Anda di halaman 1dari 14

Penhargaan

Dalam kerja kursus ini, saya telah lebih mengenali peringkat perkembangan guru

dan cara untuk memajukan kerjaya guru dengan teliti melalui membaca pelbagai

maklumat sama ada daripada internet ataupun buku. Dengan mengetahu cara untuk

memajukan kerjaya guru, ini membantu saya dalam masa depan saya untuk

menjadikan sendiri sebagai seorang yang profesional dalam bidang pendidikan.

Selain profesional sendiri, kerja kursus ini juga dapat membawa perubahan

sistem pendidikan negara kita menjadi baik. Impian saya sebagai guru tidak hanya

untuk mendidik anak murid kelas saya dengan baik, tetapi berharap semua anak murid

di negara ini dapat dididik dengan baik. Dengan ini, negara kita akan terjadilah negara

yang maju, yang boleh bersaing dengan negara lain, yang tiada gelapan dalam

masyakat. Pengaruh dadah akan menjadi sifar, budaya kuning dan budaya rasuah tidak

akan wujub lagi di negara kita. Tambahan masalah perpaduan di negara juga akan

diselesaikan dengan pendidikan yang baik kepada anak murid kita.

Dengan itu, saya amat berterima kasih kepada penyelaras khusus ini dengan

memberi satu peluang yang baik keapda kami untuk meningkatkan profesional sendiri.

Saya juga ingin berterima kasih kepada pensyarah saya kerana selalu membimbing kita

dalam tugasan dan sentiasa memberikan ilmu kepada kita agar menjadi seorang guru

yang berkualiti. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih

kepada rakan kelas saya kerana membantu saya dalam pencarian maklumat dan

perbincangan kerja kursus.

Sekian terima kasih.


1.0 Tajuk

Kertas Cadangan Peningkatan Kualiti Guru

2.0 Matlatmat

Meningkatkan Kualiti Guru Untuk Kebaikan Sistem Pendidikan Negara

3.0 Rasional

Untuk menbangunkan sistem pendidikan negara, guru memainkan peranan yang

penting. Guru sebagai pendidik di sekolah juga adalah bakal pentadbir di bawah

jabatan pendidikan negara. Oleh itu, kualiti guru harus sentiasa dipertingkatkan bagi

mewujubkan sistem pendidikan yang dapat mendidik anak murid menjadi pemimpin

yang hebat, menjadikan negara yang mampu bersaing dengan negara lain.

4.0 Objektif

Kertas Cadangan ini bertujuan untuk:

1) Menjadikan satu panduan kepada guru untuk lebih mengetahui jalan kerjaya

guru.

2) Memberi hala tujuan yang jelas bagi guru yang mahu meningkatkan profesional

guru
5.0 Latar Belakang

Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan sesebuah

negeri kerana guru merupakan pendidik bagi bakal pemimpin sesebuah negara.

Dengan ini, status guru sepatutnya menjadi satu kerjaya yang amat dihormati dalam

masyarkat seperti masyarakt menghormati kerjaya doktor, penguam, jurutera. Akan

tetapi, apabila kerjaya guru dibandingkan dengan kerjaya yang disebutkan tadi, status

guru adalah amat rendah.

Perkara ini boleh berlaku adalah disebabkan ramai guru tidak menitik berat

tentang apakah itu pendidikan. Ramai guru yang sudah menjadi guru sudah kehilangan

pengajaran yang mereka dapatkan daripada IPG. Selepas keluar menjadi guru

sebenar, ramai guru tidaklah lagi menggunakan ABM dan hanya mengulangi

pengajaran yang bosan dan bersifat mesin. Ini menyebabkan masyarakat akan

memberi satu pandangan kepada guru – “ guru hanya pekerjaan yang senang, hanya

cakap dan memberi arahan”. Masyarakat tidak akan ketahui betapa pentingnya

kewujuban guru sehingga wujubnya ramai guru yang cukup pakar dalam bidang

pendidikan guru.

Dengan adalahnya guru pakar ini, pendidikan negara akan berubah menjadi baik

kerana sistem pendidikan negara dirancangkan oleh orang yang benar-benar tahu

apakah itu pendidikan. Disebabkan guru pakar ini telah melalui perkembangan

peringkat guru sejak peringkat pertama iaitu peringkat novis, beliau sudah tentunya

memahami keadaan pendidikan di negara dan tahu cara untuk mengatas masalah yang

telah ditimbulkan.
Oleh itu, kertas cadangan ini adalah sangatlah penting untuk melahirkan bakal

guru-guru pakar demi perubahbaikan sistem pendidikan di negara kita.

6.0 Program Esei

Teori peringkat perkembangan guru terdapat 2 jenis, iaitu perkembangan

keprihatian ( Fuller, 1969) dan lima peringkat perkembangan guru (Trotter, 1986).

