Anda di halaman 1dari 47

Nur Ainaa Aiyshah Binti Zakaria

IPG Kampus Ipoh, Perak

PENGGUNAAN WARNA DAN ARAH OLEH MURID “SINDROM DOWN”

UNTUK MENGUASAI NILAI TEMPAT NOMBOR DUA DIGIT..

1.0 PENDAHULUAN

Setiap anak yang lahir mempunyai potensi dan keistimewaan tertentu yang boleh

dikembangkan sehingga menjadi istimewa. Namun, terdapat insan yang dilahirkan

dengan kemampuan yang berbeza berbanding insan normal yang lain. Oleh yang

demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan satu program

pendidikan khas yang khusus buat kanak-kanak berkeperluan khas ini.

Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang

memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak

normal. Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental,

keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri

fizikal. Oleh yang demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahan

dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan

mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak terabai

seperti kanak-kanak normal.

Chua & Koh (1992) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas atau

“kanak-kanak luar biasa” sebagai kanak-kanak yang mempunyai perbezaan yang nyata

dari segi kecerdasan, kejasmanian, kemasyarakatan atau pun dari segi rasa hati.

1
Manakala Gargiulo (2003) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti

kenyataan di bawah :

"Individuals who differ from societal or community standards of

normalcy. These differences may be due to significant physical, sensory,

kognitif, or behavioral characteristics. Many of these children may

require educational programs customized to their unique needs."

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, peraturan-peraturan pendidikan khas (1997)

murid-murid dengan keperluan khas bermakna murid-murid yang mempunyai kecacatan

penglihatan, kecacatan pendengaran dan masalah pembelajaran. Chua (1992),

Pendidikan Khas merujuk kepada program pendidikan yang dirancang khas untuk

pelajar-pelajar berkeperluan khas dari segi intelek, fizikal, social, atau emosi bagi

mereka yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka

tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa.

Kesimpulan yang dapat menerangkan tentang kanak-kanak berkeperluan khas

adalah golongan kanak-kanak yang menghadapi ketidakupayaan yang serius sehingga

memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan normal dan pembelajaran serta

perkembangan kognitif mereka (Abd. Rahim 2006).

2
1.1 PENGENALAN

Matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang sering dianggap susah oleh

kebanyakan murid dan merupakan cabaran besar bagi kebanyakan guru terutama sekali

guru selain daripada mata pelajaran tersebut. Pelajaran matematik merupakan salah satu

matapelajaran yang penting. Ramai murid-murid mendapat keputusan yang

mengecewakan kerana gagal dalam matapelajaran matematik. Ini disebabkan kerana

mereka tidak faham dan tidak berminat dalam matapelajaran matematik. Kenapa murid-

murid ini tidak berminat? Kenapa murid-murid ini tidak dapat memahami apa yang cuba

disampaikan oleh guru?

Banyak faktor yang mempengaruhi antaranya ialah murid-murid keliru dengan

konsep dan nombor, sukar untuk mengingat, ambil mudah pelajaran dan tidak dapat

memahami konsep dan perkara-perkara yang abstrak. Hal ini kerana, hasil daripada

pemerhatian yang dilakukan menunjukkan bahawa Matematik dianggap sukar kerana

mempunyai banyak konsep dan formula yang rumit untuk diterjemahkan serta difahami.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), para guru akan menggunakan

pelbagai teknik, kaedah dan strategi penyampaian yang bersesuaian bagi memastikan

murid mengalami perubahan dari segi minat, tingkah laku, penguasaan kemahiran dan

kognitif mereka. Dalam erti kata lain, para guru melakukan kesemua perkara tersebut

bagi memudahkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran itu berlaku dengan

jayanya.

3
Aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam mengelolakan pengalaman

pembelajaran amatlah banyak dan berbeza-beza mengikut keadaan. Guru-guru terpaksa

mengelolakan semua perkara iaitu antaranya penyelenggaraan pinjaman buku teks, alat

bantu mengajar, alat-alat lain yang digunakan oleh pelajar-pelajar, susunan bilik darjah

dan segala aktiviti untuk mewujudkan suasana atau keadaan yang menimbulkan

pengalaman baru dan tarikan kepada pelajar-pelajar. Daripada pengalaman itu mereka

mempelajari tingkah laku yang baru.

Murid pendidikan khas sememangnya diketahui mempunyai tahap kemampuan

kognitif yang agak rendah. Mereka tidak dapat memahami sesuatu yang tidak dapat

dibuktikan dengan nilai di depan mata. Sesuatu yang abstrak dan memerlukan pemikiran

aras tinggi membuatkan mereka tidak dapat menangkap dan memahaminya tanpa

diterjemahkan secara mudah dan jelas.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Saya merupakan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak

dan saya sedang menjalani praktikum fasa ke-3 selama tiga bulan di Sekolah

Kebangsaan Coronation Park, Ipoh Perak. Bagi praktikum kali ketiga ini, saya telah

diamanahkan untuk mengajar kelas Pendidikan Khas tahun 2 Setia bagi mata pelajaran

Bahasa Melayu, tahun 3 Ceria bagi mata pelajaran Matematik dan tahun 3 bagi mata

pelajaran Pendidikan Seni Visual aliran perdana.

Sekolah Kebangsaan Coronation Park ini merupakan sebuah sekolah kecil

ditengah Bandar. Bilangan murid pendidikan khas lebih ramai berbanding murid di arus

perdana. Terdapat 10 kelas pendidikan khas dan satu kelas pra sekolah pendidikan khas.

4
Manakala bagi murid arus perdana hanya satu kelas bagi setiap tahun dan paling ramai

dalam setiap kelas tidak lebih dari 13 orang iaitu murid tahun 3.

Kelas pendidikan khas tahun 3 Ceria terdiri daripada 6 orang murid yang

mengalami 2 masalah pembelajaran iaitu ketidakbolehan dalam menguasai kemahiran

pra nombor dan ketidakbolehan dalam menguasai kemahiran operasi tambah dalam

lingkungan 50. Dua kumpulan berlainan kemahiran telah diwujudkan setelah dilakukan

Ujian Diagnostik kepada murid-murid tahun 3 Ceria tersebut. Satu kumpulan terdiri

daripada seorang murid manakala lagi satu kumpulan terdiri daripada 6 orang murid.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang lepas, saya dapati seorang

murid Sindrom Down telah menunjukkan respon negatif dan terhenti pada kemahiran

nombor bulat. Murid tersebut tidak tahu serta keliru bagi meletakkan nilai tempat bagi

nombor dua digit. Untuk tujuan itu, saya telah memulakan sesi pengajaran dan

pembelajaran saya dengan menjalankan beberapa latihan bertulis kepada murid tersebut.

Selepas setiap kali latihan, murid tersebut masih lagi kurang yakin untuk meletakkan

nilai tempat dan masih mengharapkan saya untuk memberi jawapan.

Pada pandangan saya, hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana kemahiran tersebut

adalah kemahiran yang mudah dan saya telah mengajar mereka berulang kali.

Sepatutnya mereka merasa yakin dengan jawapan yang ditulis, boleh berdikari sendiri

dengan tidak mengharapkan guru dan tidak melakukan kesalahan. Apa yang berlaku

setiap kali latihan melengkapkan petak kosong, mereka sering mengeluh, melakukan

kerja lain, dan bertanya soalan seperti “Macam mana cikgu?” dan sebagainya. Hasil

daripada temu bual secara tidak formal dengan mereka, saya mendapati bahawa,

5
kemahiran tersebut amat mengelirukan. Kemahiran ini amat penting kerana ianya

berkaitan dengan kemahiran menambah dan menolak. Apabila murid sukar untuk

menentukan nilai tempat, maka akan sukar bagi murid-murid untuk membuat operasi

tambah dan tolak pada masa akan datang.

