Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
TUGASAN 1 & 2
NAMA PELAJAR
SANGIN ANAK JUAT
PROGRAM
SARJANA PENDIDIKAN (PSIKOLOGI PENDIDIKAN)
NAMA PENSYARAH
PROF. DR. SAEMAH RAHMAN
TUGASAN 1
Saya merupakan seorang Pegawai Kaunseling atau Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh
Masa di Kolej Vokasional Betong (KV Betong), Sarawak semenjak 11 tahun yang lepas.
Mempunyai pengalaman yang sangat minimum dalam aspek pedagogi atau pengajaran dan
pemudahcaraan di dalam kelas. Justeru, untuk tugasan inovasi kali ini saya akan cuba membawa
inovasi berkenaan ke dalam setting bimbingan dan kaunseling itu sendiri. Walaupun kami tidak
mempunyai kelas seperti mana pensyarah-pensyarah lain di KV Betong, tetapi kami di Unit
Psikologi dan Kerjaya akan mengadakan Kelas Kerjaya (Career Class) atau nama asal semasa
subjek ini masih di dalam kurikulum Kolej Vokasional (KV) adalah subjek Pendidikan Kerjaya.
Kelas ini akan diadakan sekali seminggu sahaja bagi setiap program (kelas).
Kebiasaannya, saya akan masuk ke kelas dan mengendalikan kelas bimbingan kerjaya atau
istilah mudahnya mengajar menggunakan tayangan slaid (power point) di samping berpandukan
modul yang digubal sebagai bahan bantu mengajar sebab ia lebih menarik perhatian mereka jika
dibandingkan dengan hanya menggunakan papan putih dan marker sahaja semasa mengajar. Pada
masa yang sama, kaedah pengajaran dan pembelajaran juga secara dominan tertumpu pada
teacher-centred. Namun untuk kali ini, saya bercadang untuk melakukan sedikit inovasi dengan
memasukkan elemen alat berfikir atau thinking tools di dalam sesi kuliah saya. Hal ini kerana
menurut Som dan Mohd Dahalan (1998), alat berfikir dalam konteks ini dapat membantu individu
untuk menggunakan minda dengan lebih sistematik memandangkan tidak ada satu kursus pun
sebenarnya yang membolehkan kita mengajar subjek kemahiran berfikir secara formal di dalam
Teknologi Kimpalan Tahun 2 Semester 4 atau lebih mudah dipanggil sebagai final year student di
Kolej Vokasional. Pada permulaan kelas selaku set induksi kepada kelas bimbingan berkenaan
saya menceritakan dan menayangkan slaid kepada pelajar kelas berkenaan kisah-kisah kejayaan
bekas pelajar Diploma Teknologi Kimpalan yang telah bekerja dengan syarikat-syarikat besar dan
mendapat gaji yang agak lumayan dengan hanya berbekalkan Diploma Vokasional Malaysia
(DVM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Objektif pertama saya di sini adalah untuk
merangsang minat mereka untuk terus mengikuti sesi kuliah berkenaan di samping membina
Selepas set induksi ini, saya melontarkan soalan kepada mereka “Adakah anda nak jadi
seperti Manggie?”, “Anda nak dapat gaji sebesar dan selumayan Manggie?” untuk terus membawa
keterujaan mereka lagi. Memandangkan mereka berada pada tahun akhir, kelas saya kali ini
berfokus kepada penerokaan syarikat-syarikat yang berpotensi untuk disertai oleh mereka atau
dalam erti kata lain tempat mereka boleh memohon untuk bekerja sebaik sahaja mereka
menamatkan pengajian. Sebagai pelajar tahun akhir, pelajar-pelajar saya perlu mempunyai
maklumat dan gambaran awal untuk mereka melakukan persediaan sama ada dari aspek fizikal
mahupun mental di samping persediaan-persediaan lain sebelum mereka keluar ke dunia pekerjaan
yang sebenar. Sudah semestinya, proses pengumpulan maklumat perlu dilakukan lebih awal
sebagai persediaan mereka. Di peringkat awal ini sahaja, kemahiran mengumpul maklumat boleh
daripada enam orang setiap kumpulan. Maka, terdapat lima kumpulan yang terbentuk
memandangkan terdapat seramai 30 orang pelajar di dalam kelas Teknologi Kimpalan berkenaan.
