Anda di halaman 1dari 1

Teori Vygotsky

Zon Perkembangan Proksimal telah diperkenalkan oleh Vygotsky. Zon ini terbahagi
kepada dua iaitu had atas dan had bawah. Zon Perkembangan ini memerlukan
bimbingan oleh orang dewasa atau rakan sebaya yang berkemahiran. Seseorang guru
akan memberi bimbingan pada set induksi dan aktiviti kumpulan bagi membolehkan
murid yang cerdas membantu rakan yang kurang cerdas. Scaffolding adalah individu
yang mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan dan bimbingan yang diberikan
adalah minimum. Selepas set induksi, guru hanya menjadi pemerhati dan murid yang
akan menyelesaikan masalah mereka sendiri secara individu mahupun berkumpulan.

Menurut Vygotsky, perolehan pengetahuan dan perkembangan kognitif


seseorang hamper dengan teori sciogenesis. Pengetahuan dan perkembangan kognitif
individu berasal daripada sumber-sumber sosial di luar dirinya. Hal ini tidak bererti
bahawa individu bersikap pasif dalam perkembangan kognitifnya, tetapi Vygotsky
menekankan pentingnya peranan aktif seseorang dalam mengkonstruksi
pengetahuannya. Teori Vygotsky lebih sesuai disebut dengan pendekatan
konstruktivisme yang bermaksud perkembangan kognitif seseorang ditentukan oleh
individu sendiri secara aktif.

Teori Vygotsky berpandukan pada tiga idea utama iaitu intelektual


berkembang pada saat individu menghadapi pemikiran baru dan sulit mengaitkan idea-
idea tersebut dengan apa yang mereka ketahui. Seterusnya, interaksi dengan orang lain
memperkaya perkembangan intelektual. Akhir sekali adalah peranan utama guru
adalah bertindak sebagai seorang pembantu dan pembelajaran kanak-kanak. Peringkat
perkembangan kognitif Vygotsky percaya bahawa teori kognitif berlaku dalam
sosiobudaya yang mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku individu. Kebanyakan
daripada kemahiran kognitif kanak-kanak terhasil daripada interaksi social dengan ibu
bapa, guru, orang dewasa dan rakan sebaya.

Anda mungkin juga menyukai