Justeru, memandangkan masalah murid tersebut adalah berpunca daripada

kemahiran yang mengelirukan, maka saya mengambil inisiatif ini untuk

mengetengahkan kajian saya bagi membantu murid Sindrom Down menguasai

kemahiran menentukan nilai tempat nombor dua digit. Kemahiran ini adalah asas yang

penting untuk dikuasai sebagai kesinambungan kepada kemahiran yang seterusnya. Di

samping itu juga, melalui pemerhatian sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran

yang saya jalankan, dapat saya lihat murid tersebut mempunyai daya tumpuan dan minat

untuk belajar yang rendah. Murid akan mudah mengantuk dan berasa malas sekiranya

aktiviti yang dijalankan tidak menarik minat murid untuk belajar.

Saya berharap, sekiranya kajian saya ini berjaya, saya akan mengesyorkan

kepada semua guru pelatih pendidikan khas di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

melakukan perkara yang sama sebagai guru kelak.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Dalam penyelidikan tindakan yang akan saya laksanakan ini, saya telah

memilih murid Sindrom Down sebagai responden terhadap keberkesanan penggunaan

arah dan warna bagi membantu menguasai nilai tempat nombor dua digit. Saya

berharap agar penggunaan arah dan warna dapat membantu murid Sindrom Down

memahami konsep nilai tempat dan yakin untuk menjawab soalan yang diberikan.

6
Daripada penyelidikan ini, saya berperanan sebagai penyelidik berupaya

untuk memperbaiki kefahaman tentang amalan yang perlu dilakukan dan juga

berupaya untuk memperbaiki mutu kerja saya. Usaha sama antara saya dengan guru

dan murid juga dapat terbina dengan baiknya.

7
2.0 FOKUS KAJIAN

Pelbagai masalah dan isu yang dihadapi oleh murid-murid pendidikan khas,

guru-guru pendidikan khas, kekurangan prasarana dan sebagainya. Walaubagaimanapun,

yang menjadi fokus utama kajian saya ialah mengenai penggunaan warna oleh murid

Sindrom Down bagi menguasai nilai tempat nombor dua digit.

2.1 Isu Kajian

Matematik merupakan mata pelajaran penting dalam kurikulum sekolah di

negara kita. Mata pelajran ini mula diajarkan dari peringkat tadika hinggalah menengah.

Sepanjang keberadaan saya selama kira-kira dua bulan lebih di Sekolah Kebangsaan

Coronation Park ini, saya mendapati bahawa murid Sindrom Down agak sukar untuk

memahami dan mengingati apa yang dipelajari serta tidak menunjukkan minat untuk

belajar. Apabila diajar berulang kali barulah mereka dapat menguasai suatu topik yang

dipelajari.

Justeru itu, satu kaedah penggunaan warna diperkenalkan bagi membantu murid

Sindrom Down menguasai nilai tempat nombor dua digit. Secara tidak langsung

meningkatkan minat dan daya ingatan murid. Kemampuan untuk menguasai kemahiran

menentukan nilai tempat ini akan membantu dan memudahkan murid bagi menguasai

konsep menambah dan juga menolak. Di samping itu, kaedah penggunaan warna ini

dapat membantu guru menggunakan bahan bantu belajar yang melibatkan diri guru dan

berpusatkan murid.

Ini adalah kerana penggunaan kaedah ini melibatkan diri murid secara

keseluruhannya dan bahan bantu belajar yang bersesuaian dengan tahap kemampuan

8
murid. Secara tidak langsung murid akan tertarik untuk mengikuti sesi pengajaran dan

pembelajaran terutama apabila penerapan warna dan nyanyian lakukan.

2.2 Topik Kajian

PENGGUNAAN WARNA OLEH MURID “SINDROM DOWN” UNTUK

MENGUASAI NILAI TEMPAT NOMBOR DUA DIGIT.

Penggunaan warna adalah satu kaedah yang sangat bersesuaian dan mudah bagi

diaplikasikan terhadap murid Sindrom Down. Perkembangan kanak-kanak Sindrom

Down dari segi perkembangan kognitif ialah mereka mempunyai daya ingatan, perhatian

dan kefahaman yang lemah serta tidak dapat bertindak dengan cepat. Perkembangan

motor kasar dan motor halus mereka adalah lambat iaitu dari segi percakapan. Dari segi

kognitif juga, mereka kurang daya penaakulan dalam pemberian tumpuan. Keupayaan

mental mereka adalah berselisihan dimana IQ mereka di antara 50-70 tetapi bolah

mencapai 90 sekiranya diberi latihan yang baik. Antara masalah yang telah dikenal pasti

ketika menjalani proses pengajaran dan pembelajaran ialah :

 Murid keliru dengan nilai tempat ‘sa’ dan ‘puluh’

 Murid tidak dapat mengenal pasti nilai tempat bagi nombor dua digit.

 Murid tidak menunjukkan minat terhadap proses pengajaran dan

pembelajaran.

 Murid malas untuk mengikuti pembelajaran.

Dari segi pertumbuhan mental, kanak-kanak sindrom down agak lambat

berbanding kanak-kanak biasa. Keupayaan untuk memikirkan tentang banyak perkara

tidak dapatmencapai tahap seperti mana pertumbuhan pada kanak-kanak

9
normal.Pertumbuhan mental mereka juga agak ketinggalan jauh ke belakang dari kanak-

kanak biasa yang sebaya dengan mereka. Hal ini adalah disebabkan oleh kerosakan

saraf-saraf otak yang dialami oleh mereka (Amirul Hakim, 2011).

Melalui ciri-ciri asas tahap kemampuan intelek kanak-kanak Sindrom Down ini,

bahan bantu belajar seperti kad imbasan dan cara pengajaran tradisional dilihat tidak

dapat membantu murid sindrom down untuk mengingati apa yang dipelajari serta

menunjukkan minat terhadap apa yang dipelajari. Antara masalah yang dikenal pasti

ialah kekeliruan murid Sindrom Down bagi menentukan nilai tempat digit dua nombor

serta malas untuk membuat latihan dan mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Justeru itu, kaedah penggunaan warna dan arah wajar dilaksanakan khususnya

bagi murid Sindrom Down. Penggunaan warna ini dilihat amat bersesuai dengan

keperluan dan tahap kemampuan murid Sindrom Down. Ini adalah kerana warna

merupakan suatu elemen penting yang sangat rapat kaitannya dalam kehidupan manusia.

Unsur warna sangat diperlukan dalam berbagai hal untuk maksud dan tujuan tertentu.

Menurut teori warna Brewster, warna terbagi menjadi empat bagian besar yaitu warna

primer, sekunder, tersier, dan netral. Warna dapat dengan mudah mempengaruhi mood

seseorang dimana mood merupakan indikator dari emosi manusia serta warna juga dapat

mempengaruhi ‘emotional quotients’ manusia. Oleh yang demikian, emosi dan minat

murid Sindrom Down dapat ditarik melalui penggunaan warna yang menarik. Tambahan

pula, penggunaan warnasselaras dengan prinsip kurikulum Program Pendidikan Khas

Integrasi (PPKI) iaitu pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna yang

merangsang minat murid berkeperluan khas kepada pembelajaran.

10
2.3 Tinjauan Masalah

Kaedah Mengumpul Data

Bagi memastikan usaha yang ingin dijalankan di dalam kajian tindakan ini dapat

membantu sampel kajian bagi mengatasi masalah yang dihadapi untuk menguasai

kemahiran menentukan nilai tempat nombor dua digit, pengkaji perlu meneliti dan

mengenalpasti secara terperinci masalah dan kekangan yang dihadapi oleh sampel

kajian. Oleh yang demikian, beberapa kaedah telah digunakan bagi memastikan

maklumat dapat dikumpul sebagai salah satu elemen bagi membantu meningkatkan

tahap penguasaan sampel kajian. Antara langkah yang telah diambil adalah seperti

berikut :

2.3.1 Temu bual Separa Berstruktur

Tinjauan awal bagi mengenal pasti kekangan dan masalah yang dihadapi sampel

kajian, pengkaji memilih untuk melakukan satu temubual separa berstruktur bersama-

sama dengan guru matapelajaran Matematik tahun 3 Ceria. Hasil daripada temubual

yang dijalankan mendapati bahawa sampel kajian menunjukkan tahap pencapaian yang

agak lemah berbanding rakan kelas yang lain. Dalam erti kata lain, sampel kajian sering

kali ketinggalan dalam menguasai kemahiran-kemahiran asas matematik. Tambahan

pula, antara sikap yang ditunjukkan sampel kajian ialah malas untuk belajar dan tidak

menunjukkan minat akan proses pengajaran dan pembelajaran.