Sebaik sahaja kumpulan berjaya dibentuk, saya meminta setiap daripada mereka membuka
komputer riba dan melayari internet untuk mencari maklumat berkenaan syarikat-syarikat yang
menawarkan pekerjaan untuk graduan bidang kimpalan. Justeru antara enjin carian yang saya
termasuklah page di Facebook yang berkaitan dengan kerjaya dan beberapa enjin carian yang lain
Saya akan memberikan arahan bahawa semua maklumat yang mereka perolehi nanti akan
dipersembahkan dalam bentuk peta minda yang merupakan salah satu daripada alat berfikir
(thinking tools). Justeru semasa aktiviti memeta minda atau menghasilkan peta minda nanti, pelajar
yang mereka baca (Tee et al. 2009). Menurut Wong & Amir (2012), peta minda adalah satu alat
yang berfungsi seperti pemikiran visual yang dapat membantu pelajar mengorganisasi maklumat
dengan berstruktur, memahami, mensintesis, mengingat kembali dan juga menghasilkan idea-idea
baru dengan mudah. Bletsas (dalam Wong & Amir, 2012) juga turut berpendapat bahawa peta
Semasa mereka menganalisis maklumat yang dicari oleh mereka untuk dimasukkan di
dalam peta minda, saya menerapkan satu lagi thinking tools iaitu Consider All Factors (CAF) atau
Timbangkan Semua Perkara yang diperkenalkan oleh De Bono di dalam CORT 1. Fungsi utama
CORT 1 yang menjadi ibu kepada CAF ini adalah untuk meluaskan persepsi individu terhadap
sesuatu perkara. Menurut Anida, Adenan dan Zuraini (2017), keluasan persepsi ini adalah sangat
penting dalam membantu pelajar untuk berfikir. Menurut mereka lagi, keluasan persepsi boleh
memberi kebebasan dalam melontarkan idea atau memberikan maklumat yang ingin diperolehi.
Dalam topik ini, perkara atau faktor yang boleh dipersembahkan dalam peta minda nanti
Tempoh
Bekerja &
Cuti
Gaji Elaun
Syarikat A
Laluan
Kemudahan
Kenaikan
Disediakan
Pangkat
Rajah 1: Contoh Faktor Yang Diambil kira Mengikut Alat Berfkir CAF
Maksudnya di sini, semasa mencari syarikat yang mereka berhasrat untuk memohon, saya
minta mereka untuk mengambil kira semua aspek. Contohnya di Syarikat A, berapakah gaji, elaun
di samping kemudahan, tempoh bekerja dan cuti termasuklah peluang kenaikan pangkat. Para
pelajar akan diminta untuk mencari maklumat daripada tiga buah syarikat yang berbeza untuk
membolehkan mereka membanding beza yang mana satukah syarikat yang mampu menjanjikan
tawaran yang baik kepada mereka. Selepas itu barulah pelajar diminta membuat keputusan
berhubung syarikat manakah yang mereka akan pilih berdasarkan ketiga-tiga maklumat syarikat
Secara rumusannya, terdapat beberapa jenis kemahiran berfikir yang boleh ditingkatkan
sama ada secara langsung atau tidak langsung melalui inovasi pengajaran yang dilaksanakan.
maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002). Proses ini berlaku apabila pelajar-pelajar mencari
maklumat berhubung syarikat-syarikat yang menawarkan pekerjaan dalam bidang mereka. Pada
masa yang sama para pelajar akan mencari aspek-aspek lain berdasarkan CAF. Maklumat yang
telah diperolehi akan dianalisis terlebih dahulu sebelum dipersembahkan ke dalam bentuk peta
minda. Maksudnya hanya maklumat utama yanng diperlukan sahaja akan disaring dan dikeluarkan
Pada masa yang inovasi ini juga dapat meningkatkan lagi kemahiran membanding beza
yang merupakan komponen di dalam kemahiran berfikir kritis. Kemahiran membanding beza
berlaku apabila kita mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2002). Dalam inovasi ini, selepas setiap kumpulan menghasilkan peta minta dan
Anita Sarudin, Husna Faredza, Adenan Ayob & Zuraini Ramli. (2017). Strategi Efektif Peranti
Berfikir CoRT (Cognitive Research Trust) dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Tg. Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Som Hj Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli. (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif.
Selangor: Longman.
