Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KONSEP

PROGRAM GURU PENYAYANG

Anjuran:

SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN


JABATAN PELAJARAN JOHOR
KERTAS KONSEP
PROGRAM GURU PENYAYANG

1.0 PENGENALAN

TUGAS pendidik atau guru bukan setakat menyalurkan ilmu pengetahuan, tetapi
merangkumi pendidikan akhlak kepada anak murid. Mengajar dalam apa bidang
sekalipun, aspek membina sahsiah peribadi seharusnya diletakkan sebagai teras
kepada usaha pendidikan. Dalam zaman serba moden serta mencabar, kerjaya guru
juga semakin mencabar. Banyak kali dilaporkan mengenai adanya segelintir kecil guru
yang tidak dapat mengawal emosi lantas mengambil tindakan menghukum anak didik di
luar batas etika sebagai seorang pendidik. Justeru, guru perlulah sentiasa ingat bahawa
mendidik manusia memerlukan kesabaran tinggi dan nilai kasih sayang yang kental.
Tanpa dua sifat penting itu, guru akan berhadapan masalah.

Panduan ditunjukkan Rasulullah SAW perlu dijadikan amalan ketika memenuhi


tugas mendidik anak bangsa. Banyak kisah dan peristiwa dilalui Rasulullah SAW
mempamerkan perwatakan luhur pendidik yang unggul untuk dicontohi, tetap relevan
sepanjang zaman dan kalis masa. Diriwayatkan oleh Anas bin Malik: “Sedang kami
berada dalam masjid bersama Rasulullah SAW, seorang Badwi datang dan duduk
mencangkung membuang air kencing di dalam masjid. Sahabat berkata kepada lelaki
Badwi itu: Berhenti! Berhenti!” Namun Rasulullah SAW berkata: “Jangan ganggu dan
biarkan dia sendiri.” Oleh demikian, mereka pun membiarkan saja lelaki itu selesai
membuang air kencingnya. Kemudian Rasulullah SAW memanggil lelaki berkenaan dan
berkata kepadanya: “Di dalam masjid tidak dibenarkan melakukan perkara seperti
membuang air kencing atau membuat kerosakan kerana masjid tempat beribadat
kepada Allah, tempat solat dan membaca al-Quran.” Kemudian Rasulullah SAW
mengarahkan seorang lelaki supaya mengambil sebaldi air untuk membasuh kawasan
tempat lelaki Badwi itu kencing. Iktibar yang boleh diambil daripada kisah itu adalah
jangan bersikap terburu-buru terhadap orang yang melakukan kesalahan. Rasulullah
SAW dalam peristiwa itu jelas mempamerkan sikap berpandangan jauh dalam
menghadapi sesuatu keadaan.

Menegur kesalahan seseorang dengan cara berhemah dan lemah lembut


disertakan penjelasan terperinci kesalahan dilakukan adalah prinsip pendidikan yang
dibawa Nabi SAW dan inilah contoh seharusnya diikuti guru.

Kisah Rasulullah SAW itu juga mengajar kita perlu bersikap lemah lembut
apabila mengendalikan seseorang yang jahil dan mestilah mengajar orang seperti itu
perkara yang patut diketahuinya tanpa memarahinya, selagi dia tidak menunjukkan
sikap berdegil. Imam al-Ghazali pernah menggariskan beberapa kriteria unggul seorang
pendidik antaranya, guru harus sabar menerima pelbagai masalah murid dan
menerimanya dengan baik. Guru hendaklah bersifat penyayang dan tidak pilih kasih
terhadap anak didiknya.

Confucius, seorang ahli falsafah dan pendidik Cina yang sangat terkenal. Dirinya
sebagai seorang guru, menggunakan kaedah dan pendekatan pendidikan yang sangat
informal, bersesuaian dengan karektor individu yang berbeza-beza. Beliau
mencadangkan kepada anak didiknya apa yang perlu dipelajari, berbincang dengan
mereka dan kadang kala hanya mendengar hujah dan ulasan anak didiknya dengan
sabar. Cadangan diberikan anak didiknya untuk memperkembangkan kekuatan, dan
memperbaiki kelemahan. Beliau mengatakan bahawa pendidikan hendaklah
dilaksanakan dengan penuh kasih sayang. Oleh itu, beliau mendidik tanpa mengira
latar belakang anak didiknya.