11
2.3.2 Pemerhatian

Sepanjang pemerhatian saya ketika mengajar kelas tahun 3 Ceria, sampel kajian

sememangnya tidak menunjukkan minat untuk belajar. Sampel kajian sering meletakkan

kepala di atas meja dan menutup mukanya sebagai tanda tidak berminat. Di samping itu,

sampel kajian mempunyai tahap kefahaman yang agak rendah dan sering keliru dengan

konsep yang diajar. Apabila ditanya, dapat dilihat mata sampel kajian akan bergerak-

gerak dan tergagap-gagap untuk menjawabnya. Sampel kajian juga akan mengamuk jika

ditanya bertubi-tubi. Berdasarkan pemerhatian yang diijalankan, pengkaji dapat

merumuskan bahawa sampel kajian agak sukar mengingat dan memahami konsep serta

tidak berminat pada pembelajaran.

2.3.2 Analisis Dokumen

Bagi mengukuhkan lagi kajian yang dijalankan, beberapa dokumen milik sampel

kajian telah dikumpul. Daripada Rancangan Pendidikan Individu (RPI) yang dilihat

mendapati antara kelemahan atau masalah yang dihadapi oleh sampel kajian ialah

mudah lupa, malas, suka bermain dan mengganggu rakan dan guru. Di samping itu,

pengkaji melihat keputusan peperiksaan yang diperolehi oleh sampel kajian bagi

matapelajaran Matematik menunjukkan markah yang amat rendah iaitu sebanyak 24%

dan berada di bawah gred D. Ini menunjukkan tahap penguasaan dalam Matematik yang

amat rendah oleh sampel kajian.

12
2.4 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

Data sangat diperlukan untuk membuktikan bahawa masalah yang akan saya kaji

benar-benar berlaku di sekolah dan data juga diperlukan untuk mengetahui sejauh mana

keberkesanan penambahbaikan yang telah dibuat. Terdapat beberapa instrumen yang

telah saya laksanakan bagi tugasan ini.

2.4.1 Temubual Separa Berstruktur (Rujuk Lampiran A)

Berikut adalah transkrip temubual yang dijalankan bersama-sama guru

matapelajaran Matematik bagi tahun 3 Ceria :

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA-SAMA GURU MATEMATIK KELAS

TAHUN 3 CERIA TERHADAP SAMPEL KAJIAN

Pengkaji : Siapakah dalam kalangan murid tahun 3 Ceria yang agak lemah

dalam Matematik?

Guru : Murid X, Y, dan Z. Tetapi murid X agak sukar untuk mengingat

dan memahami konsep yang diajar.

Pengkaji : Adakah murid X (sampel kajian) menunjukkan minat dalam

matapelajaran Matematik?

Guru : Kena pandai tarik perhatian murid X. Murid X kurang motivasi

dan minat jika pengajaran mendatar.

Pengkaji : Apakah aktiviti yang murid X suka lakukan?

13
Guru : Menyanyi, makan dan mewarna.

2.4.2 Analisis Dokumen (Rujuk Lampiran B)

Berdasarkan dokumen yang diperolehi iaitu keputusan peperiksaan dan juga

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) sampel kajian, dapat dilihat kekangan-kekangan

yang dihadapi oleh guru matapelajaran Matematik pada sesi pengajaran dan

pembelajaran yang lepas.

2.5 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian

KRITERIA ULASAN

Kajian ini penting bagi membantu murid-

murid pendidikan khas kategori Sindrom

Down menguasai kemahiran menentukan

nilai tempat nombor dua digit. Selain

daripada itu, ia membantu guru mencapai

Kepentingan objektif pengajaran dan pembelajaran serta

membantu murid bagi menguasai

kemahiran matematik seterusnya. Bagi

murid pendidikan khas, kajian ini bagi

memudahkan murid untuk belajar dalam

suasana yang seronok.

Penggunaan warna bagi membantu murid


Kebolehtadbiran
Sindrom Down mengingat dan menguasai

14
nilai tempat nombor dua digit dilihat dapat

dilaksanakan dengan mudah. Ia juga boleh

dilaksanakan dimana-mana sahaja sesi

pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Aktiviti dijalankan ketika waktu ketiadaan

guru dan juga masa sebelum rehat.

Pengkaji berpengetahuan dalam

penggunaan kaedah dan boleh

mempelbagaikan penggunaan bahan.

Pengkaji juga berpengetahuan dalam

menggunakan kaedah pengumpulan data

seperti ujian sebelum dan selepas, analisis

dokumen dan pemerhatian. Kajian ini tidak

membebankan sampel kajian berikutan

sampel kajian tidak menghadapi sebarang

masalah fizikal ketika menjalani

intervensi.

Hasil kajian diharapkan dapat membantu

para guru untuk menjadikan sesi

pengajaran dan pembelajaran lebih


Kebolehgunaan
berkesan dan menarik. Penggunaan elemen

nyanyian sebagai peneguhan juga

diselitkan bagi menambah dan menanam

15
minat murid dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Bahan-bahan yang

digunakan juga amat mudah dimiliki dan

dicari.

Kajian ini dilakukan dalam skop yang

lebih kecil iaitu penggunaan warna dalam

membantu murid Sindrom Down

menguasai nilai tempat nombor dua digit.

Kaedah ini membantu guru melaksanakan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta

pemahaman konsep matematik dengan


Kawalan
cara yang berbeza dan menarik. Bahan-

bahan yang digunakan juga bersesuaian

dengan keupayaan fizikal murid Sindrom

Down selain tidak melibatkan kos yang

tinggi. Murid juga menunjukkan respon

yang positif terhadap guru mahupun

bahan-bahan berwarna yang digunapakai.

16
2.6 Tinjauan Literatur

Menurut Davis & Silverman (1970), Sindrom Down merupakan satu kecelaruan

kromosom yang kerap berlaku. Didapati 95% daripada kanak-kanak yang menghidap

penyakit ini mempunyai genotaip yang abnormal pada kromosom yang ke-21 dan 5%

kes Sindrom Down disebabkan oleh kelebihan kromosom yang lain. Sindrom Down

boleh didefinisikan sebagai keadaan yang disebabkan oleh masalah berlebihan

kromosom dan bahan kimia yang tidak seimbang yang mengakibatkan kelembapan

perkembangan fizikal, akal dan pertuturan (Chapman, 1997)

Mereka yang mempunyai Sindrom Down berkemungkinan mempunyai

keupayaan kognitif lebih rendah berbanding purata, sering kali antara sedikit kepada

serdahana terencat akal. Kelemahan perkembangan seringkali ditonjolkan sebagai

kecenderungan terhadap pemikiran konkrit. Sejumlah kecil berhadapan dengan

kecacatan akal yang jelas atau teruk. Kebangkalian Sindrom Down dianggarkan sekitar

1 setiap 800 atau hingga 1 setiap 1,000 kelahiran. Hal ini dinyatakan oleh Shepperdson

(1988) dalam bukunya ‘Growing up with Down’s Syndrome.’

