Anda di halaman 1dari 3

HERBS – Technology released/endorsed

Technologi pengeluaran Pegaga

Nama Saintifik: Centella asiatica (L) Urban


Nama Lain: Pennywort (Inggeris), Pegaga (Melayu), Pegagan (Filipina), Buabok (Thai),
Ching Chow Sui (Cina), Mandookaoarni (Sanskrit), Gotu cola (India)
Famili: Umbelliferae

Pengenalan
Pegaga (Centella asiatica (L) Urban) berasal dari kawasan Asia dan juga Afrika Timur iaitu
India, Sri Lanka dan Madagascar. Tumbuh meliar di kawasan lembap yang berdekatan
dengan air di persisiran sungai dan tali air. Kebanyakan spesies Pegaga boleh tumbuh di
kawasan terbuka. Namun begitu, terdapat juga spesies Pegaga yang memerlukan lindungan
yang sederhana. Pegaga biasanya tumbuh menjalar di atas tanah dan mengeluarkan akar
pada setiap ruas batang. Daunnya berbentuk otak atau ginjal dengan bahagian tepi daun
bersifat licin atau bergerigi mengikut jenis. Bunganya dalam jambak 3–4 kuntum dengan
kelopak berwarna putih atau merah jambu. Buahnya berbentuk pipih berukuran di sekitar 3
mm dan kelihatan seperti biji cili. Terdapat 3 jenis pegaga iaitu Centella asiatica, Merremia
emarginata dan Hydrocotyle spp. Spesies asiatica lebih dikenali kerana dapat mengubati
berbagai-bagai jenis penyakit. Antara kultivar yang popular di negara ini ialah pegaga
Nyonya, pegaga Kampung dan pegaga Salad.
Di Malaysia, pegaga amat popular di kalangan tiga kaum utama negara ini iaitu
Melayu, Cina dan India. Bagi kaum Melayu, ia di makan secara segar sebagai ulam, bagi
kaum Cina digunakan sebagai minuman penyejuk badan, manakala bagi kaum India,
digunakan sebagai tonik kecerdasan minda. Di Madagascar pegaga di keringkan, di kisar dan
digunakan untuk merawat penyakit kusta, asma, siplis, bronkitis dan luka-luka kulit. Pada
masa kini pegaga banyak digunakan sebagai ramuan dalam penyediaan ubat-ubatan dan
kosmetik di negara-negara Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun.

Herbs_Technologies_Pegaga_ProdTech 1
Penanaman Pegaga
Pegaga boleh hidup dikebanyakan jenis tanah asalkan tanah itu tidak terlalu berpasir atau
terlalu liat. Tanah yang gembur adalah lebih baik untuk memudahkan kerja-kerja memungut
hasil. Tanaman ini boleh di tanam di kawasan rata, beralun atau berombak dengan kecerunan
tidak melebihi 12o. Kemasaman tanah di sekitar pH 4.5–6.0 dengan CEC tanah 20–40 meq.
Pada amnya pegaga memerlukan jumlah hujan yang banyak disekitar 2,000–3,000 mm
setahun. Sehubungan itu, pegaga tidak sesuai ditanam di kawasan yang musim keringnya
melebihi 2 bulan. Penanaman di kawasan seperti ini memerlukan kemudahan pengairan.
Namun begitu, pada musim hujan lebat, tanaman ini mudah diserang penyakit reput akar.

Penyediaan bahan tanaman dan penanaman di ladang


Bahan tanaman biasanya didapatkan daripada batang-batang tua yang mempunyai akar,
tangkai dan daun, walaupun pegaga mempunyai biji. Bahan tanaman bagi Pegaga Nyonya
disediakan secara memecahkan perdu tanaman yang mengandungi 8–10 anak pokok. Ia
boleh terus di tanam di ladang tanpa memerlukan batas semaian. Sebelum penanaman, batas-
batas tanaman disediakan sama ada secara manual atau menggunakan bajak putar (rotor
ridger).Lebar permukaan atas batas disyorkan antara 1.0–1.2 m. Panjang batas bolehlah
dibuat mengikut keperluan dan keluasan ladang. Jarak tanaman yang sesuai ialah 20 cm x 20
cm yang memberikan kepadatan 125,000 pokok sehektar. Seeloknya penanaman dilakukan
pada musim hujan untuk mangambil faedah bekalan air hujan untuk pertumbuhan tanaman.

