Anda di halaman 1dari 7

PERUTUSAN AWAL TAHUN PENGARAH PENDIDIKAN

NEGERI JOHOR 2019


OLEH;

TUAN PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI JOHOR


TUAN HAJI SHAHARUDIN BIN SHARIF

‫السالم عليكم ورحمة هللا تعالى وبركاته‬

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Tuan-tuan, puan-puan dan warga pendidikan negeri Johor yang dikasihi

sekalian.

Tahun 2018, akan melabuhkan tirainya dalam beberapa hari sahaja lagi.

Pelbagai peristiwa suka duka, pahit manis dengan pelbagai catatan kejayaan,

menjadi warna warni lanskap pendidikan negeri Johor. Tahniah dan terima

kasih kepada warga pendidikan Johor yang telah melaksanakan tugas dengan

cemerlang. Sesungguhnya pengorbanan dan komitmen yang amat tinggi dalam

melaksanakan semua aktiviti pendidikan berjaya menjadikan pendidikan Johor


dikagumi bukan sekadar di peringkat nasional malah juga di peringkat

antarabangsa.

Mengimbas pencapaian tahun 2018, kita berjaya meletakkan negeri Johor

dalam kedudukan yang teratas dalam pelbagai bidang sama ada dalam bidang

kurikulum, kokurikulum, kepimpinan mahupun pencapaian murid secara

berpasukan dan individu di peringkat nasional dan antarabangsa.

Namun, di sebalik lakaran kejayaan yang dicapai, kita juga berdepan dengan

banyak cabaran untuk terus meningkatkan pencapaian terutama dalam aspek

kemenjadian murid sama ada dalam pentaksiran dan penilaian, enrolmen,

disiplin, sahsiah dan lain-lain. Kita juga masih perlu mendepani cabaran

kepimpinan khususnya dalam pengurusan organisasi, aduan dan lain-lain untuk

terus melonjak ke tahap yang terbaik.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Sepanjang enam yang tahun lalu, kita telah berjaya melalui fasa transformasi

yang mencabar dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2025. Justeru, bagi memastikan momentum Gelombang 2, 2016 - 2020

terus dapat memacu peningkatan sistem, kita perlu menerima hakikat bahawa

Aspirasi Sistem dan Aspirasi Murid perlu sentiasa dibugarkan bagi memastikan

keberhasilan utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu


kualiti sekolah dan kemenjadian murid dapat dicapai. Untuk itu, mulai tahun

2019, Yang Berhormat Menteri Pendidikan telah menggariskan 12 inisiatif

baharu bagi menyokong dan memacu peningkatan sistem pendidikan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia juga melalui fokus gerak kerja Melangkah

Ke Hadapan turut menggariskan empat dimensi utama yang perlu diberi

perhatian sama ada melalui dimensi pendekatan, sasaran mikro, bidang

tumpuan dan program strategik agar ia berlaku sederap di setiap peringkat.

Semua ini bukan sekadar suatu senario lanskap perubahan dalam pendidikan

semata-mata tetapi ia perlu dijadikan asas bagi gerak kerja pada 2019 yang

lebih berfokus, konsisten dan jitu agar lebih banyak lagi perkara positif yang

boleh dicapai seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia. Oleh itu, dalam pengurusan organisasi, keberhasilan ini perlu

diletakkan dalam hierarki yang tertinggi. Selari dengan matlamat ini

penstrukturan semula kementerian, JPN dan PPD diselaraskan dengan

perubahan fungsi JPN dan PPD yang direncanakan menerusi Gelombang 2

untuk mempercepatkan keberkesanan perubahan.

Penjajaran semula gerak kerja sedia ada perlu dilakukan agar ia lebih
berstruktur dan berimpak tinggi agar kejayaan yang lebih besar dapat dicapai.

Apabila kita mensasarkan suatu peningkatan besar dalam kemenjadian murid,

kita perlu memastikan gerak kerja transformasi bilik darjah kerana bilik darjah

merupakan jantung dan nadi bagi transformasi pendidikan negara. Sewajarnya

pembelajaran dan pemudahcaraan dalam bilik darjah diurus dengan berkesan

agar potensi anak-anak dapat dibangunkan mengikut kecenderungan mereka.