Pengamatan merupakan satu kemahiran yang boleh diperkembangkan dan

dipelajari. Hal ini berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang individu.Teknik

pengamatan amat sesuai diajarkan kepada murid yang lemah dalam pembelajaran

mereka. Hal ini telah disokong oleh Hasnah Awang dan Habibah Mohd Samin, (2010)

yang memetik pendapat Ruth Strang dalam bukunya ‘Reading Diagnosis and

Remediation’ yang mengatakan pengamatan merupakan satu proses yang bergantung

17
kepada kognitif dan kederiaan. Proses ini penting kepada pembelajaran terutama dalam

pembinaan konsep yang dialami oleh kanak-kanak.

Selain itu, Hasnah Awang dan habibah Mohd Samin turut memetik pandangan

Janet W Learner (1971) dalam bukunya “Children With Learning Disabilities”

mentafsirkan pengamatan sebagai satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak

balas deria atau pun sebagai satu mekanisme yang mentafsirkan sesuatu pergerakan

pancaindera dengan kuasa intelek. Berdasarkan pandangan kedua orang tokoh tersebut,

kemahiran pengamatan boleh diringkaskan sebagai proses yang dapat menimbulkan

makna kepada deria dengan pertolongan pengalaman lalu seseorang individu.

Sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan memberikan lebih makna kepada

murid sekiranya berpusatkan murid dan bukannya berpusatkan guru. Tertarik dengan

kata-kata tokoh Konfusius yang mengatakan “Apa yang saya dengar saya lupa. Apa

yang saya lihat saya ingat. Apa yang saya buat saya faham.” Penyataan ini telah telah

disokong oleh beberapa orang pengkaji seperti Polio,1984 yang dipetik oleh Mel

Silberman (2010) menyatakan, Terdapat kajian yang menunjukkan pelajar kolej yang

mengikuti kelas yang berasaskan syarahan tidak memberikan tumpuan sehingga 40

peratus daripada masa syarahan. Terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti

sekiranya seseorang individu berhadapan dengan syarahan yang telalu panjang yang

disenaraikan oleh Mel Silberman (2010), iaitu tumpuan pelajar merosot bagi setiap minit

yang berlalu. Hanya menarik kepada pelajar auditori sahaja. Cenderung menggalakkan

pembelajaran maklumat berdasarkan fakta yang rendah tahapnya. Mengandaikan semua

pelajar memerlukan maklumat yang sama dan pada kepantasan yang sama. Pelajar

cenderung untuk tidak menyukainya (Johnson and Smith, 1991). Hal ini berbeza pula

18
dengan penambahan bahan lain seperti penggunaan bahan visual dapat meningkatkan

lagi daya ingatan dan pemahaman murid. Menurut Pike (1989), tambahan visual kepada

pelajaran dapat menambahkan daya ingatan dari 14 hingga 38 peratus. Kajian lain turut

menunjukkan peningkatan sebanyak 200 peratus apabila kosa kata diajar dengan

menggunakan alat bantu pandang (visual)

Setiap pelajar mempunyai tahap kebolehan yang tersendiri. Ada murid

berkebolehan dalam pembelajaran auditori sahaja atau visual sahaja atau mungkin

kinestatik sahaja. Namun ada juga murid yang cenderung terhadap ketiga-tiga kebolehan

tersebut. Menurut Grinder (1991) dalam Silberman (2010) mendapati bahawa setiap

kumpulan yang terdiri daripada 30 orang murid, secara puratanya seramai 22 orang

pelajar dapat belajar dengan berkesan selagi guru menggunakan gabungan aktiviti

visual, auditori dan kinestatik

Warna merupakan elemen penting dalam pengembangan multimedia pengajaran.

Penggunaan warna yang sesuai dalam pengajaran dapat membangkitkan motivasi,

perasaan, perhatian dan kesediaan murid untuk belajar. Menurut Siti Zaleha Mohammad

(2012) dalam kajiannya menyatakan bahawa warna adalah hasil kepanjangan gelombang

cahaya yang berbeza. Warna yang berbeza adalah hasil daripada panjang gelombang

yang dipantulkan. Warna dihantar dalam isyarat getaran. Manusia pula merupakan

penerima getaran. Sekiranya warna di persekitarannya tenang, manusia akan berasa

teruja. Begitu juga sebaliknya. Oleh sebab itu, warna dapat membantu meransang

tumpuan seseorang. Warna dan bentuk merupakan salah satu cara untuk kita mengingati

sesuatu perkara.

19
Teori Wassily Kandinsky (1866-1944), mengatakan bahawa bentuk dan warna

merupakan bahasa yang berupaya mengekspresi emosi, seni lukis yang mengutamakan

unsur-unsur tampak sebagai subjek dalam menyampaikan idea ciptaan seni. Beliau

menyatakan bahawa warna adalah kunci perkembangan. Menurut Hasnah Awang dan

Habibah Mohd Samin, (2010) dalam bukunya yang bertajuk Literasi Bahasa Melayu,

menyatakan bahawa bidang menggambar dapat memperkembangkan persepsi visual

murid seperti warna,garisan, susunan dan kesannya. Gambaran mental yang jelas serta

imej mentalmelalui ilustrasi digunakan untuk menerangkan sesuatu objek. Ia disokong

dalam kajian MD Hidayat (2012), yang merujuk kajian Hajijah (2010) mengatakan

bahawa dengan kaedah mesra warna dalam pengajaran dan pembelajaran serta ditambah

dengan aktiviti bermain dapat menarik minat murid untuk terus belajar. Kajian-kajian

terdahulu menunjukkan bahawa proses dan pembelajaran yang lebih efektif sekiranya

melibatkan penggunaan pancaindera seperti mendengar, melihat, sentuhan, rasa dan bau.

20
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian tindakan yang akan dijalankan mempunyai objektif yang telah

dikenalpasti yang perlu dilaksanakan dan dicapai dalam tempoh masa tertentu.

Penggunaan warna dan arah ini diharapkan dapat membantu murid Sindrom Down

mencapai objektif yang berikut :

3.1 Objektif Umum

Membantu murid Sindrom Down menguasai nilai tempat nombor dua digit dengan

menggunakan warna.

3.2 Objektif Khusus

1. Penggunaan warna dapat membantu murid Sindrom Down mengatasi

masalah penguasaan nilai tempat nombor dua digit.

2. Penggunaan warna dapat meningkatkan minat murid Sindrom Down

terhadap aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran.

3.3 Soalan Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab persoalan kajian berikut :

1. Adakah penggunaan warna dapat membantu murid Sindrom Down

menguasai nilai tempat nombor dua digit?

2. Adakah penggunaan warna dapat meningkatkan minat murid Sindrom Down

terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan?

21
4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian melibatkan murid Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran kategori Sindrom Down. Kajian ini dijalankan ke atas murid Sindrom

Down tahun 3 Ceria di Sekolah Kebangsaan Coronation Park bagi matapelajaran

Matematik. Pemilihan murid ini adalah berdasarkan ketidakupayaan murid bagi

menentukan nilai tempat bagi nombor dua digit serta keliru dengan kedudukannya.

Sampel kajian merupakan seorang murid perempuan berusia 13 tahun.

Daripada tinjauan yang dilakukan sepanjang proses pengajaran dan

pembelajaran, saya dapati murid tersebut kurang aktif dan tidak menunjukkan minat

untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran. Di sebabkan itu, murid tidak dapat

menguasai dan memahami konsep nilai tempat. Hal ini dapat dilihat apabila murid tidak

dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dan tidak dapat menjawab soalan yang

diberikan. Murid juga gemar meletakkan kepala di atas meja sambil menutup muka

sebagai protes yang menunjukkan murid tidak berminat untuk belajar.

Kriteria Sampel Kajian

Pencapaian/Tahap
Sampel Jantina Bangsa Umur Masalah
Intelek

Sindrom
1 Perempuan Melayu 13 Tahun
Down

22
5.0 TINDAKAN KAJIAN

5.1 MODEL YANG DIGUNAKAN

Pengkaji telah memilih model penyelidikan tindakan yang diasaskan oleh Kurt

Lewin (1948). Proses kajian tindakan bermula dengan pengkaji menjalankan refleksi ke

atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian

pengkaji menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang

dihadapinya. Seterusnya pengkaji melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses

pelaksanaannya pengkaji perlu memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu.

