Anda di halaman 1dari 49

BAHAGIAN 1 :

KONSEP FALSAFAH, PENDIDIKAN


DAN FALSAFAH PENDIDIKAN

1
Konsep Falsafah
• Russell (1946)
“Falsafah sebagai sesuatu fahaman atau pengertian antara teologi
dengan sains.”

• Ed Miller
“Falsafah boleh ditakrifkan sebagai usaha untuk berfikir secara
rasional dan kritis terhadap perkara-perkara penting.”

• Sharifah Alawiah Alsagoff (1984)


“Falsafah ialah pertimbangan asas dan andaian mengenai
pertimbangan terhadap perkara penting.”

2
KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN

• Satu bidang gunaan yang menggunakan bidang-bidang falsafah


tradisional (ontologi, etika, epistemologi dan lain) serta
pendekatannya untuk menangani persoalan-persoalan berkenaan
polisi pendidikan, pembangunan manusia dan teori kurikulum dan
sebagainya.

3
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
(FPK)
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.”

4
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
✓Apa → Pendidikan suatu usaha berterusan
✓Untuk apa → Memperkembangkan potensi individu
✓Bagaimana → Perkembangan potensi secara menyeluruh dan
bersatu padu
✓Tujuan → Insan yang seimbang dan harmonis (Unsur -JERI :
intelek, rohani, emosi, jasmani)
✓Asas → Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
✓I → Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
✓Tak → Rakyat Malaysia yang berketerampilan
✓Ambil → Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
✓Tahu → Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab
✓Kes-kes : Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri
✓Sajat → Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
5
Rangka Konseptual FPK

6
BAHAGIAN 2 :
PEMBENTUKAN FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

7
Pembentukan FPK

• Fungsi Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan:


• Memberi panduan dan haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang
atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep dan
matlamat pendidikan negara kita Malaysia.

8
FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN FPK

1. Faktor individu
• Faktor individu menjadi matlamat terawal yang ditekankan di dalam
FPK. Ini berdasarkan kenyataan terawal FPK yang menekankan aspek
inidividu.

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu..

• Untuk melahirkan masyarakat yang seimbang dan berdaya saing, ia


harus bermula dari diri individu itu terlebih dahulu.

9
2. Faktor agama
• Agama Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia.
• Di samping itu, Agama Kristian, Agama Buddha, Agama Hindu dan
sebagainya juga bebas dianuti mengikut undang-undang negara.
• Agama-agama ini khasnya agama Islam merupakan faktor-faktor yang
penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
• Unsur agama ini dapat dihayati daripada pernyataannya, iaitu

“mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dan segi intelek,


rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan....”

10
3. Faktor sosial
• Memandangkan Malaysia mempunyai kepelbagaian kaum, maka
seharusnyalah amat penting untuk setiap kaum ini agar dapat hidup
aman dan mencapai kesefahaman yang tinggi agar dapat melahirkan
masyarakat yang harmoni dan aman. Oleh itu, ia menekankan juga
aspek ini dalam konteks pernyataan :

”melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,


berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara.”

11
4. Faktor ekonomi
• Ini untuk mewujudkan negara Malaysia yang berdiri teguh dalam bidang
pembangunan serta melahirkan individu yang berkeupayaan untuk
kemakmuran negara.

bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,


berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

• Ilmu pengetahuan ini penting bagi kegunaan negara untuk kepentingan


negara.

12
5. Faktor sejagat
• Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula
tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidikan
antarabangsa.
• Sehubungan ini, idea-idea yang dihasilkan daripada
seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
• Misalnya, program pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan
pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancangkan oleh UNESCO dalam
tahun 1980-an telah dimanifestasikan
dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai :

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan.

13
6 . Faktor politik.
• Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Negara
digubah berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan
dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan,
Rancangan Malaysia dan Rukun Negara.
• Di dalam usaha membentuk ideologi negara, pengaruh poiitik
memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan
negara.
• Sehubungan ini, matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi
pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
• Matlamat ini dapat diperlihatkan daripada pernyataan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam
pengaruh faktor sosial.

