Anda di halaman 1dari 1

mplikasinya dari aspek ekonomi ialah negara-negara membangun akan sentiasa bergantung kepada

Negara Barat kerana mereka kurang mahir dari segi teknologi dan juga kekurangan tenaga buruh yang
mahir. Selain itu, setiap urusan yang dilakukan akan menguntungkan pihak Barat sahaja. Hal ini
menjadikan negara-negara membangun sukar untuk mendapat keuntungan yang lebih yang akan
digunakan untuk membangunkan negara masing-masing dan juga untuk menampung keperluan rakyat
mereka. Implikasinya dari aspek politik ialah politik menjadi tidak stabil memyebabkan sistem
pentadbiran negara menjadi kucar-kacir. Selain itu juga suasana politik menjadi tidak telus dan kotor
dengan rasuah. Oleh itu keadaan ini akan menjadikan negara pincang dan lemah. Di samping itu, negara
tidak dapat untuk membuat sesuatu keputusan melainkan mereka mendapat persetujuan daripada kuasa
Barat. Ini menunjukkan bahawa negara-negara membangun akan sentiasa ditindas diberi layanan yang
tidak adil oleh kuasa besar. Implikasi dari aspek media pula, masyarakat Islam di seluruh dunia
menghadapi kesulitan untuk menonjolkan diri kerana pihak media Barat sentiasa memburuk-burukkan
rakyat Islam dengan pelbagai gelaran yang tidak sepatutnya seperti pengganas, pemberontak dan sering
menimbulkan kekecohan. Hal ini akan menyebabkan negara-negara lain memandang serong terhadap
bangsa Islam dan ini akan menjejaskan hubungan politik yang terbina pada sebelum ini. Jika hubungan
yang dibina itu terputus, maka hal ini akan menjejaskan sumber ekonomi negara tersebut. Ekonomi
sesebuah negara amat penting untuk pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Negara yang mundur
akan ditindas oleh kuasa-kuasa besar seperti negara Barat. Negara Barat menggunakan media sebagai
senjata utama untuk menguasai dunia. Tamadun Barat juga mempengaruhi dunia dari aspek budaya.
Pelbagai hiburan yang dibawa dari Barat menyebabkan masyarakat dunia mendewa-dewakan penghibur
dari Barat sebagai idola mereka. Mereka meniru cara pemakaian dan perangai artis-artis tersebut tanpa
menghiraukan pegangan agama. Hal ini dapat menarik diri mereka ke kancah maksiat kerana kebanyakan
artis dari Barat mempunyai tingkah laku dan akhlak yang buruk seperti minum arak, merokok, seks
rambang, homoseksual dan sebagainya. Apabila mereka terjebak di dalam kehidupan sebegini, nilai moral
tidak ada lagi dalam diri mereka. Gejala-gejala sosial semakin meningkat dengan kes pembuangan bayi
yang berleluasa kini. Kesannya juga dapat dilihat dengan apabila ramai penagih-penagih dadah dari
kalangan remaja bagai cendawan tumbuh selepas hujan apabila gejala ini tidak dapat dibendung. Remaja
merupakan tonggak dan harapan bangsa, jika budaya Barat menjadi ikutan mereka maka punah ranahlah
harapan negara. Jadi pelbagai pihak mestilah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membendung
budaya dari Barat ini dari terus menguasai dunia. Kebebasan bertingkahlaku juga amat hangat
dipromosikan di media-media dan telah berjaya melahirkan amalan hedonisme, individualistik dan sikap
mementingkan diri sendiri pada masyarakat kita termasuk golongan remaja. Budaya gotong royong,
bantu-membantu, bertegur sapa serta mengambil berat antara satu sama lain di dalam sesebuah
masyarakat telah semakin sirna. Keadaan seperti ini telah melahirkan masyarakat yang mengagungkan
hawa nafsu mengatasi hukum dan Syariat Allah. Make Google view image button visible again:
https://goo.gl/DYGbub

Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

https://www.mindmeister.com/537548452/sumbangan-tamadun-india

Anda mungkin juga menyukai