Biasanya, Model Kurt Lewin digunakan apabila masalah atau isu kajian telah

diketahui dan memerlukan pengesahan supaya perancangan yang tepat dapat digunakan.

Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai gelungan Pertama dan jika masalah itu

tidak dapat diatasi, maka pengkaji bolehlah memulakan proses semula ke gelungan

Kedua sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada gelungan kedua pengkaji mesti

mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan pengkaji.

Tinjauan
Awal

Kitaran
Kajian Kurt Merancang
Mereflek
Lewin Tindakan

Melaksana
tindakan dan
23
memerhati
5.1.1 PELAN TINDAKAN

Sebelum kajian tindakan dijalankan, gelungan atau kitaran pertama telah

dirancang terlebih dahulu bagi mendapatkan gambaran tindakan yang perlu

dilaksanakan. Sekiranya kitaran pertama tidak Berjaya, kitaran kedua akan dibentuk

semula bagi mendapatkan hasil yang terbaik.


Lingkaran ke-2

Perancangan

Refleksi Tindakan

Pemerhatian

Langkah-langkah dalam pelan tindakan

• Merancang : Penggunaan kaedah warna dan arah dirancang dengan


sebaiknya mengikut tahap kemampuan dan keperluan sampel kajian.
1

• Tindakan : melaksanakan intervensi sebanyak 3 kali iaitu melalui


pembelajaran menggunakan pengamatan warna.
2

• Pemerhatian : Keupayaan murid menunjukkan nilai tempat dan berminat


untuk belajar.
3

• Mereflek : menilai pencapaian murid melalui ujian sebelum dan selepas,


analisis dokumen dan pemerhatian.
4

24
Fasa-fasa dalam pelan tindakan

Fasa 1 : Merancang

Tindakan yang dijalankan memerlukan perancangan yang teliti, teratur dan

tersusun untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian,

sebagai langkah permulaan, pengkaji telah merangka satu pelan tindakan yang

menggambarkan proses intervensi yang akan dijalankan. Pada masa ini, intervensi

dijalankan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajara di dalam kelas. Bahan-bahan

yang akan digunakan adalah bahan yang melibatkan dua warna sahaja iaitu warna merah

dan hijau. Pada hari pertama, pengkaji akan menggunakan bendera sebagai bahan bantu

belajar dan seterusnya akan menggantikannya dengan epal hijau dan merah yang akan

dipegang pada tangan kanan dan kiri. Bagi menjamin keberkesanan intervensi yang

dijalankan, hasil daripada temubual bersama guru matapelajaran Matematik mengatakan

bahawa sampel gemar kepada nyanyian. Oleh yang demikian pengkaji menerapkan

unsur nyanyian bagi membantu sampel kajian mengingati nilai tempat yang

diterjemahkan melalui penggunaan warna.

Fasa 2 : Melaksanakan Tindakan

Setelah merancang tindakan yang ingin dijalankan dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran, sampai masa untuk menjalankan intervensi yang telah dirancang.

Metodologi intervensi yang dijalankan melalui penggunaan kaedah warna adalah seperti

berikut :

1. Guru menerangkan mengenai kedudukan rumah ‘sa’ dan ‘puluh’

menggunakan papan warna.

25
2. Guru memberi setiap murid bendera untuk dipegang di tangan. Di tangan

kanan, murid memegang bendera berwarna hijau. Manakala di tangan kiri,

murid memegang bendera berwarna merah.

3. Guru menyanyikan lagu sambil mengangkat bendera yang mewakili nilai

tempat.

Lirik lagu : (menggunakan rentak lagu Air Pasang Pagi)

Hijau rumah ‘sa’

Hijau rumah ‘sa’

Merah rumah ‘puluh’

Merah rumah ‘puluh’

4. Sampel kajian akan menyanyi bersama sambil mengangkat bendera seperti

yang ditunjukkan oleh guru.

5. Sampel kajian akan menampal kad nombor pada ruangan papan berwarna

mengikut warna yang betul mewakili nilai tempat.

6. Aktiviti diulang beberapa kali dengan nombor yang berbeza.

Pada hari berikutnya, intervensi diteruskan namun bahan yang digunakan akan

diganti kepada buah epal yang berwarna merah dan hijau. Ianya bertujuan bagi

merangsang dan menguatkan lagi daya ingatan sampel kajian.

26
Fasa 3 : Memerhati

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, pengkaji mendapati sampel kajian

menunjukkan kemajuan secara ansur maju sepanjang proses intervensi dalam menguasai

kemahiran mengenal nilai tempat nombor dua digit. Hal ini dapat dikaitkan dengan

minat sedia ada sampel terhadap warna merah dan juga nyanyian. Walaupun kemajuan

yang ditunjukkan secara perlahan dan beransur-ansur, pencapaian yang ditunjukkan

amat memberangsangkan dan seperti yang diingini.

Hali ini dapat dilihat pada hari pertama intervensi dijalankan, sampel kajian

begitu teruja dengan warna dan tidak meletakkan kepala di atas meja seperti biasa.

Sampel kajian juga boleh mengikuti nyanyian guru walaupun pada awalnya kelihatan

malu-malu. Pada pusingan pertama penggunaan bahan berwarna, dilihat sampel dapat

menunjukkan bendera yang mewakili nilai tempat dengan baik. Seterusnya, pada

pusingan kedua murid memerlukan bimbingan bagi meletakkan kad nombor.

Walaubagaimanapun setelah intervensi dijalankan berulang kali, sampel kajian mula

mengingati dan dapat meletakkan kad nombor dengan yakin. Penggunaan bahan

berwarna menjadi lebih menarik apabila sampel kajian dengan bersungguh-sungguh dan

bersemangat menyanyi sambil mengangkat tangan menunjuk bahan yang dipegang.

Fasa 4 : Mereflek

Membuat refleksi adalah salah satu fasa yang penting yang perlu dilihat oleh

pengkaji. Refleksi bertujuan untuk menentukan tindakan intervensi yang dijalankan

telah dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi atau masih memerlukan

penambahbaikan ke atas tindakan yang dijalankan. Refleksi dapat disempurnakan

27
melalui ujian-ujian yang dijalankan terhadap sampel kajian. Instrumen merupakan alat

pengukuran yang dapat mempamerkan keberkesanan intervensi yang dijalankan.

Pencapaian sampel ditunjukkan melalui analisis dokumen, ujian sebelum, ujian selepas

dan pemerhatian yang dibuat. Selain daripada itu, pengkaji dapat mereflek faktor-faktor

lain yang membantu dan mempengaruhi sikap dan tahap pencapaian sampel kajian.

Amalan mereflek ini secara tidak langsung menjadi penguat dan penambahbaikan dalam

amalan pendidikan pengkaji.

28
6.0 KAEDAH MENGUMPUL DATA

Pengkaji meneruskan langkah di dalam proses kajian tindakan dengan

mengumpul data-data yang diperolehi sepanjang mengaplikasikan kaedah yang

digunakan. Data-data yang dikumpul ialah data yang menunjukkan proses pencapaian

sampel kajian dengan beberapa instrument kajian yang dapat membantu bagi menilai

dan melihat sejauh mana keberkesanannya. Peranan instrument kajian yang dipilih amat

penting bagi memperoleh maklumat secara terperinci berkaitan masalah menentukan

nilai tempat bagi nombor dua digit bagi murid Sindrom Down dan sejauh mana

keberkesanaan intervensi yang digunakan. Berikut adalah instrument kajian yang

digunakan :

6.1 Ujian

Penggunaan instrumen kajian ujian ini adalah bagi menjawab persoalan kajian

yang pertama iaitu untuk melihat adakah penggunaan warna oleh murid Sindrom Down

dapat meningkatkan tahap penguasaan nilai tempat nombor dua digit. Ujian yang yang

dipilih adalah ujian yang dilakukan sebelum dan selepas intervensi dijalankan.

