1.1kertas Konsep Bercerita - ms1-7
1.1kertas Konsep Bercerita - ms1-7
KERTAS KONSEP
KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH MALAYSIA
1.0 PENDAHULUAN
Aktiviti cerita dalam pengajaran bahasa adalah salah satu pendekatan yang sesuai
digunakan untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Seterusnya, kemahiran kefahaman dan pelaporan
turut dicapai melalui aktiviti membaca dan bercerita ini. Aktiviti bacaan perlu
dibudayakan kepada murid-murid. Dengan ini, aktiviti bercerita sangat sesuai untuk
dipertandingkan. Justeru, Pertandingan Cerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah
(Kategori Tahap 1 & 2) wajar dijadikan aktiviti pertandingan di peringkat sekolah,
daerah, negeri dan kebangsaan.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan
menyakinkan.
2.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing
dalam kalangan murid.
2.6 Mencungkil bakat dan kretiviti murid bercerita secara spontan dan
meyakinkan.
3.0 PENGELOLAAN
4.0 PENYERTAAN
Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Tahap 1 (Tahun 3) dan
Kategori Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) Sekolah Rendah. Penyertaan terbuka kepada
semua murid warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan,
Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
5.1.4 Peserta yang menjadi johan daerah akan mewakili daerah ke peringkat
negeri.
5.2.4 Peserta yang menjadi johan negeri akan mewakili negeri ke peringkat
kebangsaan.
5.3.4.3 Cerita tersebut perlu pelbagai jenis dan skopnya serta tidak
tertumpu kepada cerita-cerita rakyat sahaja.
5.3.9 Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan
penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan.
(Tidak melebihi satu (01) minit daripada keseluruhan cerita untuk
kedua-dua unsur tersebut).
5.3.10 Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta
perlu bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan
memikat penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan
anggota badan, tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki
hanya dibenarkan setapak ke kiri, setapak ke kanan, setapak ke
hadapan dan setapak ke belakang.
5.3.12 Teks cerita hendaklah dihantar kepada pihak pengelola sebelum atau
semasa pendaftaran.
5.3.15 Pemenang akan ditentukan melalui kiraan markah dan juri hakim.
5.3.16 Sekiranya berlaku seri, kriteria berikut harus diambil kira untuk
menentukan pemenang:
i) teknik persembahan
ii) bahasa dan pertuturan
iii) penghayatan cerita
5.3.18 Bilangan panel hakim di peringkat kebangsaan ialah tujuh (07) orang
manakala di peringkat negeri ialah tiga atau lima (03 atau 05) orang. 1
5.3.19 Keputusan panel hakim adalah muktamad dan markah tidak akan
diumumkan.
6.3 Peserta diberi masa selama satu (01) minit untuk persediaan dan tidak
melebihi tiga (03) minit untuk persembahan.
6.4 Loceng akan dibunyikan pada minit ketiga menandakan masa persembahan
tamat.
6.6 Unsur puisi dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan
tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. (Tidak melebihi
satu (01) minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur
tersebut).
6.7 Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta perlu
bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat
penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan,
tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki hanya dibenarkan
setapak ke kiri, setapak ke kanan, setapak ke hadapan dan setapak ke
belakang.
9.0 AM