Transformasi bilik darjah diyakini berupaya membawa gelombang (ripple effect)

atau sinergi dalam perubahan bermakna secara keseluruhan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Selaras dengan usaha membangunkan murid secara holistik, Kementerian

Pendidikan Malaysia telah membuat perubahan dalam pentaksiran.

Pembelajaran berorientasikan pertumbuhan yang menjadi salah satu bidang

tumpuan dalam gerak kerja bagi mengoptimum kemenjadian murid dalam 9

tahun pertama persekolahan perlu diperkukuh. Pada masa ini, sewajarnya

guru-guru perlu memberikan lebih tumpuan terhadap perkembangan potensi

murid-murid untuk sekurang-kurangnya melepasi tahap minimum dan bukan

kecemerlangan peperiksaan.
Pemerkasaan transformasi bilik darjah melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah

khususnya Pentaksiran Bilik Darjah, psikometrik dan PAJSK perlu diletakkan

pada perspektif yang betul dan reliable agar ia menjadi kayu pengukur yang

tepat bagi melahirkan generasi untuk keperluan masa hadapan. Kita tidak lagi

boleh menyediakan murid-murid seperti mana kita disediakan pada masa

lepas, atau menyediakan murid-murid untuk masa kin,i sebaliknya kita perlu

menyediakan murid-murid untuk masa hadapan. Oleh sebab itu, mulai tahun

2019 tiada lagi sebarang bentuk peperiksaan atau ujian setara bagi murid-

murid tahap 1 sementara konsep pembelajaran didik hibur(fun learning) dan

amalan nilai menjadi rutin harian diterapkan secara konsisten.

Guru-guru pastinya memikul tanggungjawab yang berat bukan sekadar

pencapaian peperiksaan semata-mata sebaliknya turut mengambil

tanggungjawab dalam pembinaan karekter murid-murid dengan nilai

manusiawi yang tinggi. Oleh sebab itu, usaha-usaha untuk terus memperkasa

speaker corner dan memartabatkan guru sebagai hero teachers perlu

diperkukuh. Mereka perlu memperlihatkan bagaimana mereka

mempelbagaikan pedagogi bagi menterjemahkan dan menyahut cabaran

Revolusi Industri 4.0 kerana kita menyediakan murid untuk masa hadapan.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Untuk memastikan kelangsungan pendidikan berimpak tinggi, kepimpinan

pendidikan di semua peringkat perlu diperkasa. Program-program strategik

yang digariskan khususnya dalam Program Transformasi Daerah (DTP),

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) dan Komuniti Pembelajaran

Profesional (PLC) mesti dilaksana dan dimanfaatkan secara optimum.

Akhir kata, teruskan usaha dengan memperkukuh organisasi dan pasukan

dengan visi yang jelas. Kita tidak lagi boleh melaksana tindakan sepertimana

biasa (business as usual) sebaliknya dengan tekad dan iltizam tinggi untuk

mengubah lanskap pendidikan demi kepentingan anak-anak pada masa

hadapan.

Guru-guru sekalian.

Biar siapa pun anda, di mana pun anda berada, walau apa pun alasan anda

menjadi guru, di bahu andalah masa hadapan negara. Anda adalah arkitek

sekaligus pembina legasi negara bangsa. Oleh itu, bersedialah menghadapi dan

menerajui perubahan dengan tekad menjadikan murid-murid sebagai aset

kebanggaan negara kelak.Di tangan andalah, kanvas putih terbentang.

Lakarlah, lukislah, warnailah dan manfaatkanlah apa jua sumber yang ada
untuk menghasilkan corak terbaik buat bekalan kehidupan anak-anak kita di

dunia dan akhirat.

Selamat datang 2019. Selamat tahun baharu, dengan azam baharu dan iltizam

yang baharu, kita akan melakar kejayaan lebih gemilang. Insya’ Allah.

Wabillahitaufik Walhidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima kasih.

HAJI SHAHARUDIN BIN SHARIF


Pengarah Pendidikan Negeri Johor
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

24 Disember 2018

Anda mungkin juga menyukai