6.1.1 Ujian Sebelum

Ujian Pra memaikan peranan penting sebagai instrument yang paling baik bagi

membantu pengkaji mendapatkan maklumat. Seiring dengan objektif kajian yang

memerlukan murid bagi menguasai nilai tempat bagi nombor dua digit, satu ujian Pra

telah dilaksanakan bagi melihat sejauh mana tahap penguasaan murid (rujuk Lampiran

A)

29
6.1.2 Ujian Selepas

Untuk mendapat keberkesanan intervensi yang lebih kukuh, pengkaji turut

melaksanakan ujian bertulis iaitu ujian sebelum dan selepas.pengkaji mengambil soalan

yang sama dan hanya menukar kedudukan nombor. Ujian ini mengandungi enam soalan

dan sampel diminta untuk membulatkan nombor mengikut nilai tempat yang betul.pada

masa ini kemahiran mengecam diperlukan oleh sampel kajian.Ujian Pos ini dijalankan

selepas 3 kali ujian intervensi dijalankan. (rujuk Lampiran B)

6.2 Analisis Dokumen

Sebagai pengukukan kepada intervensi, pengkaji telah menyediakan intrumen

kajian berbentuk lembaran kerja kepada sampel kaijan (rujuk Lampiran C). lembaran

kerja ini disediakan secara ansur maju di mana sampel kajian akan cuba mengingati

penggunaan warna secara beransur-ansur. Instrumen ini adalah bertujuan untuk

mengukuhkan lagi keberkesanan intervensi yang digunakan. Instrument ini hadir

dengan pengurangan warna pada setiap lembaran kerja dari hari ke hari bagi membantu

pengkaji menilai perkembangan kajian dari semasa ke semasa.

6.3 Pemerhatian

Pemerhatian digunakan untuk merekod tingkah laku dan interaksi responden

dalam kajian yang dijalankan (Rosinah Edinin : 2012). Pengkaji telah memilih

pemerhatian berstruktur bagi menjawab persoalan kajian satu dan dua. Pemerhatian

berstruktur menggunakan senarai semak dan data pemerhatian dalam bentuk senarai

semak dianalisis menggunakan frekuensi dan peratus.

30
7.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA.

Umumnya, data-data yang dikumpul dalam kajian ini adalah bedasarkan

intervensi yang dijalankan terhadap sampel kajian. Berikut merupakan perincian sesi

intervensi yang dijalankan

Perincian Sesi Intervensi

TARIKH INTERVENSI MASA TEMPAT

27 Julai 2015 Ujian Pra 9.00 – 9.30 pagi Perpustakaan

28 Julai 2015 1 10.30 - 11.30 pagi Kelas 3 Ceria

29 Julai 2015 2 8.30 – 9.30 pagi Kelas 3 Ceria

30 Julai 2015 3 8.30 – 9.30 pagi Kelas 3 ceria

31 Julai 2015 Ujian Pos 10.30 – 11.00 pagi Perpustakaan

7.1 Ujian

7.1.1 Ujian Sebelum

Instrumen ini dinamakan ujian sebelum keranaia dijalankan sebelum intervensi

dijalankan. Ianya bertujuan bagi menilai prestasi sampel kajian melalui ujian bertulis.

Ujian ini terdiri daripada satu soalan sahaja. Sampel kajian dimita untuk membulatkan

nombor berdasarkan nilai tempat yang diminta dengan betul. Ujian ini mengandungi 6

buah soalan yang menguji tahap penguasaan nilai tempat ‘puluh’ dan 6 buah soalah yang

menguji tahap penguasaan nilai tempat ‘sa’.

31
Carta Peratus Penguasaan Nilai Tempat
'Puluh'
Ujian Sebelum
Tidak Menguasai
25%

Menguasai
75%

Carta Peratus Penguasaan Nilai Tempat 'Sa'


Ujian Sebelum
Menguasai
0%

Tidak Menguasai
100%

Melalui data yang telah dikumpul, mencatatkan sampel kajian memperolehi

markah sebanyak 4 daripada 12 soalan yang diberikan. Ia menunjukkan sebanyak 25%

sahaja tahap penguasaan murid terhadap konsep nilai tempat bagi nombor dua digit.

Pada masa kini pengkaji melihat bahawa antara yang yang menjadi kekangan dan

masalah bagi sampel kajian adalah sampel kajian sukar mengenal pasti dan keliru

dengan nilai tempat yang diajar. Hal ini adalah dipengaruhi oleh tahap kemampuan

intelek sampel dan tahap tumpuan sampel terhadap kedudukan nombor.

32
7.1.2 Ujian Selepas.

Setelah menjalankan intervensi terhadap sampel kajian sebanyak tiga kali,

pengkaji telah menyediakan satu ujian selepas intervensi bagi melihat sejauh mana tahap

penguasaan sampel. Dalam konteks ini, bentuk soalan yang disediakan adalah sama

dengan bentuk ujian sebelum. Perbezaan di antara ujian sebelum dan ujian selepas

hanyalah pada kedudukan nombor yang perlu dijawab oleh sampel kajian.

Carta Peratus Penguasaan Nilai Tempat


'Puluh'
Ujian Selepas
Tidak Menguasai
17%

Menguasai
83%

Carta Peratus Penguasaan Nilai Tempat 'Sa'


Ujian Selepas
Tidak Menguasai
33%

Menguasai
67%

33
Alhamdulillah, daripada data yang diperolehi menunjukkan peningkatan

pencapaian sampel selepas melalui intervensi dan latihan berkala secara ansur maju.

Sampel menunjukkan peningkatan daripada 4 soalan yang dapat dijawab kepada 9

soalan dijawab dengan betul daripada 12 soalan yang disediakan.

Dapat disimpulkan di sini bahawa penggunaan warna dan arah amat membantu

meningkatkan kemampuan murid bagi menguasai kemahiran mengenal nilai tempat bagi

nombor dua digit. Di samping fungsi nyanyian dan pergerakan serta ganjaran yang

ditawarkan dapat meningkatkan minat dan motivasi sampel untuk belajar dan

memahami konsep.

Jadual

MARKAH

UJIAN SEBELUM UJIAN SELEPAS

4/12 9/12

Graf Perbezaan Ujian Sebelum dan Ujian Selepas


6

3 Ujian Sebelum
Ujian Selepas
2

0
nilai tempat 'PULUH' nilai tempat 'SA'

34
Seterusnya, berdasarkan data-data yang telah dikumpul dalam kedua-dua ujian

bertulis sebelum dan selepas ini, pengkaji memilih untuk meneruskan analisis dengan

menggunakan skor analitik. Pecahan skor analitik yang telah ditetapkan adalah seperti

yang berikut.

Jadual Skor Pemarkahan Analitik

GRED PERATUSAN MARKAH (%) TAHAP PENCAPAIAN

A 80-90 Cemerlang

B 60-79 Sederhana

C 40-59 Tidak Memuaskan

D 0-39 Gagal

Skor Pemarkahan Analitik Sampel Kajian

MARKAH PERATUS TAHAP

MARKAH (%) PENCAPAIAN

Ujian Sebelum 4/12 33.3 Gagal

Ujian Selepas 9/12 75 Sederhana

Berdasarkan graf yang ditunjukkan di atas, pengkaji telah dapat melihat dengan

jelas perbezaan yang dihadapi oleh sampel kajian sebelum dan selepas intervensi

dijalankan. Penjelasan pencapaian sampel kajian dalam bentuk carta memudahkan

pengkaji untuk melihat perbandingan pencapaian sebelum dan selepas dalam menguasai

nilai tempat nombor dua digit. Jika dilihat dari skor pemarkahan analitik sampel kajian,
35
dapat dilihat peningkatan tahap pencapaian sampel kajian daripada gagal kepada tahap

sederhana. Ianya merupakan satu kemajuan yang amat memberangsangkan bagi tahap

kemampuan sampel kajian yang sememangnya mempunyai daya ingatan dan tahap

kemampuan intelek yang rendah.

