Anda di halaman 1dari 40

KERTAS CADANGAN: AMALAN GURU PENYAYANG

1.0 PENDAHULUAN:

Pelaksanaan amalan Guru Penyayang adalah bertujuan agar setiap guru membudayakan sikap
kasih kasih saying di sekolah. Guru penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan
menyayangi, mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru
Penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap muridnya dengan
cara mengamalkan nilai kasih saying, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling
menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru penyayang seharusnya menjiwai bahawa murid
merupakan asset yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi
setiap masa.

2.0 TUJUAN:

Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih
sayang di sekolah.

3.0 KONSEP

Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas
kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat
kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters)
dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling
menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian,
dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.

Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan
murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.
3.0 OBJEKTIF:

3.1 Menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru.

3.2 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah

3.3 Menyedari bahawa setiap murid adalah asset kepada sekolah

3.4 Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti/masyarakat kepada


sekolah.

4.0 TARIKH PELAKSANAAN:

Sepanjang Tahun

6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar SMK Raja Perempuan

7.0 KAEDAH PELAKSANAAN

7.1 Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan budaya guru. Ia akan
dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa. Bagi fasa pertama
pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut;

Mengalu-alukan kehadiran murid

Pelaksanaan Program Mentor Mentee

Memberi penghargaan kepada murid

7.2 Aktiviti dan kaedah pelaksanaan adalah seperti di LAMPIRAN A.


8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL

PERKARA

JUMLAH SEUNIT
JUMLAH

Banner Mengalu-alukan murid

2 x RM 100.00

RM 200.00

Kek (Hari Lahir Pelajar)

6 x RM 50.00

6 x RM 30.00
RM 350.00

RM 180.00

JUMLAH BESAR

RM 730.00

Jumlah Besar – RM 730.00

9.0 SUMBER KEWANGAN:

Unit Bimbingan dan Kaunseling

10.0 PENUTUP:
Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………….. ………………………………….

(SURAINE BT MUHMAD NORDIN) (PN. ZURAIDA BT AHMAD KHULAIMI)

Guru Bimbingan dan Kaunseling Penolong Kanan HEM

SMK Raja Perempuan SMK Raja Perempuan

Disah dan diluluskan oleh:

………………………………..

(CIK RUSNANI BT SHARUDDIN)


Pengetua

SMK Raja Perempuan

Lampiran : Aktiviti Guru Penyayang

BIL

AKTIVITI

KAEDAH

1.
a. Aktiviti Mengalu-alukan murid

1. Guru mengalu-alukan murid di pintu pagar sekolah

a. Semasa murid memulakan sesi persekolahan baru

b. Semasa murid datang ke sekolah

c. Semasa murid pulang dari sekolah

i. Menyambut kedatangan murid;

a. Penampilan guru yang kemas dan ceria

b. Bersikap mesra, berbudi bahasa dan menghormati murid

c. Ambil berat, prihatin dan sabar menyambut murid

ii. Membuat sapaan

Memberi salam dan menyambut salam semasa datang sekolah

Lambaian pulang

Bertanya khabar
iii. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara berhemah

Contoh

Membetulkan tali leher

Membetulkan butang baju dll

iv. Membuat publisiti/promosi

2.

b. Aktiviti Mentor Mentee

1. Tujuan;

i. Membangunkan sahsiah diri murid

ii. Membina jati diri murid

iii. Membantu menyelesaikan masalah murid


2. Cadangan aktiviti

Sesi ramah mesra

Sesi makan bersama

Meraikan hari lahir

Bimbingan hala tuju hidup

Lawatan/ziarah keluarga

Sesi perkongsian masalah

1. Strategi pelaksanaannya;

Seorang atau dua mentor bagi setiap kelas

Perjumpaan sekurang-kurangnya dua kali sebulan dan dijadualkan

Program untuk semua murid

2. Pengisian semasa perjumpaan;

Membuat sapaan

Menyemak dan prihatin latar belakang mentee

Membimbing mentee mengatasi masalah

Membimbing mentee membina hala tuju dan kerjaya


Membimbing mentee membentuk jati diri dan sahsiah diri

3. Disenaraikan sebagai salah satu tugas guru di sekolah

4. Menyediakan profile setiap mentee

a. Aktiviti Penghargaan Murid

1. Aktiviti meraikan murid;

Hari lahir murid

Sambutan hari kanak-kanak

Perayaan-perayaan utama mengikut kaum seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas
termasuk perayaan utama di Sabah dan Sarawak

Guru meraikan murid dalam suasana kasih sayang

Antara kaedah yang boleh digunakan;

b. Mengumumkan ucapan selamat melalui pembesar suara sekolah

c. Menyanyikan lagu bersesuaian dengan tema sambutan


Contoh: Lagu Hari Lahir ,Lagu Perayaan Utama

d. Menghantar kad ucapan

Contoh: Kad Hari Lahir , Kad Hari Perayaan

i. Aktiviti dilaksanakan semasa perhimpunan atau di dalam bilik darjah.