14
SEJARAH PEMBENTUKAN FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Penyata Laporan Laporan Akta


Penyata Ordinan Akta Pendidikan
Rahman JK JK
Razak Pelajaran Pelajaran FPN 1988 1996
Talib Kabinet Kabinet
1956 1957 1961
1960 1974 1979 FPK

15
Laporan Jawatankuasa Kabinet
1979
Dasar Pendidikan • Perakuan 191 : “Pendidikan di negara
Kebangsaan (DPK) ini adalah untuk mencapai
perkembangan murid yang
• Dokumen yang mengandungi menyeluruh, iaitu perkembangan
pernyataan dasar dan strategik yang meliputi aspek kognitif atau
pelaksanaan agar dapat intelek, jasmani, sosial, emosi, sikap
dijadikan garis panduan bagi dan nilai-nilai etika pada murid-murid
semua pihak yang terlibat dan generasi akan datang.”
dalam bidang pendidikan

Dasar Ekonomi Baru (DEB) Rukun Negara


• Memupuk perpaduan • Digubal untuk perpaduan
• Mengurangkan perbezaan negara
dalam ekonomi, sosial, • Aspek-aspek FPK diterapkan
kebudayaan dan penempatan juga nilai-nilai yang termaktub
dalam Rukun Negara

16
Akta Pendidikan Tahun 1996

Falsafah Pendidikan Falsafah Pendidikan


Negara (FPN) Kebangsaan (FPK)

(Kementerian Pendidikan, 1999)

17
Asas Pembinaan Falsafah Pendidikan Negara
(FPN)
• Merangkumi pelbagai perkara termasuklah pembangunan insan,
pembangunan negara, keadaan rakyat yang berbilang kaum serta agama ke
arah kewujudan satu bangsa Malaysia yang maju, berdaya saing serta
mempunyai jati diri yang mantap melibatkan intelek, rohani, emosi dan
jasmani secara seimbang dengan berlandaskan kepada ketuhanan.
• Hasrat dan aspirasi negara dan dinyatakan secara bertulis memberi
penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak,
seimbang dan harmonis yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan
memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara.
• Mengambil kira aspirasi proses pembangunan bangsa dan negara yang agak
panjang. Dalam falsafah ini digariskan bahawa harus selari dengan kehendak
agama Islam sebagai agama rasmi serta pembangunan negara.
• Menekankan nilai baik seperti yang terdapat dalam falsafah barat tetapi
lebih daripada itu pemilihan nilai-nilai yang baik itu daripada pelbagai
sumber falsafah.

18
Akta Pendidikan 1996

• Landasan dan wawasan pendidikan adalah belandaskan kepada


Falsafah Pendidikan Negara
• Sistem Pendidikan Kebangsaan didefinisikan secara jelas yang
meliputi semua peringkat termasuk pra-sekolah, sekolah rendah,
sekolah menengah, pendidikan pascamenengah dan pendidikan
tinggi
• Pengukuhan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
pengantar dalam sistem pendidikan kebangsaan
• Pendidikan swasta dikawalselia melalui akta lain
• Kurikulum kebangsaan diperuntukkan
• Peruntukan peperiksaan awam yang perlu dipatuhi
• Bahasa kebangsaan sebagai matapelajaran wajib

19
• Peruntukan bahasa Cina, Tamil dan bahasa Orang Asli
• Tempoh pendidikan rendah antara 5 hingga 7 tahun
• Pendidikan lepas menengah
• Pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan
• Maktab-maktab perguruan
• Pengajaran Agama Islam dan moral

20
BAHAGIAN 3:
ANALISIS FPK
(CABANG-CAGANG FALSAFAH)

21
Cabang
Ciri-ciri FPK Huraian
falsafah

▪ Menyeluruh dan bersepadu ❑ Potensi dan kebolehan individu penting untuk


Metafizik ▪ Ilmu sejagat yang harus diajar berkembang secara menyeluruh dan bersepadu.
dan dipelajari