Tanpa disedari pengkaji dapat melihat tahap keberkesanan penggunaan konsep

warna dalam membantu sampel kajian. Dalam masa yang sama, ujian-ujian yang

dijalankan juga mengukuhkan lagi keberkesanan penggunaan warna bagi menangani

masalah penguasaan konsep nilai tempat yang dihadapi oleh sampel kajian.

7.2 Analisis Dokumen

Sepanjang tempoh intervensi selama 3 hari dijalankan, pengkaji telah

menyelitkan beberapa helaian lembaran kerja. Lembaran-lembaran kerja ini memerlukan

sampel mengisi tempat kosong mengikut warna dan secara ansur maju lembaran kerja

tersebut dikurangkan penggunaan warna bagi membantu sampel mengingat warna yang

diaplikasikan bagi mengenal nilai tempat nombor dua digit.

Dalam hal ini, pengkaji melihat satu perkembangan yang sangat positif daripada

penggunaan warna. Hal ini kerana proses pengecaman sampel kajian terhadap nilai

tempat dikukuhkan dengan latihan secara ansur maju yang diberikan setiap hari. Selain

itu, sampel kajian telah dilatih dengan pergerakan dan nyanyian yang diterapkan semasa

mengingat warna secara berulang-ulang dan diaplikasikan semasa membuat latihan

lembaran kerja.

36
Hal ini telah membantu merealisasikan objektif kajian tindakan ini apabila

sampel kajian menunjukkan keputusan yang positif dan baik melalui helaian lembaran

kerja secara ansur maju yang diberikan. Pencapaian lembaran kerja yang telah diberikan

adalah seperti berikut :

Pencapaian Dalam Lembaran Kerja 1,2,3 dan 4

SAMPEL MARKAH

Lembaran Lembaran Lembaran Lembaran Jumlah Peratus

Kerja 1 Kerja 2 Kerja 3 Kerja 4

1 10/10 10/12 10/10 10/10 40/42 95.2%

Graf Peratus Pencapaian Lembaran Kerja


120

100

80
LK 1

60 LK 2
LK 3
40 LK 4

20

0
Lembaran Kerja

37
Berdasarkan graf di atas, pengkaji dapat menjelaskan bahawa sampel kajian telah

mencapai tahap cemerlang ketika mengikuti proses intervensi. Latihan secara ansur maju

dengan menghilang sedikit demi sedikit warna dilihat berjaya meningkatkan tahap

penguasaan konsep nilai tempat nobor dua digit. Secara tidak langsung, ia menunjukkan

penggunaan warna dan arah telah beupaya mengatasi masalah sampel kajian yang keliru

dan tidak yakin untuk menentukan nilai tempat nombor dua digit.

Perkembangan Sampel Kajian


120

100

80

60
Sampel kajian
40

20

0
Ujian Lembaran Lembaran Lembaran Lembaran Ujian
Sebelum Kerja 1 Kerja 2 Kerja 3 Kerja 4 Selepas

7.3 Pemerhatian

Pengkaji telah memilih instrumen senarai semak bagi menganalisis data melalui

pemerhatian yang telah dibuat sepanjang proses intervensi dijalankan. Pemerhatian ini

bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap penguasaan dan peningkatan sampel dari

semasa ke semasa supaya penambahbaikan dan keadaan sampel dapat dikenalpasti. Di

samping itu, instrumen kajian ini bertujuan bagi menjawab persoalan kajian kedua iaitu

38
bagi melihat adakah warna dapat meningkatkan minat murid terhadap aktiviti

pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat lima perkara yang dilihat sepanjang pemerhatian dilakukan. Berikut

merupakan senarai semak bagi instrumen penerhatian yang dijalankan pada setiap hari :

Senarai Semak Pemerhatian Terhadap Sampel

TARIKH 28 JULAI 29 JULAI 30 JULAI


CATATAN
PERKARA YA TIDAK YA TIDAK YA TIDAK

Hari 1 : sampel mengangka

bendera hijau.

Menunjukkan Hari 2 : sampel

nilai tempat sa / / / menunjukkan epal hijau.

dengan betul.

Hari 3 : sampel

menunjukkan epal hijau dan

meletakkan kad hijau

Hari 1 : sampel mengangka

Menunjukkan bendera merah.

nilai tempat
/ / /
puluh dengan Hari 2 : sampel

betul. menunjukkan epal merah.

39
Hari 3 : sampel

menunjukkan epal merah da

meletakkan kad merah

Hari 1 : sampel tidak dapat

meletakkan kad

Hari 2 : sampel menampal


Menyatakan
kad nombor diruangan hijau
nilai tempat sa / / /
(dengan bimbingan)
dengan betul.

Hari 3 : sampel menyatakan

nilai tempat sambil

menyanyi.

Hari 1 : sampel meletakkan

kad nombor

Menyatakan Hari 2 : sampel menampal

nilai tempat kad nombor diruangan mera


/ / /
puluh dengan (dengan bimbingan)

betul.

Hari 3 : sampel menyatakan

nilai tempat sambil

menyanyi.

40
Hari 1 : sampel teruja

terutama apabila mendapat

warna merah. (malu untuk

menyanyi)

Melakukan

aktiviti Hari 2 : sampel teruja


/ / /
dengan menyanyi sambil menunjuk

seronok buah epal

Hari 3 : sampel menyanyi

dengan gembira sambil

menunjuk buah epal

Pada hari pertama intervensi dijalankan, pengkaji baru memulakan pengenalan

konsep mengingat nilai tempat menggunakan warna. Berdasarkan pemerhatian yang

dilakukan ke atas sampel kajian, pada hari pertama pengkaji telah mengenal pasti warna

yang paling menarik perhatian sampel kajian iaitu warna merah. Sampel kajian amat

tertarik dengan warna merah. Ini dapat dilihat apabila sampel berulang kali menyebut

perkataan merah dan menunjukkan bendera merah yang dipegangnya. Oleh yang

demikian, dapat dilihat dalam masa sehari murid dapat mengingat kedudukan rumah

puluh yang mewakili rumah merah. Dapat dilihat, murid tidak dapat menunjukkan

bendera hijau yang mewakili nilai tempat ‘sa’ pada catatan senarai semak yang dibuat.

Ini adalah kerana murid sangat menyukai warna merah dan setiap soalan yang ditanya

41
murid hanya mengangkat bendera merah. Bahkan ketika nyanyia dilakukan, murid

hanya mengangkat bendera merah.

Pada hari pertama juga, murid masih berada dalam keadaan malu-malu untuk

menyanyi dan mengangkat bendera. Ini adalah kerana sifat semulajadi yang ada dalam

diri sampel kajian yang agak pemalu. Walaubagaimanapun, apabila pengkaji

menyanyikan lagu sambil mengangkat bendera, sampel kajian dapat mengikutnya

dengan sama-sama mengangkat bendera mengikut bendera yang diangkat oleh guru.

Seterusnya, pada hari kedua menjalankan intervensi, sampel kajian menunjukkan

minat yang amat ketara apabila pengkaji menggantikan bendera kepada buah epal merah

dan buah epal hijau. Murid dilihat begitu teruja menyanyikan lagu sambil mengangkat

buah epal yang mewakili nilai tempat. Pada hari kedua ini, murid dapat membezakan

warna dikedudukan yang betul iaitu merah yang mewakili rumah puluh di sebelah

tangan kiri dan hijau yang mewakili rumah sa di sebelah tangan kanan. Kemudian,

setelah aktiviti menyanyi, sampel dilihat mampu untuk meletakkan kad nombor

diruangan warna yang betul mewakili nilai tempat dan dapat menyebutnya dengan baik.

