Anda di halaman 1dari 13

MATLAMAT

I. Kelab Badminton bermatlamat untuk memberi peluang kepada pelajar


-pelajar yang berminat dalam permainan badminton.
II. Menggalakkan kerjasama antara guru dan pelajar.
III. Mewujudkan perpaduan antara pelajar.

Visi
Melahirkan Insan Cemerlang Dalam Akademik, Kokurikulum dan Pembangunan
Sahsiah Melalui Sukan Badminton Dengan Penuh Disiplin dan Komitment Yang
Tinggi

Misi
Berusaha Melahirkan Insan Yang Berilmu, Berdisiplin dan Berjasa Serta
Bertanggungjawab Terhadap Diri, Agama, Bangsa dan Negara

OBJEKTIF
 melatih ahli secara seimbang dari segi teknik, jasmani dan mental.

 menyediakan peralatan yang mencukupi untuk semua ahli dan memastikan


ahli dapat mengenalpasti, memasang, dan mengguna peralatan-peralatan
dengan betul.

 mendisiplinkan pelajar sambil meningkatkan motivasi dalam sukan dan


pelajaran.

 melatih pelajar menghormati rakan sepermainan, kemahiran sosial dan


kemahiran kepimpinan.

 melahirkan jaguh dan pelapis kepada sekolah.


SYARAT – SYARAT DAN
PERATURAN
1. Setiap ahli yang ingin mendaftar perlu berumur di antara 7 hingga 12
tahun.

2. Ahli kelab ini perlu mematuhi segala jadual latihan yang telah di tetapkan
oleh kelab badminton ini.

3. Setiap ahli akan menjalani latihan secara konsisten dari masa ke semasa
dan akan dijalankan ujian penilaian bagi mengikuti tahap kemahiran yang
diperolehi sejajar dengan objektif kelab.

4. Setiap ahli perlu menjaga nama baik kelab samada di dalam sekolah
mahupun di luar sekolah.

5. Mana-mana ahli yang di dapati melakukan salah laku perlu membuat surat
tunjuk sebab sebelum ahli jawatankuasa memutuskan pemecatan keahlian
mereka
Latihan Kecerdasan Fizikal

Latihan Membina Otot Kaki

Permainan badminton mempunyai pelbagai kemahiran yang kompleks. Jika dapat


dilihat bahwa pemain harus melakukan gerakan-gerakan seperti lari cepat, berhenti
dengan tiba-tiba dan segera bergerak lagi, gerakan meloncat, menjangkau, memutar
badan dengan cepat, melakukan langkah luas dengan menyeimbangkan gerak
badan.

Gerakan-gerakan ini harus dilakukan berulang kali dan dalam tempoh yang lama,
selama pertandingan berlangsung. Akibat proses gerakan itu akan menghasilkan
"kepenatan", yang akan mempengaruhi denyutan jantung, paru-paru, sistem
peredaran darah, pernafasan, gerakan otot, dan sendi-sendi di dalam tubuh.

Oleh itu, pemain badminton sangat penting memiliki tahap kondisi fizikal yang baik.
Melalui proses latihan fizikal yang dirancang dengan baik, faktor-faktor tersebut
dapat dikuasai. Dengan kata lain pemain badminton itu harus memiliki kualiti
kesihatan jasmani yang baik. Ini akan dapat dilihat pada kesegaran mental,
psikologi, yang akhirnya mempengaruhi pada persembahan teknik bermain.

Itulah sebabnya pemain badminton sangat memerlukan kualiti kekuatan, daya tahan,
fleksibiliti, kecepatan, dan koordinasi gerak yang baik. Aspek-aspek tersebut sangat
diperlukan agar mampu bergerak dan beraksi untuk menjelajahi setiap sudut
lapangan selama pertandingan.
A. Sistem Latihan Fizikal Umum

Program dan aplikasi latihan fizikal badminton harus dirancang melalui tahap
sebagai berikut:

a. Persiapan fisikal umum yang bertujuan meningkatkan kemampuan kerja organ


tubuh, sehingga memudahkan keupayaan pembinaan dan peningkatan semua
aspek latihan pada tahap berikutnya.
b. Persiapan fisikal khusus bertujuan meningkatkan kemampuan fisikal dan gerak
yang lebih baik menuju pertandingan.
c. Peningkatan kemampuan kualiti gerak khusus pemain. Pada tahap ini latihan
bertujuan untuk memahirkan gerakan kompleks dan harmonis yang diperlukan
setiap pemain untuk menghadapi pertandingan.