❑ Penyesuaian diri ikut zaman dan perkembangan semasa


amat penting dalam ICT, ekonomi dan sebagainya.
▪ Usaha yang berterusan
❑ Perubahan ilmu menggalakkan perkembangan
Epistemologi • Ilmu sentiasa berubah
pengetahuan dan juga kemahiran.
• Tiada ilmu mutlak
❑ Penekanan kepada pembelajaran sepanjang hayat.
Cabang falsafah Ciri-ciri FPK Huraian

❑ Peranan hubungan vertikal (individu dengan


i. Kepercayaan dan Tuhan)
kepatuhan kepada Tuhan ❑ Peranan hubungan mendatar (individu dengan
(kewujudan dan peranan orang lain, alam sekeliling)
Aksiologi agama) ❑ Penerimaan Tuhan sebagai pencipta yang Maha
ii. Berakhlak mulia dan Esa
bertanggungjawab (nilai, ❑ Kepentingan pengajaran moral dan agama
moral, etika dan sahsiah) ❑ Fokus kepada pembinaan insan
❑ Penekanan kepada sahsiah

❑ Keperluan prosedur kerja yang sistematik dan


▪ Berketerampilan
betul
Logik • Kepentingan penaakulan
❑ Pemupukan kopentasi diri (kelayakan akademik,
sah dan tidak sah
ikhtisas, pengalaman yang luas)
BAHAGIAN 4 :
HURAIAN ELEMEN-ELEMEN DALAM FPK

24
Pendidikan suatu usaha berterusan

Memperkembangkan potensi individu

Perkembangan secara menyeluruh & bersepadu

Insan yang seimbang & harmonis

Kepercayaan & kepatuhan kepada Tuhan

Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

Rakyat Malaysia yang berketrampilan

Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab

Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri

Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan


1. Pendidikan suatu usaha berterusan

• Pendidikan ialah proses pemerolehan ilmu


pengetahuan, kemahiran serta penyerapan nilai-nilai
murni
• Proses ini dilakukan secara berterusan bermula dari
kecil hingga akhir hayat
• Pendidikan awal kanak-kanak sangat penting untuk
membentuk sahsiah diri setiap individu
• Pendidikan berterusan membantu individu
menyesuaikan diri
❖ Pendidikan secara berterusan ini merupakan matlamat
dan hasrat utama FPK
2. Memperkembangkan potensi individu
• Setiap individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan
potensi sejak dilahirkan
• Keupayaan dan bakat ini boleh dikembangkan melalui
interaksi dengan persekitaran
• Kebanyakan bakat ini adalah terpendam dalam diri setiap
individu
• Bakat dan potensi ini perlu dicungkil, dipupuk, dikembang
dan dipertingkatkan
• Pendidikan seharusnya memberi peluang untuk
mengembangkan bakat, potensi dan kebolehan setiap
individu.
3. Perkembangan Potensi Secara
Menyeluruh dan Bersepadu
• Bakat, potensi dan keupayaan tidak boleh dipisahkan
dan dikembangkan serta dilakukan secara berasingan
• Kesemua bakat dan kebolehan yang ada pada diri setiap
individu hendaklah dikembangkan secara optimum
• Perkembangan dan peningkatan potensi merangkumi
empat aspek:-
✓Intelek
✓Rohani
✓Emosi
✓Jasmani
Perkembangan unsur intelek
➢Mempunyai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan
mengira)
➢Sering berusaha untuk memperoleh & mengembangkan
ilmu
➢Berkemahiran berfikir secara kritis & kreatif
➢Sanggup berkongsi ilmu

