di bandar termasuklah Infrastruktur Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) juga disediakan. Perkara-perkara ini telah diambil kira bagi
mewujudkan medan persaingan yang saksama serta peluang anak Melayu spesifiknya yang
ingin berjaya ditingkatkan.

2.4 Isu Polarisasi Kaum

Matlamat utama DEB sememangnya adalah untuk mencapai perpasuan negara dengan
memperbetulkan ketidakseimbangan sosiokekonomi yang wujud antara kaum dan wilayah.
Namun demikian dalam masa yang pengimplementasian dasar yang terdapat dalam DEB lebih
menjurus kepada pemisahan secara mutlak melibatkan kaum Bumiputera dengan kaum bukan
Bumiputera. Dalam konteks ini, isu polarisasi kaum masih berterusan biarpun agak tidak ketara
kerana sistem ekonomi yang diwarisi daripada kolonialisme barat masih diterapkan seperti
ekonomi kapitalisme. Dalam sistem ini, teras utamanya yang menjurus kepada persaingan dan
hanya mementingkan keuntungan telah mewujudkan perpecahan. Masyarakat Bumiputera yang
dikira masih baru dalam lapangan persaingan ekonomi mengalami kesukaran yang nyata untuk
bersaing dengan masyarakat bukan Bumiputera yang jelas tidak bertolak ansur dalam soal
pemilikan ekonomi.15

Walau bagaimanapun, pelaksanaan DEB yang banyak menitikberatkan bantuan kepada


kaum Bumiputera dalam konteks pembangunan ekonomi berikutan kemunduran mereka yang
dipisahkan melalui Dasar Pecah dan Perintah British dilihat bersifat memisahkan atau dalam erti
kata yang lain mewujudkan dikotomi antara golongan bumiputera dengan bukan bumiputera
yang secara tidak lansung melahirkan perasaan ‘deprivation’ iaitu kecenderungan pemilikan
keistmewaan hak sebagai bangsa pribumi di Malaysia. Bukan itu sahaja, pengimplementasian
dasar dalam DEB juga telah menyebabkan berlakunya konflik antara kelas atau intra-kelas di

15
Ahmad Idris. Dasar Ekonomi Baru, Selangor : IBS Buku Sdn. Bhd, 1988, hal. 19
mana golongan bukan bumiputera yang telah lama menduduki “kelas pertengahan” berasa
terancam oleh kemasukan golongan baru bumiputera yang cuba bersaing dalam kelas ekonomi
tersebut. Fenomena ini memberi kesan yang negatif dalam konteks perpaduan dan integrasi
antara kaum di mana masing-masing saling bersaing untuk meningkatkan ekonomi sehingga
menyukarkan pemupukan kesefahaman namun lebih kepada adanya prejudis yang berterusan
dalam kalangan kaum di Malaysia. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan DEB
masih belum mampu mengekang polarisasi kaum daripada terus menjadi “duri dalam daging”
dalam perpaduan nasional.

2.5 Kerenggangan hubungan Malaysia-Britain

Setelah Tun Dr. Mahathir Mohammad mengambil alih jawatan Perdana Menteri Malaysia, beliau
masih meneruskan pendekatan dasar luar yang disandarkan kepada kepentingan nasional dan
pragmatism namun orientasinya berubah kepada mengutamakan kepentingan ekonomi untuk
mencapai matlamat pembangunan ekonomi, kestabilan politik, keselamatan serta melahirkan
masyarakat Malaysia yang bersatu padu serta memiliki jati diri untuk berjaya sebagai sebuah
negara maju seperti yang diterapkan dalam DEB.16 Walaupun pada era kepimpinan beliau dasar
ekonomi yang digariskan memenuhi sasaran namun kesannya menjurus kepada kontroversi
diplomasi dan politik antarabangsa. Hal ini demikian kerana, dalam dasar ekonominya beliau
telah melakukan beberapa perubahan radikal terhadap dasar luar Malaysia termasuklah dengan
hubungan antara Malaysia-Britain.