Cara Terbaik untuk Mempersiapkan Tahap Fisikal Umum Pemain

1. Program Latihan Larian


Latihan lari sangat penting dan baik untuk menguasai kemampuan denyutan
jantung, paru-paru, dan kekuatan hati. Membiasakan pemain berlatih larian selama
40-60 minit tanpa berhenti, yang dilakukan 3-4 kali seminggu, sangat baik untuk
membina kemampuan daya tahan aerobik dan kesihatn umum pemain.

2. Program Latihan Senaman


Bentuk-bentuk latihan senam peregangan untuk seluruh bagian tubuh dan
persendian harus diberi perhatian. Latihan peregangan hendaklah diselangi gerakan
untuk memperkuat bahagian tubuh bahagian atas dan bawah yang dilakukan secara
berganti-ganti.

3. Program Latihan Lompat Tali


Latihan ini sangat balk untuk membina daya tahan, kelincahan kaki, dan kecepatan
serta melatih kemampuan gerak pergelangan tangan lebih lentur dan kuat. Proses
latihan dapat dilakukan de-ngan loncat satu kaki secara bergantian (seperti lari
biasa), loncat dua kaki, dan masih banyak bentuk variasinya.
4. Program Latihan Gabungan
Model atau sistem pelatihan ini adalah menggunakan berbagai alat bantu seperti
bangku, gawang ukuran kecil, tiang, tongkat, tali, bola, dan sebagainya. Tujuan
latihan ini adalah membina dan meningkatkan kamampuan dan keterampilan gerak
pemain sebagai keupayaan untuk pengkayaan gerak. Pemain harus fokus dalam
melakukan rangkaian gerak yang ada hubungannya dengan gerakan-gerakan dalam
permainan badminton, di samping memberikan keutamaan pada pembinaan aspek-
aspek kelincahan, dan koordinasi gerak yang memang diperlukankan dalam
badminton.

5.Latihan Pemanasan (warming up)


Banyak latihan kurang memberikan perhatian khusus perihal peranan dan fungsi
latihan pemanasan yang benar dan betul. Latihan pemanasan yang betul akan
memberikan pengaruh positif pada proses kerja organ tubuh, mekanisme peredaran
darah, dan pernafasan. Itu semua akan mempengaruhi langsung untuk kerja berat
selanjutnya. Di samping itu, sangat penting untuk menghindari terjadinya berbagai
kecederaan otot, persendian, dan fungsi-fungsi tubuh lainnya.

Pada umumnya latihan pemanasan berbentuk:

a. Lari jarak pendek yang pelbagai seperti lari sambil angkat paha/lutut, lari mundur,
lari maju dan ke sisi.
b. Melakukan gerakan-gerakan senaman yang bersifat meregang otot kaki, paha
belakang, depan, lengan, pergelangan kaki, pinggang, otot bahu, dan lain-lain.
c. Kualiti regangan harus dilakukan dengan perlahan hingga terasa terjadi proses
peregangan pada bagian otot dan persendian yang dilatih. Hindari melakukan
gerakan sentak, yang dapat menyebabkan rasa sakit pada otot atau persendian.

6. Latihan Pendinginan (cooling exercise)


Latihan ini dilakukan setelah program latihan selesai dilaksanakan sebagai
mengendurkan bahagian otot yang bekerja berat tadi kembali pada posisi rileks dan
tidak kaku. Bentuk latihannya adalah senam dan gerakan meregang. Kualiti latihan
meregang, khususnya untuk otot besar seperti paha belakang dan depan, ping-ang,
punggung, otot lengan, bahu, dada, dan berbagai persendian tubuh, harus diamati
dengan betul. Lakukan gerakan pendinginan ini perlu dilakukan selepas setiap kali
akticviti berat dilakukan

B. Sistem Latihan Fisikal Khusus

Pelatihan fizikal badminton dituntut untuk memahami dan mengetahui secara


spesifik keperluan gerak olahraga ini. Bahkan harus mendalami makna proses kerja
otot, sistem energi, dan mekanisme gerak yang terjadi dalam permainan badminton.
Atas dasar pengetahuan ini, pelatih akan mampu merancang bentuk-bentuk latihan
fisikal secara spesifik, sesuai keperluan pemain.