Perkembangan unsur rohani


➢Menyedari & percaya kepada Tuhan (adanya Pencipta)
➢Bersyukur kepada Tuhan
➢Berbudi pekerti mulia
➢Berakhlak mulia & berpegang kepada nilai-nilai murni
➢Penghayatan nilai-nilai murni & norma masyarakat
Perkembangan unsur emosi
✓Matang & stabil
✓Memiliki dan memupuk kasih sayang
✓Memiliki semangat kekitaan & perpaduan

Perkembangan unsur jasmani


✓Kecergasan fizikal & kesihatan diri
✓Memanfaatkan kemahiran kecergasan fizikal
4.Membentuk Insan yang Seimbang dan
Harmonis
•Manusia yang memiliki sahsiah yang sepadu apabila semua
potensi dirinya dikembangkan secara selaras, seimbang,
menyeluruh dan harmonis.
•Insan yang seimbang dan harmonis merupakan:-

Berilmu pengetahuan Berakhlak mulia

Mempunyai jiwa & fikiran yang Mempunyai kepercayaan kepada


tenteram tuhan

Tubuh badan yang sihat & cergas Tanggungjawab kepada diri, keluarga,
masyarakat & Negara

Kematangan emosi & sosial


5. Kepercayaan kepada Tuhan

• Mengakui wujudnya Tuhan (Pencipta). Kepercayaan ini merupakan


keyakinan bahawa manusia dan alam sekitar tidak terjadi dengan
sendirinya tetapi ada Penciptanya.
• Mengetahui hukum-hukum alam adalah peraturan yang telah
ditetapkan oleh penciptanya dan kita disarankan untuk mengkaji
fenomena kepatuhan kepada Tuhan.
• Manusia harus patuh kepada Tuhan dengan memikul amanah dan
bertanggungjawab kepada Tuhan dalam usaha mentadbir dan
memakmurkan alamnya
6. Rakyat Malaysia yang Berilmu
Pengetahuan

▪ Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan


memiliki sikap suka membaca serta cintakan ilmu
pengetahuan
▪Manusia yang memiliki sifat-sifat ini akan
menggunakan ilmu tersebut untuk manfaat diri dan
orang lain
▪Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti:-
Berusaha untuk
Cintakan ilmu
memupuk budaya
pengetahuan
ilmu dan membaca

Berfikiran luas dan


terbuka
7. Rakyat Malaysia yang Berketerampilan

• Rakyat Malaysia yang berketrampilan ialah:-


o Memiliki ilmu pengetahuan dan kelayakan serta kemahiran untuk menjalankan
tugas yang dipertanggungjawabkan.
o Berkemahiran melaksanakan tugas dengan cekap, cemerlang dan sempurna.
o Memiliki sifat inisiatif dan berpandangan jauh.
8. Rakyat Malaysia yang Berakhlak Mulia

• Masyarakat Malaysia yang baik budi pekertinya


memiliki tingkah laku yang sopan, berdisiplin dan
bersepadu.
• Secara umumnya, rakyat Malaysia yang berakhlak
mulia ialah masyarakat yang memiliki ciri-ciri berikut:-

Berteraskan ilmu Keyakinan

Amalan
9. Rakyat Malaysia yang Bertanggungjawab

• Rakyat yang berpegang teguh dan mempunyai


tanggungjawab yang tinggi terhadap Tuhan akan
melaksanakn tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah.
• Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab akan memiliki ciri-
ciri seperti:

Mematuhi peraturan & undang-


undang negara
Sedar tentang tugas dan Berusaha
tanggungjawab harus meningkatkan daya
dilaksanakan dengan sempurna pengeluaran

Berusaha memajukan diri,


keluarga & masyarakat
10. Rakyat Malaysia yang Berkeupayaan
Menikmati Kesejahteraan Diri
• Memiliki jiwa yang tenang, fikiran yang waras dan tubuh
badan yang sihat.
• Rakyat Malaysia yang berupaya mencapai kesejahteraan
diri ialah rakyat yang mempunyai keupayaan seperti
berikut:-