Kertas Kerja Minggu Kerjaya (PSICER) 2012 PDF Print E-mail

Written by GBK

Tuesday, 17 July 2012 04:47

SMK RAJA PEREMPUAN

KERTAS CADANGAN: MINGGU KERJAYA (PSICER)

1.0 PENDAHULUAN:

Program PSICER merupakan satu program Perancangan Strategik bagi Sektor Pembangunan
Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Melalui program ini, semua sekolah dikehendaki
melaksanakan program tersebut. Matlamat program ini supaya semua pelajar mempunyai kad profil
halatuju pendidikan dan kerjaya yang jelas.
2.0 MATLAMAT:

Di harapkan melalui program ini, 100% murid mempunyai Profil halatuju pendidikan dan kerjaya.
Selain itu, diharapkan juga murid mengetahui minat kerjaya masing-masing dan mendapat input kerjaya
yang diminati.

3.0 OBJEKTIF:

Menepati ketrampilan pelajar RPS dari sudut kapasiti Intelek iaitu :-

3.1 Murid dapat mengetahui trait-trait personaliti dan minat kerjaya.

3.2 Murid dapat mengenalpasti halatuju pendidikan dan kerjaya

3.3 Murid dapat menyusun strategi bagi mencapai kecemerlangan pendidikan dan kerjaya.

4.0 SASARAN

Semua Pelajar
5.0 KAEDAH PELAKSANAAN

(rujuk lampiran)
6.0 TARIKH PELAKSANAAN:

Tarikh

Aktiviti

22 Mei 2012 (selasa)

1.CERAMAH & PAMERAN KERJAYA (Doktor/farmasi, ,Fisioterapi, )

2.UJIAN MINAT KERJAYA & PELAKSANAAN KAD PSICER (tingkatan 2)

23 Mei 2012 (Rabu)

1.CERAMAH & PAMERAN KERJAYA (Akauntan, peguam, hospitality/chef)

2.UJIAN MINAT KERJAYA & PELAKSANAAN KAD PSICER (tingkatan 1)


7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL

PERKARA

JUMLAH SEUNIT

JUMLAH

Cenderahati Penceramah

8 x RM 10.00

RM 80.00

2
Fotostat

700 x RM0.10

RM 70.00

Kertas kuning (kad PSICER Pelajar)

7 x RM24.00

RM168.00

Banner Kerjaya
9 x RM40.00

RM360.00

JUMLAH BESAR

RM 678.00

Jumlah = RM 678.00

8.0 SUMBER KEWANGAN:

Unit Bimbingan dan Kaunseling RM 678.00

9.0 PENUTUP:

Diharapkan program ini dapat membantu pelajar dalam mengenali minat kerjaya dan hala tuju masing-
masing. Diharapkan juga program ini dapat membantu menjamin masa depan yang lebih cemerlang dan
gemilang.
Disediakan oleh: Disah dan diluluskan oleh:

…………………….. ………………………………..

(BIBY DAYANA BT ABDULLAH) (CIK RUSNANI BT SHARUDDIN)

Guru Bimbingan dan Kaunseling Pengetua

SMK Raja Perempuan SMK Raja Perempuan

LAMPIRAN : KAEDAH PELAKSANAAN


Semua murid disediakan Kad Profil Halatuju Pendidikan dan Kerjaya (lampiran 1)

Murid-murid diberikan Instrumen Minat Kerjaya (SDS) dan Instrumen Personaliti bagi mengenali trait-
trait personality dan minat kerjaya yang boleh dilakukan secara kelompok besar.

Murid-murid diberi penerangan cara untuk mengenalpasti trait-trait personality dan minat
berdasarkan instrument.

Dengan menggunakan pendekatan kaunseling kelompok, murid-murid diberi bimbingan untuk


pemilihan kerjaya berdasarkan instrument

Berdasarkan pemilihan kerjaya yang ditetapkan, murid dikehendaki menetapkan keutamaan


pemilihan kerjaya.