Tee Tze Kiong, Jailani Bin Md Yunos, Baharom bin Mohamad, Widad bt. Othman dan Yee Mei
Hiong. (2009). Pengintegrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Menerusi Peta Minda
Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan
Teknologi 2009. ms 5-14.
Wong Leng Sim & Amir Hamzah Sharaai. (2012) Penggunaan Peta Minda Untuk Meningkatkan
Daya Mengingat dan Minat Mengulang Kaji Bagi Pelajar Tahun 4 Dalam Topik
Pembiakan Tumbuhan. Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari
2012.
TUGASAN 2
Soalan 1
Sebelas tahun berkhidmat di bawah bumbung Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
sebagai Pegawai Kaunseling merupakan bukan satu tugas mudah bagi saya dan rakan-rakan yang
lain. Apatah lagi ditempatkan di Kolej Vokasional Betong yang terletak agak jauh di pedalaman.
Sehingga pernah suatu ketika dahulu saya tergerak hati untuk meletakkan jawatan di minggu
pertama penempatan saya hanya kerana ingin keluar dari tempat itu. Saban hari bertugas sehingga
hari ini, saya tidak pernah lekang dari berfikir. Maksudnya di sini, ada sahaja perkara yang perlu
difikirkan sama ada perkara yang dirancang atau tidak dirancang. Proses berfikir itu berlaku
Sehinggalah kepada detik tahun lepas apabila saya membuat keputusan juga untuk
melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana. Sebenarnya, ini merupakan percubaan kali ketiga saya
untuk menyambung belajar. Kali pertama dahulu saya pernah memohon masuk untuk mengikuti
pengajian di peringkat sarjana di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mod cuti sekolah.
Tetapi saya terpaksa menolak memandangkan saya ditawarkan program Sosiologi Pendidikan
walaupun saya memohon program Psikologi Pendidikan. Percubaan kali kedua juga saya bersama-
sama pakcik saya pernah menghadiri taklimat dan memohon untuk program Sarjana di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) mod cuti sekolah ambilan 2017. Tetapi saya batalkan juga niat saya
kerana pakcik saya memutuskan untuk tidak meneruskan niatnya. Jadi, saya pun turut ikut serta
membuat keputusan untuk mengikuti program yang sama pada tahun ini. Saya menyaksikan iklan
yang sama di halaman facebook dan saya bertindak untuk menyertai telegram IPTAR 2019. Pada
kali ini, saya tidak berfikir dengan agak banyak. Persoalan pertama yang selalu menghalang saya
adalah perlu ada kawan yang saya kenali saya ketepikan. Jadi, borang permohonan saya muat turun
dan lengkapkan untuk pengesahan daripada Pengarah saya. Isu kewangan juga saya ketepikan
walaupun sebelum ini saya jadikan ia sebagai halangan kedua saya untuk melanjutkan pelajaran.
Apa yang bermain di fikiran saya adalah saya tidak boleh melengahkan masa lagi dan perlu
Pendidikan dan saya nekad untuk teruskan perjuangan. Memang tidak berfikir banyak kerana bagi
saya duit masih boleh saya kumpul sedikit demi sedikit walaupun ia mungkin menjadi penyebab
kepada saya berhenti sekiranya keadaan tidak mengizinkan. Isu kawan yang saya kenali saya
ketepikan memandangkan saya simpan dalam diri saya bahawa saya perlu keluar dari kepompong
kebiasaan saya dan membina jaringan kawan-kawan baharu. Pergerakan saya ke IPTAR untuk
pendaftaran juga saya rancang sendiri tanpa kebergantungan kepada siapa-siapa. Apa yang pasti
proses berfikir saya dalam membuat keputusan kali ini adalah tanpa perancangan yang sempurna.
Driven utama adalah untuk mendapat Ijazah Sarjana dan perlu bergelar Dr sebelum berusia 40
tahun. Sedangkan hakikatnya saya sangat berisiko untuk kecundang dalam perjuangan saya
memandangkan saya tidak membuat pertimbangan dan berfikir dengan baik sebelum membuat
keputusan berkenaan.