Memiliki perwatakan dan


Memiliki daya ketahanan sikap yang dapat
yang tinggi untuk mewujudkan perhubungan
menangani cabaran hidup baik dengan orang lain
11. Rakyat Malaysia yang Dapat Memberi
Sumbangan
• Masyarakat yang terlatih dalam pelbagai kemahiran bagi
melahirkan tenaga manusia yang produktif, berinisiatif dan
berinovatif untuk mentadbir alam.
• Masyarakat ini juga mampu menggunakan teknologi dengan
cekap bagi mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah
pembangunan Negara
• Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan kepada
keluarga, masyarakat dan negara ialah masyarakat yang
mempunyai kebolehan seperti:-

Menguasai kemahiran sains dan


teknologi untuk perkembangan Memupuk keharmonian keluarga
negara dan semangat perpaduan
BAHAGIAN 5 :
KEPENTINGAN FPK

40
Falsafah Pendidikan dan Peranannya

• Ia memberi hala tuju dan panduan kepada segala usaha yang


diikhtiarkan untuk meningkatkan mutu pendidikan negara.
• Ia menjadi dasar bagi menentukan matlamat pendidikan negara.
• Ia bertindak sebagai dasar bagi menentukan jenis kurikulum, isi
kandungan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
• Ia dapat mengawal apa sahaja penyelewengan sama ada dari segi dasar
pelajaran mahupun jenis- jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan
• Ia dapat mengelakkan segala kesulitan yang mungkin timbul ketika
kurikulum atau komponen dijalankan.
• Ia berperanan sebagai pertimbangan asas ketika hendak merancang
perubahan atau pembaharuan dalam bidang pendidikan.
• Menerangkan kepada pendidik tentang aktiviti yang perlu ada dan tidak
ada.
• Bertindak sebagai rangka rujukan kepada tokoh- tokoh pendidikan.
IMPLIKASI FPK

43
TERHADAP KURIKULUM

• Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek


kesepaduan dan kesinambungan.
• Program pendidikan disusun secara seimbang dan harmonis.
• Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan.
• Peningkatan pendedahan penguasaan bahasa inggeris.
INSTITUSI PENDIDIKAN

• Kemudahan infrastruktur semakin bertambah baik.


• Penekanan diberi kepada penerapan nilai-nilai murni.
• Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional.
• Institusi akan terus memupuk semangat yakin diri dan berdikari.
GOLONGAN PENDIDIK

• Pendidik akan mempunyai iltizam yang lebih tinggi.


• Pendidik lebih bersedia untuk melaksanakan pdpc.
• Pandangan mereka lebih positif
• Berpandangan jauh dan lebih luas (terkehadapan)
BAHAGIAN 7 :
CARA GURU MEREALISASIKAN FPK

47
• Memperkembang diri dan murid secara holistik
• Memupuk cinta murid terhadap ilmu dan peribadi mulia
• Menyemai rasa cinta terhadap diri, masyarakat dan negara
• Guru perlu menunjukkan sifat pekerti yang mulia
• Guru juga perlu berpandangan progresif dan saintifik
• Guru juga perlulah melahirkan suatu masyarakat yang progresif
• Guru juga perlu melahirkan suatu masyarakat yang berdisiplin

48
RUMUSAN
• Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan usaha
yang murni dan tepat ke arah melahirkan inidividu dan
negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
• Sejarah membuktikan, ilmu pengetahuan menjadi alat
senjata yang penting di alam yang mencabar kini dan
FPK diwujudkan agar masyarakat menjadi masyarakat
yang berilmu pengetahuan dan seimbang dalam aspek
intelek,jasmani, rohani dan emosi.
• Kita harus sedar bahawa FPK diwujudkan untuk
menentukan arah dan panduan pendidikan di Malaysia
agar sentiasa dapat melahirkan generasi yang
mempunyai ciri – ciri seperti dinyatakan dalam FPK .

49

Anda mungkin juga menyukai