Murid-murid diberi tugasan untuk menetapkan dan melengkapkan nama program/kursus, institusi
pilihan, syarat kelayakan asas, syarat khusus dan lain-lain yang berkaitan.

Secara kelompok besar, murid-murid diberi latihan menjalani temuduga, latihan membuat resume,
mendengar ceramah kerjaya serta melayari internet bagi mengukuh dan penggayaan pengetahuan dan
kemahiran.

Murid-murid melengkapkan profil halatuju pendidikan dan kerjaya dan disimpan dibilik kaunseling
sehingga murid ini tamat pengajian tingkatan 5. Profil ini diserahkan kepada murid sebelum mereka
keluar dari sekolah.

KK Kursus Motivasi Jati Diri Kadet Polis 'Kami Juara' 2012 PDF Print E-mail

Written by GBK

Tuesday, 17 July 2012 04:48


Kertas Cadangan

Kursus Motivasi Jati Diri Kadet Polis

‘Kami Juara”

Tahun 2012

1.0 PENDAHULUAN

Motivasi atau dorongan adalah salah satu daripada unsur yang penting bagi menyedar dan
menginsafkan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan lebih sempurna lagi. Bagi diri pelajar,
motivasi adalah amat perlu bagi mereka mengenali, menganalisis kekuatan dan potensi diri mereka. Ini
adalah bagi membolehkan mereka terus mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan ko-
kurikulum. Di samping itu mereka dapat menyumbang tenaga dan idea kepada pihak sekolah dalam
usaha membentuk iklim sekolah yang sihat, harmoni dan bertoleransi, ceria dan penuh kasih sayang
serta cemerlang dalam semua bidang.
Pada hakikatnya setiap pelajar mempunyai potensi diri yang baik. Seringkali potensi itu terselindung dan
akhirnya terkubur begitu sahaja. Keadaan ini berlaku apabila persekitarannya tidak dapat membantu
pelajar itu mengenali dan meneroka potensi mereka. Malah lebih malang lagi jika persekitaran pelajar
itu membunuh potensi tersebut. Pada akhirnya pelajar itu akan melihat dirinya serba kekurangan. Hasil
dari timbulnya konsep kendiri yang lemah ini maka tercetuslah pula pelbagai permasalahan yang sukar
diatasi oleh diri mereka sendiri. Lantaran itu juga keadaan ini akan menjurus ke arah ketidakkeyakinan
diri, mewujudkan sekatan minda dan seterusnya memperlihatkan seseorang itu tidak berkeupayaan
dalam semua bidang.

Atas dasar inilah, program ini dianjurkan bagi memberi input kepada pelajar-pelajar ini agar menjadi
pelapis negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.

2.0 OBJEKTIF

2.1 membentuk pola komunikasi yang lebih baik dalam kalangan pelajar.

2.2 Melahirkan pelajar yang mempunyai semangat juang yang tinggi.

2.3 Mempunyai motivasi dan jati diri sebagai pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan
kokurikulum.

3.4 Mewujudkan Kendiri yang positif dalam diri pelajar


4.0 KUMPULAN SASARAN

Kadet Polis Tingkatan 4 (11 orang)

Kadet Polis Tingkatan 5 (31 orang)

AJK Tertinggi KRS (10 orang)

Ahli Kelab Bimbingan dan Kaunseling (31 orang)

5.0 TARIKH DAN MASA

5.1 Tarikh / Hari : 6 Mac 2012 (Selasa)

5.2 Tempat : Dewan kuliah Raja Perempuan

5.3 Masa : 2.00 pm hingga 4.00 pm

6.0 PROFILE PENCERAMAH


Nama Penceramah : En. Suhaimi bin Sujairi

Jawatan : Kaunselor SBPI Gopeng

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

Pengerusi : Cik Rusnani bt Sharuddin

(Pengetua)

Naib Pengerusi I :Pn Salina bt Salim

( PK Kokurikulum)

Naib Pengerusi II :Pn Zuraida bt Ahmad Khulaimi


( PK Hem )

Setiausaha I :Pn Suraine bt Muhmad Nordin

Setiausaha 11 : Pn Zaiton bt Bakar

8.0 TENTATIF PROGRAM

2.00 pm Pendaftaran Peserta

2.30 pm Ice Breaking


3.00 pm Bengkel/ceramah ’Kami Juara’

4.00 pm Bersurai

9.0 ANGGARAN KEWANGAN

BIL

PERKARA

HARGA SEUNIT

JUMLAH

1)

Bayaran Penceramah
RM 150.00

RM 150.00

2)

Jamuan

RM 3.50 x 5 orang

RM 17.50

Jumlah
RM 167.50

Sumber kewangan

Wang Sahsiah(motivasi kokurikulum) :RM 167.50

Jumlah : RM 167.50

10.0 PENUTUP

Diharapkan program yang dirancang ini dapat membantu pihak sekolah dalam melahirkan kadet polis
yang berkaliber dan mempunyai semangat jati diri serta semangat juang yang tinggi.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:


...................................... ...................................