Dalam kertas cadangan ini, saya akan cuba mengabungkan kedua-dua teori ini untuk

menganalisiskan model perkembangan kerjaya guru.

Menurut Trotter, peringkat perkembangan guru terdapat 6 peringkat iaitu

peingkat novis, novis lanjutan, cekap, berkesan, mahir, pakar. Guru bagi setiap

peringkat mempunyai tugasnya yang harus dilaksanakan. Untuk meningkatkan

peringkat sendiri, guru harus berusaha meningkatkan pretasi sendiri terutama

meningkatkan kemahiran sendiri dalam bidang pengajaran. Berikutlah cadangan saya

terhadap guru untuk berjaya dalam setiap peringkat dalam model perkembangan

kerjaya guru.

6.1 Guru Novis dan Novis Lanjutan

Selepas kami mengaji di Institut Pendidikan Guru, kami akan dihantar ke sekolah

sebagai guru yang sah. Pada masa itu, kita akan memasuki peringkat guru novis. Guru

novis adalah guru yang baru memasuki ke alam pendidikan. Biasanya guru ini

merupakan guru yang masuk ke alam pendidikan tidak lama daripada 3 tahun. Guru ini

masih tidak dapat menjalani tugas sekolah dengan baik kerana pengalaman yang tidak

mencukupi. Walaupun kami telah diberikan ilmu tentang teori pendidikan semasa di IPG

dan menjalankan praktikum, tetapi pengalaman ini masih tidak mencukupi untuk kami
menjalani tugasan kami dengan baik dan senang. Pada peringkat ini, guru haruslah

berusaha untuk memahami dan melaksanakan tugasan yang diberi dengan penyeliaan

dan bimbingan daripada guru besar dan guru yang berpengalaman. Dalam peringkat

itu, keupayaan menyelesaikan masalah amat penting. Guru haruslah sentiasa

memikirkan cara untuk mengatasi masalah yang disebutkan berikut :

a) Masalah pengetahuan kandungan pedagogi

b) Masalah komunikasi dengan murid dan rakan pekerja

c) Masalah pengajaran dan pembelajaran penggunaan teknologi maklumat

d) Masalah menaik taraf kedudukan sekolah

e) Masalah pengurusan sekolah dan bilik darjah

f) Masalah yang timbul di kalangan masyarkat (ibu bapa)

Untuk mengatasi masalah ini, guru haruslah sentiasa meningkatkan pengetahuan

sendiri dengan sentiasa merujuk kepada rakan pekerja yang berpengalaman tinggi dan

cuba mendapatkan pengalaman mereka. Selain daripada bimbingan guru

berpengalaman, guru novis juga dapat meningkatkan diri dengan menghadiri ke kursus

yang dapat menbantu menyelesaikan masalah yang disebutkan di atas. Antaranya

adalah :

a) Ceramah pengurusan bilik darjah

a. Ceramah ini seperti tajuk “cara mengawal kelas dengan berkesan”, “cara

menwujubkan kelas bermesra” agak sesuai diikuti. Melalui cemahan ini,

guru dapat tahu tentang cara untuk mengawal kelas dengan lebih

berkesan. Jika seseorang dapat mengawal kelas dengan berkesan,


pengajaran dapat dijalankan dengan sempurna, ini dapat membantu

pembelajaran murid.

b) Program masyarakat

a. Guru ini juga boleh mengikuti program seperti gotong-royong di

masyarakat untuk mengaratkan perhubugan dengan penduduk di tempat.

Penduduk yang datang mungkin terdiri daripada ibu-bapa murid. Guru

dapat mendapatkan maklumat daripada murid dengan lebih senang

kerana sudah rapat dengan ibu bapa murid.

c) Kem yang berkaitan dengan pengetahuan kandungan pedagogi, pengetahuan

kandungan, pengetahuan pedagogi

a. Ini lebih kurang sama dengan ceramah pengerusan bilik darjah, hanya

yang berbeza ialah program ini dijalankan dengan penglibatan guru

secara langsung dengan program ini. Dalam sesi ceramah, guru hanya

duduk dan mendengar pemberi ceramah. Tetapi dalam kem, guru dapat

mengakplikasikan apa-apa yang dipelajari dengan segera dan mendapat

komen daripada semua orang. Ini akan banyak membantu guru yang

menghadapi masalah tentang teknik pengajaran.

d) Ceramah tentang cara komunikasi yang berkesan

a. Cara berkomunikasi yang berkesan amat penting untuk guru. Sebagai

guru, guru haruslah dapat berkomunikasi baik dengan murid dan guru

serakan kerana ini dapat mewujubkan suasana mesra terhadap guru

tersebut. Dengan mendengar ceramah ini, guru dapat lebih memahami


apa-apa yang sesuai dibuat semasa berkomunikasi dan apa-apa yang

dilarang buat. Ini dapat membantu meningkatkan perhubungan guru

dengan sesiapa sahaja.