Anna Eleanor Roosevelt, warga Amerika Syarikat, seorang pejuang hak asasi
manusia yang terkenal, pernah mengatakan bahawa “The giving of love is an education
in itself”. Beliau berpendapat bahawa tindakan memberi kasih sayang itu sudah
merupakan satu bentuk pendidikan. Pandangan ini menunjukkan betapa pentingnya
seorang pendidik untuk sentiasa menunjukkan sifat kasih sayang dan mencipta hasil
signifikan ke atas orang yang dididiknya.
Guru yang penyabar dan penyayang akan berjaya dalam kerjayanya. Apabila
nilai itu tersemat kukuh, guru pasti akan menyedari bahawa sabar itu memberkati usaha
gigihnya mendidik. Selain itu, guru juga perlu bersedia menerima kepelbagaian watak
dan perbezaan tahap kecerdasan anak didik supaya proses pengajaran akan dapat
dilaksanakan dengan fikiran tenang.

2.0 RASIONAL
2.1 Permasalahan murid-murid pada masa ini perlukan medium yang sesuai
bagi membantu murid tersebut dan menggunakan kaedah dan
pendekatan yang terkini serta disukai oleh murid tersebut.
2.2 Generasi murid hari ini yang terdiri daripada generasi Y dan Z yang unik,
di mana mereka mempunyai pemikiran yang liberal dan terbuka.
2.3 Mengurangkan jurang beza tara antara guru dengan murid

3.0 OBJEKTIF
3.1 Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga
sekolah.
3.2 Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras
dengan keperluan semasa.
3.3 Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.

4.0 JUSTIFIKASI
4.1 Terdapatnya peningkatan salah laku disiplin dalam kalangan murid.
4.2 Peningkatan kadar ponteng murid.
4.3 Terdapat laporan/aduan pelanggaran etika profesion keguruan.
4.4 Peningkatan bilangan guru yang mengalami tekanan emosi dalam
menjalankan tugas.
5.0 ANJURAN DAN KELOLAAN

Jabatan Pelajaran Johor


Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor
Sekolah-sekolah Negeri Johor

6.0 PERSONALIA

Jawatankuasa Kerja Program Guru Penyayang

Penaung : Pengarah Pelajaran Johor


Penasihat : Pegawai Pelajaran Daerah
Pengerusi : Pengetua/ Guru Besar
Tim. Pengerusi : PK HEM
Naib Pengerusi 1 : PK Pentadbiran
Naib Pengerusi 2 : PK Kokurikulum
Naib Pengerusi 3 : PK Tingkatan 6/ PK Petang
Setiausaha : GKMP Kemanusiaan dan Kemasyarakatan (SM)/ PK
KOKO (SR)
Penyelaras : Guru Bimbingan Dan Kaunseling
AJK : Semua GKMP/ Ketua Panitia
: Guru Disiplin
: Guru Kebajikan
: Guru Biasiswa
: Penyelaras tingkatan/Tahun
: AJK PIBG
: AJK Alumni
7.0 PENGISIAN / AKTIVITI

Rujuk Modul Guru Penyayang JPNJ

8.0 SASARAN

Guru dan murid dan seluruh warga sekolah

9.0 TEMPOH PELAKSANAAN

Sepanjang tahun 2012

10.0 SUMBER KEWANGAN


10.1 PIBG
10.2 PCG kokurikulum sahsiah diri/ Pendidikan Islam dan Moral
10.3 Peruntukan LDP

11.0 PENUTUP

Program Guru Penyayang ini diharapkan dapat memberi sumbangan ke


arah pembentukan sahsiah diri murid yang lebih positif, mewujudkan suasana
yang lebih harmoni antara guru dengan murid, serta dapat mengurang salah
laku disiplin murid.

Anda mungkin juga menyukai