(Suraine bt Muhmad Nordin) (Pn Salina bt Salim)

Setiausaha Program Penolong Kanan Kokurikulum

Disahkan dan diluluskan:

....................................
( Rusnani bt Sharuddin., AMN)

Pengetua Kanan Cemerlang

SMK Raja Perempuan Ipoh


Kertas Kerja Kursus Etika dan Adab PDF Print E-mail

Written by GBK

Tuesday, 17 July 2012 04:45

PROGRAM PANDUAN PROTOKOL DAN TATATERTIB MAJLIS

25 APRIL 2012

1.0 Pengenalan

Apabila mengendalikan acara-acara rasmi, aspek protokol amatlah penting kerana ia berkaitan dengan
tatasusila dan ketertiban atau peradapan yang perlu diikuti demi mengekalkan kehormanian acara
itu.oleh itu pelajar perlu didedahkan dengan etika penampilan diri dan adap . Hal ini dapat memberi
pendedahan kepada pelajar agar boleh menyesuaikan diri dalam sesuatu majlis yang dihadiri.
2.0 Objektif Program

Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemahiran sosial(Ketrampilan Pelajar RPS) iaitu
berkeyakinan dalam pertuturan apabila berada dalam majlis rasmi.

Mewujudkan nilai Ketrampilan Pelajar RPS dalam aspek Nilai Keagamaan dan Universal iaitu memiliki
adab dalam berkomunikasi .

Membentuk pelajar mempunyai penampilan fizikal yang bersesuaian dengan majlis rasmi iaitu
Bergaya (kekemasan diri, cara pemakaian mengikut garis peraturan sekolah dan garis panduan agama).

3.0 Kumpulan Sasaran

Pelajar PRA U2
4.0 Jawatan Kuasa Penganjur

Pengerusi

Cik Rusnani Bt Sharuddin

Pengetua SMK Raja Perempuan, Ipoh

Timbalan Pengerusi

En Ahmad Khusairi bin Mohd Salleh

PK Tingkatan Enam

Penyelaras

Pn. ‘Abidah bt Ahmad Fuad

Guru Kanan Kokurikulum Ting Enam


Setiausaha 1

Pn. Biby Dayana Bt Abdullah

Kaunselor SMK Raja Perempuan, Ipoh

Setiausaha 2

Cik Nurul Asyikin bt yusuf

SU Kelab Bimbingan dan Kaunseling (PRA U )

AJK PELAKSANA:

Pn Lim Kay Lee

(JK Fotografi)
Cik Wong Lai Keen

(JK Disiplin)

En Thedosius a/l Joseph Pereira

(JK PA Sistem / LCD / Laptop)

Pn Suraine bt Muhmad Nordin (Guru B&K)

Pn Zaiton bt Bakar(Guru B&K)

(Jamuan Makan)

5.0 Pelunjuran Perbelanjaan Kursus

5.1Sumber Kewangan

5.1.1 Unit Bimbingan dan Kaunseling RM 173.40

5.2 Perbelanjaan
Bil

Perkara

Bilangan & Harga

Jumlah (RM)

1.

Fotostat Bahan

117 orang x RM0.20


RM 23.40

2.

Bayaran Penceramah

1 orang x RM150.00

RM 150.00

Jumlah

RM 173.40
Jumlah Keseluruhan Anggaran Perbelanjaan RM 173.40

Penutup

Program ini bertujuan untuk membantu para pelajar mempelajari dan mengendalikan Sesutu
program yang memerlukan kemahiran secara beretika dan protokol dalam melaksakan tatacara dan
adab dalam sesuatu majlis.

Disediakan oleh Disahkan dan diluluskan


………………………………….. ………………………………

(Pn Biby Dayana bt Abdullah) (Cik Rusnani bt Sharuddin)

Pengetua SMK Raja Perempuan,Ipoh

Anda mungkin juga menyukai