1. Latihan Daya Tahan


(Aerobik dan Anaerobik)
Kemampuan daya tahan dan stamina dapat dikembangkan melalui kegiatan lari dan
gerakan-gerakan lain yang memiliki nilai aerobik. Biasakan pemain menyenangi
latihan lari selama 40-60 minit dengan kecepatan yang pelbagai. Tujuan latihan ini
adalah meningkatkan kemampuan daya tahan aerobik dan daya tahan otot. Dimana
pemain dipacu untuk berlari dan bergerak dalam waktu yang lama dan tidak
mengalami kepenatan yang melampau.

Selanjutnya proses latihan lari ini ditingkatkan dengan kualiti frekuensi, intensiti, dan
kelajuan, yang akan berpengaruh terjadinya proses anaerobik (stamina) pemain.
Artinya, pemain itu mampu bergerak cepat dalam tempoh lama dengan gerakan
yang tetap konsisten dan harmonis.

2. Latihan Kekuatan
Pemain badmintoan sangat memerlukan aspek kekuatan. Berdasarkan analisis dan
penguasaan pemain melakukan gerakan-gerakan seperti melompat ke depan, ke
belakang, ke sisi, memukul sambil loncat, melakukan langkah lebar dengan tiba-tiba.
Semua gerakan ini memerlukan kekuatan otot dengan kualiti gerakan yang baik dan
betul.
Cara terbaik untuk meningkatkan kemampuan kekuatan ini adalah latihan
menggunakan beban atau dengan kata lain latihan beban (weight training).
Sebaiknya sebelum melakukan program latihan beban sesungguhnya, disarankan
agar pemain terlebih dulu mengenal berbagai bentuk gerakan seperti:
- mendorong (push up, pull up)
- bangun tidur, angkat kaki
- memperkuat otot punggung, pinggang
Proses selanjutnya adalah meningkatkan kualiti gerakan dengan menggunakan
beban (weight training) yang sebenarnya. Dinasihatkan untuk tidak melakukan atau
berlatih lompat di tempat yang keras kerena apabila terjatuh terjadinya sakit, cedera
pada bagian lutut, dan pinggang.

3. Latihan Ketangkasan
Aspek ketangkasan dalam badminton sangat penting. Pemain harus bergerak
dengan cepat untuk menutup setiap sudut-sudut lapangan sambil menjangkau atau
memukul bulutangkis dengan cepat.

Cara untuk bergerak cepat adalah melatih ketangkasan kaki. Aspek ketangkasan
dalam badminton juga bermakna pemain harus cekap dalam mengubah arah gerak
dengan tiba-tiba, tanpa kehilangan momen keseimbangan tubuh. Bentuk-bentuk
latihannya antara lain:
a. Lari cepat dalam jarak dekat
b .Lari bolak-balik, jarak enam meter (shuttle run)
c. Tingkatkan kualiti latihan dengan menggunakan beban, rintangan, dan lain-lain.
d. Berdiri jengket dan diikuti lari cepat dalam jarak dekat pula.

4. Latihan Kelenturan/Fleksibiliti
Fleksibiliti adalah komponen kesegaran jasmani yang sangat penting dikuasai oleh
setiap pemain badminton. Dengan ciri-ciri gerakan cepat, kuat, tangkas namun tetap
bertenaga, pembinaan kelenturan tubuh harus mendapat perhatian khusus.

Latihan fleksibiliti harus mendapat bahagian yang mencukupi. Orang yang kurang
lentur mudah mengalami kecederaan di bahagian otot dan daerah persendian. Di
samping itu, gerakannya cenderung kaku sehingga banyak menggunakan tenaga,
kurang harmonis, kurang rileks, dan tidak efisyen.
Latihan-latihan peregangan dengan kualiti gerakan yang baik memacu komponen
otot dan persendian mengalami peregangan yang optimum. Oleh karena itu,
fleksibiliti ini harus dilatih dengan tekun dan sistematik.

5. Model-Model Latihan Fisikal dengan Menggunakan Alat Bantu Latihan

a. Latihan dengan Bola Medisin


Bola medisin yang beratnya pelbagai antara 1-5 kilogram merupakan alat bantu
latihan, antara lain untuk kekuatan dan kecepatan melempar, membina kekuatan
lengan, kaki, dan kekuatan bahagian atas dan bawah tubuh.
Bentuk latihan bola medisin ini antara lain dilakukan dengan melempar ke arah
tembok dengan satu atau dengan dua lengan. Berdiri kira-kira 3-4 meter dari
tembok, lalu lempar bola itu dan segera tangkap bola tersebut sambil lari mundur ke
arah garis mula, seperti gerakan mundur dalam permainan badminton.