Perubahan radikal yang dilaksanakan oleh Tun Dr. Mahathir telah menyebabkan negara-
negara barat merasa kurang senang dengan pendekatan mengkritik pemimpin-pemimpin
mereka selain bersikap anti-barat, pro Arab/Palestin serta anti-Israel. Perkara ini telah
menjejaskan hubungan dengan Britain sekaligus mengasingkan kaitan sejarah dengan negara
tersebut selain terus-terusan mengkritik negara-negara barat dalam sistem politik dan
kewangan multilateral antarabangsa yang disifatkan double standard, hipokrit dan berat
sebelah. Tindakan Tun Dr. Mahathir melalui Buy British Last juga telah memberi kesan negatif
ke atas perniagaan dan syarikat-syarikat British.17 Natijahnya, hubungan antara Malaysia-Britain

16 Chamburi Siwar & Surtahman Kastin Hasan, Ekonomi Malaysia Edisi Kedua, Selangor: Longman, 1988, hal. 145
17
Ibid, hal. 150
yang ketika itu dipimpin oleh presiden Tony Balir menjadi renggang kerana pendekatan dalam
konteks pembaharuan ekonomi dan dasar luar yang diterapkan sewaktu era Tun Dr. Mahathir.

RUMUSAN

Intihanya pada tahun 1990, telah menandakan berakhirnya DEB yang menjadi asas rancangan
pembangunan negara untuk jangka masa 1970 -1990 melalui zaman tiga Perdana Menteri iaitu
Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohammad. Secara keseluruhannya
DEB tidaklah mencapai sasaran 100% matlamatnya, namun DEB telah berjaya dalam beberapa
strategi yang dibuat dengan jayanya. Antara faktor yang dilihat mengekang dasar DEB ialah
masalah kemeseletan ekonomi dunia yang berterusan sejak awal tahun 1980-an turut
menjejaskan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Apa yang pasti, DEB banyak memberi pelbagai
sumbangan kepada kehidupan masyarakat majmuk di negara kita sekali gus keamanan dapat
dikekalkan sehingga hari ini. DEB tamat pelaksanaannya pada tahun 1990. Setelah tempoh
Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional yang
merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Semangat
DEB juga masih dikekalkan dalam pembangunan ekonomi negara pada masa kini dan Perdana
Menteri YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak sering kali menekankan semangat DEB wajar
diteruskan demi pembangunan kaum bumiputera.18

Namun demikian, DEB masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki jika dirujuk
menerusi implikasi-implikasi yang memberi impak terhadap pelaksanaan DEB yang
menggunakan motif serampang dua mata iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan
semula masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Antara perkara yang jelas membebankan
pelaksanaan DEB adalah sistem kapitalisme ekonomi barat yang masih diwarisi dan menjadi
citra persaingan ekonomi sehinggakan proses pembangunan spesifiknya terhadap kaum
bumiputera terpesong sedikit dari landasan matlamatnya. Walau bagaimanapun, pelaksanaan
DEB perlu dilihat dari sudut yang luas di mana ianya antara intipati penting yang berjaya
mengorak Malaysia menuju pembangunan yang mapan di masa hadapan dengan berbekalkan
pengukuhan integrasi antara kaum selain pembangunan ekonomi yang telus.

18
Jamal Ali, Ekonomi Malaysia: Satu Analisis Dasar, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor, 2003, hal. 88
BIBLIOGRAFI

Ahmad Idris, 1988. Dasar Ekonomi Baru. Selangor : IBS Buku Sdn. Bhd Chamburi Siwar &
Surtahman Kastin Hasan, 1988. Ekonomi Malaysia Edisi Kedua. Selangor: Longman.

Dasar Ekonomi Baru (http://www.epu.gov.my) Diakses Pada 29 Oktober 2014

Dato’ Musa Hitam, 1986. Nasionalisme : Krisis dan Kematangan. Malaysia: Pelanduk
Publications (M) Sdn Bhd.

Jamal Ali, 2003. Ekonomi Malaysia: Satu Analisis Dasa., Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributor

Just Falland, Jack Parkinson & Rais Bin Saniman, 2002. Dasar Ekonomi Baru Pertumbuhan
Negara dan pencapaian Ekonomi Orang Melayu. Selangor: Radius Media Sdn Bhd.

Lotfi Ismail, 1983. Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors.

Mukhriz Mahathir & Khairy Jamaluddin (ed),2004, Dasar Ekonomi Baru: Intipati, Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd

Mohd. Shahari Ahmad Jabar et.al, Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasar Pembangunan,
Kuala Lumpur: IInstitut Tadbiran Awam Negara, 1983, hal. 172

Nazaruddin Hj. Mohd Jali et.al , 2004. Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaran
Edisi Kedua. Selangor: Prentice Hal.

Siti Hadijah Che Mat, Fauzi Hussin & Mohd Razani Mohd Jali, 2003. Ekonomi Malaysia. Kuala
Lumpur : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Syed Ibrahim (penerbit), 2007. Malaysia Kita. Petaling Jaya : International Law Book Services.