Soalan 2
Kemahiran berfikir bukanlah suatu perkara baharu kerana sudah lama digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran (Balakrishnan, Chandran & Vasuthevan, 2012). Malah Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menghasilkan satu modul Kemahiran Berfikir
dalam Pengajaran dan Pembelajaran pada April 2002. Modul pengajaran dan pembelajaran ini
diharapkan dapat membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
Perkembangan Kurikulum, 2002). Hal ini sudah cukup membuktikan peri pentingnya kemahiran
berfikir itu sendiri di dalam sistem pendidikan kita. Walau bagaimanapun, menurut Tee et. al
(2009), pelajar-pelajar di sekolah tidak mempunyai satu kursus khusus bagi mempelajari
kemahiran berfikir.
Menurut Cheng (dalam Muhammad Nazri, 2013), kemahiran berfikir merupakan proses
penggunaan minda untuk mencari makna atau pemahaman terhadap sesuatu perkara, membuat
pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan sesuatu masalah. Di dalam sistem pendidikan di
Malaysia, kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK) telah diperkenalkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia melalui Pusat Perkembangan Kurikulum. Kemahiran berfikir kritis dan kreatif
adalah dua kemahiran yang saling berkaitan. Kemahiran ini dikatakan digunakan semasa suatu
proses berfikir berlaku melibatkan suatu operasi yang kompleks dan unit. Justeru, menurut saya
juga kedua-kedua kemahiran ini adalah gabungan kemahiran yang akan banyak membantu
pengajar untuk menyampaikan ilmu di dalam kelas dalam usaha menjadikan sesi pengajaran dan
mengikut hierarki. Maksudnya di sini, setiap pelajar perlu diberi pendedahan bermula dari bawah
sebelum mereka menguasai kemahiran pada tahap yang lebih tinggi atau lebih kompleks.
Walaupun ia bukanlah subjek khas yang perlu diajar di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran,
penguasaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif merupakan salah satu aspek yang terdapat di
dalam kemahiran insaniah (soft skill) seseorang individu (Marlina Ali & Shaharom Noordin,
2010). Ini bermakna ia akan menjadi nilai tambah yang bermakna kepada setiap pelajar sekiranya
mereka benar-benar menguasai kemahiran ini kerana ia bukan sahaja bakal digunakan di dalam
konteks atau setting kelas malah boleh diaplikasikan di dalam kehidupan seharian apabila pelajar
ini keluar dari sekolah pada suatu hari nanti. Inilah matlamat akhir yang sangat bermakna bagi
Menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif secara optimum sekaligus
mengaplikasikannya di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pasti akan membawa seseorang
cikgu lari dari kepompong kelas yang konvensional dan juga membosankannya. Penerapan
thinking tools di dalam subjek yang diajar pasti akan menjadikan kelas lebih menarik jika
dibandingkan dengan kaedah chalk and talk semata-mata. Fish Bone dan Mind Map misalnya pasti
akan lebih merangsang bukan sahaja kemahiran berfikir para pelajar malah kreativiti mereka. Hal
ini turut diakui sendiri oleh Som dan Mohd Dahalan (1998) yang mana menurut mereka alat
berfikir dapat membantu individu menggunakan minda dengan lebih sistematik dan berkesan.
Malah menurut Tee et al (2009), idea-idea yang disampaikan akan mnejadi lebih tersusun, jelas
menyelesaikan masalah pula. Pada pendapat saya, pelajar perlu memahami dan menguasai
kemahiran berfikir kritis dan kreatif sebelum mereka mengaplikasikannya sebagai sebahagian
membuat keputusan merupakan perkara yang perlu diambil berat semasa membuat sesuatu
keputusan. Hal ini demikian kerana ia akan membantu pelajar untuk memikirkan sebaik-baiknya
sebelum sesuatu keputusan dibuat. Pada masa yang sama, keputusan yang akan diambil haruslah
dinilai dan dilihat dari pelbagai alternatif. Osman (2004) menegaskan bahawa kemahiran berfikir
membuat keputusan merupakan proses yang melibatkan pilihan keputusan yang berlainan di mana
juga menurut saya bukan terbatas sahaja di dalam kuliah sarjana dan sesi pengajaran dan
pembelajaran di kelas semata-mata. Kalau kita amati, semua ini adalah persediaan asas untuk
bukan sahaja kita malah para pelajar kita khasnya dalam kita mempersiapkan diri mereka
berhadapan dengan masalah sebenar dalam kehidupan seharian mereka nanti. Inilah dia konsep
melangkaui sempadan yang kita sering canangkan. Secara asasnya, kemahiran berfikir
