Anda di halaman 1dari 1

PERALATAN DAN KELENGKAPAN PELATIH LATIHAN KHIDMAT NEGARA SERTA PERKARA-

PERKARA YANG DILARANG DIBAWA SEMASA LATIHAN

1. PAKAIAN DAN KELENGKAPAN YANG PERLU DIBAWA OLEH PELATIH

1.1 Pakaian untuk kegunaan selepas kelas, waktu malam dan untuk hujung minggu termasuk
pakaian dalam yang bersesuaian (untuk acara senaman/sukan/riadah), pakaian mandi, pakaian
tidur, pakaian untuk sembahyang dan sebagainya.

1.2 Semua pelatih dikehendaki membawa kasut sukan, track suit gelap (2 helai), t.shirt sukan
berkolar bewarna putih (2 helai), stokin putih (2 pasang) dan sehelai tuala mandi.

1.3 Semua pelatih digalakkan membawa pakaian tradisi mengikut kaum masing-masing untuk
persediaan acara persembahan kebudayaan di kem.

1.4 Keperluan kelengkapan kemasan diri seperti sabun mandi, berus gigi, ubat gigi,sikat rambut dan
sebagainya.

1.5 Keperluan mencuci pakaian seperti sabun/serbuk pencuci, berus, penyangkut baju dan
sebagainya. (digalakkan membawa timba / baldi kerana peralatan ini tidak disediakan)

1.6 Peralatan selain daripada yang dinyatakan di atas seperti: penyapu tidak perlu dibawa.

1.7 Hanya 1 beg pakaian dan 1 beg sandang sahaja dibenarkan.

2. PERKARA-PERKARA YANG DILARANG DIBAWA SEMASA LATIHAN

2.1 Pelatih-pelatih tidak dibenarkan sama sekali membawa, menyimpan, mengambil atau memiliki
perkara-perkara berikut:

2.1.1 Barang-barang atau alat-alat yang berbahaya seperti senjata tajam dan sebagainya di
sepanjang tempoh latihan;

2.1.2 Minuman keras, dadah serta rokok;

2.1.3 Bahan-bahan lucah; dan

2.1.4 Dokumen serta bahan-bahan bercetak yang berunsurkan politik dan perkauman dan
perkara-perkara lain yang boleh menimbulkan provokasi.

2.2 Pelatih-pelatih tidak digalakkan memakai dan membawa perkara-perkara berikut:

2.2.1 Barang-barang kemas;

2.2.2 Wang tunai yang melebihi RM200.00; dan

2.2.3 Telefon bimbit

Perhatian: Jika pelatih membawa barang-barang yang mana-mana tersebut di atas, pelatih diminta
untuk menyerahkannya kepada pihak pengurusan kem. Sebarang kegagalan untuk menyerahkan
barangan dan jika berlaku kehilangan semasa latihan adalah di bawah tanggungjawab pelatih sendiri.

Anda mungkin juga menyukai