Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM MOTIVASI DAN HARI

DIALOG PRESTASI TAHUN 2018

Mengumumkan ketibaan Yang Di Pertua PIBG, Dr Saiful Amin bin Jalun


diiringi oleh Puan Guru Besar Puan Nur Suzanalita Bt. Mohd Azhar.

Hadirin Di Minta Berdiri

Terima kasih, hadirin dipersilakan duduk.

Assalamualaikum WBT,
Yang Berusaha, Dr Saiful Amin bin Jalun, Yang Dipertua PIBG SK Sungai
Ramal Dalam
Yang Berusaha, Puan Nur Suzanalita Bt Mohd Azhar, Guru Besar SK
Sungai Ramal Dalam
Yang Dihormati, Encik Mohd Azmi bin Suhimi, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid,
Yang Dihormati, Encik Jamaludin bin Nayan, Penolong Kanan
Kokurikulum,
Yang Dihormati, Puan Nur Rashidah Khairunnisa Ranjeeta bt Abdullah,
Penolong Kanan Petang

Dan Seterusnya ibu bapa, penjaga dan murid-murid sekalian

Sirih berlipat sirih pinang,

Sirih dari Pulau Mutiara,

Pemanis kata selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara.


Assalamualaikum wbt dan ucapan selamat datang ke Program Motivasi
Dan Hari Dialog Prestasi Tahun 2018

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah


kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul dalam majlis hari ini. Pihak
sekolah mengalu-alukan kedatangan para jemputan, ibu bapa dan
murid-murid ke majlis pada hari ini.

Tujuan Majlis ini diadakan adalah bagi mengeratkan hubungan mesra


antara ibu bapa dengan pihak sekolah di samping melahirkan kesedaran
tentang peranan dan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak

Warga dewan yang dimuliakan,

Menadah tangan tanda kerendahan,

Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,

Doa dipohon penuh pengharapan,

Agar Majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya
menjemput Ustaz Mohd Faiza Bin Ariffin untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih atas


bacaan doa sebentar tadi.
Sidang dewan yang yang dimuliakan,

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya

Tak berkat ilmu tanpa amalnya,

Tak lengkap majlis jika tidak ada yang berbicara.

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan hormatnya


mempersilakan Puan Nur Suzanalita Binti Mohd Azhar selaku Guru
Besar Sek Keb Sungai Ramal Dalam bagi menyampaikan ucapan alu-
aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Nur Suzanalita


Binti Mohd Azhar atas kesudian beliau menyampaikan ucapan itu tadi

Para hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan sesi motivasi oleh Dr Saiful Amin bin
Jalun, Yang Dipertua PIBG SK Sungai Ramal Dalam.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Dr Saiful Amin bin Jalun atas sesi
motivasi yang disampaikan sebentar tadi. Diharap para ibu bapa dapat
mengambil iktibar daripada apa yang telah diperolehi dari slot motivasi
tersebut.
Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Nur Suzanalita
Binti Mohd Azhar diiringi oleh Mohd Azmi bin Suhimi untuk
menyampaikan sedikit cenderamata kepada penceramah iaitu Dr Saiful
Amin bin Jalun

Terima kasih kepada Puan Nursuzanalita di atas kesudian


menyampaikan cenderamata itu tadi.

Dengan berakhirnya sesi motivasi itu tadi, maka berakhirlah sesi


pertama untuk program hari ini.

Merdu bertingkah alunan suara,

Kadang tak sedar tersilap kata,

Andai terlanjur patah bicara,

Serendah hati kemaafan dipinta

Seterusnya majlis menjemput ibu bapa untuk ke bahagian belakang


dewan untuk slot Dialog Prestasi Bersama Guru Kelas Tahun 6

Anda mungkin juga menyukai