Pengurusan tanaman
Pegaga, seperti mana tanaman lain, memerlukan air yang mencukupi untuk pertumbuhan dan
hasil yang baik. Oleh kerana Pegaga mempunyai akar yang cetek, pengairan amat kritikal
dalam masa 2 minggu pertama selepas di tanam ke ladang. Ia perlu disiram setiap hari
sekiranya tiada hujan. Siraman boleh dikurangkan kepada 2–3 hari sekali selepas 2 minggu.
Sistem pengairan renjis berputar mikro adalah sesuai untuk tanaman pegaga.
Di dalam pengawalan rumpai, kawasan tanaman disyor disembur dengan racun
pracambah daripada jenis yang sesuai untuk mencegah biji benih rumpai daripada
bercambah selepas penanaman dilakukan. Kaedah ini boleh menghalang rumpai tumbuh
selama 2–3 minggu dan rumpai yang tumbuh selepas itu perlu dicabut secara manual.
Sebanyak 3–4 pusingan merumput secara manual biasanya mencukupi sebelum tanaman
pegaga menutupi keseluruhan batas. Sungkupan plastik atau jerami/lalang boleh juga
digunakan dan ia dapat mengawal rumpai dengan berkesan di peringkat awal tanaman.
Namun begitu, sistem pengairan sesuai perlu digunakan apabila sungkupan digunakan.
Umpamanya, sistem pengairan sprinkler tidak sesuai apabila tanaman disungkup dengan
sungkupan plastik.
Pembajaan pegaga boleh di lakukan dengan menggunakan baja organik atau
kombinasi baja organik dan tak organik. Pembajaan boleh dilakukan dengan menggunakan
baja najis ayam yang telah reput 100% atau bersama baja berasaskan organik yang di
perkayakan (Complehumus 8-8-8-3) atau baja NPK (15:15:15). Baja biasanya diberi 2–5
hari sebelum menanam sebagai baja asas dan diikuti 3-4 minggu san 7 minggu selepas
menanam. Pembajaan untuk tanaman ratun boleh dilakukan dengan menggunakan kadar
yang sama.

Herbs_Technologies_Pegaga_ProdTech 2
Pada amnya tanaman pegaga kurang mengalami serangan musuh perosak dan
penyakit yang serius sehingga kini. Walau bagaimanapun sekiranya keadaan kawasan terlalu
lembap dan panas memungkinkan berlaku serangan penyakit seperti penyakit layu bakteria
yang di sebabkan oleh Ralstonia solanacearum dan penyakit reput akar oleh Sclerotia sp.
Pokok yang diserang penyakit layu bakteria perlu dikawal dengan cara mencabut serta
memusnahkan pokok-pokok itu untuk mengelakkan perebakan. Penyakit reput akar boleh di
kawal dengan menggunakan semburan racun kulat yang mengandungi benomyl.
Serangga perosak yang biasa menyerang pegaga ialah lelompat daun (planthopper)
dan lalat putih (white flies). Serangga-serangga ini boleh dikawal dengan menggunakan
racun serangga seperti dariapda jenis yang mengandungi imidapcloprid.
Penuaian hasil
Penuaian hasil musim utama bagi kultivar Nyonya boleh dilakukan pada umur 80–90 hari
selepas di tanam di ladang dan penuaian seterusnya daripada tanaman ratun ialah 50–60 hari
selepas tuaian sebelumnya. Keseluruhan pokok dicabut sebagai hasil. Tuaian hanya
dilakukan untuk 60–70% daripada keseluruhan populasi tanaman. Baki 30–40% yang tidak
dituai dibiarkan tumbuh sebagai bahan tanaman untuk tanman ratun bagi musim seterusnya.
Kebiasaannya keseluruhan batas akan dipenuhi kembali dengan pertumbuhan baru 3–4
minggu selepas dituai. Sebanyak 6 kali penuaian (hasil utama dan 5 kali ratun) boleh
dilakukan dalam tempoh setahun dari tarikh penanaman dilakukan.
Pengeluaran hasil basah pegaga boleh mencapai sehingga 25.6 t/ha, bergantung
kepada keadaan cuaca. Hsil akan terjesas sekiranya keadaan cuaca terlalu kering dan tidak
mendapat bekalan air yang mencukupi. Purata potensi hasil basah pegaga kultivar Nyonya
bagi hasil utama dan hasil dari lima kali ratun adalah 20.0 t/ha.

Pengendalian lepas tuai


Pegaga yang telah dituai akan dibawa ke pusat pengumpulan di mana ianya akan dibersihkan
dengan air bersih (air paip). Bagi hasil tuaian untuk kegunaan segar sama ada untuk
membuat jus minuman atau dijual di pasar, ianya akan digred untuk memastikan hanya yang
segar dan berkualiti sahaja dipilih untuk dipasarkan. Pegaga yang dituai untuk menghasilkan
produk seperti teh herba atau untuk ekstraksi bahan aktif, setelah dibersihkan ia akan
dikeringkan di dalam rumah pengeringan pada suhu 40oC untuk mengekalkan kualiti dan
mengelakkan kerosakan.

Herbs_Technologies_Pegaga_ProdTech 3

Anda mungkin juga menyukai