menyelesaikan masalah adalah kemahiran yang berhubung dengan mengenal pasti masalah serta
mencari jalan penyelesaiannya. Atau dalam bahasa yang lebih teknikal, ia adalah satu proses
mental bagi mencari idea dan langkah untuk mengatasi kekurangan atau halangan secara kritis dan
kreatis. Dalam aspek ini sahaja kita melihat kepentingan kemahiran berfikir kritis dan kreatif yang
yang saling melengkapi di antara satu sama lain. Penguasaan dan pemahaman kemahiran berfikir
kritis dan kreatif sudah pasti banyak memudahkan bukan sahaja guru selaku pendidik malah para
pelajar itu sendiri dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Justeru, kita berharap
agar para guru terus memperkasa pengaplikasian ilmu ini di dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran mereka di dalam kelas dan tidak terhenti setakat pembelajaran di sesi kuliah semasa
melanjutkan pelajaran. Apa yang diharapkan juga, rakan-rakan dan saya sendiri berbuat perkara
yang saya sekembalinya kami ke sekolah masing-masing agar modul kemahiran berfikir dalam
Seingat saya, saya pernah belajar tentang kemahiran berfikir semasa saya melanjutkan pengajian
di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Saya pernah
mendengar tentang Piaget, Pavlov dan sebagainya. Tetapi ia langsung tidak memberi impak yang
mendalam di dalam proses berfikir secara peribadi dan proses pengajaran dan pembelajaran
seharian. Mungkin tugas saya sebagai Pegawai Kaunseling tidak memberi ruang agak besar kepada
saya dalam mengaplikasikannya. Atau dalam erti kata lain, saya tidak melihat kepentingan
kemahiran berfikir ini sebagai satu proses yang akan membantu saya dalam membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah. Atau dari satu sudut lain, saya sebenarnya menggunakan proses
Menghadiri kelas Psikologi Kemahiran Berfikir di peringkat Sarjana kali ini mengubah
serba sedikit lagi paradigma saya. Mungkin saya lebih matang atau mungkin saya mampu melihat
dengan lebih jelas apa yang berlaku. Bak kata Prof. Dr. Saemah, “selepas ini awak kena bercakap
dan bertindak seperti seorang sarjana supaya saya rasa bangga menjadi cikgu awak”. Ia sedikit
sebanyak mengejutkan semula insan seperti saya yang bergelumang dengan dunia pendidikan.
Pendek kata, hidup sebagai seorang cikgu. Menyedari hakikat ini, saya secara peribadi merasakan
adalah perlu saya memperbaiki cara berfikir saya dalam membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah selama ini. Tidak bermaksud bahawa keputusan yang saya buat selama ini tidak bagus
atau disebabkan saya gagal menyelesaikan masalah saya. Tetapi saya rasa alasan pertama saya
adalah seeloknya saya mengikuti proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
mengikut langkah yang sepatutnya agar proses yang berlaku lebih teratur dan terarah.
Adalah satu kerugian besar sekiranya saya tidak memanfaatkan ilmu yang telah saya
pelajari dalam kelas Psikologi Kemahiran Berfikir ini. Bak kata orang ilmu tanpa amal adalah sia-
sia sahaja. Saya berpendapat bahawa sekiranya saya memperbaiki cara saya berfikir dalam
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, saya akan dapat melihat setiap aspek dengan
lebih jelas di setiap peringkat atau tahap sebelum saya membuat keputusan. Apa lagi sekiranya
saya menggunakan alat-alat berfikir (thinking tools) seperti Consider All Factor (CAF) dan alat-
alat berfikir yang lain. Secara asasnya, saya boleh memperbaiki dengan mengikuti langkah dalam
Marlina Ali & Shaharom Noordin. (2010). Hubungan Antara Kemahiran Berfikir Kritis dengan
Pencapaian Akademik dalam Kalangan Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia. Jurnal Teknologi, 52: 45-55.
Muhammad Nazri. (2013). Kemahiran Berfikir Kritis dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan di
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Tesis sarjana muda yang tidak diterbitkan).
Johor: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Osman, M. (2004). Kemahiran Berfikir. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara.
Som Hj Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli. (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif.
Selangor: Longman.
Tee Tze Kiong, Jailani Bin Md Yunos, Baharom bin Mohamad, Widad bt. Othman dan Yee Mei
Hiong. (2009). Pengintegrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Menerusi Peta Minda
Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan
Teknologi 2009. ms 5-14.