Pada hari terakhir intervensi dijalankan, sebelum aktiviti dimulakan, sampel

kajian menyanyikan lagu yang telah diajar sambil mengangkat tangan kepada pengkaji.

Sampel kajian teruja dan meminta untuk mengulang pelajaran semalam. Pada hari yang

ketiga ternyata sampel sudah mampu mengangkat buah epal dengan baik dan

meletakkan kad nombor diruangan warna dengan betul tanpa bimbingan. Sampel kajian

dilihat tidak teragak-agak meletak kad nombor seperti pada hari pertama. Sepanjang

aktiviti yang dijalankan samada meletak kad nombor diruangan berwarna atau

42
mengangkat buah epal yang dipegang, sampel sentiasa menyanyi atau menggoyang-

goyangkan tangan sebagai tanda yang mewakili nilai tempat nombor dua digit.

BIL. ITEM 1 2 3 KEKERAPAN

1 Menunjukkan nilai tempat sa dengan betul. / / / 3

2 Menunjukkan nilai tempat puluh dengan / / /


3
betul.

3 Menyatakan nilai tempat sa dengan betul. / / 2

4 Menyatakan nilai tempat puluh dengan betul. / / / 3

5 Melakukan aktiviti dengan seronok / / / 3

8.0 Dapatan Kajian

Adakah penggunaan warna dapat membantu murid Sindrom Down menguasai

nilai tempat nombor dua digit dengan betul ? Kenyataan tersebut merupakan persoalan

kajian yang dibina sebelum kajian intervensi dijalankan secara menyeluruh. Pengkaji

telah mengenal pasti bahawa terdapat seorang murid Sindrom Down yang agak lambat

pencapaiannya berbanding rakan sekelas yang lain. Pengkaji mengenalpasti bahawa

sampel kajian menunjukkan minat yang amat rendah dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran serta tidak dapat menguasai konsep asas matematik dengan baik. Secara

telitinya, masalah ini dapat dilihat melalui ujian sebelum yang dilakukan serta beberapa

analisis dokumen serta temubual yang dijalankan ke atas guru matapelajaran Matematik.

Kelemahan sampel kajian tidak dapat disangkal lagi apabila melihat kepada kepada

keputusan ujian yang dijalankan.

43
Bagi membuktikan persoalan kajian ini telah terjawab melalui penggunaan warna

dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pengkaji telah menggunakan beberpa

instrumen. Instrumen kajian digunakan sebaik sahaja intervensi dijalankan ke atas

sampel kajian. Peningkatan dan kemajuan yang ditunjukkan oleh sampel kajian

disokong dengan keputusan yang diperolehi melalui lembaran-lembaran kerja yang

diberikan sepanjang tempoh intervensi dijalankan. Lembaran kerja yang diberikan

adalah lembaran kerja yang hampir sama kerana konsep ansur maju diterapkan dalam

sesi latihan. Markah yang diperolehi oleh sampel kajian menunjukkan lebih baik

berbanding sebelum intervensi dilaksanakan ke atas sampel kajian.

Pencapaian sampel kajian terus meningkat. Pada masa ini, pengkaji telah

mendapat keputusan yang jelas setelah data-data dikumpul menggunakan ujian selepas

serta analisis dokumen diinterpretasikan secara lebih terperinci. Sampel kajian

menunjukkan peningkatan sebanyak 41.7% secara keseluruhannya. Ianya daripada

hanya menguasai 33.3% kepada 75%. Justeru itu tidak dapat dinafikan bahawa

penggunaan warna dapat membantu sampel kajian menguasai nilai tempat nombor dua

digit.

Intihannya, kajian tindakan yang mengaplikasikan penggunaan warna bagi

menguasai nilai tempat nombor dua digit sebagai satu kaedah pembelajaran murid

Sindrom Down telah menjawab persoalan kajian sekaligus mencapai objektif-objektif

yang telag ditetapkan.

8.1 Refleksi Selepas Kajian

44
Daripada kajian tindakan yang telah dijalankan, pengkaji berharap agar

intervensi yang dijalankan dapat diketengahkan dan dimanfaatkan bersama oleh pebagai

pihak samada guru pendidikan khas hatta guru aliran perdana pada masa akan datang.

Penggunaan warna mampu merangsang kognitif dan minat murid kerana pengkaji telah

membuktikannya ke atas sampel kajian Sindrom Down dan ianya bersesuaian

dilaksanakan dengan pelbagai tahap dan bahan yang bersesuaian.

Kekuatan yang telah dikenalpasti dalam kajian tindakan ini adalah disebabkan

factor kajian yang sememangnya mudah tertarik dengan warna dan gemarkan aktiviti

nyanyian. Pengkaji dapat melihat kekuatan utama kepada kejayaan intervensi adalah

daripada factor menerapakan elemen nyanyian bagi mengukuhkan lagi ingatan mengenai

kedudukan nilai tempat nombor dua digit. Dalam hal ini, sampel kajian jelas

menunjukkan keterujaan dengan menyanyikan lagu sambil membuat pergerakan

mengikut arahan guru. Pada masa inilah pengulangan lagu bagi pengecaman warna

dapat mengatasi masalah kekeliruan nilai tempat nombor dua digit. Kesannya, dapat

dilihat sampel kajian dapat menumpukan perhatian dan tertarik bagi mengikuti sesi

pengajaran dan pembelajaran.

Walaubagaimanapun, pengkaji telah mengenalpasti kekeurangan sepanjang

intervensi dijalankan ialah apabila sampel kajian terlalu teruja untuk menjalankan

aktiviti dan meny

45
9.0 Cadangan Kajian Seterusnya

Dalam penggunaan warna dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, sampel

kaijan telah dapat mengatasi masalah untuk menentukan nilai tempat bagi nombor dua

digit. Keberkesanan intervensi ini telah dibuktikan melalui pencapaian positif sampel

kajian dalam ujian-ujian yang dijalankan.

Menurut Fullan (2001) dalam Model Meaning of Educational Change,

mengatakan pengalaman, kepakaran, dan sikap guru sangat penting dalam menentukan

sejauh mana penerapan sesuatu inovasi dapat dilakukan. Walaubagaimanapun,

intervensi tersebut masih boleh dilakukan penambahbaikan sekiranya dilaksanakan pada

kitaran kedua. Antara pembaharuan yang boleh dilaksanakan ialah dengan

mengaplikasikan warna dalam bentuk teknologi maklumat (ICT). Menurut Pisapa

(1994) dalam Norizan Abdul Razak (2000), integrasi ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal,

46
mengukuh dan menambahkan kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungjalinkan

bersama keadah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi ICT untuk memberi nilai kepada

aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Dalam mengaplikasikan penggunaan ICT, murid akan lebih tertarik dan

merangsang deria untuk belajar dan mengingati apa yang dipelajari. Ini adalah kerana

penggunaan warna di dalam ICT tidak akan pernah lari kerana ianya merupakan asas

bagi menjadikan suatu bahan ICT yang dibina menarik. Tambahan bunyi seperti lagu

atau sebutan rumah ‘sa’ dan ‘puluh’ akan menjadikan ianya lebih menarik dan murid

akan lebih mudah memahami dan mengingati konsep nilai tempat yang akan diajar.

Hal ini penting sejajar dengan pembelajaran abad ke-21 yang memerlukan guru

dan murid yang celik IT. Guru dan murid tidak terikat dengan satu bentuk pengajaran

sahaja. Di samping itu, pengkaji boleh mempelbagaikan bahan bantu mengajar yang

boleh digunakan sebagai simbol kepada warna yang dipilih. Selain boleh melaksanakan

penggunaan warna ini bagi matapelajaran lain, pengkaji dapat meningkatkan kualiti

penggunaan warna dan boleh digunakan dalam pelbagai situasi di dalam mahupun di

luar bilik darjah.

47

Anda mungkin juga menyukai