Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) TASKA

Nama Pendidik/ Pengasuh :

Minggu :2

Tarikh & Hari : 16/7/2018 (Isnin)

Masa : 9.50 – 10.20 pagi

Umur Kanak-Kanak : 3-4 Tahun

Kebolehan Kanak-Kanak : Kanak-kanak mengetahui konsep nombor

Bilangan Kanak-Kanak : 4 orang

Tema Nombor
Tajuk Mari Mengenali Nombor
Objektif 1. Kanak-kanak boleh menyebut nombor 1-10 dengan tepat
Pembelajaran 2. Kanak-kanak dapat mengecam nombor dengan betul
3. Kanak-kanak boleh membuat pelbagai bentuk menggunakan
pasir dengan baik
Bidang Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran
Perkembangan Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik
Bahan Pasir
Bekas
Acuan nombor
Penyodok pasir
Tempat/Ruang Halaman Taska
Langkah 1. Pengasuh membawa kanak-kanak ke halaman taska
Pengajaran 2. Pengasuh meminta kanak-kanak duduk mengelilingi bekas
pasir
3. Pengasuh bertanyakan nombor berapa yang terdapat pada
acuan pasir
4. Pengasuh meminta kanak-kanak untuk menyebut nombor 1-10
5. Pengasuh memuji kanak-kanak kerana dapat menyebut dengan
baik
6. Pengasuh membiarkan kanak-kanak bermain pasir mengikut
acuan yang telah disediakan
7. Pengasuh bertanyakan nombor berapa yang mereka buat
menggunakan acuan
8. Pengasuh memberi pujian kerana dapat membuat aktiviti
dengan baik

Aspek yang 1. Memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan yang sihat


diambil kira 2. Memastikan kanak-kanak dalam keadaan yang sedia
3. Memastikan ruang aktiviti itu sentiasa bersih dan selamat

Refleksi 1) Pendidik/pengasuh:
Kelebihan: Menggunakan bahan yang menarik unttuk kanak-
kanak mengikut tahap umur
Kekurangan: Bekas pasir yang digunakan tidak begitu besar
untuk membuat aktiviti bersama kanak-kanak
2) Kanak-kanak

Kelebihan: Kanak-kanak memberi respon yang terbaik tentang


konsep nombor 1-10

Kekurangan: Bahan yang digunakan begitu kecil menyukarkan


kanak-kanak untuk bermain dengan bebas

Cadangan Penambahbaikan: Dapat membuat kawasan bermain


pasir lebih besar yang mampu membenarkan kana-kanak lain
menyertai aktiviti.
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) TASKA

Nama Pendidik/ Pengasuh :


NUR NADIAH NATASHA BINTI AHMAD

Minggu :2

Tarikh & Hari : 17/7/2018 (Selasa)

Masa : 9.30 – 10.0 pagi

Umur Kanak-Kanak : 3-4 Tahun

Kebolehan Kanak-Kanak : Kanak-kanak mengetahui bahagian tubuh badan

Bilangan Kanak-Kanak : 4 orang

Tema Anggota Badan


Tajuk Diri Saya
Objektif 1. Kanak-kanak dapat mengenalpasti bahagian tubuh badan
Pembelajaran dengan tepat
2. Kanak-kanak boleh menyebut bahagian tubuh badan dengan
betul
3. Kanak-kanak dapat meningkatkan kebolehan deria mendengar,
melihat, bercakap dan menghidu dengan baik
Bidang Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran
Perkembangan Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
Perkembangan Fizikal
Senarai Bahan/Alat Televisyen
Tempat/Ruang Ruang Interaksi
Langkah 1. Pengasuh membawa kanak-kanak ke ruang interaksi
Pengajaran 2. Pengasuh membuka lagu anggota tubuh badan di televisyen
3. Pengasuh bernyanyi bersama-sama kanak-kanak
4. Pengasuh menunjukkan bahagian tubuh badan satu persatu
kepada kanak-kanak
5. Pengasuh bertanyakan kepada kanak-kanak tentang bahagian
yang ditunjukkan kepada mereka
6. Pengasuh meminta setiap kanak-kanak menjawab pertanyaan
tentang tubuh badan
7. Pengasuh memberi pujian dengan kata-kata yang mesra kerana
dapat buat aktivti dengan baik
Aspek yang 1. Memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan yang sihat
diambil kira 2. Memastikan kanak-kanak dalam keadaan yang sedia
3. Memastikan ruang aktiviti itu sentiasa bersih dan selamat

Refleksi 1) Pendidik/pengasuh:

Kelebihan: Menggalakkan kanak-kanak mengenali tubuh


badan mereka dengan nyanyian lagu
Kekurangan: Pengasuh tidak memberi bahan yang menarik
kepada kanak-kanak

2) Kanak-kanak

Kelebihan: Kanak-kanak memberi respon yang baik apabila


guru bertanya tentang bahagian tubuh badan

Kekurangan: Kanak-kanak tidak mempunyai lembaran kerja


untuk dibuat

Cadangan Penambahbaikan: Perlulah memberi bahan


maujud yang menarik minat kanak-kanak mempelajari sesuatu
pelajaran

Anda mungkin juga menyukai