Dengan menghadiri program atas, kebolehan guru dapat dipertingkatkan untuk

membantu mereka mengatasi masalah yang timbul dalam pekerjaan mereka. Selepas 3

tahun di sekolah, guru akan semakin biasai dengan keadaan sekolah dan akan

bergerak ke peringkat guru novis lanjutan. Guru novis lanjutan adalah guru yang telah

menbiasai keadaan sekolah tetapi masih dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan

menyelesaikan masalah yang ditimbul di sekolah. Oleh itu, guru novis lanjutan masih

harus mengikuti kursus yang dicadangkan di atas.

6.2 Guru Cekap

Selepas 5 atau 10 tahun, guru novis lanjutan akan bergerak ke guru cekap. Guru

cekap bermakna guru yang sudah dapat menguasai cara penyelesaian masalah. Pada

tahap ini, guru cekap akan sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawap sebagai

penyelia dan pembimbing yang minimum ke atas guru novis dan guru novis lanjutan.

Mereka tidak akan menghadapi masalah bagaimana untuk mengatasi masalah, tetapi

menghadapi masalah bagaimana untuk meningkatkan lagi pretasinya. Antaranya :


a) Bagaimana meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran murid dan

penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran

b) Meningkatkan kualiti pengurusan

c) Meningkatkan pretasi staff sokongan

d) Membuat “action research” bagi meningkatkan pretasi murid atau kualiti

pengajaran

Bagi guru cekap, guru ini telah menpunyai satu motivasi yang tinggi untuk berubah

cara pengajarannya menjadi lebih qualiti inilah agak berbeza dengan peringkat novis

dan novis lanjutan yang mengutamakan cara penyelesaian. Untuk meningkatkan

pretasi guru cekap, satu cara yang amat berkesan adalah guru haruslah sentiasa

membuat “action research”. “Action research” merupakan satu kaedah penyelidikan

yang bersifat saintifik. Dalam “action research”, guru akan mengumpulkan maklumat

dan menganalisiskan maklumat yang dikumpul. Dengan ini, guru dapat mengetahukan

keadaan pretasi sendiri dengan lebih teliti dan tepat. Ini agak membantu untuk

peningkatan pretasi guru cekap. Untuk membuat satu penyelidikan yang berkesan dan

berkualiti, guru cekap haruslah menghadiri ke kursus untuk mengetahu cara

penyelidikan.
6.3 Guru berkesan

Selepas guru cekap mencapai kejayaan yang bagus dalam peningkatan pretasi

sendiri, guru cekap akan bergerak ke peringkat guru berkesan. Guru berkesan adalah

guru yang bengalaman luas dan mampu menyelia dan membimbing guru lain.

Antaranya penolong kanan guru besar adalah guru berkesan iaitu guru DG 48. Selain

menyelia dan membimbing guru, beliau juga dapat melakukan educated guess dalam

organisasi. Untuk menjadi seorang guru berkesan yang bagus, dia hendaklah

mempunyai kebolehan pentadbiran terutamanya dalam :

a) pentadbiran dalaman,

b) pengurusan konflik,

c) team building

d) kreatif dan inovasi

e) relationship dan networking

f) interpersonal pengurusan berkesan

Untuk mendapat kebolehan di atas, guru berkesan haruslah menghadiri kursus yang

berkaitan dengan pengurusan kumpulan. Dengan menghadiri kursus ini, guru berkesan

akan lebih tahu akan cara bagaimana untuk mengatasi masalah semasa berlakunya

konflik dengan guru lain ataupun konflik antara guru dengan guru. Guru berkesan

haruslah sentiasa tahu untuk membina semangat pasukan di sekolahnya untuk

memastikan semua guru mempunyai satu matlamat yang sama. Dengan adanya

matlamat yang sama, masalah penimbulan konflik juga akan dikurangkan kerana

kesefahaman yang kuat antara satu sama lain.