b. Latihan Lompat Tali


Pemain badminton dianjurkan untuk tampil dan menguasai bentuk latihan lompat tali
ini. Pengaruh latihan ini sangat membantu untuk membina kekuatan kaki,
pergelangan kaki, daya tahan, koordinasi gerakan, dan membantu peningkatan
kualiti gerak pergelangan tangan.
Latihan lompat tali dirancang dengan sistem interval antara lain sebagai berikut:

• Sesi I: • Sesi H:
1. 3 X 30 detik 1.5 X 25 detik
2. 5 X 25 detik 2. 7 X 20 detik
3. 7 X 20 detik 3. 5 X 30 detik
4. 3 X 30 detik 4. 3 X 40 detik

Masa rehat antara kegiatan adalah 15-20 detik. Tingkatkan latihan ini dengan
menambah jumlah sesi, waktu kegiatan masa rehat dipendekkan. Dalam aplikasi
latihan lompat tali, pelatih harus berperan memberikan motivasi dan pengawasan
gerak lompat, sehingga tujuan latihan tercapai dengan optimum.

Latihan ini berfungsi untuk meningkatkan kemampuan gerak kaki, kecepatan, serta
daya tahan. Latihan ini dapat dijadikan sebagai program khusus, rutin bagi pemain
agar langkah dan gerakan kaki (footwork) sentiasa ditingkatkan dan dipelihara terus.
Untuk meningkatkan kualiti latihan ini, pemain harus menggunakan "jaket pemberat"
yang dibuat khusus untuk itu. Sangat baik untuk membina kualitidan ketangkasan
gerak pemain.

d. Latihan Lompat Bangku


Latihan ini berfungsi untuk membina kekuatan kaki, konsentrasi, dan ketangkasan
gerakan yang diperlukan dalam permainan. Bangku dibuat dengan berbagai ukuran
tinggi antara lain 40, 50, 70, 80 cm. Alat ini berfungsi sebagai alat pemberat,
rintangan, tantangan, agar pemain terpacu untuk mengatasinya. Proses kerja
"overload' (beban lebih) dengan menggunakan beban rintangan ini, latihan makin
terasa berat bagi pemain.
Dalam pelaksanaan latihan, pelatih harus tampil meletakkan bangku itu sesuai
dengan tujuan latihan dan keperluan pemain
CARTA ORGANISASI INDUK
KELAB BANMINTON
2017
Penaung
PN.S.VALLIYAMMAL
(Guru Besar)

Penasihat
EN.YOGESWARAN
(Penolong Kanan Kokurikulum)

Pengerusi
PN.S.THARANEE

Naib Pengerusi
PN.J.RUBINI

Setiausaha
PN.R.LEELA

Bendahari
PN.REVATHY
RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN KELAB
BADMINTON 2017
bulan aktiviti
Januari a) Ice- breaking
b)Perlantikan Ajk

Februari 1) Pengenalan permainan badminton


a)Latar belakang sukan badminton
b)Peraturan dan undang-undang
permainan
c. Ukuran Gelanggang
d. Peralatan dan pakaian

Mac 1. Kemahiran Asas


a. Cara memegang raket
b. Cara memegang bulu tangkis
c. Kedudukan/ posisi
d. AKtiviti koordinasi: Hand feeding, raket
feeding, shuttle run
e. Permainan kecil: Monkey and shuttle

April 1. Permainan kecil: Aim to the target dan


Upside and down
2. Latihan

Mei 1. Kemahiran Asas Servis


- Servis tinggi hadapan
- Servis Rendah Forehand
- Servis Rendah backhand
2. Permainan kecil: Target servis dan
wall servis
Jun 1. Kemahiran Asas Lob
2. Latihan kemahiran
3. Permainan kecit: Throw and hit dan
clock game

Julai 1. Permainan Jaring


2. Pukulan Drop
3. Latihan kemahiran

Ogos 1. Permainan Jaring


2. Pukulan Drop
3. Latihan kemahiran

September September
1. Pukulan Smash
2. Menghadang (Block)
3. Latihan kemahiran

Oktober OKTOBER
1. Pertandingan Dalaman
a. Latihan kecergasan- lari pecut
pepenjuru, lari sisi.
b. Senaman regangan.
c. Kemahiran bola.
d. Permainan kecil antara kumpulan.
e. Mengenal pasti kesalahan.
f. Perbincangan.

November 1. Pertandingan Badminton Antara Kelas


Tahun 4, 5 dan 6

Anda mungkin juga menyukai