6.3 Guru Mahir

Selepas guru berkesan sudah mahir dalam bidangnya, dia akan menerima

perubahan ke pangkat lain, iaitu guru mahir. Guru mahir biasanya menerima pangkat

DG52 dan merupakan pangkat seseorang guru besar di sekolah. Sebagai seorang guru

besar atau pengetua, beliau haruslah mempunyai kebolahan pengurusan dan

kepimpinan yang dapat membawa perubahan kepada suatu organisasi. Antaranya

kebolehan :

a) pengurusan organisasi,

b) System thinking,

c) Change Management

Untuk membawa perubahan yang positif, guru mahir haruslah menguasai

kebolehan ini dengan menghadiri ke kursus:

a) Pengurusan organisasi yang berkesan

a. Kursus ini adalah kursus yang dapat memberi ilmu kepada guru mahir

mahir agar dapat mengurus guru junior dengan baik. Setahu kita, guru

mahir memegang peranan penting dalam mewujubkan satu organisasi

yang berjaya. Jika mahu menguruskan organisasi dengan berkesan,

pengurus haruslah tahu tentang cara bagaimana menguruskan sumber

tenaga. Guru mahir haruslah cekap dalam memilih sesiapa yang dapat

menguruskan program yang dijalankan di sekolah, dan juga memberi

tugasan sekolah dengan adil kepada semua guru. Dengan menghadiri


kursus ini, guru mahir juga dapat mengetahui cara untuk memimpin

sekolah ke arah gemilang.

Dengan mengikuti kursus yang dicadangkan di atas, guru mahir dapat sentiasa tahu

cara yang berkesan untuk menguruskan organisasi sekolahnya dengan berkesan. Guru

mahir iaitu guru besar memainkan peranan yang sangat penting kerana beliau

memegang kuasa yang paling tinggi dalam sesebuah sekolah. Jika guru besar tidak

dapat menguruskan sekolah dengan baik dan tidak dapat membawa sekolahnya ke

arah yang betul, semua murid dan guru di sekolah tersebut akan dipengaruhi dengan

kesan yang buruk.

6.4 Guru Pakar

Peringkat selepas guru mahir adalah guru pakar, dan guru pakar ini adalah guru

yang paling tinggi dalam peringkat perkembangan guru. Tugas guru pakar adalah

menjadi konsultan dan merangka strategi yang komperhensif dan melaksanakan latihan

tepat untuk memastikan kejayaan sesebuah organisasi. Kebolehan yang harus berada

di guru pakar adalah stategi pemikiran. Beliau haruslah menpunyai pemikiran yang

dapat meningkatkan kejayaan satu organisasi dan mengubahkan kursus-kursus latihan

bagi menyempurnakan kualiti kursus.


Bagi guru mahir, beliau haruslah sentiasa berkaitkan diri dengan program

pengembangan guru berkualiti dan guru besar berkualiti kerana beliau merupakan

pengurus yang akan memberikan kesan yang besar terhadap kursus yang disediakan.

Jika kursus yang disediakan boleh membawa kesan yang positif kepada penyerta

kursus, namun peyerta akan mendapat kemajuan yang diingini. Sebaliknya, jika kursus

yang disediakan tidak membawa makna dan memberi taklimat atau ilmu yang silap,

peyerta akan membawa mesej ini balik ke sekolah dan mengakplikasikan mesej yang

silap ini. Cuba bayangkan, jika perkara ini berlaku, bidang pendidikan mesti akan

menghadapi cabaran yang besar. Oleh itu, guru pakar haruslah sentiasa mengaji balik

apa-apa yang dirancang supaya dapat memberi kesan yang baik.


7.0 Penutup

Sebagai hujung kata, kertas cadangan ini telah menunjukkan definisi yang teliti

tentang peringkat perkembangan guru dan disertai cadangan yang dapat diikuti oleh

guru pelbagai peringkat untuk memajukan diri ke peringkat yang seterusnya. Saya

berharap kertas cadangan yang disediakan ini dapat membantu bakal guru yang akan

masuk ke arena pendidikan.

Saya juga berharap bidang pendidikan di negara kita akan berubah dengan

kualiti guru dipetingkatkan. Jika kualiti guru dipertingkatkan, murid yang dididik akan

menjadilah pemimpin yang berkemampuan untuk membentukkan negara kita menuju

ke arah yang gemilang. Jika kualiti guru dipertingkatkan, negara kita dapatlah

mengatasi pelbagai masalah dengan mudah kerana pemikiran yang berpositif, dan

selalu bertindak pantas yang diberikan kepada murid oleh guru.

Sekian, terima kasih.


8.0 Bibliografi

1. Brent Davies & Linda Ellison. (2004) Strategi Memasarkan Sekolah, Kuala

Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad

2. Sonia Blandford. (2004) Mengurus Pembangunan Profesional Di Sekolah, Kuala

Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad

3. John West-Burnham. ( 2009) Mengurus Kualiti Di Sekolah, Kuala Lumpur: Institut

Terjemahan Negara Malaysia Berhad

4. Sonia Blandford. ( 2008) Mengurus Sumber Di Sekolah, Kuala Lumpur: Institut

Terjemahan Negara Malaysia Berhad

Anda mungkin juga menyukai